13 Hotel Murah Di Labuan | Bilik Bajet & Selesa Di Bandar Permata Borneo

Hotel Murah Di Labuan Terkini - Featured Image

Terletak di antara destinasi percutian hebat di Malaysia, Sabah dan Sarawak, Labuan juga tidak kurang kehebatannya.

Tidaklah sebesar negeri-negeri ini namun statusnya sebagai salah satu daripada Wilayah Persekutuan di Malaysia dan pusat kewangan luar pantai menjadikan ia sebuah pulau yang tidak boleh dipandang dengan sebelah mata.

Hanyalah dua setengah jam perjalanan kapal terbang dari Kuala Lumpur dan 10 km dari Sabah, Labuan adalah salah satu destinasi yang wajib dilawati sekali dalam seumur hidup.

Di sinilah anda sekeluarga dapat menjejaki peninggalan Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua. Setelah itu, anda juga boleh merancang untuk menyelam skuba di banyak kawasan laut sekitar Labuan ini.

Yang menariknya, bahagian dasar laut ini turut memiliki tarikannya tersendiri yang memiliki bangkai-bangkai kapal laut yang cukup menarik untuk didekati.

Inilah antara tarikan yang dapat dinikmati sesiapa yang menjejakkan kaki ke tanah indah penuh ketenangan Labuan ini. Agak banyak bukan?

Tak cukup dengan itu,  bagi anda yang suka membeli-belah, di sinilah syurganya sebagai pulau yang telah sekian lama menjadi tempat shopping bebas cukai sejak tahun 1956 lagi.

Dalam keadaan ekonomi yang berbolak-balik ini, siapa tak suka bershopping tanpa perlu membayar cukaikan?

Bukan sahaja dapat berjimat sewaktu bershopping, dalam artikel ini, kami ingin membantu anda mendapatkan penjimatan yang hebat dari banyak tempat penginapan di Labuan.

Jadi tunggu apa lagi? Teruskan membaca senarai hotel murah di Labuan ini untuk mencari penginapan yang sesuai dengan keperluan percutian anda.

Dapatkan Tawaran Terbaik Hotel Di Labuan

01. Hotel Labuan Point

Hotel Labuan Point - Main Image

Hotel Labuan Point ini boleh dikatakan antara salah satu penginapan murah yang paling best di Labuan ini. Mana tidaknya, alang-alang sudah bercuti mesti anda ingin menikmati pemandangan dengan sepuas hati bukan?

Di hotel ini anda dapat menikmatinya di ruang santai atas bumbung dalam suasana yang cukup relaks sambil menikmati hidangan. Bertambah-tambah selera jadinya.

Hotel yang menawarkan 128 buah bilik penginapan terdiri daripada penginapan jenis bilik Suites, Superior Twin Room dan Superior Kings Rooms.

Kesemua bilik ini memiliki dekorasi dalaman yang cukup moden berlantaikan vinyl. Bilik-biliknya juga dilengkapi dengan perabot kayu berwarna cerah yang yang menjadikan ia sejuk dipandang.

Hotel Labuan Point - Room Image

Bukan itu sahaja, sebab lain untuk anda memilih hotel murah ini juga adalah kerana lokasinya yang cukup strategik. Dalam masa yang sama, suasana di sekitar Hotel Labuan Point ini  sendiri begitu tenang dan bersih.

Kedengaran cukup sempurna untuk keselesaan anda yang bercuti bersama keluarga. Tiada alasan untuk tidak booking Hotel Labuan Point bukan?

Alamat: Lot 207508183, Jalan Okk Abdullah, 87000 Labuan

Selanjutnya Di Agoda.com

02. Premierz Hotel

Premierz Hotel Labuan - Gambar Dari Luar Pada Waktu Petang

Terletak di tengah-tengah bandar Labuan, Premierz Hotel memiliki lokasi yang begitu strategik dengan pelbagai kemudahan seperti ATM, kedai 24 jam dan kedai makan yang kesemuanya hanyalah beberapa tapak dari hotel.

Hotel ini juga terletak tidak jauh dari terminal Feri Labuan. Lokasi hotspot pelancongan seperti muzium dan zoo juga cukup dekat dengan hotel bajet ini. Lokasi? Memang tip-top!

Premierz Hotel Labuan - Room Image

Berkaitan penginapannya pula, Premierz Hotel menawarkan bilik-bilik yang cukup selesa dengan kebersihan yang  pasti akan memuaskan hati anda sekeluarga.

Paling penting sekali, katilnya sungguh empuk untuk anda mendapatkan tidur malam yang lena setelah kepenatan berjalan-jalan di Labuan.

Di samping itu, tarikan lain hotel bajet ini adalah kemudahan wifinya yang agak pantas, barulah boleh update status bercuti sepuas hati!

Alamat: U0373 Jalan Bunga Anggerik, 87000 W.P. Labuan

Selanjutnya Di Agoda.com

03. Labuan Fortune Hotel

Labuan Fortune Hotel - Main Image

Hotel yang berwarna menyerlah putih dan merah ini, Labuan Fortune Hotel, mengetengahkan konsep Jepun di dalam rekaan dalaman penginapannya.

Bila difikirkan penginapan dengan gaya Jepun, pasti anda terbayangkan bilik yang dihias dengan minimal dengan kebersihan yang berada di tahap negara Jepun bukan? Inilah yang boleh anda jangkakan dari Labuan Fortune Hotel.

Labuan Fortune Hotel - Room Image

Hotel ini juga cukup sesuai bagi anda yang datang bercuti bersama keluarga kerana saiznya yang begitu luas untuk keselesaan penginapan beramai-ramai.

Sebab lain untuk anda memilih hotel ini adalah kerana kemudahan akses wifinya yang dikatakan agak superb, tidaklah anda kebosanan sewaktu bermalas-malasan di dalam bilik kerana dapat melayari internet seperti di rumah sendiri.

Lokasinya? Terletak dekat dengan pelbagai pilihan restoran dan kedai jualan barangan-barangan bebas cukai. Apa lagi? Pulunlah bershopping di sini ya?

Alamat: Jalan Tanjung Bendera, 87000 Labuan

Selanjutnya Di Agoda.com

04. Fratini’s Hotel

Fratini's Hotel Labuan - Gambar Depan Hotel

Fratini’s Hotel Labuan adalah sebuah penginapan yang menawarkan penginapan dengan dekorasi dalaman yang minimal namun dalam masa yang sama beraura elegan.

Biliknya juga lengkap denga pelbagai kemudahan seperti pemanas air, bar mini dan lain-lain.

Fratini's Inn Labuan - Room Image

Hotel yang selesa ini terletak hanyalah 12 minit perjalanan kaki untuk ke pantai. Tarikan lain seperti Muzium Labuan dan Financial Park juga hanyalah beberapa minit perjalan kaki dari hotel.

Sememangnya sesuai bagi anda yang datang dengan tujuan untuk cross banyak lokasi menarik di Labuan dari checklist anda.

Tempat makan juga cukup mudah untuk ditemui, salah satunya adalah restoran Marrybrown yang terletak begitu dekat dengan hotel.

Alamat: U0361C, Jalan Bunga Kesuma, P.O Box 81988, 87007 Labuan

Selanjutnya Di Agoda.com

05. SkyGlobal Hotel

SkyGlobal Hotel Labuan - Gambar Luar Hotel

SkyGlobal Hotel yang terletak di Jalan Bunga Seroja ini adalah sebuah hotel bajet 1 bintang yang menawarkan penginapan yang dihias dengan ringkas namun lengkap dengan kemudahan yang memberikan keselesaan sepanjang penginapan anda di sini yang termasuklah TV bersaluran satelit sebagai hiburan sewaktu berehat-rehat di dalam bilik.

Sky Global Hotel Labuan - Room Image

Lokasinya pula, terletak dekat dengan pusat membeli-belah, kedai-kedai makan, dan tarikan-tarikan yang menarik di Labuan, cukup strategik.

Bukan itu sahaja, hotel ini juga terletak tidak jauh dari Jeti Labuan. Mudahlah untuk anda mengakses banyak lagi pulau-pulau kecil lain yang terletak di sekitarnya untuk berskuba diving.

Alamat: U0438/0439/0440, Jalan Bunga Seroja, 87008 Labuan

Selanjutnya Di Agoda.com

06. Expo Hotel

Expo Hotel Labuan - Gambar Depan Hotel

Expo Hotel ini bukan sahaja sedap dipandang tetapi juga memiliki tahap keselamatan yang boleh dipuji, kerana di sini, para penginap yang ingin memasuki ruang hotel selepas selepas pukul 11 malam, perlu menggunakan kad hotel yang perlu diimbas.

Di samping itu, walaupun hanyalah sebuah hotel dengan 3 tingkat, hotel ini tetap memiliki kemudahan lif. Ini memudahkan anda yang bertravel dengan mereka yang berusia ataupun kurang upaya. Hotel bajet mana lagi yang sebagus ini?

Expo Hotel Labuan - Gambar Bilik

Penginapannya pula, hotel bajet berdekorasi dalaman moden ini menawarkan bilik-bilik yang lengkap dengan katil dan bantal yang empuk untuk membantu anda sekeluarga tenggelam dalam dunia mimpi setelah puas berjalan di sekitar bandar.

Lokasi? Cukup strategik, tapi yang paling menarik sekali adalah kerana ianya terletak bersebelahan dengan panggung wayang, Perdana Cineplex.

Jadi, kalau anda sudah bosan bersantai di dalam bilik tu, apa kata kalau pergi menonton filem Hollywood terbaru di sini. Tengok movie atas pulau? Ciptalah pengalaman yang unik sikit kan?

Alamat:  U0309 Jati Shophouse Phase I Jalan Tun Mustapha, 87030 Labuan

Selanjutnya Di Agoda.com

07. Global Hotel Labuan

Global Hotel Labuan - Gambar Luar

Global Hotel Labuan adalah penginapan bertaraf 2 bintang dengan pemandangan yang cukup mengasyikkan kawasan sekitar ketenangan kampung dan aliran sungai. Keindahannya bertambah memukau sewaktu matahari naik di pagi hari.

Mengenai hotel ini pula, rekaan dalamannya cukup ringkas dan selesa dengan kemudahan seperti TV bersaluran satelit sebagai hiburan. Suasana di sekitar hotel juga cukup nyaman dan sunyi dari gangguan bunyi untuk anda bersantai dengan tenang.

Global Hotel Labuan - Room Image

Lokasinya? Anda boleh berjalan kaki untuk menuju ke terminal feri. Tempat lain seperti kedai makan dan pusat membeli-belah juga hanyalah beberapa tapak dari terminal feri ini.

Alamat: U0017, Jalan O.K.K. Awang Besar, 87014 Labuan

Selanjutnya Di Agoda.com

08. Hotel & Apartment Ambassador 3

Hotel & Apartment Ambassador 3. - Main Imagejpg

Hotel berbangunan merah ini, Hotel & Apartment Ambassador 3 adalah sebuah penginapan yang diberikan sentuhan elegan dengan perabot-perabot kayu berwarna coklat gelap.

Seri bilik ini ditambah lagi dengan cahaya lampu yang terang serta katil dan dinding yang berwarna putih.

Hotel & Apartment Ambassador 3 - Room Image

Bukan sahaja memiliki rekaan dalaman yang sedap dipandang, hotel ini turut menyediakan ruang santai di dalam bilik-biliknya dimana anda boleh melepak sambil menggunakan akses wifi yang disediakan untuk melihat perkembangan dunia luar pulau kecil ini.

Lokasinya pula, hotel ini terletak hanyalah 10 minit pemanduan dari Muzium Labuan. Lapangan Terbang Labuan dan terminal feri pula dalam 6 minit pemanduan dari hotel.

Alamat: Lot 1,2,3 & 4, Jalan Jati, 87000 Labuan

Selanjutnya Di Agoda.com

09. Mariner Hotel Labuan

Mariner Hotel Labuan - Gambar Luar Hotel

Mariner Hotel Labuan satu permata tersembunyi yang terletak di tengah bandar Labuan ini. Kalau yang perlukan tempat bermalam tidak jauh dari Terminal Ferri Antarabangsa Labuan atau pusat membeli-belah hotel ini mungkin pilihan utama anda.

Bukan itu sahaja, ia juga Cuma lima minit sahaja masa bejalan kaki dari pusat bandar, menjadikan nya penginapan ideal untuk mereka yang nak merayau di kota Labuan ini.

Bilik mesra keluarga meskipun sederhana, lengkap dengan pendingin hawa, peti sejuk, kelengkapan membuat minuman panas dan wifi percuma. Kesemuanya disediakan dengan rapi dan bersih.

Restorannya pula menyajikan hidangan pelbagai citarasa, dari masakan tempatan hinggalah ke sajian kantonis.

Tak hairanlah penginapan yang sempurna dari segi lokasi, servis dan harga ini menjadi pilihan ramai yang bercuti ke bandar ini.

Alamat: U0468 Jalan Tanjung Purun Po Box 80063, Labuan Main Town, 87010 Labuan

Selanjutnya Di Agoda.com

10. Micasa Hotel Labuan

Micasa Hotel Labuan - Gambar Luar

Penginapan yang strategik, Micasa Hotel Labuan terletak dekat dengan perhentian bas, terminal feri dan pelbagai kedai menarik di Labuan yang kesemuanya boleh anda sampai dengan hanya berjalan kaki dari hotel.

Bilik-biliknya pula dihias dengan ringkas dan cukup bersih, lengkap dengan katil dan bantal yang empuk untuk tidur yang nyenyak.

Micasa Hotel Labuan - Room Image

Yang penting sekali, layanan yang diberikan oleh pekerja-pekerja di hotel ini memang terbaiklah!

Bertambah-tambah keselesaan anda yang menginap di sini kerana khidmat pelanggannya yang hebat. Kemudahan lain yang disediakan adalah akses wifi, siapa yang tak suka?

Alamat: Lot 447/448, Jalan Bunga Seroja, Labuan FT., 87000 Labuan

Selanjutnya Di Agoda.com

11. Transit Hotel

Transit Hotel Labuan - Main Image

Penginapan dengan bilik-bilik yang berwarna cerah, Transit Hotel yang terletak di Jalan Tun Mustapha ini memberikan anda penginapan dengan tahap kebersihan yang cukup terserlah, tiada apa yang dapat dikomenkan.

Bilik-bilik yang dihias dengan ringkas ini dilengkapi dengan katil yang selesa dan pelbagai lagi kemudahan lain yang menambahkan keselesaan penginapan anda sepanjang di Labuan.

Transit Hotel Labuan - Room Image

Lokasinya pula, terletak dekat dengan terminal feri yang hanya 7 minit berjalan kaki dari hotel.

Kedai-kedai makan yang termasuklah restoran 24 jam dan pusat membeli-belah juga hanyalah di sekitar hotel.

Dari RM80 untuk kebersihan yang tip-top dan lokasi yang strategik, apa lagi yang anda inginkan?

Alamat: Lot 35 & 36, Lazenda Commercial Centre Phase II, Jalan Tun Mustapha, 87007 Labuan

Selanjutnya Di Agoda.com

12. KL Hotel

KL Hotel Labuan - Main Image

Ya, anda tak salah lihat, KL Hotel ini bukanlah terletak di KL tapi di Jalan Jati, Labuan. Hotel dengan aura eksklusif ini dihias dengan moden menggunakan warna-warna natural, coklat, hitam, putih dan kelabu.

Sentuhan yang diberikan dalam rekaan dalamannya dan keselesaan yang jelas terpancar membuatkan anda tertanya-tanya betul ke harganya hanya bermula dari RM79? Namun inilah realitinya, kita enjoy je!

KL Hotel Labuan - Room Image

Hotel ini menyediakan kemudahan wifi percuma yang superb dan lengkap dengan tv sebagai hiburan sambil berbaring di katil empuk setelah puas menikmati tarikan di sekitar Labuan.

Lokasinya pula, terletak dekat dengan pelbagai kemduahan seperti bank, dobi untuk membasuh baju, kedai jualan barangan bebas cukai, feri terminal dan macam-macam lagi.

Alamat: Jalan Jati Jati Shophouse Development, 87000 Labuan

Selanjutnya Di Agoda.com

13. Avida Hotel

Avida Hotel Labuan - Main Image

Hotel yang ringkas, Avida Hotel adalah penginapan yang cukup selesa dengan kebersihan yang sangat terjaga.

Bilik-biliknya lengkap dengan katil yang dapat memberikan tidur yang nyenyak ditambah lagi dengan suasana perkitaran yang tidak diganggu bunyi bising. Atmosferanya cukup menenangkan dan penuh dengan privasi.

Avida Hotel Labuan - Room Image

Bilik-bilik yang disediakan di sini adalah Standard Double Room dan Deluxe Double Room yang memiliki tingkap untuk anda menikmati pemandangan luar. Lokasinya pula, kurang 5 km dari Lapangan Terbang Labuan.

Alamat: Lot 0511 & 0512 Lazenda Commercial Centre Phase II, Jln Tun Mustapha, 87007 Labuan

Selanjutnya Di Agoda.com

Inilah antara penginapan murah yang dapat boleh anda jadikan pilihan sekiranya bercadang untuk bercuti di Labuan. Dari hotel yang simple di tengah-tengah kota hinggalah ke penginapan seperti di rumah sendiri di tepian pantai, yang mana satu menjadi pilihan anda?

Jika senarai hotel murah di Labuan ini masih lagi tidak cukup, anda boleh melayari agoda.com untuk pilihan penginapan dengan harga murah di Labuan yang lebih banyak.

Sudah booking? Jangan tunggu-tunggu lagi, pantai-pantai dengan air laut yang jernih ini tidak henti-henti memukul ombaknya memanggil anda untuk datang.

Tidak cukup dengan keindahan alam, untuk anda yang kaki shopping, inilah masanya untuk membeli-belah sepuas hati di pulau yang bebas cukai ini. Hotel bajet, shopping pun dapat berbajet. Sememangnya percutian yang sempurna sedang menunggu anda di Labuan.

Semoga anda sekeluarga berseronok bercuti di Labuan!