25 Hotel Murah Di Melaka (2024) | Pilihan Bajet Taveller

Anda mungkin merancang untuk membawa keluarga melawat tempat-tempat menarik di Melaka atau perlu ke negeri bersejarah ini untuk lawatan sambil berkerja dan sedang mencari penginapan yang selesa lagi berbaloi semasa berada di sana nanti.

Oleh itu kami telah menyenaraikan 25 Hotel murah di Melaka untuk membantu anda membuat pilihan.

Jika anda jumpa hotel yang anda minat di dalam senarai ini dan mahu mengetahui lebih lajut tentang hotel berikut, anda boleh menekan butang yang disediakan dibawah setiap hotel.

Anda boleh mendapatkan maklumat seperti harga bilik, tawaran semasa dan yang paling penting anda boleh membaca review dari pelanggan yang telah menginap di hotel tersebut.


Anda Mungkin Suka:


01. Prima Hotel Melaka

Prima Hotel Melaka - Gambar Depan Hotel

Prima Hotel Melaka ini terletak di Jalan Bunga Raya berdekatan dengan pusat Bandar Melaka. Bilik bersih yang luas dan layanan yang mesra membuat hotel ini popular bagi mereka yang mencari hotel bajet di melaka.

Prima Hotel Melaka - Gambar Dalam Hotel

Hotel 3 bintang ini menawarkan bilik yang selesa dengan harga yang berpatutan. Setiap bilik dilengkapi dengan penghawa dingin, tempat mengosok baju, pengering rambut dan meja untuk anda berkerja.

Alamat: Jalan Kee Ann, Bunga Raya, Melaka City Center, 75100 Melaka

Dapatkan di Booking.com

02. Hotel Sentral Melaka @ City Centre

Hotel Sentral Melaka ini terletak di Jalan Tun Sri Lanang dan berhampiran dengan pusat Bandar Melaka. Hanya beberapa minit saja masa memandu ke pusat membeli-belah dan tempat bersejarah di Bandar Melaka.

Setiap bilik di lengkapi dengan penghawa dingin, TV LED, peti sejuk, pengering rambut dan tempat untuk membuat kopi atau teh. Di sini juga ada kolam renang dewasa dan kanak-kanak, wifi dan tempat letak kereta percuma.

Alamat: 20, Jalan Tun Sri Lanang, Pengkalan Rama Tengah, 75100 Melaka

Dapatkan di Booking.com

03. Hotel Arissa

Sebuah hotel yang juga terletak berhampiran dengan bandar melaka adalah Arissa Hotel Bilik di sini dilengkapi dengan penghawa dingin, Bath Tub dan Rain Shower, TV, tempat menyediakan teh atau kopi dan Wifi.

Hanya beberapa minit saja dari, Kota A’Famosa, Jonker Street dan The Stadhuys.

Alamat: No.2 , Jalan Pelanduk Putih, Melaka

Dapatkan di Booking.com

04. Lovita Queenspark Hotel

Queenspark Lovita Hotel Melaka - Gambar Luar Pada Waktu Malam

Hotel Lovita Queenspark ini letaknya di Melaka Raya, hanya 500 meter dari pusat Bandar. Tempat berdekatan adalah Mahkota Medical Center dan Eco Bike Tour.

Queenspark Lovita Hotel Melaka - Gambar Bilik Single

Setiap bilik mempunyai Wifi dan bilik dibersihkan setiap hari. Tempat ini dilengkapi sistem keselamatan 24jam.

Alamat: No. 39 – 47, Jalan Taman Melaka Raya 24, Taman Melaka Raya, Melaka Raya, 75000 Melaka.

Dapatkan di Booking.com

05. Terra Nova Hotel

Terletak di Taman Kota Shah Bandar, Terra Nova Hotel ini sesuai jika anda mahukan hotel yang dekat dengan semua tempat menarik di Melaka.

Setiap bilik mempunyai Wifi, meja untuk berkerja dan kemudahan yang lengkap.

Alamat: No.29, Jalan KSB 11, Taman Kota Syahbandar, Melaka City Center, 75200 Melaka

Dapatkan di Booking.com

06. The NINES HOTEL Malacca

The NINES HOTEL Malacca - Depan Hotel

The Nines Hotel terletak hanya 5 minit saja masa memandu dari Jonker Walk. Hotel ini mempunyai bilik dengan reka bentuk yang moden.

The NINES HOTEL Malacca - Bilik Selesa Dengan Harga Berpatutan

Setiap bilik dilengkapi dengan TV dan shower air panas yang boleh ditemui didalam hotel 3 bintang.

Alamat: 1, Jalan Gajah Berang, 75200 Melaka

Dapatkan di Booking.com

07. Aurora Hotel

Aurora Hotel Melaka - Gambar Luar

Kalau anda mencari hotel bajet di Melaka mungkin Aurora Hotel ini sesuai untuk anda. Hotel ini terletak di Jalan Munshi Abdullah, bermaksud anda hanya perlu berjalan 9 minit sahaja untuk sampai ke The Shore Oceanarium, taikan popular bagi pencinta makhluk akuatik.

Hotel ini hanya mempunyai bilik yang selsa lengkap dengan Wifi percuma di dalam setiap bilik.

Alamat: 117 & 117A, Jalan Munshi Abdullah, 75100 Melaka, Malaysia

Dapatkan di Booking.com

08. Casa Bonita Hotel

Casa Bonita Hotel - Gambar Depan Hotel

Kalau anda mencari hotel di Kawasan Klebang, Hotel Casa Bonita mungkin pilihan tepat untuk anda. Walaupun ia bukan terletak di tengah bandar anda tidak perlu risau kerana anda hanya perlu drive 15 minit saja untuk ke Dataran Pahlawan.

Antara destinasi best yang berdekatan adalah The Sail dan Encore Melaka.

Casa Bonita Hotel - Bilik, Kolam Renang, Lobi

Bilik di hotel ini mempunyai rekabentuk moden dan mempunyai kemudahan lengkap yang akan menjanjikan pengalaman menginap yang selesa.

Alamat: 1103, Jalan Limbongan, Pekan Klebang, 75200 Klebang, Melaka

Dapatkan di Booking.com

09. V Hotel Melaka

V Hotel Melaka - Gambar Depan Hotel & Lobi

Jarang jumpa hotel bajet dengan penampilan yang kemas dan bersih macam V Hotel melaka ini. Dengan rekabentuk yang ringkas dan minimalis, hotel ini berjaya mencipta suasana berkelas dan menawarnya dengan harga yang rendah.

V Hotel Melaka - Bilik, Tandas & Fasiliti

Setiap bilik dilengkapi dengan LCD TV, Wifi percuma, penghawa Dingin, dan meja untuk berkerja.

Alamat: 335 Jalan Ong Kim Wee, Melaka

Dapatkan di Booking.com

10. Asiatic Hotel

Asiatic Hotel Melaka - Gambar Depan Hotel Pada Waktu Malam

Kalau anda mencari hotel yang berdekatan dengan kawasan Klebang, Asiatic Hotel mungkin pilihan sesuai untuk anda.

Hotel ini hanya 3 Kilometer dari Mahkota Parade dan 4 Kilometer dari Dataran Pahlawan Melaka Megamall.

Setiap bilik dilengkapkan dengan TV LCD, kopi dan teh Segera, dan penghawa dingin. Kalau anda ada rezeki lebih pilihlah bilik yang mempunyai balkoni untuk menikmati pemandangan persekitaran yang tenang sambil menikmati secawan kopi.

Alamat: No. 2E Jalan KLJ 4, Melaka

Dapatkan di Booking.com

11. The Shore Hotel & Residences

The Shore Hotel & Residences - Pemandangan Dari Atas

The Shore Hotel & Residences adalah sebuah penginapan selesa yang menawarkan bilik dalam harga permulaan tidak melebihi RM150.

Jika dilihat dari rekaan dalamannya, kelihatan seperti sebuah penginapan mewah kerana dihias dengan moden dan elegan menggunakan warna-warna yang kelihatan eksklusif seperti hitam, kelabu dan putih.

Yang menariknya, dari bilik yang diinapi anda berpeluang untuk menyaksikan pemandangan sungai ataupun sekitar bandar Melaka yang sungguh mempesonakan.

Bukan sahaja memiliki atmosfera yang tampak mewah, tapi ia juga lengkap dengan pelbagai kemudahan menarik seperti dua buah kolam renang (tertutup dan terbuka), taman air untuk kanak-kanak, gym, sauna dan banyak lagi.

Alamat: GF-27, 193 Pinggiran @ Sungai Melaka, Jalan Persisiran Bunga Raya, 75100 Melaka

Dapatkan di Booking.com

12. Hatten Place Melaka

Hatten Place Melaka - Gambar Depan Hotel

Melihat daripada bangunannya, macam tak percaya yang ianya turut menawarkan bilik dalam harga yang cukup murah, tapi inilah yang dapat anda temui di Hatten Place Melaka. Biliknya dihias dengan elegan dan selesa untuk penginapan bersama keluarga.

Jangan lepaskan peluang untuk menikmati sarapan pagi di hotel ini, memang rugi! Ramai penginap memuji hidangan sarapannya yang dikatakan agak pelbagai dan enak. Tiada cara yang lebih menyeronokkan untuk memulakan hari daripada dapat menikmati sarapan yang best, setuju?

Bukan itu sahaja, kedudukannya juga menarik kerana berada di atas pusat membeli-belah Elements Mall. Turun je bilik, terus boleh bershopping. Bagi yang kaki shopping tu, jangan fikir lama-lama, book je hotel ni ya?

Dah puas bershopping? Anda boleh terus terjun ke kolam renang atau menikmati sauna yang disediakan pihak hotel.

Bagi yang ingin menghilangkan lemak selepas puas menelan bermacam juadah menarik di Melaka, anda boleh terjah masuk ke dalam gym hotel yang serba lengkap dengan pelbagai peralatan senaman.

Alamat: Hatten City, Jalan Melaka Raya 23, 75000 Melaka


13. Moty Hotel

Moty Hotel - Pintu Masuk

Menjejakkan kaki masuk ke ruang lobi Moty Hotel, terasa seolah-olah berlakon di dalam filem James Bond, segalanya kelihatan super eksklusif dan mewah.

Kesemua 80 buah bilik tamu dan suite yang ditawarkan juga sangat luas dan bersih, 100% kelihatan tidak ubah seperti gambar yang dipamerkan.

Nak berenang sepuas hati alang-alang duduk di hotel? Kalau macam tu, ada lebih sebab untuk anda booking Moty Hotel. Menawarkan kolam renang yang tertutup di dalam bangunan hotel, anda boleh berenang seberapa lama yang diinginkan, siang atau malam tanpa mengambil kira cuaca di luar.

Moty Hotel - Kolam Renang, Bilik & Lobi

Kemudahan lain yang boleh anda manfaatkan sepanjang penginapan adalah bilik bilik sauna dan steamnya yang dibahagikan mengikut jantina untuk kelesesaan optimum.

Kedudukannya? Cukup strategik, dari hotel ini, anda hanya perlu berjalan kaki dalam sekitar 10 minit untuk sampai ke kawasan tarikan bersejarah Melaka. Tarikan lain seperti Little India dan Jonker Walk terletak kurang 1.5 km dari hotel.

Alamat: No 42 Jalan PM6 Plaza Mahkota, 75000 Melaka

Dapatkan di Booking.com

14. Imperial Heritage Hotel Melaka

Imperial Heritage Hotel Melaka - Hotel Besar Yang Berbaloi

Nikmati pemandangan bandar Melaka seluas pandangan mata sekiranya anda menginap di Imperial Heritage Hotel Melaka.

Bukan hanya menawarkan pemandangan yang menarik, tahap keselesaan yang bakal dinikmati di bilik penginapannya juga sungguh menakjubkan.

Bilik-biliknya yang luas diberikan sentuhan moden dan elegan yang cukup sedap dipandang. Katilnya juga sungguh empuk menjanjikan anda tidur yang lena selepas kepenatan makan angin.

Mengenai kemudahan yang disediakan, hotel ini lengkap dengan Himalayan Crystal Salt Room, gym, bilik karaoke dan lain-lain lagi.

Kedudukannya, cukup menarik kerana terletak di kawasan yang berdekatan dengan pelbagai tarikan di sekitar Melaka seperti Porta de Santiago, Christ Church, Baba Nyonya Heritage Museum, Kuil Sam Po Kong dan banyak lagi terletak kurang 1 km dari hotel.

Nak bershopping? Hotel ini terletak betul-betul berhadapan dengan pusat membeli-belah Dataran Pahlawan.

Alamat: 1 Jalan Merdeka 1, Melaka, 75000 Melaka

Dapatkan di Booking.com

15. Sunshine Inn Plus

Sunshine Inn Plus - Gambar Luar Hotel

Hanya 500 meter saja dari pusat bandar, Sunshine Inn Plus menawarkan penginapan yang selesa dengan harga yang berbaloi.

Terletak di jalan Melaka Raya ia berdekatan dengan Melaka Gateway, Muzium Penjara dan Portuguese Settlement.

Setiap bilik terdapat TV LCD, penghawa dingin, Wifi percuma di setiap bilik dan di lobby.

Alamat: 32, Jalan Melaka Raya 15, Taman Melaka Raya, 75000 Melaka

Dapatkan di Booking.com

16. Marvelux Hotel

Marvelux Hotel - Gambar Depan Hotel

Marvelux Hotel ini terletak di Taman Kota Laksamana Jaya. Jarak dari bandar Melaka hanya 1 kilometer sahaja. Tempat menarik yang berdekatan ialah Masjid Tengkera dan Jonker Walk.

Setiap bilik dilengkapi dengan Wifi percuma, TV LCD, almari, kopi dan teh segera dan sofa. Kemudahan lain seperti Spa dan Fitness Centre juga terdapat di sini.

Alamat: No. 6, Jalan KLJ 1, Taman Kota Laksamana Jaya, Melaka City Center, 75200 Melaka

Dapatkan di Booking.com

17. Arenaa Delux Hotel

Arenaa Delux Hotel Melaka - Luar Hotel Yang Menawan (1)

Arenaa Delux Hotel terletak di jalan Ujong Pasir, Bandar Melaka iaitu sejauh 5 minit memandu dari Stadthuys dan Kota A Famosa.

Dataran Palawan Mega Mall dan Mahkota Parade berjarak sejauh 10 minit memandu dari hotel ini.

Setiap bilik di hotel butik ini dilengkapi dengan penghawa dingin, hiasan moden dengan lantai kayu keras, balkoni peribadi, TV skrin rata, pemain DVD dan kemudahan pancuran mandi air panas di dalam bilik mandi peribadi.

Pihak hotel juga ada menawarkan kemudahan menyimpan bagasi di kaunter penerimaan tetamu.

Alamat: No. 222 (Lot 639) Jalan Ujong Pasir, Melaka City Center, 75050 Melaka

Dapatkan di Booking.com

18. Swiss Garden Hotels

Swiss Garden Hotels Melaka - Gambar Dari Atas

Hotel Swiss Garden Hotel & Residence ini terletak 3km dari pusat bandar. Terdapat 769 bilik di hotel ini dan setiap bilik di lengkapi Wifi percuma, TV LCD, penghawa dingin dan meja untuk berkerja.

Alamat: T2-4, The Shore @ Melaka River, Jalan Persisiran Bunga Raya, Melaka Tengah, Melaka City Center, 75300 Melaka

Dapatkan di Booking.com

19. 906 Riverside Hotel

906 Riverside Hotel Malacca ini merupakan hotel yang terletak betul-betul bersebelahan sungai melaka.

Setiap bilik dilengkapi dengan kemudahan seperti penghawa dingin, meja tepi katil dan cerek untuk membuat minuman panas. Tetapi apa yang membuatnya istimewa adalah jika anda dapat bilik dengan balkoni menghadap sungai.

Bayangkan pemandangan yang anda dapat lihat tanpa perlu tinggalkan bilik pun. Menarik bukan!

Alamat: 52, Jalan Kampung Hulu, 75200 Melaka

Dapatkan di Booking.com

20. Bayou Lagoon Park Resort

Bayou Lagoon Park Resort - Gambar Luar

Resort ini sesuai untuk percutian keluarga. Tarikan popular yang berdekatan adalah Hospital Ayer Keroh, Tasik Ayer Keroh dan Zoo Melaka

Setiap bilik terdapat TV LCD, Sofa, Almari,  Wifi percuma, tempat parking kereta, dan kaunter penerimaan tetamu yang beroperasi 24 jam.

Bayou Lagoon Park Resort - Gambar Dalam

Tarikan hotel ini adalah kolam Renang yang besar untuk kanak – kanak.

Alamat: Bayu Lagoon Park Resort, Jalan Wakaf Utama, Bukit Katil, Ayer Keroh, 75450 Melaka

Dapatkan di Booking.com

21. Bayview Hotel

Bayview Hotel Melaka terletak di Jalan Bendehara di pusat bandar Melaka.

Terdapat 192 bilik dengan reka bentuk menarik dan dilengkapi dengan penghawa dingin, LCD TV, kopi dan teh segera, pancuran air, dan Jacuzzi.

Alamat: Jalan Bendahara, Melaka City Center, 75100 Melaka

Dapatkan di Booking.com

22. Grand Swiss-Belhotel

Avillion Legacy Melaka - Gambar Outdoor Pool Yang Menarik

Grand Swiss-Belhotel Melaka ini mengambil masa 10 minit berjalan kaki ke Kota A Farmosa dan St. Paul Hill. Terpadat 262 bilik yang selesa yang dilengkapi dengan TV satelit, minibar dan peti keselamatan peribadi.

Di sini, juga terdapat kolam renang dewasa dan kanak-kanak. Bagi yang gemar bermain golf, anda boleh meminta pihak hotel untuk mengaturkan permainan golf (sekurang-kurangnya 3 hari lebih awal) di Tiara Melaka Golf & Country Club atau Orna Golf Resort yang berdekatan.

Hotel ini juga menyediakan kemudahan pusat perniagaan dan tempat letak kenderaan percuma.

Alamat: 146 Jalan Hang Tuah, Melaka City Center, 75300 Melaka

Dapatkan di Booking.com

23. Noble Resort Hotel Melaka

Novotel Melaka - Fasiliti Luaran Hotel

Noble Resort Hotel Melaka terletak di Melaka Raya. Hotel 4 bintang ini menawarkan bilik yang selasa dengan hiasan dalaman yang cantik dan selsa.

Novotel Melaka - Dalam Hotel

Antara kelengkapan yang disediakan adalah penghawa dingin,TV LED 42 inci, jam penggera peribadi, meja bekerja dan bilik kalis bunyi, sesuai untuk anda yang inginkan suasana tenang ketika menginap di tengah-tengah bandar.

Kemudahan wifi percuma dan kaunter penerimaan tetamu 24 jam untuk perkhidmatan concierge.

Alamat: Jalan Melaka Raya 2, Melaka Raya, 75000 Melaka

Dapatkan di Booking.com

24. The Straits Hotel & Suites Hotel

The Straits Hotel & Suites Hotel - Luar Hotel

The Straits Hotel  ini terletak di Melaka Raya. Setiap bilik terdapat TV LCD, Wifi percuma dan Penghawa dingin.

The Straits Hotel & Suites Hotel - Dalam Bilik

Alamat: No 1-B, Jalan Melaka Raya 2, Taman Melaka Raya, Melaka Raya, 75000 Melaka

Dapatkan di Booking.com

25. Kings Green Hotel

Kings Green Hotel Melaka - Kolam Renang

Kings Green Hotel ini Terletak di Jalan Tun Perak, Melaka Tengah dan berdekatan dengan stesen bas Melaka, Jonker Street dan AEON Shopping Center.

Di sini terdapat 151 bilik hotel yang dilengkapi dengan TV LED, kopi dan teh segera, pengering rambut dan tempat menggosok baju.

Kings Green Hotel Melaka - Gambar Dalam Hotel

Hotel ini juga menyediakan kemudahan tepat letak kereta, peti simpanan keselamatan, dobi, kolam renang dan servis teksi ke lapangan terbang.

Alamat: 28, Jalan Tun Perak, Melaka Tengah, 75300 Melaka

Dapatkan di Booking.com

Saya harap senarai hotel di atas dapat membantu anda mendapatkan hotel murah semasa di berada melaka nanti.

Hotel-hotel di atas sering menawarkan promosi harga bilik yang menarik, pastikan anda tidak tunggu lama sangat semasa membuat tempahan untuk mengelakkan dari terlepas mendapatkan bilik pada tarikh yang anda mahukan.

Lihat Tawaran Terkini Hotel Terbaik Di Melaka

Jika hotel yang anda cari tidak tersenarai di atas, anda boleh memasukkan nama hotel atau destinasi pilihan anda dan tarikh ke dalam kotak carian dibawah untuk mendapat tawaran yang paling baru untuk hotel di Melaka.