
Siapa sangka Malaysia sebenarnya menawarkan banyak tarikan yang bertaraf antarabangsa? Dan siapa sangka yang tarikan-tarikan luar biasa ni bukannya ada dekat KL tapi di Iskandar Puteri, Johor!
โEh! Betul ke Johor ada benda best nak buat?โ
Memang banyak! Dari Legoland yang penuh dengan warna-warni hinggalah kepada pusat membeli belah popular seperti Paradigm Mall JB. Di sinilah memori terindah dapat anda berikan kepada anak-anak semasa bercuti. Tapi sebelum ke sana, jangan lupa booking hotel dulu.
Di bawah, Mai Singgah telah menyenaraikan beberapa hotel dalam tawaran harga berpatutan beserta dengan perkara menarik tentang penginapan ini. Teruskan membaca senarai hotel murah di Iskandar Puteri untuk mencari pilihan hati.
Bacaan Yang Berkaitan:
- 19 Hotel Menarik Di Johor Bahru
- 28 Hotel Bajet Di Johor Bahru
- 9 Hotel Murah Di Batu Pahat
- 12 Hotel Murah Di Muar
01. D Elegance Hotel

D Elegance Hotel adalah sebuah penginapan bertaraf 3 bintang yang menawarkan 56 buah bilik selesa yang dihias dengan moden dan elegan.
Melangkah masuk ke dalam bilik, anda akan disapa oleh bauan yang segar. Katilnya? Sangat comfy! Saiznya? Cukup luas untuk keselesaan penginapan bersama keluarga.
Antara kemudahan yang boleh anda manfaatkan sepanjang penginapan di sini adalah akses wifi percuma, kemudahan shuttle, kedai cenderamata dan juga bilik permainan.

Selain itu, hotel ni juga lengkap dengan water dispenser kalau anda tak nak bersusah-payah membeli air. Tak cukup lagi? Siap dapat surat khabar free setiap hari tau!
Bagi anda yang membawa kenderaan sendiri, hotel ni sudah menyediakan banyak tempat meletak kereta, jadi tak perlulah risau ya?
Lokasinya, tidak jauh dari hotel ini terdapat beberapa buah restoran, gerai makanan dan kedai-kedai lain termasuklah yang dibuka 24 jam.
Dah berada di Iskandar Puteri ni mesti ramai yang tak nak lepaskan peluang ke Legolandkan? Masa yang diambil untuk sampai ke Legoland hanyalah sekitar 10 minit dari hotel.
Alamat: 06-01, Jalan Nusaria 11/6, Taman Nusantara, 81550 Nusajaya
Lihat Tawaran Terkini Hotel Terbaik Di Johor Bahru
02. Pinetree Marina Resort

Penginapan dengan konsep yang kelihatan mewah dapat anda nikmati tanpa perlu mengeluarkan bajet yang besar sekiranya menginap di Pinetree Marina Resort.
Fasiliti yang disediakan cukup menarik seperti kolam renang infiniti pada tingkat 3, cafe yang menyajikan pemandangan indah, pusat kecergasan, sauna dan juga taman permainan kanak-kanak.
Akses wifi? Sangat memuaskan hati! Bukan itu sahaja, kesemua penginapan yang ditawarkan juga lengkap dengan kemudahan mesin basuh + dryer masing-masing. Wow!

Mengenai biliknya pula, segenap pelusuk dihias dengan penuh stylish dan moden menggabungkan elemen alam semula jadi di mana pencahayaan natural dan pemandangan mendamaikan tumbuhan menghijau dan air biru diberikan perhatian.
Antara jenis penginapan yang ditawarkan adalah deluxe apartment untuk keselesaan 2 orang, apartment executive dengan 2 buah bilik, apartment premier 2 buah bilik dan apartment dengan 3 buah bilik yang sesuai untuk percutian bersama keluarga besar.
Alamat: Persiaran Tanjung, Pengkalan Puteri, 79100 Nusajaya
03. Hotel Holmes Gelang Patah

Nak bermandi-manda sepuas hati semasa bercuti? Mai booking Hotel Holmes Gelang Patah. Kolam renangnya bukan sahaja luas tapi siap ada kolam khas untuk kanak-kanak lagi.
Bercakap mengenai biliknya pula, kesemua 128 buah bilik di hotel ini diberikan sentuhan yang berbeza, ada juga yang lengkap dengan lukisan pemandangan indah pada sebahagian dindingnya.
Yang penting, kesemua bilik di hotel ini cukup luas dan lengkap dengan segala fasiliti penting untuk keselesaan sepanjang penginapan.

Terasa lapar? Selain menikmati makanan yang disediakan dekat cafe hotel ini, anda boleh juga singgah ke 7E untuk membeli kudapan atau ke kedai makan 24 jam yang hanyalah beberapa tapak dari hotel ni.
Lokasinya, terletak berdekatan dengan Jusco Bukit Indah dan Legoland yang boleh diakses dalam hanya sekitar 10 ke 15 minit pemanduan.
Alamat: Taman GP Prima, Gelang Patah, 81550 Nusajaya, Johor Bahru
04. Ramada Meridin Johor Bahru

Ramada Meridin Johor Bahru adalah sebuah hotel bertaraf 4 bintang yang terletak di lokasi cukup strategik berdekatan dengan tarikan seperti Sanrio Hello Kitty Town.
Bukan sekadar berlokasi menarik, hotel ini juga menawarkan bermacam tarikannya sendiri yang boleh anda gunakan sepanjang penginapan.
Antaranya adalah seperti gym outdoor dengan pemandangan, kolam renang infiniti yang lengkap dengan peralatan senaman (unik!), dek untuk menikmati ketenangan, kids playroom dan ruang refleksologi.

Biliknya? Amat sempurna, berkonsep moden dengan dekorasi yang indah pada pandangan mata, saiz biliknya juga sangat luas untuk keselesaan penginapan bersama keluarga.
Alamat: Jalan Legoland Bandar Medini Iskandar, 79000 Nusajaya
05. Natura Hotel

Natura Hotel adalah sebuah hotel 3 bintang yang seperti namanya, mengetengahkan konsep natural dalam perhiasan dalamannya.
Ini dapat dilihat melalui penggunaan warna-warna natural yang sejuk mata memandang dan kehadiran taman indoor. Nak freshkan fikiran? Inilah hotel yang patut anda pilih! Harganya pun โmendamaikan jiwa.โ

Selain sedap dipandang, katil yang disediakan hotel ni juga sangatlah comfy dan empuk. Jangan tak terjaga tidur sudahlah kan? Tak sempat pula nak melawat tempat-tempat best kat sini.
Lokasinya? Tidak mengecewakan, terletak dekat dengan kawasan kedai makan dan pasaraya.
Alamat: 15 Jalan Nusaria 4/6, Taman Nusantara, 81550 Nusajaya
06. Amansari Hotel Nusajaya

Amansari Hotel Nusajaya menawarkan 263 buah bilik yang dihias moden dan minimal.
Setiap biliknya lengkap dengan pelbagai kemudahan asas untuk keselesaan sepanjang penginapan.
Untuk berhibur, anda boleh menonton siaran Astro atau menggunakan akses wifi high-speed hotel.

Lokasinya? Memang bahaya untuk anda yang suka bershopping sebab dari hotel ini untuk ke pusat membeli-belah yang besar dekat Johor iaitu City Square hanyalah 3 minit berjalan kaki!
Alamat: Jalan Nusa Puncak 1, Taman Nusa Puncak, 79200 Nusajaya
07. OYO 596 The Vintage Hotel

Memang banyak cawangan OYO ni di serata Malaysia dengan niat untuk menawarkan penginapan yang selesa dalam harga yang tersangatlah murah. Salah satu cawangannya adalah di Jalan Nusaria, OYO 596 The Vintage Hotel.
Untuk cawangannya di Nusajaya ni, bukan je murah, tapi juga terletak di dalam kawasan yang sangat strategik.
Kerana dari hotel ini untuk ke banyak tarikan di sekitar Johor seperti Hello Kitty Land Town, Leisure Farm dan Legoland, semuanya hanyalah memakan masa sekitar 10 minit pemanduan sahaja.

Menawarkan hanyalah 30 buah bilik, kesemua bilik di hotel ini menyediakan katil dan bantal empuk, pasti hilang 100% kepenatan selepas puas berjalan.
Lebih sebab untuk memilih hotel ni adalah kerana kemudahan wifi percuma yang disediakannya yang memang laju habis!
Nak bershopping? AEON Bukit Indah Shopping Centre hanyalah 15 minit dari sini, manakala Johor Premium Outlet pula hanyalah sekitar 20 minit.
Alamat: 26 & 28 Jalan Nusaria 3/4, Taman Nusantara, Gelang Patah, 81550 Nusajaya
08. Rose Cottage Hotel Eco Botanic

Nak merasai konsep ala-ala Eropah klasik di tempat penginapan? Jom booking Rose Cottage Hotel Eco Botanic.
Hotel murah di Nusajaya ini menggunakan perabot-perabot kayu klasik dan sentuhan Inggeris melalui penggunaan wallpapernya.

Bukan sahaja memiliki konsep yang menarik, suasana sekitar hotel ini juga sungguh mendamaikan, tenang daripada sebarang gangguan bunyi menjanjikan anda tidur malam yang lena dan rehat yang sempurna.
Alamat: 66 & 68, Jalan Eko Botani 3/2, Taman Eko Botani, Iskandar Puteri, 79100 Johor Bahru
09. Encorp Marina Suites

Ingin menikmati tahap keselesaan melampau? Anda mesti berpuas hati dengan Encorp Marina Suites ni.
Ia merupakan sebuah penginapan jenis apartment bertaraf 3 bintang yang lengkap dengan pelbagai kemudahan penting tak ubah macam di rumah sendiri.
Setiap apartment di sini lengkap dengan tab mandian, ruang dapur yang sempurna dengan peralatan memasak, mesin basuh, mesin pengering dan juga akses wifi. Memang perfectkan?

Selain ini semua, anda juga boleh menyegarkan badan dengan bermandi-mandian di kolam renang atau memantapkan stamina di pusat kecergasannya. Anak-anak pula boleh bermain di taman permainan.
Nak beli snek atau barang keperluan? Tak perlu berjalan jauh, hotel ini sudah lengkap dengan minimart yang dibuka 24 jam.
Lokasinya, anda hanya perlu berjalan kaki untuk ke Sanrio Hello Kitty atau 10 minit pemanduan untuk ke pusat membeli-belah Medini dan Legoland.
Alamat: 2, Persiaran Puteri Selatan, Kota Iskandar, 79100 Nusajaya
10. Puteri Harbour Teega Suites

Puteri Harbour Teega Suites merupakan sebuah penginapan yang dapat memberikan keselesaan optimum kepada sekitar 4 orang penginap.
Lengkap dengan ruang balkoni untuk anda menyaksikan pemandangan yang memukau jiwa air laut daripada tingkat ke-30. Angin yang dapat dihirup dari ketinggian ini juga sungguh menyegarkan dada.

Setelah puas menikmati pemandangan dan bersantai di dalam apartment studio yang serba lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti di rumah ini, anda boleh menghidupkan lagi percutian dengan menggunakan pelbagai fasiliti yang disediakan seperti kolam renang, tab mandian air panas, sauna, pusat kecergasan dan tennis court.
Alamat: Puteri Habour Teega Suites, 79100 Nusajaya
11. Holi Afiniti Themed Suites

Bersemangat untuk melawat banyak taman tema yang ada di sekitar Johor ni? Apa kata kalau anda โupโkan lagi mood percutian happening ni dengan menempah penginapan di Holi Afiniti Themed Suites.
Kalau anda nak tahu, antara tema yang diketengahkan dalam dekorasi dalaman penginapan jenis apartment ini adalah Star Wars dan juga kartun animasi Minion. Cukup menarik!
Saiznya juga sangat luas untuk keselesaan penginapan beramai-ramai. Bukan itu sahaja, ia juga lengkap dengan filter untuk minuman, dapur memasak, oven, dan lain-lain lagi.

Nak beraktiviti tanpa perlu keluar dari kawasan apartment? Anda boleh berseronok menggunakan pelbagai fasiliti yang ada di sini seperti kolam renang rooftop, gym atau sekadar bersantai di kawasan taman.
Lokasinya, tersangatlah dekat dengan Legoland yang boleh anda sampai dengan hanya berjalan kaki selama 5 minit dari sini. Nak beli snek? 7E terletak di tingkat bawah apartment.
Alamat: 06 Lebuh Utara Medini, Nusajaya Iskandar Puteri Johor Bahru, 79200 Nusajaya
12. Afiniti Residensi

Kanak-kanak mana yang tak excited kalau dibawa bercuti, tapi percayalah, dengan menginap di Afiniti Residensi, anak-anak anda akan jauh lebih seronok daripada biasa sebab penginapannya lengkap dengan ruang untuk mereka bermain dan permainan menyeronokkan.

Kualiti penginapannya? Tip-top! Cukup bersih dan kemas serta dihias dengan konsep moden, segenap ruang penginapan ini terasa sungguh comfy. Katilnya? Boleh jadi katil paling best pernah anda jumpa!
Lokasinya, terletak berdekatan dengan Legoland, Hello Kitty World dan pusat membeli-belah.
Alamat: 04-03, Affiniti Residensi, Jalan Legoland Medini Nusajaya, Johor, 79200 Nusajaya
Hotel murah di Nusajaya yang mana menjadi pilihan hati untuk percutian anda nanti? Kalau dah jumpa, booking secepat yang mungkin, kalau masih tak jumpa, anda boleh melayari agoda.com untuk lebih banyak pilihan penginapan lain dalam tawaran harga terbaru.
Tunggu apa lagi? Macam-macam taman tema yang menjanjikan keseronokan luar biasa yang menanti kedatangan anda sekeluarga di sini! Selamat bercuti ke Nusajaya!