
Terkenal di seantero dunia dengan keindahan kawasan pantainya, bangunan-bangunan kolonial yang penuh warna-warni serta pulau-pulau tropika yang panoramanya seperti dalam dunia mimpi, Phuket menyimpan 1001 tarikan yang wajib diterokai walau sekali dalam seumur hidup.
Berkeluasan sekitar 540 km persegi, sebagai pulau yang terbesar di negara Thailand, mustahil untuk anda menyelami segala tarikan yang ditawarkan di sini dalam hanya sehari.
Nak tak nak, untuk menjejaki ke semua magnet pelancongan yang ada di Phuket ini boleh mengambil masa berhari-hari atau berminggu-minggu!
Disebabkan mustahil untuk anda tidak bermalam semasa bercuti di Phuket, dalam artikel kali ini, Mai Singgah ingin membantu anda membuat pilihan penginapan yang terbaik tanpa perlu mengeluarkan belanja yang banyak supaya wang yang selebihnya boleh digunakan untuk meneroka semua tarikan yang ada.
Nak tahu di mana penginapan-penginapan ini dan apa keistimewaan yang mereka tawarkan? Teruskan membaca senarai hotel murah di Phuket.
Lihat Tawaran Terkini Hotel Terbaik Di Phuket
01. The Memory at On On Hotel

Ada tak yang tertanya-tanya kenapa ada 2 โOnโ dalam nama The Memory at On On Hotel? Sebenarnya โOn Onโ ini adalah perkataan dalam bahasa Cina yang membawa maksud โkebahagiaan kepada semua pengunjungโ.
Nak bahagia semasa bercuti? Bookinglah hotel ini, anda gerenti akan puas hati.
Seni bina klasik indah dengan rekaan dalaman yang bukan โbiasa-biasaโ, The Memory at On On Hotel adalah sebuah penginapan dalam harga bajet yang dapat memberikan anda pengalaman penginapan seperti dalam sebuah percutian yang mewah.

Kalau anda nak tahu, hotel ini adalah hotel yang pertama dibuka di Phuket, iaitu pada tahun 1929. Pada ketika itu, hotel ini banyak didiami oleh pedagang-pedagang dan kelasi yang datang daripada China dan Eropah.
Memiliki nilai sejarahnya yang tersendiri, jika anda pencinta dunia klasik dan inginkan latar belakang yang sempurna untuk foto-foto percutian, bookinglah The Memory at On On Hotel. Setiap sudut hotel ini akan memukau pandangan mata anda.
Alamat: 19 Phang-Nga Road, Talad Yai, Muang, 83000 Phuket
02. Blu Monkey Hub and Hotel

Kalau penginapan tadi wajib dibooking oleh pencinta era lama, penginapan yang seterusnya ini, Blu Monkey Hub and Hotel adalah sebuah hotel yang dapat mencuri โjiwa urbanโ anda.
Menggunakan warna monokrom hitam dan putih dalam hampir keseluruhan rekaan dalamannya, suasana di dalam hotel ini terasa sangat eksklusif dan penuh gaya!
Selain berkonsep menarik, hotel ini turut menawarkan pelbagai lagi nilai tambah lain yang dapat menggoda anda untuk menekan butang booking seperti kolam renang, gym, ketersediaan air minuman, kopi dan pisang secara percuma tak kira masa, dobi yang murah serta ruang co-working + perpustakaan yang lengkap dengan pelbagai jenis buku.
Kalau anda ada kerja atau assignment untuk diselesaikan semasa bercuti, inilah pilihan hotel yang sempurna.

Nak lebih sebab untuk memilih hotel ini? Anda juga akan diberikan smartphone yang lengkap dengan internet! Coolkan? Boleh guna gps pada phone ni semasa explore sekitar Phuket nanti!
Alamat: 3 Soi 3 Phangnga Road, Taladyai, Muang, 83000 Phuket Town
03. Tee Pak Dee Resident Phuket

Tee Pak Dee Resident Phuket adalah sebuah penginapan yang selesa dengan rekaan dalaman ringkas berlantaikan kayu.
Biliknya juga sangat luas menjadikan ia pilihan yang tepat untuk penginapan bersama keluarga.
Nak berehat dan menikmati angin luar tanpa perlu keluar dari hotel?
Anda boleh bersantai di ruang balkoni di atas bumbung hotel ini sambil menikmati minum petang.

Inginkan kudapan atau minuman? Pihak hotel menyediakan menyediakan snek dan air kopi percuma dari pukul 8 pagi sehingga 4 petang di ruang lobi hotel.
Macam mana kalau teringin mengunyah sesuatu selain daripada waktu ni? Anda boleh singgah ke 7/11 yang hanyalah beberapa minit berjalan kaki dari hotel.
Lokasinya, sangat strategik sekiranya anda merancang untuk menuju ke jeti yang terletak berdekatan dan menerokai pulau-pulau indah yang ada di sekitar Phuket.
Untuk ke bandar Phuket pula, masa yang diambil hanyalah 10 ke 15 minit berjalan kaki dari sini. Anda juga boleh ke terminal minibus dengan hanya berjalan kaki.
Alamat: 22/54-56 Luangphorwatchalong Road. Talad Yai, Mueang, 83000 Phuket Town
04. The Malika Hotel

The Malika Hotel adalah sebuah penginapan moden yang sangat stylish dan moden!
Kalau ada bajet lebih, apa kata sekiranya anda mendapatkan Pool Room yang dapat memberikan anda akses terus ke kolam renang, bila lagi nak merasa percutian seperti seorang selebriti kan?
Bagi anda yang menginap di bilik dengan ruang balkoni, anda dapat menikmati pemandangan yang menyejukkan mata kawasan kolam renang.
Sambil bersantai, anda boleh berhibur menggunakan akses wifi dengan kelajuan pantas yang disediakan.

Selain kolam renang, sebagai penginap di hotel ini, anda juga dapat menggunakan basikal yang disediakan pihak hotel secara percuma untuk makan angin di kawasan sekitar.
Terasa lapar lepas berjalan-jalan? Snek percuma menanti anda, jangan lupa ambil tahu halal ke tak ya? Air minuman botol juga disediakan secara percuma setiap hari.
Lokasinya, terletak dekat dengan tarikan Trick Eye Museum di Phuket. Jaraknya dengan Old Town Phuket pula, hanyalah 10 minit berjalan kaki dari hotel. Pendek kata, tak ada apa untuk anda komenkan tentang hotel ni. Segalanya sangat sempurna.
Alamat: 74 Takua Thung Rd., Talad Yai, Meung, 83000 Phuket Town
05. The Besavana Phuket

Bila klasik dan moden bertembung terjadilah seni bina yang dapat anda lihat di The Besavana Phuket.
The Besava merupakan sebuah hotel murah di Phuket yang ringkas namun dapat dirasakan sentuhan moden dan klasiknya bukan sahaja daripada seni bina hotel tapi juga rekaan dalamannya yang banyak menggunakan perabot kayu.
Gabungan warna di dalam hotel juga agak sedap dipandang.

Terletak di tengah-tengah Old Town Phuket namun jauh dari jalan utama menjadikan kawasan di sekitarnya sunyi daripada sebarang gangguan bunyi.
Tidur lena? Sudah pasti. Tambahan lagi dengan bilik yang bersih dan suasana yang comfy, mana tak lenanya.
Bangun dari tidur, anda dapat menikmati pemandangan pokok-pokok dan bunga-bungaan yang terdapat di luar hotel.
Alamat: 63/1 Krabi Road, 83000 Phuket Town
06. Ibis Styles Phuket City

Penginapan dengan gaya moden kontemporari Ibis Styles Phuket City adalah sebuah pilihan yang sempurna dalam harga bajet yang menarik untuk anda inapi bersama keluarga.
Cukup stylish dengan penggunaan warna-warna sejuk seperti putih dan kelabu yang terang, atmosfera hotel dihidupkan lagi dengan gabungan warna-warni ceria lain dalam dekorasinya.

Lokasinya, cukup strategik, terletak berdekatan dengan banyak kedai jualan. Sekiranya anda ingin melawat pulau-pulau di sekitar Phuket, jeti Rassada terletak tidak jauh dari hotel ini.
Alamat: 23 Thavornwogwong Road, Talat Yai, Mueang Phuket District, 83000 Phuket
07. EcoLoft Hotel

EcoLoft Hotel adalah sebuah penginapan dengan gaya industrial moden dan minimal, ingin mencuba konsep yang berbeza? Bookinglah EcoLoft Hotel.
Bilik-bilik yang ditawarkan di hotel ini juga sangat luas menjadikan ianya hotel yang selesa untuk anda bermalam bersama keluarga.

Apa yang menariknya lagi tentang hotel ini adalah kerana anda dapat menggunakan kolam renangย rooftop yang disediakan sambil menikmati pemandangan di sekitar Phuket.
Anda boleh juga berehat-rehat di kerusi malas yang disediakan di tepian kolam.
Alamat: 1 Phang-Nga Road Soi 4, Talat Yai, Mueang Phuket District, 83000 Phuket, Thailand
08. Sino House Phuket Hotel

Sino House Phuket Hotel adalah sebuah penginapan yang diberikan sentuhan istimewa, tidak seperti hotel dalam harga bajet yang biasa anda jumpa.
Setiap inci hotel ini diberikan perhatian yang secukupnya supaya sedap dipandang mata dan melahirkan rasa santai kepada para penginap.
Di ruang lobi hotel ini anda akan terpesona melihat konsep klasik yang diketengahkan. Dengan perabot kayu dan perhiasan antik yang ada di sekitar, terasa seperti kembali ke era lama.

Memasuki bilik hotelnya pula, pasti anda terkejut dengan bayaran yang dikeluarkan, bermula dari bawah RM200 untuk bilik seindah ini? Kelihatan mewah dan sangat elegan.
Tidak cukup dengan dekorasinya, setelah puas berehat di dalam bilik, anda boleh menggunakan pelbagai kemudahan lain yang disediakan pihak hotel seperti spa yang menyegarkan badan ataupun pusat kecergasannya untuk memantapkan stamina sebelum memulakan eksplorasi.
Tak rasa macam nak keluar bilik? Anda boleh sahaja berhibur dengan Smart TV yang disediakan untuk menonton bermacam movie baru di Netflix dan Amazon Prime! Memang cool!
Alamat: 1 Montree Rd, Muang, 83000 Phuket Town
09. PeranaKan Boutique Hotel

PeranaKan Boutique Hotel merupakan sebuah penginapan yang menawarkan bilik-bilik yang dihias dengan moden dan minimal, cukup sesuai untuk anda yang sukakan sesuatu yang simple dan kemas, memberikan anda keselesaan yang luar biasa tanpa perlu mengeluarkan bajet yang berlebih-lebihan.
Apa yang tak patut dilepaskan semasa anda menginap di hotel ini adalah untuk menggunakan masa senggang yang ada dengan bersantai di Rooftop Sky Gardennya.
Disini anda dapat melihat pemandangan seluas 360 darjah sekitar Phuket sehingga ke kawasan bukit-bukau berhutan hujan tropika. Sebuah pemandangan yang dapat menghilangkan segala gundah-gulana di jiwa.

Lokasinya, terletak berdekatan dengan Old Town Phuket dan perhentian bas. Untuk ke pasar malam terdekat pula, hanyalah 4 minit berjalan kaki dari sini.
Alamat: 89/1-2 Phuket Road Talad-Yai Mueang, 83000 Phuket Town
10. Hop Inn Phuket

Juga sebuah hotel yang berkonsep minimal, Hop Inn Phuket adalah salah sebuah lagi pilihan yang sesuai untuk anda yang inginkan penginapan dalam harga murah tanpa menggadaikan keselesaan yang didambakan semasa percutian.
Katil yang empuk, bilik yang bersih, fasiliti yang lengkap, Hop Inn Phuket memberikan anda penginapan yang tip-top untuk harga yang ditawarkan.
Perlukan โpemacuโ tenaga di pagi hari sebelum meneroka dengan sepuas hati kawasan sekitar Phuket?
Anda boleh mendapatkan kuasa kafein secara FREE daripada mesin kopi yang terletak di lobi hotel.

Bercakap mengenai lokasinya pula, hotel ini terletak berdekatan dengan 2 buah terminal bas, bandar Phuket dan banyak kedai jualan barangan keperluan yang lain. Sangat ideal untuk anda yang sedang travel.
Alamat: 14/19 Moo 6, Thepkasattri Rd., Ratsada Sub District, Mueang Phuket District, 83000 Phuket Town
11. Cool Residence

Cool Residence adalah sebuah penginapan โcoolโ yang sangat-sangatlah selesa. Hiasan dalamannya agak simple namun ada โsesuatuโ tentangnya yang melahirkan rasa santai kepda sesiapa sahaja yang memilih untuk menginap di sini.
Hotel ini 100% bersih, sangat kemas dan tenang daripada sebarang gangguan bunyi.

Sepanjang penginapan di sini, anda sekeluarga boleh berseronok menggunakan kolam renangnya yang dibuka daripada awal pagi sehingga lewat tengah malam.
Ada lagi yang tak cukup dengan hotel bermula dari harga tak lebih daripada RM130 ni?
Alamat: 24/268 Soi Susanti, MaeLuan Road, Mueang, 83000 Phuket Town
12. The Blanket Hotel Phuket Town

The Blanket Hotel Phuket Town menawarkan 29 buah bilik yang dihias dengan warna lembut lengkap dengan perhiasan fabrik bermotif Peranakan.
Bilik moden dengan sedikit sentuhan klasik, menarik bukan? Bilik-biliknya juga sangat luas memberikan keselesaan kepada anda yang datang bersama keluarga.

Setelah penat berjalan ke sana-sini, anda juga boleh mendapatkan urutan kaki tradisional yang menggunakan tempurung kelapa.
Memang unik dan wajib dicuba! Kalau betul efektif, bolehlah cuba di rumah kan?
Alamat: 95/19-21 Montri Road Tambon Talat Yai, Amphoe Mueng, 83000 Phuket Town
13. A2 Pool Resort

A2 Pool Resort menawarkan bilik-bilik yang dihias dengan moden dan elegan dengan penggunaan perabot kayu.
Suasananya yang sangat santai dapat memberikan anda sekeluarga ketenangan yang dicari sewaktu percutian.

Yang menariknya, kalau anda booking Pool Room hotel ini, anda dapat akses terus ke kolam renang. Harga yang berpatutan untuk pengalaman penginapan sempurna sebegini? Memang rugi kalau tak booking.
Alamat: 117/1-4 Chalermprakiat Road (By Pass), Tambon Ratsada, Amphoe Muang, 83000 Phuket Town
14. Quip Bed & Breakfast

Quip Bed & Breakfast juga bukanlah hotel yang biasa walaupun harga yang ditawarkannya mampu dibayar oleh ramai orang.
Hotel ini boleh dijadikan salah satu inspirasi hotel hipster yang terbaik.
Mana tidaknya, masuk sahaja ke ruang lobi, anda disambut dengan display sebuah kereta klasik.
Dindingnya juga hampir padat dengan pelbagai frame, jam dan dekorasi vintage lain. Sangat unik!

Bilik-biliknya pula, dihias dengan mood yang lebih santai dan bergaya minimal, cukup luas dan selesa untuk anda yang datang menginap bersama keluarga.
Nak makan angin di kawasan sekitar? Anda boleh mendapatkan khidmat sewa scooter daripada pihak hotel ini secara terus.
Anda juga boleh berseronok bermain snooker yang terdapat di ruang lobi.
Alamat: 54 Phuket road, Talad Yai, Muang, Phuket Town, 83000 Phuket
15. Blu Monkey Bed & Breakfast

Blu Monkey Bed & Breakfast adalah sebuah penginapan yang menawarkan 49 buah bilik yang selesa.
Kedudukannya, terletak di tengah bandaraya Phuket menjadikan ianya lokasi yang strategik untuk memudahkan penerokaan anda.
Apa yang bestnya tentang hotel ni selain lokasinya adalah rekaan dalamannya yang sangat menarik.
Menggunakan warna monokrom dan berlantaikan kayu, hotel ini dapat melahirkan rasa relaks setelah kepenatan berjalan.

Nak makan angin di kawasan sekitar? Anda boleh menyewa motorsikal atau menggunakan basikal yang pihak hotel sediakan secara percuma! Ya, basikalnya percuma, dapatlah anda berjimat dan exercise dalam waktu yang sama!
Untuk hiburan pula, anda boleh menggunakan wifi dengan kelajuan pantas yang disediakan atau menonton tv yang menawarkan banyak siaran movie Inggeris. Bosan? Tidak di hotel ni.
Alamat: 113/3 Soi Hongyok Utit Road, Talad Yai, Muang, 83000 Phuket Town
16. Samkong Place

Samkong Place adalah sebuah hotel yang terletak di dalam bangunan dengan seni bina inspirasi Sino-Portugis.
Lokasi hotel ini yang terletak di dalam kawasan kejiranan menjanjikan ketenangan dari sebarang gangguan bunyi untuk rehat yang sebenar.

Bukan sekadar cantik di luar, rekaan dalamannya juga unik dengan sentuhan dekorasi berkonsep antik serta gabungan warna yang menarik. Bilik-biliknya juga luas untuk anda inapi bersama keluarga.
Sambil berehat di dalam bilik, anda boleh menggunakan kemudahan wifi yang berkelajuan superb untuk berhibur atau menyelesaikan tugasan lain.
Alamat: 369/142 Yaowarat Road, Tambon Taladyai, 83000 Phuket
17. The Arbern Hostel x Bistro

The Arbern Hostel x Bistro adalah sebuah hotel bertaraf 3 bintang yang menawarkan 24 buah bilik yang lengkap dengan pelbagai kemudahan untuk keselesaan sepanjang penginapan.
Rekaan dalaman hotel ini cukup stylish dan moden dengan menggunakan warna-warna putih, hitam dan tona coklat kayu.
Terasa seperti menginap di sebuah hotel premium walau harga yang dikenakan sangat berpatutan, tidak jauh dari RM100. Kebersihannya? Tip-top!

Lokasinya pula, terletak hanyalah 10 minit berjalan kaki dari Old Town Phuket, 5 minit untuk ke pusat membeli-belah terdekat Limelight dan hanyalah 2 minit untuk ke 7/11 yang dibuka 24 jam sekiranya anda ingin makan snek sambil bersantai di dalam bilik.
Alamat: 54 Suthat Rd, Tambon Talat Yai, Mueang Phuket District, 83000 Phuket
Kalau dah jumpa hotel mana yang menggoda jiwa anda, cepat-cepat booking! Hotel murah di Phuket yang best adalah ibarat pisang goreng yang masih panas.
Baca: 32 Tempat Menarik Di Phuket | Syurga Pantai Pasir Putih & Laut Biru
Terlambat? Melepas! Namun sekiranya masih tak jumpa lagi pilihan yang anda inginkan, anda boleh layari agoda.com untuk senarai hotel yang lebih banyak dalam tawaran harga yang terbaru.
Bila hotel dah booking, jangan lupa sediakan baju-baju cun untuk ke sana nanti, ada banyak lokasi yang mesra Instagram! Selamat bercuti ke Phuket!