
Tak tahu nak ke mana dengan keluarga untuk cuti akan datang? Apa kata kalau anda jadikan Muar sebagai destinasi cuti nanti?
Salah satu sebab penting anda kena pilih Muar sebagai pilihan adalah kerana ia telah dinobatkan sebagai salah satu bandar yang terbersih dalam anugerah Asean Clean Tourist City Standard Award.
Dari tarikan alam semula jadi Gunung Ledang dan Sungai Muar hinggalah kepada kewujudan kedai-kedai makan yang best, macam-macam untuk diteroka di sekitar Muar ni sebenarnya.
Disebabkan banyak tarikan tersimpan di sini, maka banyak jugalah penginapan yang ditawarkan untuk memudahkan โpengembaraโ Muar berehat.
Namun tak semua penginapan dapat memberikan nikmat rehat yang sebenar, lebih-lebih lagi dalam harga yang murah.
Untuk menyelesaikan masalah ni, kami senaraikan kesemua hotel murah di Muar yang pasti membantu anda tidur lena dalam harga yang sangat berpatutan. Nak tahu di mana? Teruskan membaca.
Lihat Tawaran Terkini Hotel Terbaik Di Muar
01. Bei Boutique Hotel

Kalau anda berjalan di sekitar Jalan Abdul Rahman di Muar ini, pandangan mata anda pasti akan tertarik dengan sebuah bangunan moden yang terdapat di sini, dan berkemungkinan besar bangunan yang menarik perhatian anda ini adalah Bei Boutique Hotel.
Bukan setakat cantik, kalau anda menginap di sini juga anda dapat menggunakan salah satu kemudahan menarik yang disediakan di sini iaitu ruang bacaan atau perpustakaannya yang padat dengan pelbagai jenis buku yang menarik untuk dibaca.
Sambil bersantai membaca, anda boleh menikmati kopi atau minuman lain yang disediakan secara percuma!

Nak lagi sebab kenapa anda perlu pilih hotel butik ini? Sebabnya adalah kerana hotel ini turut memiliki pusat kecergasannya sendiri.
Mungkin anda dah makan macam-macam semasa bercuti ni, inilah peluangnya untuk anda kembalikan bentuk badan asal.
Alamat: 8-3, Jalan Abdul Rahman, Johor, 84000 Muar
02. Tropicana Boutique Hotel

Tropicana Boutique Hotel adalah sebuah penginapan bertaraf 3 bintang yang sangat sempurna untuk diinapi sekiranya anda suka berjalan-jalan cari makan. Kerana di sini terdapat banyak kedai-kedai dan kafe menarik di sekitarnya.
Bukan itu je, pihak Tropicana Boutique Hotel turut memberikan voucher untuk anda menikmati sarapan pagi di Papparich. Breakfast anda pasti tidak mengecewakan.

Mengenai penginapan ini sendiri, Tropicana Boutique Hotel menyediakan 29 buah bilik yang selesa dan juga 4 buah homestay. Mana satu yang menjadi pilihan anda?
Fasiliti yang disediakan hotel butik ini juga sangat memuaskan hati yang mana mereka menyediakan water dispenser di setiap tingkat, kemudahan karaoke, Far Infrared (FIR) Sauna dan juga Business Centre. Tak macam hotel bajet kan?
Alamat: 82-54, Tkt 2, Jalan Bakri 2 Kg Kenangan Tun Dr. Ismail, 84000 Muar
03. Sabak Awor Resort

Bagi anda yang mendambakan suasana damai dan kekampungan, Sabak Awor Resort adalah penginapan yang anda cari.
Terletak di tepi Sungai Muar, anda sekeluarga dapat menikmati pemandangan indah ini sambil menjamu selera makanan laut yang dihidangkan di restoran milik resort.
Disebabkan lokasinya ini juga, banyak aktiviti yang boleh anda sekeluarga rancang untuk lakukan seperti menikmati pemandangan matahari terbenam daripada jeti, river cruise dan memancing. Pilihan yang tepat untuk percutian bukan?

Mengenai penginapan di resort ini, Sabak Awor Resort menawarkan 45 buah bilik yang dihias dengan simple.
Dari bilik-bilik yang selesa ini juga anda dapat menikmati pemandangan sama ada taman yang tenang, laman ataupun sungai Muar. Keselesaan dan kebersihan bilik ini juga sangat memuaskan hati.
Mengenai kemudahan yang disediakan, Sabak Awor Resort turut menyediakan kemudahan barbeku dan khidmat sewaan basikal sekiranya anda ingin makan angin di sekitar kawasan.
Alamat: Lot 9094 Sabak Awor,Batu 3 Jalan Bakariah Batu, 84000 Muar
04. Muar Traders Hotel

Walaupun menawarkan harga yang bermula bawah daripada RM130, Muar Traders Hotel bukanlah sebuah hotel murah yang biasa.
Sekiranya anda melihat dekorasi dalaman hotel ini, dapat dirasakan aura mewah seperti mana layaknya sebuah hotel penginapan.
Antara penginapan yang ditawarkan adalah apartment dengan 1 atau 2 buah bilik, bilik deluxe dan early bird room.

Pemandangan yang dapat dinikmati daripada bilik-bilik yang dihias dengan warna neutral ini juga sungguh mengujakan iaitu pemandangan Sungai Muar yang mengalir dengan tenang, jangan melepaskan peluang untuk melihat keindahan matahari terbenam.
Sekiranya perut berbunyi sewaktu sedang bersantai di dalam bilik, anda boleh turun ke tingkat bawah untuk mengisi kelaparan dengan makanan-makanan enak dari kedai donut, Secret Recipe ataupun Domino.
Lokasinya, terletak dekat dengan masjid dan di tengah-tengah pekan Muar. Sangat strategik!
Alamat: 16, Jalan Petrie, Muar, 84000 Muar
05. The Grace Hotel

The Grace Hotel adalah sebuah penginapan selesa yang sangat menarik untuk dijadikan pilihan penginapan.
Ini kerana bilik-biliknya dihias dengan begitu menarik menggabungkan warna-warna neutral seperti coklat dan putih yang sedap dipandang mata. Kalau anda seorang yang berjiwa klasik, inilah aura yang dipancarkan The Grace Hotel.

Mengenai lokasinya, cukup menarik kerana di tingkat bawah hotel ini, anda boleh membeli bermacam jenis roti dari kedai roti.
Kalau tak rasa nak makan roti, anda boleh berjalan kaki menuju ke banyak lagi kedai lain seperti Secret Recipe, Starbucks dan macam-macam lagi.
Sekiranya anda ingin membeli kudapan untuk dimakan sambil makan angin di Muar, 7/11 juga hanyalah di sekitar hotel.
Mengenai kemudahan yang terdapat di hotel ini, The Grace Hotel menyediakan wifi percuma dan mesin kopi dengan minuman seperti teh tarik dan white coffee.
Alamat: No.73 Jalan Pesta 1/3, Jalan Bakri, 84000 Muar
06. 52 The Grace Hotel

52 The Grace Hotel adalah hotel yang berbeza dengan The Grace Hotel. Diberikan nama 52 The Grace Hotel kerana alamatnya yang bernombor 52. Bukan sahaja perbezaan lokasi, rekaan dalamannya juga luar biasa berbeza.
Bila anda melangkah masuk ke dalam bilik, mata anda akan tertarik dengan dekorasi dalamannya yang memang superb ditambah lagi dengan kesempurnaan wallpaper yang diletakkan pada dinding. Terasa seperti menginap di dalam bilik yang mewah.

Lokasinya, di kawasan yang lengang daripada sebarang gangguan, membolehkan anda menikmati tidur malam yang lena.
Ia juga terletak dekat dengan stesen minyak Petronas yang hanyalah 3 minit pemanduan dari sini. Lapar? 7/11, McD dan Secret Recipe semuanya tidak jauh dari hotel ini.
Alamat: Nombor 52 Sialin Commercial Centre, Jalan Bakri, 84000 Muar
07. Elite Hotel

Kalau anda nak semuanya ada di sekitar, Elite Hotel adalah penginapannya. Hotel ini terletak betul-betul di atas Old Town White Coffee sekiranya anda ingin menikmati makanan yang mengenyangkan setelah kepenatan berjalan-jalan.
Kalau ingin mencari kudapan atau barangan keperluan yang lain, 99 Speedmart juga terdapat di sini.
Sekiranya anda tidak kisah untuk berjalan kaki dalam sekitar 10 ke 15 minit, terdapat banyak pilihan kedai makan yang lain. Untuk beraktiviti, taman Tanjung Emas tidak jauh dari hotel.

Elite Hotel adalah sebuah hotel 2 tingkat yang menawarkan 46 buah bilik untuk dipilih.
Bilik-bilik ini dihias dengan moden dan berlantaikan jubin. Hotel ini juga sesuai untuk diinapi bersama keluarga kerana keluasan bilik-bilik yang ditawarkannya.
Kemudahan lain yang disediakan adalah akses wifi yang mantap kelajuannya!
Alamat: 5-20, Jalan Ibrahim, 84000 Muar
08. MUO Resort

Sebaik anda menjejakkan kaki di kawasan MUO Resort ini, mesti terasa macam tak percaya yang resort ini terletak di tengah-tengah bandar namun begitu, hiruk-pikuk kota langsung tidak mengganggu resort.
Pemandangan penuh kehijauan yang menyegarkan mata dapat dinikmati di sekitar hotel sambil duduk bersantai di kerusi-kerusi rehat yang tersedia di sini.
Anda sekeluarga juga boleh menggunakan kemudahan yang disediakan untuk memeriahkan lagi percutian anda di Muar seperti menaiki basikal percuma yang dah ready menanti anda di resort, berkaraoke yang juga percuma atau membawa anak-anak anda bermain di taman permainan yang disediakan. Kemudahan lain yang ada adalah tempat meletak kereta dan wifi percuma.

Bilik-bilik yang ditawarkan resort ini luas dan selesa untuk diinapi bersama keluarga. Dekorasi dalamannya juga mampu membuat anda rasa jatuh cinta pada pandangan pertama. Cukup menyegarkan mata.
Lokasinya, terletak dekat dengan 7E yang hanyalah di seberang jalan dan juga kawasan bandar.
Alamat: 8-2, Jalan Abdul Rahman, 84000 Muar
09. Muo Boutique Hotel

Tiada apa yang lebih โrealโ pengalaman Muarnya daripada menginap di Muo Boutique Hotel.
Melangkah masuk bangunan dengan reka bentuk kolonial ini, anda akan disambut dengan dunia penuh nostalgia bandaraya Muar yang mana ruang lobinya mempamerkan pelbagai hasil karya yang bertemakan Muar dan barang-barang antik seperti radio, lampu-lampu lama, tv klasik dan banyak lagi.

Ruang biliknya juga tak mengecewakan, diberikan sentuhan vintage/retro dan moden, konsep yang diketengahkan ini menambahkan atmosfera โcosyโ penginapan.
Bukan sekadar nampak selesa pada pandangan mata, tapi sememangnya katil dan bantalnya empuk semacam! Yang bestnya, kalau anda suka dengan mana-mana produk hotel ini, anda boleh membelinya dekat Muo Concept Store.
Setelah puas bersantai di dalam bilik, anda boleh bergerak menuju ke ruangan atas bumbung hotel ini yang dihias dengan begitu menarik untuk menikmati pemandangan yang mendamaikan Sungai Muar.
Alamat: 1&1A, Jalan Petrie, 84000 Muar
10. Tanjung Villa

Kalau anda ada โtasteโ yang tinggi, Tanjung Villa pasti akan menjadi penginapan yang anda akan ingin berulang-kali pilih sebagai tempat bermalam setiap kali ke Muar. Mana tidaknya, di sinilah anda dapat merasakan nikmat percutian yang sebenar, penuh dengan privasi.

Biliknya juga sangat luas dan bersih! Hiasan dalaman villa ini juga sungguh elegan, mungkin boleh dijadikan inspirasi untuk menghias rumah sendiri?
Untuk beraktiviti, anda sekeluarga boleh terjun ke kolam renang yang sudah tersedia di villa ini.
Alamat: No. 222-5, Jalan Meriam, 84000 Muar
11. WakaLily Hostel (Backpackers)

Rasanya, sekiranya pada awal booking anda hanya ingin bermalam untuk 2 malam, bila dah melihat keindahan penginapan WakaLily Hostel ini di depan mata, anda mungkin ingin memanjangkan lagi tempoh penginapan.
Simple, bersih tahap wow dan โhomeyโ inilah 3 adjektif untuk menjelaskan WakaLily Hostel.

Setiap sudut hostel ini dihias dengan penuh kreativiti, inilah yang menambahkan keseronokan para penginap.
Bukan itu sahaja, bayaran untuk penginapan satu malamnya juga tak membuatkan anda rasa bersalah nak duduk lama-lama.
Alamat: No. 222-5, Jalan Meriam, 84000 Muar
12. Muarar 99 Hotel

Inginkan pemandangan yang menyegarkan mata? Anda boleh memilih Muarar 99 Hotel sebagai penginapan di Muar nanti.
Di sini, anda dapat menikmati pemandangan yang mendamaikan jiwa Sungai Muar dan juga sekitar bandar Muar.
Untuk pengetahuan anda, bilik-biliknya dihias dengan ringkas menggunakan warna-warna neutral yang sedap dipandang.
Sambil bersantai di dalam bilik yang selesa ini anda boleh menggunakan akses wifi percuma yang disediakan.

Kalau anda menginap di sini, jangan lupa untuk mencuba masakan di restoran hotel ini yang enak dan harganya juga berpatutan. Kemudahan lain yang disediakan adalah tempat letak kereta di bahagian basement hotel.
Alamat: No 173 Jalan Abdullah, 84000 Muar
Ada yang berjaya menggoda jiwa anda? Banyak sekali tawaran hotel murah di Muar yang menarik ni kan?
Tapi kalau pilihan penginapan yang disenaraikan ni masih tak cukup, anda boleh mendapatkan lebih banyak pilihan dengan harga yang terbaru dari agoda.com. Kalau dah jumpa, cepat-cepat booking sebelum pilihan anda dirampas orang!
Sebelum bergerak ke Muar, jangan lupa untuk membaca artikel kami berkaitan Tempat Menarik di Muar untuk membantu anda membuat perancangan perjalanan setibanya di sana nanti. Selamat bercuti ke Muar!
Baca: Lihat Senarai Destinasi Pelancongan Menarik Di Johor