
Pulau Pinang memang terkenal sebagai destinasi percutian menarik dan sering menjadi sasaran pelancong tempatan dan antarabangsa.
Disebabkan oleh popularitinya, terdapat banyak hotel bajet terkenal yang telah membuka pintu mereka di sini, setiap satu menawarkan perkhidmatan dan pengalaman menginap yang berbeza.
Untuk memudahkan anda membuat pilihan kami telah menyenaraikan 27 hotel murah di Penang yang menawarkan keselesaan terbaik untuk harga yang berpatutan.
Lihat Tawaran Terkini Hotel Terbaik Di Penang
01. Ink Hotel

Ink Hotel yang terletak di Georgetown ini menawarkan bilik moden yang selesa dengan harga bawah RM150 semalam. Kerana hotel ini berhampiran dengan Komtar anda tidak jauh dari pusat membeli belah dan gerai makanan popular di Pulau tersebut.
Jika anda mahu ke Pantai Batu Ferringhi pula, anda hanya perlu memandu selama 30 minit sahaja untuk kesana.

Didalam bilik moden hotel ini anda dapat menjumpai kelengkapan seperti TV, peralatan membuat minuman panas, bilik mandi persendirian dan Wifi percuma di dalam bilik.
Lokasi: 43, Jalan Siam, Georgetown, 10400 Pulau Pinang
02. Tune Hotel Georgetown

Seperti mana anda tahu rangkaian hotel Tune memang terkenal dengan harga biliknya yang rendah dan keselesaan yang bagus. Ramai dari mereka yang datang ke Pulau Pinang untuk lawatan sambil bekerja menjadikan hotel ini pilihan utama mereka untuk semasa berada di pulau ini.
Baca: 25 Hotel Bajet Di Georgetown Yang Menarik
Hotel ini terletak berdekatan dengan New World Park dan hanya 5 minit sahaja masa memandu untuk ke Komtar.

Bilik di sini pula datang lengkap dengan penghawa dingin dan bilik mandi persendirian. Untuk kemudahan tetamu, Wifi percuma juga dapat dilayari daripada bilik anda sendiri. Parking disediakan tetapi tempat adalah terhad dan bayaran dikenakan.
Alamat: 100, Jalan Burmah, Section 15, Georgetown, 10050 Pulau Pinang
03. ATTIC

Tercari-cari idea unik yang stylish untuk menghias kediaman sendiri? Anda akan mendapat inspirasi sekiranya menginap di hotel butik ATTIC. Setiap sudut hotel ini dihias dengan begitu terperinci sehinggakan di mana sahaja pandangan mata dihalakan, hampir kesemua ruangan boleh dijadikan latar belakang untuk anda bergambar.
Untuk mengisi masa lapang, anda boleh bersantai di ruang balkoni pada bahagian rooftop untuk menikmati pemandangan di sekitar bandar. Nak lihat antara pemandangan terindah yang pernah disaksikan?

Anda boleh bersantai di sini pada waktu malam, limpahan cahaya dengan latar belakang langit yang gelap menjadikan pemandangan berkali ganda lebih mengujakan daripada biasa.
Ingin menghilangkan dahaga? Anda boleh menuju ke dapur hotel untuk mendapatkan teh dan kopi panas yang disediakan secara percuma.
Lokasinya, cukup strategik kerana terletak di tengah-tengah bandaraya Georgetown yang berhampiran dengan banyak tarikan popular seperti Penang Times Square, Rainbow Skywalk, Muzium Wonderfood, Prangin Mall, Little India dan banyak lagi.
Alamat: 86 Lebuh Campbell, 10100 Georgetown
04. Frame Hotel

Nikmati tidur yang lena sekiranya anda menginap di Frame Hotel. Terletak di lokasi yang jauh dari sebarang gangguan bunyi, suasana di sekitar hotel ini cukup tenang, namun ini tidak bermakna ianya jauh dari tarikan popular di Georgetown.
Ini kerana dalam kedudukan kurang daripada 2.5 km, pelbagai destinasi popular boleh dilawati antaranya adalah 1st Avenue Penang, Penang Times Square, Prangin Mall dan lain-lain lagi.

Mengenai bilik-bilik yang ditawarkan, untuk sebuah hotel dalam harga bajet, hotel ini menyediakan bilik dengan ruang yang sangat luas. Cukup sesuai bagi anda yang ingin menginap bersama dengan keluarga. Dihias dengan warna-warna natural dengan lantai dan dinding yang bertona kayu, pemandangan di sekitar hotel ini cukup menyegarkan pandangan.
Alamat: 2F Lorong Selamat, 10400 Georgetown
05. Macalister Hotel

Terletak di dalam bangunan bergaya kolonial yang telah dip, Macalister Hotel adalah penginapan yang mesti anda inapi sekiranya mendambakan penginapan yang dihias sempurna dengan gaya hipster yang beraura mewah.
Bilik-bilik yang ditawarkannya juga agak luas untuk lebih keselesaan terutama sekali bagi tetamu muslim yang ingin menunaikan solat.

Sambil bersantai di dalam bilik, anda boleh menikmati pemandangan sekitar bandar dari tingkap atau melayari internet dengan menggunakan wifi percuma yang disediakan.
Lokasinya, terletak tidak jauh dari tarikan seperti Wonderfood Museum, Rainbow Skywalk, Penang Times Square dan banyak lagi.
Alamat: No 3 Lebuh Nanning, 10400 Georgetown
06. Le Dream Boutique Hotel

Le Dream Boutique Hotel adalah sebuah penginapan moden yang terletak di Jalan Pintal Tali, dengan jarak hanyalah 150 meter dari Dark Manson dan juga Muzium Upside Down. Bukan sekadar berlokasi strategik, hotel bergaya mewah ini menjanjikan anda layanan terhebat yang mungkin pernah anda rasai.
Lengkap dengan restoran, jangan lupa untuk mencuba mee sup yang dihidangkan untuk sarapan pagi di hotel ni, dengar cerita sedap semacam. Di samping mee sup, ada banyak lagi pilihan makanan lain yang terdiri daripada masakan Cina, India hinggalah barat, sangat pelbagai!

Bercakap tentang makanan, selain hidangan sarapan yang menyelerakan, pihak hotel turut membuat hi-tea percuma, pada waktu malam pula terdapat buffet aiskrim, biskut, kopi dan lain-lain
Heavenkan? Yang paling best, pihak hotel turut membuat tayangan movie pada waktu malam, lengkap dengan popcorn lagi tu.
Rasa perut terlalu membulat lepas makan macam-macam hidangan percuma di hotel ni atau selepas puas berjalan-jalan cari makan di sekitar Georgetown? Jangan risau, gimnasium telah disediakan di hotel ini untuk menyelamatkan keadaan.
Alamat: 139, Jalan Pintal Tali, 10100 Georgetown
07. Hutton Central Hotel

Alang-alang bercuti di bandaraya yang kaya dengan peninggalan kolonial, apa kata kalau anda menjadikan salah satu struktur klasik ini sebagai tempat penginapan? Barulah betul-betul โterasaโ percutian di Georgetown. Salah satu penginapan yang boleh dijadikan pilihan adalah Hutton Central Hotel.

Jangan tersalah sangka, walau nampak vintage dari luar, lain pula cerita dengan rekaan dalamannya, berkonsep moden dengan tema warna natural iaitu pelbagai tona coklat, putih dan hitam, sesedap pandangan mata.
Bukan sekadar cantik, suite yang diinapi juga memiliki kelengkapan yang begitu sempurna, lengkap dengan dapur, mesin basuh serta mesin pengering.
Keselesaan hotel dengan kemudahan seperti berada di rumah, dalam harga bajet pula tu, apa lagi yang anda inginkan?
Alamat: 128 Jalan Transfer, 10050 Georgetown
08. RumahKu Georgetown

Macam tak sangka, penginapan semoden dan selengkap ini ditawarkan dalam harga yang begitu murah. RumahKu Georgetown yang terletak di Lebuh Noordin ini sungguh cozy dengan rekaan dalaman moden dengan penggunaan warna yang minimal iaitu putih, hitam dan coklat serta dihiasi dengan tumbuhan hijau pada sudut-sudut tertentu, sangat berseri dekorasinya.
Sepanjang penginapan, anda boleh memanfaatkan pelbagai kemudahan yang disediakan seperti dapur yang serba lengkap, mesin basuh, mesin pengering baju dan banyak lagi yang dapat membuatkan anda berasa seperti berada di rumah sendiri.

Pada masa yang terluang, anda boleh bersantai di sudut taman kecilnya yang berlanskap indah penuh kehijauan, lengkap dengan kerusi dan meja untuk anda duduk bersantai sambil menikmati hidangan bbq yang boleh dihasilkan dengan menggunakan fasiliti bbq yang disediakan.
Lokasinya, hanyalah sekitar 1 km dari 1st Avenue Penang, Rainbow Skywalk dan Penang Times Square. Jalan kaki pun dah boleh sampai. Nak makan di luar? Tersangatlah banyak kedai makan viral di sekitar hotel. Jangan risau, kedudukan hotel ini tetap tenang dari sebarang gangguan, tidur lena adalah satu kepastian.
Alamat: 37 Lebuh Noordin, 10300 Georgetown
09. Islander Lodge

Islander Lodge adalah sebuah penginapan beraura klasik yang terletak di Jalan Transfer. Jalan Transfer? Macam pernah dengar je? Bagi yang tak tahu lagi, di sinilah terletaknya kedai roti canai yang menjadi kegilaan ramai di Georgetown.
Tak payah susah-payah cari kedai makan untuk sarapan nanti, turun je dari hotel, anda boleh terus order roti canai berkuahkan kari kambing atau apa saja yang anda teringin nak cuba.

Mengenai bilik yang ditawarkan, dihias dengan ringkas, lengkap dengan katil empuk yang dapat memberikan anda tidur yang nyenyak setelah seharian berjalan.
Sambil berehat di dalam bilik, anda boleh melayari internet dengan menggunakan wifi percuma berkelajuan superb yang disediakan.
Selain ini semua, hotel Islander Lodge turut memudahkan sesiapa yang membawa kenderaan sendiri kerana pihak hotel telah menyediakan tempat meletak kereta yang selamat lengkap dengan cctv.
Alamat: 25-27, Jalan Transfer, 10050 Georgetown
10. Macallum Central Hotel

Terletak di dalam struktur klasik yang telah diperbaharui, Macallum Central Hotel menawarkan bilik yang dihias dengan moden dan sempurna dalam segala segi. Dari keindahan dekorasi, hinggalah kepada aromanya, setiap inci hotel ini sangat memuaskan hati.
Kesemua jenis penginapan yang ditawarkan iaitu suite 2 bilik tidur dan juga suite 1 bilik tidur lengkap dengan kemudahan seperti dapur, mesin basuh, mesin pengering dan banyak lagi. Ya, mesin pengering pun ada, jimat masa!

Lokasinya yang berada di tengah-tengah bandaraya Georgetown dengan pemandangan bangunan Komtar, menjadikan ianya sebuah hotel yang sangat strategik untuk anda yang ingin meneroka pelbagai tarikan yang ada tanpa perlu berjalan jauh.
Anda juga boleh berjalan kaki sahaja untuk menikmati salah satu hidangan nasi kandar terbaik di Penang iaitu restoran Deen Maju.
Alamat: 51 Lebuh Macallum, 10300 Georgetown
11. G Beach Front Villa

G Beach Front Villa adalah sebuah penginapan dalam harga bajet yang menawarkan bilik peribadi di dalam sebuah villa yang serba lengkap dengan segala kemudahan rumah seperti dapur, ruang tamu dan halaman rumah yang luas.
Bilik-bilik yang ditawarkannya dapat memberikan keselesaan kepada 2 sehingga 4 penginap pada satu-satu masa. Setiap bilik di villa ini lengkap dengan tandas peribadi dan pelbagai lagi kemudahan seperti hotel lain.
Keselesaan menginap di villa ini tidak ubah seperti di hotel-hotel yang lebih mahal. Tapi bonusnya, suasana di sekitar villa ini jauh lebih privasi daripada hotel biasa.

Untuk aktiviti santai, anda boleh berehat sambil berbual bersama yang tersayang di kawasan halaman yang lengkap dengan kerusi dan meja. Di halaman ini juga turut tersedia dengan fasiliti bbq.
Selain ini semua, pihak villa turut menyediakan roti, telur, butter, jem dan sebagainya untuk sarapan pagi secara percuma.
Alamat: No. 546-E, Medan Tanjung Bungah, 11200 Batu Feringgi
12. Chulia Heritage Hotel

Pasti anda tertanya apa maksud disebalik basikal yang tersusun rapi didepan hotel ini? Selain daripada menawarkan bilik selesa dengan harga bawah RM130 semalam Chulia Heritage Hotel ini juga memberi anda peluang untuk menyewa basikal untuk bersiar-siar jika anda berminat.

Bilik yang kelihatan kemas serba putih ini datang lengkap dengan pengawa dingin, TV beserta Astro dan juga tempat duduk untuk anda merehatkan diri.
Mengikut jenis bilik, ada sesetengah bilik yang datang dengan bilik air peribadi dan ada yang menyediakan bilik aier berkongsi.
Apa yang menarik dengan hotel ini adalah ia berada hanya 10 minit sahaja masa memandu ke Gurney Drive.
Alamat: No. 380, Chulia Street, Georgetown, 10200 Pulau Pinang
13. 1926 Heritage Hotel

Hotel bajet berhampiran dengan pantai ini terletak di Georgetown dan terletak didalam bangunan lama yang dibaik pulihkan menjadikan ini satu pilihan penginapan yang agak nostalgik.
Baca: 21 Hotel Bajet Terbaik Di Batu Ferringhi
Disini tetamu dapat bersantai di kolam renang luaran bersama keluarga atau melayari internet percuma sambil berehat.

Tambahan pula terdapat 2 buah restoran yang boleh ditemui di dalam hotel jika anda perlu mengisi perut tanpa bejalan jauh. Didalam bilik pula anda dapat mengunakan penghawa dingin, bilik mandi persendirian, TV, dan Teh & Kopi segera.
Alamat: 227 Jalan Burma, Georgetown, 10050 Pulau Pinang
14. Kim Haus Loft

Kim Hous Loft yang bertempat di George Town ini menawarkan bilik hotel dengan seni bina moden untuk mereka yang mencari pengalaman yang luarbiasa. Jika anda melihat rating untuk hotel ini, ia telah menerima penilaian yang setanding dengan hotel 3 bintang yang popular di Pulau ini walaupun harganya lagi rendah.

Untuk rekreasi, anda dapat menggunakan meja pool atau menyewa basikal daripada pihak hotel. Antara tempat menarik yang terletak berdekatan dengan hotel adalah Prangin Mall dan Muzium Pinan Peranakan.
Lokasi: No.9 & 11, Campbell Street, Lebuh Carnarvon, Georgetown, 10450 Pulau Pinang
15. Hotel Malaysia

Di penang road Georgetown, anda dapat menemui hotel yang sudah lama menjadi pilihan pelancong yang datang mencari nilai terbaik untuk wang mereka sambil bercuti.
Hotel Malaysia ini menawarkan 126 bilik hotel yang luas dan selesa serba lengkap dengan penghawa dingin, bilik air peribadi, peti sejuk, dan tempat membuat the dan kopi segera. Terdapat 3 jenis bilik yang ditawarkan iaitu Standard, Superior dan Deluxe.

Selain daripada itu tetamu juga dapat mengunakan perkhidmatan seperti Wifi dan tempat letak kereta percuma untuk tetamu mereka. Hotel ini juga hanya 30 minit sahaja memandu ke lapangan terbang Pulau Pinang.
Alamat: 7, Penang Road, Georgetown, 10000 Pulau Pinang
16. U Hotel Penang

Jika anda mahu bermalam di hotel yang bebas rokok, U Hotel Penang pilihan sesuai untuk anda. Hotel bebas rokok ini memberikan segala keselesaan sebuah hotel 3 bintang dengan harga bermula dari RM160 semalam sahaja.
Dengan hiasan bilik yang simple serba moden menjadikan hotel ini tempat terbaik untuk merehatkan diri selepas sehari bersiar-siar di Pulau Pinang.

Didalam bilik moden ini anda dapat menggunakan kelengkapan seperti TV beserta Astro, penghawa dingin, pengering rambut, dan cerek elektrik supaya anda dapat menikmati secawan kopi panas tanpa meninggalkan bilik.
Jika anda menaiki kapal terbang untuk ke Penang, mereka menyediakan perkhidmatan penghantaran penumpang ke lapangan terbang dengan bayaran yang berpadanan.
Sebagai bonus untuk mereka yang gemar membeli belah, Queensbay Mall terletak berhampiran dengan hotel ini.
Lokasi: 676, Jalan Sungai Dua, George Town, 11700 Pulau Pinang
17. Copthorne Orchid Hotel Penang

Hotel Copthorne Orchid ini sudah lama menjadi sasaran pelancong yang mencari keselasaan tanpa perlu mengeluarkan duit yang banyak.
Hotel yang terletak di Tanjung Bungah ini juga menyediakan berbagai kemudahan yang menarik seperti kolam renang luaran, Gym, Spa, restoran 24jam dan juga akses wifi yang percuma sekitar kawasan hotel.
Satu bonus buat tetamu adalah kemudahan sauna dan tab air panas berasingan khas untuk kaum lelaki dan perempuan.

Bilik di sini selesa dan datang lengkap dengan penghawa dingin, bilik mandi persendirian dan TV untuk melawan kebosanan semasa berada di dalam bilik.
Sambil bersantai di kolam renang anda juga boleh menikmati secawan kopi di Terrace Bay Coffee house. Bukan sahaja itu, jika anda memilih untuk bermalam di hotel ini anda hanya berada 15 minit sahaja dari Bandar George town jika anda memandu.
Lokasi: Jalan Tanjung Bungah, Tanjung Bungah, 11200 Pulau Pinang
18. Armenian Street Heritage Hotel

Semenjak hotel ini dibuka pada tahun 2013 ia telah mendapat sambutan baik pelancong yang mencari hotel bajet untuk menginap di Pulau Pinang. Hotel ini menawarkan 93 bilik yang selasa sesuai untuk mereka yang bercuti berseorangan, berpasangan ataupun bersama keluarga.

Tetamu dapat memilih dari 3 jenis bilik iaitu double room, twin room dan family room. Tidak kira bilik manapun anda pilih pasti anda dapat bermalam dengan selesa.
Alamat: No.139 Lebuh Carnarvon, Georgetown, 10200 Pulau Pinang
19. Hotel Sentral Georgetown

Hotel Sentral George town adalah hotel 3 bintang yang baru sahaja di buka di Pulau Pinang. Hotel ini terletak hanya beberapa minit sahaja dari pusat membeli belah seperti Times Square, 1st Avenue dan Komtar.

Terdapat sebanyak 137 bilik yang datang dalam 3 jenis iaitu bilik Superior, Deluxe dan Family Room. Setiap bilik tetamu dilengkapi dengan perkakas moden seperti TV LCD beserta Astro, peti sejuk mini dan pengering rambut. Didalam sesetengah bilik juga terdapat sofaย untuk anda duduk sambil merehatkan diri.
Alamat: No.12, Lorong Kinta, Georgetown, 10400 Pulau Pinang
20. Cititel Express Penang

Hotel yang terletak di Bandar George Town ini menawarkan bilik yang selesa dengan harga bawah RM200 semalam. Didalam bilik yang berhawa dingin ini anda boleh menjumpai TV beserta Astro, Bilik mandi persendirian, pengering rambut dan Wifi percuma.

Jika anda mendapat bilik di tingkat atas hotel anda dapat melihat pemandangan Bandar Georgetown yang menakjubkan dari tingkap bilik anda. Cititel Express Penang ini terletak berhampiran Tapak Warisan Dunia UNESCO.
Lokasi: No.123, Nordin Street, Georgetown, 10300 Pulau Pinang
21. Rare Heritage House

Hotel ini diberi nama heritage house kerana ia merupakan sebuah gudang lama yang pada awalnya dimiliki saudagar dari Negara cina yang datang untuk berdagang di Pulau Pinang. Pemilik hotel mengambil masa dua tahun untuk menyiapkan hotel ini sebelum ia dibuka kepada orang ramai pada tahun 2016.
Hotel ini agak unik dan berbeza dari hotel yang lain kerana hanya terdapat 14 bilik sahaja di sini jesteru menjadikan hotel ini amat sesuai untuk orang yang mencari hotel yang kurang sibuk.

Terdapat 2 jenis bilik anda boleh pilih di sini iaitu bilik Superior King room atau bilik Deluxe King Room, mana pun anda pilih keselesaan anda terjamin. Setiap bilik di sini datang lengkap dengan penghawa dingin dan bilik air persendirian. Tambahan pula setiap bilik mempunyai identitinya dan hiasan yang tersendiri dan berlainan.
Alamat: No.107 Lebuh Victoria, Georgetown, 10300 Pulau Pinang
22. Bayview Hotel Georgetown Penang

Tingkat paling atas Hotel Bayview ini menyimpan sebuah rahsia yang menarik kerana disitu anda dapat menjumpai restoran berputar dimana anda boleh berhidang dengan menikmati pemandangan 360 darjah Pulau Pinang yang menakjubkan, sesuai untuk makan malam romanik percutian bersama pasangan teman hidup anda.

Disamping itu anda juga boleh menimati sebuah cawan the panas di Cafรฉ Kopitiam ataupun anda juga boleh menimati hidangan jepun di Waka Japanese Restaurant.
Hotel 4 bintang ini juga baru sahaja menaiktarafkan bilik โ biliknya dan setiap satu lengakp dengan penghawa dingin, TV beserta Astro dan bilik air persendirian. Bergantung pada bilik yang anda dapat anda berpeluang untuk mendapat pemandangan laut ataupun pemandangan bandar Georgetown.
Lokasi: 25A Farquhar Street, Georgetown, 10200 Pulau Pinang
23. Travelodge Georgetown

Jika anda lebih gemar bermalam di hotel yang moden, anda mungkin akan jatuh cinta denga bilik yang ditawarkan oleh Travelodge Georgetown. Tertelak beberapa minit berjalan kaki dari Komtar dan 5 minit memandu ke Gurney Drive, hotel moden ini memberi tetamu nilai baik untuk wang mereka.

Didalam perkarangan hotel anda dapat menjumpai pusat kecergasan, restoran, dan kolam renang luaran. Anda juga dapat melayari internet percuma yang dapat di akses di seluruh kawasan hotel. Bilik yang serba lengkap ini datang dalam 3 jenis iaitu Superior Single, Superior Double dan Family Quad.
Alamat: 101, Macalister Road, Georgetown, 10400 Pulau Pinang
24. Rangoon Residence @ Georgetown

Hotel butik seperti Rangoon Residence ini sudah mula menjadi lagi popular di Penang kerana ia memberi tetamu mereka pengalaman menginap unik yang tidak boleh dijumpai di hotel konvensional.

Setiap bilik mempunyai hiasan yang tersendiri dan dilengkapi dengan penghawa dingin, Wifi percuma, TV beserta Astro dan bilik air peribadi.
Alamat: Rangoon Road, Georgetown, 10040 Pulau Pinang
25. Apple Heritage Hotel

Bertempat di dalam rumah peninggalan penjajah, Apple Heritage Hotel dapat membawa anda pulang ke zaman kegemilangan kerajaan British.
Terletak di Georgetown, hotel 18 bilik berlantai kayu ini menawarkan pengalaman bermalam dengan selesa bertema vintage.

Di sini tetamu dapat mengunakan wifi percuma disetiap penjuru hotel dan didalam bilik pula anda dapat mengunakan kemudahan lain seperti spa dan restoran.
Tempat menarik yang terletak berdekatan dengan hotel adalah, Komtar, Fort Cornwallis, dan muzium negeri Penang. Jika anda hendak ke Batu Ferringhi pula, anda hanya perlu memandu untuk 30 minit sahaja.
Alamat: 15-17A, Jalan Sultan Ahmad Shah, Georgetown, 10050 Pulau Pinang
26. Vistana Penang Bukit Jambul

Mungkin harga bilik di Vistana Bukit Jambul ini mahal sedikit berbanding hotel murah yang lain tetapi keselesaan yang dialami setimpal dengan harga.
Di hotel empat bintang ini tetamu dapat mengunakan fasiliti seperti pusat kecergasan dan kolam renang. Untuk menjamu selera anda boleh ke restoran hotel yang menyajikan pelbagai hidangan tempatan dan antarabangsa.

Bilik yang selesa serba luas hotel ini dilengkapi dengan penhawa dingin, bilik air persendirian dan TV. Jika anda perlu share gambar cuti anda di media sosial, anda dapat berbuat demikian dengan mengunakan Wifi percuma yang disediakan khas buat tetamu.
Alamat: 213, Jalan Bukit Gambir, Bayan Lepas, 11950 Pulau Pinang
27. Sunway Hotel Georgetown

Tidak kira anda datang untuk bercuti ataupun bekerja Sunway Hotel Georgetown anda tidak akan kecewa sesuai untuk memulakan dan menamatkan hari anda di Pulau Pinang nanti.
Hotel yang menawarkan 250 buah bilik yang selesa ini datang lengkap dengan TV beserta Astro, peti keselamatan, pilik air peribadi dan kemudahan membuat teh dan kopi.

Anda juga dapat mengunakan kolam renang luaran ataupun bersenam di pusat kecergasan yang disediakan.
Alamat: 33 New Lane, Georgetown, 10400 Pulau Pinang
Berakhir sudah senarai hotel murah di Penang dan jika dilihat memang banyak pilihan hotel yang menarik dengan harga RM200 kebawah.
Apa yang anda perlu pertimbangkan apabila menempah bilik hotel adalah harga bilik yang sentiasa berubah mengikut kadar permintaan semasa. Pada musim cuti dan perayaan harga mungkin berbeza dan anda boleh ke Agoda.comย untuk mendapatkan harga terkini.