23 Hotel Murah Di Kuching | Penginapan Bajet Bawah RM200

Bandar Kuching sememangnya destinasi percutian popular dikalangan pelancong tempatan dan luar negara. Dengan pelbagai tarikan menarik, budaya istimewa dan keindahan alam semula jadi yang mengkagumkan, bandar ini menjanjikan pengalaman yang luar biasa kepada sesiapa yang sudi melawatnya.

Disebabkan oleh populariti bandar ini sebagai destinasi pelancongan, terdapat pelbagai jenis penginapan yang ditawarkan, membuat tugas memilih hotel sesuai agak sukar buat mereka yang pertama kali mengunjung ke bandar Kuching. Oleh kerana itu, kami telah menyusun senarai 25 hotel murah di Kuching yang menjanjikan keselesaan dan nilai terbaik untuk wang anda.

23. Tune Hotel Waterfront | Dari RM92 Semalam

Tune Hotel Waterfront 1

Rangkaian hotel Tune ini memang terkenal dengan tawaran bilik murah dan tahap keseleseaan yang amat memuaskan. Bilik standard di sini datang lengkap dengan bilik air persendiria dan, untuk memastikan keselesaan tetamu, setiap bilik juga dilenkapi dengan penghawa dingin, alas katil yang ditukar setiap hari dan tuala bersih. Hotel ini amat sesuai untuk mereka yang mencari hotel bajet di Kuching untuk merehatkan kaki selepas satu hari sibuk meneroka keindahan bandar tersebut.

Tune Hotel Waterfront 2

Tambahan pula, disebabkan anda berada di Jalan Tunku Abdul Rahman, terdapat banyak pilihan kedai makanan yang berdekatan dengan kawasan hotel.

Lokasi: Jalan Borneo, Off Jalan Tunku Abdul Rahman, 93100 Kuching

Selanjutnya Di Booking.com


22. Penview Hotel | Dari RM95 Semalam

Terletak di Bandar Kuching, Penview Hotel ini hanya 10 minit sahaja masa memandu ke pusat perniagaan Kuching.

Penview Hotel 1

Apa yang memberi hotel ini keunikanya adalah perabot kayu yang menhiasi setiap pelusuk hotel tersebut. Jika itu tidak cukup untuk menawan hati, anda pasti akan jatuh cinta dengan keselesaan bilik di hotel ini yang serba lengkap dengan penghawa dingin, Wifi percuma dan bilik air persendirian.

Penview Hotel Kuching 2

Hotel ini amat sesuai untuk mereka yang merancang untuk menghari majlis atau persidangan di Borneo Convention Centre kerana hotel ini hanya 10 minit sahaja masa memandu ke sana.

Lokasi: Lot 3411,Block D, Jalan Tun Razak, 93450 Kuching, Malaysia

Selanjutnya Di Booking.com


21. Memoire Hornbill Hotel | Dari RM100 Semalam

Memoire Horbill Hotel 1

Jika anda mencari hotel 3 bintang yang menawarkan bilik dengan harga yang berbaloi anda pasti akan jatuh cinta dengan Memoire Hornbill Hotel Kuching. Hotel yang terletak di bandar Kuching ini memberi tetamu pilihan antara 3 jenis bilik yang unik iaitu Urban Room, Urban Window Room dan Urban Deluxe Window Room.

Memoire Horbill Hotel 2

Melihat gambar sahaja anda dapat melihat betapa luas dan bersih bilik yang menimbulkan suasana ideal untuk merehatkan diri dihujung hari. Tambahan pula, bilik yang dihias moden ini juga datang lengkap dengan penghawa dingin, bilik air persendirian dan wifi percuma. Hotel ini juga hanya 4 kilometer sahaja dari tempat membeli belah popular, Kuching Waterfront Bazaar.

Lokasi: Central Park Commercial, Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce,, 93200 Kuching

Selanjutnya Di Booking.com


20. Harbour View Hotel | Dari RM117 Semalam

Harbour View Hotel 1

Diiklankan sebagai pilihan utama business traveller, Harbour View Hotel ini menghadap Kuching Waterfront. Oleh kerana ini,  tetamu Harbour View Hotel dapat menikmati pemandangan panorama sungai Sarawak yang bakal menenangkan hati sesiapa saja yang melihatnya.

Selain daripada pemandanganya yang indah, kedudukanya yang strategik berhampiran dengan pusat perniagaan dan sistem pengangkutan awam, memudahkan anda merancang perjalanan semasa berada di sana nanti.

Harbour View Hotel 2

Hotel ini menawarkan 245 bilik selesa, lengkap dengan penghawa dingin, bilik air persedirian, kemudahan membuat kopi segera dan TV skrin rata.  Tetamu juga berpeluang untuk menyinggah kedai antic dan cenderamata atau menikmati secawan kopi panas di café-café yang berdekatan dengan hotel tersebut.

Lokasi: Lorong Temple, 93100 Kuching

Selanjutnya Di Booking.com


19. Telang Usan Hotel Kuching | Dari RM120 Semalam

Telang Usan Hotel 1

Tersorok di sebalik pohon-pohon hijau anda dapat menemui Hotel 3 bintang bernama Telang Usan Hotel Kuching. Apa yang membuat bilik di hotel ini unik adalah ia dihias dengan unsur-unsur budaya tempatan Sarawak.

Telang Usan Hotel Kuching 2

Tetamu dapat memilih antara bilik standard atau deluxe. Setiap bilik datang lengkap dengan penghawa dingin, TV skrin rata, peti sejuk mini dan bilik mandi persendirian. Anda juga boleh menikmati secawan kopi panas di Dulit cafe yang boleh dijumpai didalam kawasan hotel.

Lokasi: Lot 340-345 Jalan Ban Hock, 93732 Kuching

Selanjutnya Di Booking.com


18. Kuching Park Hotel | Dari RM123 Semalam

Kucing Park Hotel 1

Kuching Park Hotel merupakan hotel 3 bintang yang terletak bertentangan dengan dengan Taman Rereasi MBKS dan tidak jauh dari tarikan-tarikan popular di bandar tersebut.

Kuching Park Hotel 2

Bilik di sini pula dilengkapi dengan penghawa dingin, TV skrin rata, bilik air persendirian dan Wifi percuma. Pihak hotel juga menyediakan perkhidmatan shuttler percuma ke pusat bandar.

Lokasi: Lot 606, Padungan Road, 93100 Kuching

Selanjutnya Di Booking.com


17. Dorset Boutique Hotel | Dari RM130 Semalam

Dorset Boutique Hotel 1

Dorset Boutique Hotel Merupakan hotel moden yang terletak di Kuching Central Business District. Dari luar hotel ini mempunyai penampilan moden dan kemas setanding dengan keselesaan biliknya.

Di sini anda dapat memilih daripada bilik Deluxe Double, Superior Double ataupun Deluxe Queen room. Bilik terhias moden ini datang lengkap dengan penghawa dinging, TV LCD dan bilik air persendirian beserta shower air panas.

Dorset Boutique Hotel 2

Dari hotel, ia hanya mengambil 10 minit sahaja masa memandu ke Kompleks membeli-belah Tun Jugah dan pasar India street.

Lokasi: 175, 175A-C, Jalan Sekama, 93300 Kuching

Selanjutnya Di Booking.com


16. Imperial Riverbank Hotel Kuching | Dari RM131 Semalam

Imperial Riverbank Hotel Kuching 1

Imperial riverbank hotel ini adalah tambahan terbaru dalam rangkaian hotel imperial dan ia menawarkan pengalaman menginap istimewa dengan harga yang berpatutan.

Walaupun hotel ini mempunyai penampilan yang mewah, bilik disini hanya bermula dari harga RM131 semalam.

Imperial Riverbank Hotel Kuching 2

Suasa bilik sangat menenangkan dan untuk memastikan keselesaan tetamu setiap bilik datang dengan penghawa dingin, bilik mandi persendirian, dan TV LCD. Anda juga boleh melayari internet secara percuma di dalam bilik dan diseluruh kawasan hotel. Kerana ia terletak di Kuching Waterfront, anda tidak jauh dari tarikan popular dan tempat makan terkenal di bandar Kuching.

Lokasi: Jalan Tunku Abdul Rahman, 93100 Kuching

Selanjutnya Di Booking.com


15. Merdeka Palace Hotel & Suites | Dari RM132 Semalam

Merdeka Palace Hotel 1

Padan dengan namanya, anda seperti berada disebuah istana apabila masuk kedalam Merdeka Palace hotel ini. Hotel ini bergelar Merdeka Palace kerana perabot yang digunakan untuk menghias hotel ini sama seperti perabot popular pada zaman kemerdekaan negara kita.

Merdeka Palace Hotel 2

Bilik di sini dilengkapi dengan TV skrin rata beserta astro, peralatan membuat minuman panas, dan bilik air persendirian. Dari segi kemudahan pula anda boleh bersuka ria bersama keluarga di kolam renang hotel, bersenam di gym atau merehatkan diri seketika di sauna yang disediakan. Hotel ini hanya 5 minit sahaja dari pusat membeli-belah Plaza Merdeka.

Lokasi: Jalan Tun Abang Haji Openg,, 93000 Kuching

Selanjutnya Di Booking.com


14. M Hotels (Tower A) | Dari RM134 Semalam

M Hotels Kuching 1

Terletak berdekatan dengan Pusat membeli belah Hock Lee Central, M Hotels (Tower A) merupakan sebuah hotel 3 bintang yang baru sahaja dibina di bandar tersebut. Hotel ini menawar kan 3 jenis bilik berbeza iaitu bilik Standard, Superior atau Deluxe.

M Hotel Kuching 2

Bilik yang berhias moden ini datang lengkap dengan penghawa dingin, TV LCD dan kemudahan membuat minuman panas. Jika anda mahu bersantai di kawasan hotel anda boleh mengunakan kolam renang luaran atau gym yang disediakan khas untuk tetamu.

Pihak hotel menyediakan servis shuttle percuma ke pusat bandar. Selain daripada itu hotel ini terletak 10 kilometer dari Lapangan terbang Kuching dan pihak hotel juga menyediakan perkhidmatan airport transfer untuk RM5.99 satu hala.

Lokasi: Hock Lee Centre, Hotel Tower,Jalan Datuk Abang Abdul Rahim, 93450 Kuching

Selanjutnya Di Booking.com


13. Abell Hotel | Dari RM136 Semalam

Abell Hotel 1

Abell hotel mempunyai senibina kontemporari ekslusif yang berjaya menggabungkan gaya dan keselesaan sambil menawarkan harga yang sangat berpatutan. Hotel 3 bintang ini menyediakan bilik yang lengkap dengan penghawa dingin, bilik air persendirian dan Wifi percuma.

Abell Hotel 2

Jika anda peminat daging bakar, anda boleh menikmat pelbagai jenis hidangan daging dan seafood di Carvery Restaurant yang boleh dijumpai di hotel tersebut.

Kerana ia terletak hanya 5 minit sahaja dari Waterfront Promenade anda berpeluang untuk menaiki taxi air yang akan membawa anda merentasi sungai Sarawak ke kampong melayu berdekatan.

Lokasi: 22, Jalan Tunku Abdul Rahman, 93100 Kuching

Selanjutnya Di Booking.com


12. Hotel Grand Continental Kuching | Dari RM137 Semalam

Hotel Grand Continental 1

Rangakaian Hotel Grand Continental sudah lama terkenal dengan servis dan keselesaan yang bertaraf antarabangsa. Hotel Grand Continental Kuching ini unik kerana senibina yang boleh dilihat didalam hotel ini berinspirasi budaya tempatan.

Hotel Grand Continental 2

Hotel ini menyediakan 180 bilik lengkap dengan kemudahan yang menjamin keselesaan tetamu seperti penghawa dingin, alas katil dan tuala yang bersih, Wifi percuma dan bilik air peribadi. Untuk menjamu selera pula, anda boleh ke Brasserie Kuching Coffe House yang menyajikan hidangan tempatan dan antarabangsa. Kuching Waterfront dan Muzium Sarawak hanya beberapa minit sahaja berjalan kaki dari hotel tersebut.

Lokasi: Lot 42, Section 46, Ban Hock Road, 93100 Kuching

Selanjutnya Di Booking.com


11. The Lime Tree Hotel Kuching | Dari RM138 Semalam

The Lime Tree Hotel 1

Pernahkah anda bermalam di hotel bertema limau? Penuhkan hajat itu di The Lime Tree Hotel Kuching. Jika kita lihat setiap bilik di hotel ini dihias dengan warna Lime Green dan ia menimbulkan satu suana yang segar dan berlainan.

Kerana hotel ini hanya 5 minit sahaja dari Tun Jungah Mall dan Sarawak Plaza, anda tidak perlu berjalan jauh untuk membeli belah atau mencari makanan.

The Lime Tree Hotel 2

Bilik bebas rokok yang berlantai kayu ini dilengakapi dengan pengahawa dingin, TV LCD beserta astro, bilik air persendirian dan kemudahan membuat minuman panas.

Di tingkat atas anda dapat menjumpai rooftop lounge dimana anda boleh berehat sambil melihat pemandangan bandar Kuching yang mengkagumkan.

Lokasi: Lot 317 Abell Road, 93100 Kuching

Selanjutnya Di Booking.com


10. Dormani Hotel Kuching | Dari RM143 Semalam

Dormani Hotel 1

Hotel Domani merupakan sebuah hotel yang baru sahaja dibina di bandar Kuching. Hotel 3 bintang yang berkonsep Halal ini menampilkan seni bina unik dan moden sambil mengutamakan keselesaan tetamunya.

Terdapat 4 jenis bilik yang anda boleh pilih iaitu Standard, Superior, Deluxe dan Studio setiap satu mempunyai keistimewaanya yang tersendiri. Setiap bilik datang lengkap dengan bilik mandi persendirian, TV LCD dan penghawa dingin.

Dormani Hotel 2

Terletak bersebelahan dengan perkampungan melayu Jalan Datuk Ajibah Abol, tetamu disekelilingi kawasan yang aman jauh dari kesibukan bandar.

Mercu tanda popular berdekatan yang boleh lawati hanya dengan berjalan kaki adalah Pasar Satok, Muzium Sarawak, Masjid Lama Kuching dan Kuching Islamic Centre.

Lokasi: Lot 68, Jalan Datuk Ajibah Abol, 93400 Kuching

Selanjutnya Di Booking.com


9. Grand Dormani Rajah Court Hotel | Dari RM145 Semalam

Grand Dormani Hotel 1

Hotel Grand Dormani Rajah ini terletak 6.5 kilometer dari bandar Kuching dan 10 minit memandu dari Pusat Konvensyen Borneo. Hotel ini amat sesuai untuk mereka yang datang bercuti ke Kuching bersama keluara kerana ia mempunyai banyak kemudahan mesra kanak-kanak seperti kolam renang luaran.

Grand Dormani Hotel 2

Bilik berhawa dingin yang luas datang lengkap dengan TV LCD beserta astro, cerek elektrik dan bilik air persendirian. Setiap bilik diservis setiap hari bermaksud bilik anda sentiasa didalam keadaan kemas dan bersih sepanjang anda menginap di hotel tersebut. Disamping itu, anda juga dapat menikmati makanan halal di restoran hotel, The White Rajah restaurant yang menyajikan pelbagai jenis hidangan tempatan dan antarabangsa.

Lokasi: Lot 6115, Section 64, KTLD, Jalan Tun Razak, 93450 Kuching

Selanjutnya Di Booking.com


8. Lot 10 Boutique Hotel | Dari RM145 Semalam

Lot 10 Boutique Hotel 1

Asalnya bangunan Lot 10 Boutique hotel ini merupakan bangunan Sarawak Co-operative Central Bank yang diubah-suai menjadi hotel 3 bintang. Lokasinya yang strategic bermaksud anda tidak jauh dari kawasan perdangan atau tarikan pelancongan di bandar Kuching.

Lot 10 Boutique Hotel 2

Setiap bilik dilengkapi dengan pengahawa dingin, meja kerja, rak pakaian, cerek eletrik, TV LCD dan bilik air persendirian.

Lokasi: Lot 10, Jalan Ban Hock / Jalan Timur Central, 93100 Kuching

Selanjutnya Di Booking.com


7. Riverside Majestic Hotel | Dari RM148 Semalam

Riverside Majestic Hotel 1

Susah nak percaya yang anda boleh bermalam di hotel 5 bintang dengan harga RM148 sahaja. Riverside Majestic Hotel merupakan hotel 5 bintang yang terletak bertentangan dengan sungai Sarawak dan menawarkan keselesaan premium dengan harga yang sangat berbaloi.

Riverside Majestic Hotel 2

Bilik-bilik ekslusif disini datang lengkap dengan penghawa dingin, TV LCD dan bilik air persendirian. Dari tingkap bilik anda akan dapat lihat pemandangan bandar Kuching terbentang luas sejauh mata memandang pasti membuat anda teruja melihatnya.

Tetamu dapat menggunakan kemudahan seperti kolam renang luaran, gym, gelanggang tenis, gelanggan squash dan bilik mensyuarat.

Lokasi: Jalan Tunku Abdul Rahman, 93756 Kuching

Selanjutnya Di Booking.com


6. Grand Margherita Hotel | Dari RM150 Semalam

Grand Margherita Hotel 1

Pasti anda pernah melihat patung kucing yang terkenal di bandar ini bukan? Untuk pengetahuan anda Grand Margherita Hotel ini terletak betul-betul bertentangan dengan patung tersebut, bermaksud anda tidak perlu berjalan jauh untuk bergambar dengan patung kucing comel ini.

Hotel yang bertaraf 4 bintang ini menawarkan 288 bilik moden yang serba lengkap untuk memastikan anda bermalam dengan selesa.

Grand Margherita Hotel 2

Tetamu dapat bersantai di kolam renang luaran atau menjamu selera di 4 restoran unik yang boleh dijumpai didalam hotel tersebut. Tambahan pula anda boleh mengunakan fasiliti perpustakaan dan pusat kecergasan.

Lokasi: Jalan Tunku Abdul Rahman, 93100 Kuching

Selanjutnya Di Booking.com


5. 56 Hotel | Dari RM150 Semalam

56 Hotel Kuching 1

Jika anda mahukan hotel yang terletak jauh sedikit daripada pusat bandar anda boleh bermalam di 56 Hotel. Walaupun ia tidak terletak di tengah-tengah kawasan bandar ini tidak bermaksud anda akan kebosanan kerana hotel 3 bintang ini hanya 5 minit sahaja dari City One Mall. Didalam hotel ini terdapat café yang menghidangkan pelbagai jamuan yang pasti memikat selera.

56 Hotel Kuching 2

Kerana hotel ini agak baru dibina, billik di sini mempunyai penampilan moden dan setiap bilik datang dengan penghawa dingin, bilik mandi dan TV beserta astro. Wifi percuma juga disediakan di seluruh kawasan hotel.

Untuk meraka yang terbang dari semenanjung untuk melawat bandar ini, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching hanya 10 minit sahaja masa memandu dari hotel ini, dan pihak hotel menyediakan perkhidmatan shuttle kesana untuk bayaran yang berpatutan.

Lokasi: Lot 2228 & 2229 Section 64 KTLD Jalan Tun Jugah, 93350 Kuching

Selanjutnya Di Booking.com


4. Kingwood Hotel Kuching | Dari RM158 Semalam

Kingwood Inn Hotel 1

Antara hotel yang sudah lama menjadi pilihan pelancong adalah Kingwood Hotel Kuching. Keunikan hotel ini boleh dilihat didalam bilik-biliknya yang luas.

Kingwood Inn Hotel 2

Didalam bilik yang berhawa dingin ini anda dapat menjumpai TV beserta astro, kemudahan membuat minuman panas dan pengering rambut. Tambahan pula, anda juga dapat menikmati kemudahan seperti kolam renang, restoran dan Wifi percuma. Antara tarikan yang terletak berdekatan dengan hotel ini adalah Jeti Tukang Besi dan Sarawak Orchid Garden.

Lokasi: Lot 618,Section 62, KLLD,Jalan Padungan,P.O.Box 2842, 93756 Kuching

Selanjutnya Di Booking.com


3. Imperial Hotel Kuching | Dari RM178 Semalam

Imperial Hotel Kuching 1

Imperial Hotel Kuching ini merupakan hotel yang telah memenangi pelabagai jenis anugerah untuk keselesaan dan kepuasan tetamu. Jika anda melihat gambar bilik yang disediakan anda faham kenapa. Untuk harga bawah RM200 semalam anda dapat bermalam di sebuah bilik bertaraf 4 bintang yang selesa dan moden.

Imperial Hotel Kuching 2

Kerana hotel ini agak besar, jenis bilik yang disediakan juga banyak seperti bilik single biasa hingga ke apartment 5 bilik. Setiap bilik disini berkarpet dan dilengkapi dengan penghawa dingin, bilik mandi persendirian, sofa, rak baju dan TV LCD.

Jika anda suka berjalan di pusat membeli-belah anda pasti akan suka hotel ini kerana ia bersambung dengan Boulevard Shopping Mall Kuching, bermaksud anda hanya perlu turun ke tingkat bawah untuk membeli-belah atau makan di restoran jenama kegemaran anda.

Lokasi: Jalan Datuk Tawi Sli, 93250 Kuching

Selanjutnya Di Booking.com


2. Pullman Kuching | Dari RM193 Semalam

Pullman Hotel Kuching 1

Sebuah lagi hotel 5 bintang terkemuka di Kuching yang menawarkan bilik eksklusif dengan harga yang berbaloi adalah Pullman Hotel Kuching. Lokasinya yang strategik membuatkan hotel ini ideal untuk mereka yang datang ke Kuching untuk lawatan sambil bekerja.

Tingkap yang luas didalam setiap bilik memberi anda pandangan bandar Kuching yang menakjubkan tanpa meninggalkan bilik.

Pullman Hotel Kuching 2

Didalam bilik anda dapat menjumpai bilik persendirian yang datang dengan tab mandi, TV LCD, Wifi percuma dan meja kerja.

Jika anda mahu merehatkan badan anda boleh melawat SPA yang terdapat didalam kawasan hotel yang menyediakan servis kecantikan seperti facial dan therapeutic massage.

Lokasi: No 1A Jalan Mathies, 93100 Kuching

Selanjutnya Di Booking.com


1. UCSI Hotel Kuching | Dari RM200 Semalam

UCSI Hotel Kuching 1

UCSI Hotel Kuching adalah hotel 4 bintang yang terletak 5 kilometer dari pusat bandar. Hotel ini mempunyai kolam renang luaran untuk anda berenang bersama keluarga.

UCSI Hotel Kuching 2

Setiap bilik di hotel ini dihias dengan perabot moden dan sesetengah bilik mempunyai kawasan rehat berasingan beserta sofa untuk merehatkan kaki selepas hari yang panjang.

Lokasi: Lot 2864, Block 7, Muara Tebas Land District, Isthmus Tanjong Seberang Pending Point, Sejingkat, 93450 Kuching

Selanjutnya Di Booking.com

Seperti mana yang anda boleh lihat terdapat banyak pilihan hotel murah di Kuching setiap satu menawarkan pengalaman menginap yang berbeza. Sebenarnya banyak lagi hotel bajet di bandar tersebut dan hotel yang tersenarai diatas dipilih berdasarkan nilai untuk wang yang paling bagus. Jika anda mahu melihat pilihan yang lain atauoun mahu mendapatkan harga terkini sila lawat laman web Booking.com.

Harga yang tertulis diatas adalah harga pada masa artikel ini ditulis dan harga mungkin berubah mengikut kadar permintaan. Contoh pada musim cuti sekolah dan cuti umum, harga mungkin naik sedikit berbanding dengan hari biasa. Untuk memastikan anda mendapat harga yang terbaik dan untuk memudahkan anda meranang percutian, pastikan anda menempah bilik sekurang-kurang dua minggu sebelum anda bercuti. Kami harap anda sampai dengan selamat dan pulang membawa kenangan manis.