20 Hotel Murah Di Lumut | Penginapan Selesa Bawah RM250 Semalam

Mendambakan suasana tenang dan keindahan alam semula jadi? Destinasi pertama yang patut terlintas di fikiran anda adalah Lumut, berlokasi strategik di antara bandar besar seperti Kuala Lumpur, Penang dan Ipoh, di sinilah warga kota dapat melepaskan ‘gian’ kepada dunia yang bebas daripada sebarang pencemaran dan bagi menghilangkan beban jiwa.

Dikelilingi oleh paya bakau, pantai-pantai yang indah dan pulau-pulau yang menjanjikan panorama yang menggoda jiwa, Lumut patut menjadi lokasi paling penting dalam rancangan percutian anda. Bukan itu sahaja, di sinilah anda sekeluarga dapat menikmati makanan laut yang segar tanpa rasa bersalah kerana betapa murahnya harga yang ditawarkan!

Macam mana? Tergoda untuk datang ke sini? Tapi nanti dulu! Sebelum anda ke sini, jangan lupa untuk booking penginapan terlebih dahulu. Kami di Mai Singgah faham betapa susahnya untuk jumpa tempat menginap yang murah tapi selesa, oleh sebab itu, untuk memudahkan anda membuat pilihan, kami senaraikan antara penginapan menarik dalam harga bajet untuk anda pilih. Teruskan membaca senarai hotel murah di lumut ini untuk menemui penginapan yang ‘kena’ dengan jiwa anda.

20. The Orient Star Resort Lumut

The Orient Star Resort Lumut - Main Image

The Orient Star Resort Lumut adalah sebuah penginapan yang dihias dengan minimal dan beraura klasik yang terletak hanyalah 5 minit berjalan kaki dari Pantai Pasir Bogak. Dari bilik penginapan hotel ini anda dapat menyejukkan mata dengan pemandangan kolam renang ataupun lautan.

Di samping bilik yang selesa, hotel ini turut menyediakan banyak lagi kemudahan lain untuk dimanfaatkan seperti kolam renang, akses wifi percuma, pusat kecergasan dan khidmat sewaan basikal.

The Orient Star Resort Lumut - Room Image

Lokasinya, hanyalah 10 minit pemanduan dari bandar Pangkor dan 20 minit pemanduan untuk ke Kampung Nelayan Sungai Pinang Kecil. Hotel ini juga terletak tidak jauh dari jeti, kedai makan dan tempat membeli-belah.

Fasiliti yang lengkap, pemandangan yang menarik dan lokasi yang strategik, apa lagi yang anda inginkan dari sebuah penginapan dalam harga bajet? Sangat berbaloi bukan?

Alamat: Lot 203 & 366, Jalan Iskandar Shah, 32200 Lumut

Selanjutnya Di Booking.com

19. Mornington Hotel Waterfront Lumut

Mornington Hotel Waterfront Lumut - Main Image

Ingin menikmati pemandangan yang mengujakan dari bilik yang diinapi? Kalau begitu, anda boleh memilih Mornington Hotel Waterfront Lumut sewaktu bercuti di Lumut, kerana sesetengah bilik di hotel ini menyajikan pemandangan yang menyegarkan pandangan mata sama ada lautan yang membiru ataupun kolam renang. Kalau dapat bilik yang mengadap lautan, bayangkanlah pemandangan indah yang dapat dilihat ketika matahari terbenam dan terbit.

Bercakap tentang bilik yang ditawarkan, sangat menarik dengan dekorasi moden yang sedap dipandang. Anda juga dapat menikmati rehat yang sebenar di atas katil empuk dalam suasana yang penuh ketenangan, jauh dari kebingitan kota.

Mornington Hotel Waterfront Lumut - Room Image

Lokasinya, hotel ini terletak berhampiran dengan taman untuk anda meluangkan masa bersama keluarga di waktu petang. Kawasan bandar dari hotel ini juga cukup mudah untuk diakses kerana anda hanya perlu berjalan kaki untuk ke sana. Perut berbunyi? Di seberang jalan hotel ini terdapat gerai makan yang menjual nasi lemak, roti canai dan lain-lain.

Alamat: Lumut Waterfront, Jalan Titi Panjang, 32200 Lumut

Selanjutnya Di Booking.com

Lihat Tawaran Terkini Hotel Terbaik Di Lumut

18. Brezza Hotel Lumut

Brezza Hotel Lumut - Main Image

Brezza Hotel Lumut adalah sebuah penginapan 2 bintang yang berdekorasi simple terletak hanyalah 3.2 km dari Pangkalan Tentera Laut Lumut.

Ringkas tapi dari segi keselesaan dan pemandangan yang ditawarkannya sangat memuaskan hati! Wang ringgit yang dikeluarkan terasa sangatlah berbaloi tambahan lagi bila diketahui yang lokasinya juga strategik!

Sewaktu bersantai di dalam bilik penginapan hotel ini, anda dapat menikmati pemandangan air laut yang seluas pandangan mata dari tingkap yang besar. Sungguh mendamaikan jiwa, macam ni barulah betul-betul dapat rasa keseronokan percutiankan?

Brezza Hotel Lumut - Room Image

Di samping itu, lokasinya juga strategik, kerana dari hotel ini cukup mudah untuk anda melanjutkan perjalanan ke Pulau Pangkor kerana jeti yang terletak berdekatan. Anda juga boleh berjalan kaki untuk ke pasar malam, gerai-gerai makan, bank dan banyak lagi fasiliti penting yang lain.

Alamat: Lot 4118 & 4119, Jalan Sultan Yusuf Izuddin, Lumut, Pangkor, Perak, Malaysia, 32200 Lumut

Selanjutnya Di Booking.com

17. Ritz Inn Lumut

Ritz Inn Lumut Hotel - Main Image

Penginapan yang penuh dengan keselesaan dan elegan, Ritz Inn Lumut adalah sebuah pilihan yang tepat sekiranya anda ke Lumut.

Dalam harga yang bermula bawah dari RM100, anda dapat menginap di dalam bilik yang juga lengkap dengan kemudahan seperti peti ais dan peti simpanan, cukup penting bagi anda yang tengah travel, tak akanlah nak bawa semua barangkan? Katilnya juga sangat empuk untuk tidur yang lena setelah puas meneroka kawasan sekitar.

Ritz Inn Lumut Hotel - Room Image

Lokasinya, tidak sukar untuk mencari tempat-tempat makan dan berdekatan dengan jeti untuk ke Pulau Pangkor. Anda juga boleh berjalan kaki untuk menuju ke kawasan pantai bagi menikmati pemandangan yang menyegarkan.

Alamat: Pt 4142-4144, Persiaran Sultan Yusuf Izzuddin Shah, Perak, 32200 Lumut

Selanjutnya Di Booking.com

16. Hotel Mornington Bukit Permata Lumut

Hotel Mornington Bukit Permata Lumut - Main Image

Hotel Mornington Bukit Permata Lumut adalah sebuah penginapan elegan yang padat dengan kesemua kemudahan yang penting sepanjang penginapan.

Dari kemudahan hiburan tv, peralatan membuat air yang lengkap hinggalah kepada kemudahan mandian, semuanya tersedia dengan sempurna untuk sebuah hotel bajet.

Hotel Mornington Bukit Permata Lumut - Room Image

Lokasinya juga menarik, kerana dari hotel ini untuk ke kawasan tarikan pelancongan tidak mengambil masa yang lama, salah satunya adalah Pantai Teluk Batik yang hanyalah 5 ke 10 minit dari hotel. Pusat membeli-belah AEON pula hanyalah 2 km dari sini. Kedai makan dan kedai-kedai jualan yang lain juga tidak susah untuk ditemui dari hotel.

Alamat: No 33A, Jalan Permata 1, Taman Permata, Pundut, 32200 Lumut

Selanjutnya Di Booking.com

15. Riez Homestay @ Marina Island Lumut

Riez Homestay @ Marina Island Lumut - Main Image

Riez Homestay @ Marina Island Lumut adalah sebuah penginapan jenis homestay yang dapat memuatkan 8 orang dalam satu-satu masa. Kedengaran macam bilangan kontinjen anda masa bercuti di sini nanti?

Tak perlu fikir panjang lagi! Apartment ini memang selesa untuk penginapan beramai-ramai! Ruang tamu dan ruang makannya sangatlah luas.

Di samping itu, ia juga lengkap dengan ruang balkoni untuk anda jadikan tempat bersantai di awal pagi atau petang bagi mengambil udara segar sambil menghirup kopi. Menarik bukan?

Riez Homestay @ Marina Island Lumut - Room Image

Sebab lain untuk anda memilih penginapan ini adalah kerana anda tak perlu memikirkan tahap kebersihannya, cukup memuaskan hati!  Kemudahan lain seperti katil dan sofanya, semuanya dalam kondisi yang tip-top, cukup empuk! Pasti akan membuatkan anda rasa seperti berada di rumah sendiri!

Lokasi? Hanyalah 5 minit berjalan kaki untuk ke jeti Lumut-Pangkor.

Alamat: 332, Apartment Marina Island Pangkor Resort & Hotel Jalan Utama Marina, 32100 Lumut

Selanjutnya Di Booking.com

14. Marina Island Pangkor Resort & Hotel

Marina Island Pangkor Resort & Hotel - Main Image

Inginkan penginapan di tepian pantai? Anda boleh menikmatinya di Marina Island Pangkor Resort & Hotel! Betapa dekatnya penginapan ini dengan pantai sehinggakan anda hanya perlu berjalan kaki selama satu minit sahaja untuk ke sana.

Kalau sudah dekat dengan pantai, sudah semestinya pemandangan yang disajikan indah tak terkata. Dari ruang balkoni bilik-bilik suite hotel ini, anda dapat menikmati pemandangan air laut yang tenang.

Marina Island Pangkor Resort & Hotel - Room Image

Di samping selesa dengan pemandangan yang mendamaikan, di hotel ini juga anda dapat menggunakan banyak kemudahan lain yang disediakan seperti kolam renang untuk dewasa dan kanak-kanak, games room, pusat kecergasan dan khidmat urutan tradisional melayu serta refleksologi.

Selain terletak berdekatan dengan pantai, Marina Island Pangkor Resort & Hotel turut terletak tidak jauh dari kawasan bandar, restoran-restoran untuk menjamu selera dan jeti untuk ke Pangkor.

Alamat: KM 1, Teluk Muruh Lumut, 32200 Lumut

Selanjutnya Di Booking.com

13. Star Bay Hotel

Star Bay Hotel Lumut - Main Image

Tercari-cari penginapan yang selesa, bersih dan luas untuk keselesaan bercuti bersama keluarga? Anda boleh menginap di Star Bay Hotel.

Hotel dalam harga bajet yang cukup murah ini padat dengan bermacam kemudahan penting yang dapat memberikan keselesaan sepanjang penginapan dan ini termasuklah tv bersiaran Astro, water dispenser, akses wifi yang superb dan lain-lain lagi.

Star Bay Hotel Lumut - Room Image

Lokasinya, berdekatan dengan jeti untuk ke Pulau Pangkor, kedai makan, kedai dobi dan kedai runcit. Pendek kata, segala yang penting, semuanya ada di sekitar hotel ini.

Alamat: No.11&12, Jalan Permata 5, Taman Bukit Permata, 32200 Lumut

Selanjutnya Di Booking.com

12. GM Holiday Hotel

GM Holiday Hotel - Main Image

Banyak sebenarnya penginapan yang terletak berdekatan dengan Jeti Lumut, namun tak semua menawarkan harga yang tak melincinkan poket, dan tak semua dapat memberikan keselesaan seperti mana GM Holiday Hotel.

Walaupun ditawarkan dalam harga murah, dekorasi dalamannya dan pencahayaan yang digunakan di dalam ruang bilik, membuatkan anda rasa seperti menginap di hotel yang bernilai lebih daripada harga dibayar.

GM Holiday Hotel - Room Image

Dari RM60 dan ke atas, anda dapat menikmati penginapan yang sempurna dan lengkap! Yang penting, kebersihan hotel ini juga sangat memuaskan hati!

Alamat: No. 37 & 38, Persiaran Pantai Impian, Taman Lumut Pantai Impian, 32200 Lumut

Selanjutnya Di Booking.com

11. Ritz Garden Hotel Manjung

Ritz Garden Hotel Manjung - Main Image

Elegan! Inilah perkataan yang boleh digunakan untuk menggambarkan konsep rekaan dalaman bilik-bilik penginapan di Ritz Garden Hotel Manjung.

Lebih sebab untuk anda menginap di hotel ini adalah kerana restorannya, Ritz Recipe yang dibuka selama 24 jam, memang tak perlu risau kalau perut menggerodak kelaparan secara tiba-tiba bila tiba waktu malam.

Dari masakan asia hinggalah barat, semuanya ada di sini. Kemudahan lain yang disediakan adalah seperti tv bersiaran satelit, akses wifi, khidmat urutan dan kemudahan tempat meletak kereta percuma.

Ritz Garden Hotel Manjung - Room Image

Sarapan yang disediakan hotel ini juga sarat dengann pelbagai pilihan makanan dan ini termasuklah pastri dan masakan-masakan tempatan yang lain.

Lokasinya, hanyalah bersebelahan dengan Billion Supermarket, kedai makan McD dan lain-lain lagi.

Alamat: Lot 5260 and 5261, Jalan Lumut, Seri Manjung, 32040 Lumut

Selanjutnya Di Booking.com

10. Galaxy Inn Lumut

Galaxy Inn Hotel - Main Image

Berlokasi strategik, Galaxy Inn Lumut terletak dekat dengan hampir segalanya! Hotel yang berada di tengah-tengah bandar Lumut ini memudahkan anda sekeluarga untuk mengakses kawasan-kawasan seperti jeti yang hanyalah 5 minit berjalan kaki dari hotel, pantai untuk anda menenangkan fikiran dan juga stesen bas. Kedai makan? Memang tak jadi isu, macam-macam pilihan ada di sekitar hotel.

Galaxy Inn Hotel - Room Image

Bilik penginapannya, walaupun kelihatan simple, namun cukup selesa dengan tilam yang empuk dan kemudahan wifi yang laju.

Alamat: PT 4189 Jalan Sultan Idris Shah Jalan Sultan Idris Shah, 32200 Lumut

Selanjutnya Di Booking.com

9. Lumut Valley Condominium

Lumut Valley Condominium - Main Image

Tidak mahu melepaskan keselesaan seperti di rumah sendiri walaupun masa tengah bercuti? Menginaplah di Lumut Valley Condominium, kondo ini menawarkan 75 buah penginapan apartment yang sempurna dengan pelbagai kemudahan.

Sewaktu bersantai di dalam ruang apartment, anda dapat menikmati pemandangan yang menakjubkan kawasan sekitar yang dikelilingi kehijauan Bukit Engku Busu dan ketenangan air laut yang tidak begitu jauh dari lokasi apartment ini.

Lumut Valley Condominium - Room Image

Kesemua penginapan ini memiliki ruang dapur yang lengkap dengan pelbagai perkakasan seperti di rumah sendiri, ruang tamu yang selesa, water heater, peralatan membuat air dan lain-lain lagi!

Fasiliti lain yang boleh anda sekeluarga manfaatkan sekiranya menginap di sini adalah kolam renang, pusat kecergasan, sauna, kafe dan ruang yang luas untuk beraktiviti bersama keluarga. Anda juga boleh menyewa kemudahan barbeku, board games dan banyak lagi daripada pihak kondo. Lokasinya, hanyalah 5 minit berjalan kaki untuk ke Jeti Lumut.

Alamat: PT 4189 Jalan Sultan Idris Shah Jalan Sultan Idris Shah, 32200 Lumut

Selanjutnya Di Booking.com

8. Titi Panjang Apartment Lumut Sitiawan Manjung

Titi Panjang Apartment Lumut Sitiawan Manjung - Main Image

Titi Panjang Apartment Lumut Sitiawan Manjung menawarkan pilihan apartmen dengan 3 buah bilik yang dapat memberikan keselesaan kepada 6 orang penginap dan juga apartmen 4 buah bilik untuk anda yang datang lebih ramai dari itu.

Kesemua bilik di apartmen ini lengkap dengan kemudahan pendingin hawa! Ruang tamunya juga ada aircond! Sangat berbaloi untuk harga yang ditawarkan.

Titi Panjang Apartment Lumut Sitiawan Manjung - Room Image

Fasiliti lain yang dapat digunakan adalah dapur yang lengkap dengan kemudahan memasak, mesin basuh, ironboard, tv dan banyak lagi! Selesa macam di rumah sendiri.

Lokasinya, terletak dekat dengan jeti feri untuk ke Pulau Pangkor, pusat jualan hasil laut, taman rekreasi dan lain-lain lagi.

Alamat: PT4152 jalan sultan idris shah, 32200 Lumut

Selanjutnya Di Booking.com

7. Hotel Sfera

Hotel Sfera Lumut - Main Image

Penginapan yang elegan dan eksklusif, Hotel Sfera bukanlah sebuah penginapan bajet biasa. Hotel ini sangat terasa mewahnya, melihat daripada dekorasinya sudah dapat dibayangkan keselesaan yang menanti.

Kesemua 154 buah bilik di hotel ini dihias dengan moden dan penuh stylish! Warna-warna natural yang digunakan dapat menambahkan rasa relaks setelah seharian berjalan.

Hotel Sfera Lumut - Room Image

Dah puas merehatkan badan, anda boleh menggunakan pelbagai kemudahan yang disediakan seperti kolam renang rooftop, sauna, pusat kecergasan dan bilik membaca yang cukup selesa.

Mengenai lokasinya pula, hotel ini terletak di tengah-tengah bandar Sri Manjung yang merupakan lokasi urban antara bandar Lumut dan Sitiawan. Kawasan ini padat dengan tempat-tempat makan yang menarik, lokasi membeli-belah, tempat hiburan dan rekreasi.

Alamat: No 2479,Taman Samudera,Jalan Dato’ Yu Neh Huat, 32040 Lumut

Selanjutnya Di Booking.com

6. Aloha Hotel

Aloha Hotel Lumut - Main Image

Penginapan harga bajet yang bermula dari bawah RM100, Aloha Hotel adalah sebuah pilihan penginapan yang cukup simple namun lengkap dengan kemudahan yang dapat memberikan anda sekeluarga keselesaan sepanjang penginapan di sini, salah satunya adalah kemudahan water dispenser yang terletak berdekatan dengan bilik.

Aloha Hotel Lumut - Room Image

Tak perlulah anda bersusah-payah membeli air botol untuk menghilangkan dahaga setelah puas berjalan. Kemudahan lain yang disediakan adalah akses wifi.

Lokasinya, tak perlu dipersoalkan, memang hebat! Dari sini sangat mudah untuk anda mencari kedai-kedai makan, kedai runcit dan juga banyak lagi kawasan tarikan yang lain.

Alamat: 42, Taman Lumut Indah,32200 Lumut,Perak, 32200 Lumut

Selanjutnya Di Booking.com

5. Teluk Batik Holiday Apartment

Teluk Batik Holiday Apartment - Main Image

Nikmati pemandangan yang menenangkan jiwa dari bilik penginapan di Teluk Batik Holiday Apartment. Apartmen-apartmen di hotel ini menyajikan pemandangan indah lautan yang terletak berhadapan dengan penginapan, ruang balkoninya pula menghidangkan pemandangan dari kawasan hutan yang rimbun kehijauan.

Sesudah puas merehatkan badan dan fikiran di dalam apartmen, anda boleh menggunakan pelbagai kemudahan lain yang disediakan seperti kolam renang, restoran, spa dan mendapatkan khidmat urutan.

Teluk Batik Holiday Apartment - Room Image

Inginkan aktiviti yang lebih memuaskan hati anda yang berjiwa lasak? Anda boleh mengatur untuk melakukan sukan air di kaunter hotel.

Alamat: Lot 6968, Jalan Teluk Batik, Teluk Batik, 32000 Lumut Perak, 32000 Lumut

Selanjutnya Di Booking.com

4. Virgo Batik Resort

Virgo Batik Resort - Main Image

Virgo Batik Resort adalah sebuah penginapan yang memberikan pilihan berbeza kepada para penginap iaitu sama ada bilik tidur biasa ataupun apartmen. Walau yang mana pun dipilih, anda dijanjikan dengan kelesaan yang sangat memuaskan.

Virgo Batik Resort - Room Image

Selain bilik yang selesa, antara kemudahan lain yang disediakan di sini adalah kolam renang, kemudahan barbeku, akses wifi dan ruang parking yang percuma.

Alamat: Persiaran Teluk Batik, 32200 Lumut

Selanjutnya Di Booking.com

3. CK Hotel

CK Hotel Lumut - Main Image

Anda hanya inginkan kemudahan yang basic semasa bercuti dalam harga bajet? Jom booking CK Hotel. Hotel yang dihias dengan minimal ini dapat memberikan anda rehat yang sempurna ditambah lagi dengan kebersihannya yang memang terbaik! Biliknya juga agak luas untuk harga yang ditawarkan.

CK Hotel Lumut - Room Image

Lokasinya, terletak berdekatan dengan Teluk Batik dan jeti.

Alamat: No. 8&9, Jalan Permai Jaya, Taman Permai Jaya, 32200 Lumut

Selanjutnya Di Booking.com

2. Rockbund Fishing Chalet

Rockbund Fishing Chalet - Main Image

Apa penginapan yang paling ceria di tepi pantai? Rockbund Fishing Chalet adalah jawapannya! Kabin-kabin tepian pantai chalet ini diwarnai dengan pelbagai warna berbeza, memang menarik kalau anda merancang untuk bergambar sepuas hati semasa bercuti.

Bukan sekadar cantik di pandang mata, kabin-kabin ini juga sangat selesa untuk diinapi, semuanya memiliki dua buah bilik tidur, ruang duduk dan penyaman udara yang menyegarkan.

Dah puas berehat, sebaik keluar dari kabin ini, mata anda akan dihidangkan dengan pemandangan yang memukau lautan yang membiru, pemandangan ini lebih mengujakan apabila tiba waktu matahari terbit atau terbenam.

Rockbund Fishing Chalet - Room Image

Selain menikmati pemandangannya, anda juga boleh merancang pelbagai aktiviti menarik untuk dilakukan seperti memancing di dek-dek yang disediakan, berbasikal dan mendaki bukit.

Alamat: Marina Island, 32200 Lumut

Selanjutnya Di Booking.com

1. DoubleTree by Hilton Damai Laut

Swiss Garden Beach Resort Damai Laut - Main Image

DoubleTree by Hilton Damai Laut, Damai Laut adalah sebuah penginapan yang terletak di dalam kawasan yang sangat tenang, jauh dari sebarang gangguan bunyi bising. Resort ini juga lengkap dengan pelbagai kemudahan yang dapat membuatkan percutian anda padat dengan keseronokan!

Antara kemudahan yang disediakan adalah kolam renang yang lengkap dengan gelongsor-gelongsor yang boleh digunakan oleh orang dewasa dan kanak-kanak. Kemudahan lain yang disediakan adalah spa, pusat kecergasan, kids center dan banyak lagi!

Swiss Garden Beach Resort Damai Laut - Room Image

Lokasinya, walaupun terletak agak jauh dari kawasan bandar, namun inilah pilihan yang terbaik sekiranya anda mendambakan ketenangan dari hiruk-pikuk kota. Bila lagi nak menghadiahkan diri dengan ketenangan yang sebenar kalau tak masa cuti?

Resort ini juga terletak tidak jauh dari kawasan pantai, bayangkanlah, bangun tidur dengan bunyi pukulan ombak, ini pasti menjadi percutian yang sukar dilupakan!

Alamat: Persiaran Swiss-Garden, Jalan Damai Laut, Teluk Senangin, 32200 Lumut

Selanjutnya Di Booking.com

Ada yang berjaya menarik hati? Kalau senarai hotel murah di lumut ini ni masih tak cukup untuk membuat anda booking, anda boleh melayari laman web booking.com untuk pilihan penginapan yang lebih banyak dengan tawaran harga yang terbaru.

Dah booking? Jangan tunggu lama-lama, banyak keseronokan yang menanti di Lumut! Waktu yang anda tunggu-tunggu untuk mendapatkan ketenangan sebenar kian tiba, selamat bercuti di Lumut Perak!