Port Dickson menjadi destinasi percutian pilihan utama bagi ramai penghuni Kuala Lumpur.
Masa perjalanan yang singkat ditambah pula dengan pantai pasir putih yang menawan antara faktor yang membuat Port Dickson sebuah destinasi hujung minggu popular buat mereka yang mencari tempat untuk melarikan diri dari kesibukan bandar.
Disamping itu Port Dickson juga menawarkan banyak destinasi dan aktiviti yang menarik buat meraka yang sudi melawatnya.
Pada asalnya Port Dickson merupakan sebuah pelabuhan sibuk dan menjadi pusat dimana timah dibawa keluar dari negara kita.
Selepas industri timah habis Port Dickson berubah menjadi destinasi pelancongan yang popular.
Zon pelancongan yang paling popular di Port Dickson adalah Teluk Kemang. Antara lokasi lain yang menjadi sasaran pelancong adalah kawasan Bagan Pinang, Pantai Cahaya Negeri dan Blue Lagoon.
Pilihan tempat bermalam semasa disana nanti juga tidak kekurangan. Kebanyakan hotel yang tersenarai didalam ulasan ini terletak di Teluk Kemang.
Walaupun entri ini bertajuk hotel murah di Port Dickson, hotel yang saya pilih untuk senarai ini menawarkan bilik yang selesa.
Senarai ini bermula dengan hotel yang menawarkan bilik bajet dengan harga bawah RM100 semalam dan diikuti dengan penginapan yang menawarkan bilik bermula dari RM100 keatas.
1. WG Hotel
Nak senang melawat banyak tempat menarik di sekitar Port Dickson? Anda boleh menjadikan WG Hotel sebagai tempat penginapan masa bercuti nanti.
Ini kerana, kedudukannya dari tarikan Port Dickson seperti Alive 3D Art Gallery hanyalah dalam 40 meter, manakala Taman Tema Wild West Cowboy pula hanyalah 350 meter dari hotel. Untuk membeli-belah pula, pasaraya Tesco dan Giant terletak tidak jauh dari sini.
Bukan hanya menarik dari segi lokasinya, bilik yang ditawarkan di hotel ini sendiri cukup menarik untuk harga permulaan yang sungguh murah iaitu tidak lebih dari RM100.
Perhiasan dalamannya kelihatan mewah, bilik-biliknya juga besar untuk keselesaan optimum bila menginap bersama keluarga. Ianya lengkap dengan katil dan bantal yang ekstra empuk untuk tidur yang lena, tahap kebersihan bilik juga sangat memuaskan hati.
Harga: Dari RM98+ Semalaman
Alamat: 43-45A Jalan DS 2/1, Bandar Dataran Segar, 71010 Port Dickson
2. Clover Hotel | Dari RM60 Semalam
Kami memulukan senarai ini dengan hotel bajet serba lengkap yang menawarkan bilik dengan harga dari RM60 semalam. Kalau anda sedang mencari hotel bajet di Port Dickson yang bawah dari RM100 semalam hotel ini memang sesuai.
Hotel ini menyediakan wifi percuma untuk tetamu. Didalam bilik pula anda akan menjumpai penghawa dingin dan bilik air persendirian.
Harga: Dari RM60+ Semalaman
Alamat: 13 & 13A, Jalan Waterfront 5, PD Waterfront, 71000 Port Dickson
3. Hotel Suria | Dari RM65 Semalam
Lagi satu hotel yang menawarkan bilik dengan harga RM100 kebawah adalah Hotel Suria.
Hotel ini letaknya hanya 5 minit sahaja dari kawasan kedai yang banyak, membuat tugas seperti mencari makanan dan membeli keperluan agak senang jika anda memilih untuk menginap di sini.
Didalam bilik pula, disediakan katil yang selesa,penghawa dingin dan bilik mandi.
Antara tarikan pelancong yang berhampiran adalah Port Dickson Waterfront Sea Park dan Port Dickson Walk.
Harga: Dari RM65+ Semalaman
Alamat: 1026, BT 1/2 Jalan Pantai, 71000 Port Dickson
4. Granpa Hotel | Dari RM68 Semalam
Walaupun bilik di Grandpa Hotel ini tidak lebih dari RM68 semalam tetapi ia tetap menawarkan keselesaan yang mencukupi, memberi anda nilai bagus untuk harga yang dibayar.
Bilik hotel dilengkapi dengan penghawa dingin, bilik air persendirian berserta TV. Untuk melayari internet pula anda boleh menggunakan Wifi percuma yang disediakan di kawasan lobi.
Kepada tetamu yang memandu, parking percuma disediakan untuk anda sekitar kawasan hotel. Granpa Hotel terletak betul-betul berhadapan dengan pasaraya Giant.
Harga: Dari RM68+ Semalaman
Alamat: No.1, Jalan DS 1/1, Bandar Dataran Segar, Lukut, 71010 Port Dickson
5. Sea Front Hotel | Dari RM75 Semalam
Satu fakta menarik tentang Sea Front Hotel ini adalah ia menghadap laut dan tetamu dapat melihat pemandangan indah Selat Melaka dari tingkap bilik mereka.
Tetamu dapat menggunakan Wifi percuma yang disediakan di seluruh kawasan hotel. Untuk ke pantai pula anda perlu berjalan kaki selama 5 minit sahaja.
Sea Front Hotel ini terletak berdekatan dengan terminal bas dan teksi popular dan ia juga berhampiran dengan Billion Supermarket.
Harga: Dari RM75+ Semalaman
Alamat: 49-52, Persiaran Kurau 1, Taman Samudra, Batu 1, Jalan Seremban, 71000 Port Dickson
6. Hotel Mesra | Dari RM95 Semalam
Jika anda mencari hotel bajet berdekatan dengan Pantai Teluk Kemang, Hotel Mesra Port Dickson pasti satu pilihan bagus buat anda.
Hotel ini menawarkan bilik bajet yang selesa kerana dan dilengkapi dengan penghawa dingin, bilik air berasingan dan Wifi percuma.
Terdapat beberapa restoran ikan bakar terkenal berhampiran dengan hotel jika anda hendak menjamu selera.
Harga: Dari RM95+ Semalaman
Alamat: No 3&4 Teluk Kemang Square, Batu 7, Jalan Pantai, Teluk Kemang, 71050 Port Dickson
7. Hotel Mirage | Dari RM96 Semalam
Hotel Mirage ini sekali tengok memang ideal untuk individu yang datang ke Port dicson untuk lawatan bekerja dan Hotel Bajet untuk bermalam.
Didalam bilik terdapat meja kerja dan Wifi percuma jika anda mahu menyiapkan kerje semasa berada didalam bilik.
Selain daripada itu, bilik disini juga berhawa dingin dan dilengkapi dengan kemudahan membuat teh & kopi segara dan bilik air peribadi.
Harga: Dari RM96+ Semalaman
Alamat: 25, Jalan Remis 2, Medan Remis, Batu 5, Jalan Pantai, Telok Kemang, 71050 Port Dickson
8. Langit Langi Hotel | Dari RM98 Semalam
Kalau anda fikir bahagian luar hotel yang dihias pelbagai warna ini meriah anda belum melihat bahagian dalam hotel, lagi meriah.
Tidak banyak hotel yang berani menghias bilik dengan hiasan yang luarbiasa tetapi Hotel Langit Langi Port Dickson ini berjaya mereka satu ruang penginapan yang menampilkan kelainan yang unik.
Didalam bilik pula anda akan menjumpai penghawa dingin, TV, bilik mandi peribadi dan Wifi percuma.
Disamping itu tetamu dapat menggunakan kolam renang yang boleh dijumpai di kawasan hotel.
Harga: Dari RM98+ Semalaman
Alamat: No 881, Jalan Pantai, Taman Mewah, 71000 Port Dickson
9. Merlin Hotel | Dari RM100 Semalam
Suasana hotel yang aman beserta kakitangan yang sentiasa sedia membantu membuat Merlin Hotel sebuah hotel bajet yang popular bagi pengunjung yang melawat Port Dickson.
Hotel ini menyediakan fasiliti tambahan seperti tempat permainan kanak-kanak dan bilik mesyuarat untuk acara korporat.
Didalam bilik pula anda dapat mengunakan penghawa dingin, bilik air persendirian, TV berserta Astro dan Wifi percuma.
Harga: Dari RM100+ Semalaman
Alamat: Lot 218, KM1 (Batu 1), Jalan Pantai, , 71000 Port Dickson
10. Paradise Lagoon Apartment | Dari RM105 Semalam
Paradise Lagoon Apartment Pula terletak hanya 6 minit saja masa memandu ke Muzium Tentera.
Penginapan jenis Aparment-Hotel ini menyediakan kemudahan seperti kolam renang, gym, dan taman permainan kanak-kanak.
Setiap apartment mempunyai balkoni dan dari situ anda dapat menikmati pemandangan laut yang indah
Kerana penginapan ini merupakan jenis apartment, anda akan mendapat ruang tamu yang luas dan dapur kecil yang lengkap dengan kemudahan menyediakan makanan seperti cerek elektrik, peti sejuk dan microwave.
Mencari akitivi menarik berdekatan dengan hotel? Anda boleh singgah sebentar ke Ladang Burung Unta Port Dickson.
Di sini anda boleh melihat berbagai binatang comel seperti monyet, burung unta dan haiwan jinak yang lain.
Harga: Dari RM105+ Semalaman
Alamat: Block-D-L1-6, Batu 2, Jalan Pantas, 71000 Port Dickson
11. Holiday PD Marina Resort | Dari RM130 Semalam
Bercuti bersama keluarga dan mahukan penginapan selesa yang boleh memuatkan lebih dari dua orang? Holiday PD Marina Resort memberi anda pilihan apartment satu bilik atau dua bilik.
Fasiliti yang disediakan untuk tetamu adalah kolam renang, gelanggang tenis dan kawasan khas untuk mengadakan BBQ.
Harga: Dari RM130+ Semalaman
Alamat: A1-2, Marina View Villas, Bt 5, Jalan Pantai, 71050 Port Dickson
12. Naam Boutique Lodge | Dari RM140 Semalam
Naam Boutique hotel ini letaknya hanya 2 minit saja berjalan kaki dari Pantai Teluk Kemang.
Hotel Boutique ini mempunyai rekabentuk moden setanding dengan hotel 3 bintang yang lain.
Disamping itu keselesaan juga diutamakan oleh pihak hotel dengan melengkapkan bilik dengan penghawa dingin, peti sejuk, dan cerek kemudahan meyediakan teh & kopi segera dan Wifi perrcuma.
Kepada yang memandu pula anda dapat meletakkan kereta secara percuma di kawasan hotel.
Harga: Dari RM140+ Semalaman
Alamat: Lot.1942 Bt.8, Jalan Pantai,Teluk Kemang,, 71050 Port Dickson
13. Gina’s Apartment | Dari RM140 Semalam
Bercuti bersama keluarga dan mencari penginapan yang luas penuh penuh dengan aktiviti, Gina’s Apartment menawarkan penginapan murah yang lengkap dengan dua kolam renang luaran, gelanggang tenis, taman permainan kanak-kanak dan kawasan BBQ khas.
Melihat didalam apartment pula, setiap apartment mempunyai ruang tamu dan dapur, ideal untuk mereka yang merancang untuk menyediakan makanan semasa bercuti nanti.
Didalam bilik pula anda akan menemui penghawa dingin, TV, peti sejuk dan kemudahan menyediakan minuman panas.
Bilik mandi persendirian juga boleh didapati didalam setiap bilik dan datang dengan shower air panas.
Tempat menarik yang berhampiran dengan hotel adalah Pantai Teluk Kemang, Ladang Burung Unta dan Pantai Purnama.
Harga: Dari RM140+ Semalaman
Alamat: Cocobay Resort Condominium, Jalan Pantai, Batu 9, 71050 Port Dickson
14. Koptiara Studio Apartment | Dari RM150 Semalam
Koptiara Studio Apartment terletak di Tiara Bay Port Dickson dan menawarkan apartment satu bilik yang menarik dengan harga rendah bermula dari RM150 semalam.
Kawasan sekeliling hotel ini terkenal sebagai tempat berbasikal popular. Selain daripada berbasikal, anda boleh bermain ping-pong di meja yang disediakan oleh pihak apartment atau berenang di kolam renang di bawah.
Masuk saja kedalam pintu apartment anda akan menemui ruang tamu yang luas dan juga dapur.
Anda dapat memilih antara apartment 1 bilik dengan dua katil single berasingan atau apartment 2 bilik yang mempunyai satu katil double dan dua katil single.
Bilik pula dilengkapi dengan penghawa dingin dan bilik mandi peribadi.
Harga: Dari RM150+ Semalaman
Alamat: No.1, PD Prima, Level 2, Block A (sebelah lift A1) Jalan Pantai, Batu 13, 71250 Port Dickson.
15. PD World Vacation Home | Dari RM150 Semalam
Sebuah lagi Apartment-Hotel terkenal di Port Dickson yang menawarkan penginapan selesa dengan harga yang berpatutan adalah PD World Vacation Home.
Tetamu boleh memilih diaantara apartment 1 bilik dengan katil double atau apartment 2 bilik yang datang dengan satu katil doble dan dua katil single.
Setiap apartment datang lengkap dengan dapur kecil dan ruang tamu, satu bonus jika anda bercuti bersama keluarga.
Aparment ini juga terdapat kolam renang jika anda berminat untuk bersantai tanpa meninggalkan kawasan penginapan.
Untuk senaman pula anda boleh menggunakan gelanggan tenis dan atau membawa si kecil ke taman permainan kanak-kanak.
Jika anda hendak bersuka-ria di tepi pantai anda hanya perlu berjalan 5 minit sahaja ke Pantai Teluk Kemang.
Harga: Dari RM150+ Semalaman
Alamat: PD World Marina Resort, Batu 7, Jalan Pantai, 71050 Port Dickson
16. Waterfront Boutique Home | Dari RM160 Semalam
Apabila hotel diberi nama Boutique sudah pasti ia dapat memberi tetamunya suata pengalama yang unik.
Melihat pada gambar, hiasan dalam bilik pasti membuat sesiapa jatuh cinta dengan Waterfront Boutique Home.
Jangan terkejut apabila anda dapat tahu yang hotel dua bintang ini menawarkan bilik dengan harga dari RM160 sahaja semalam.
Bukan itu sahaja bilik yang menawan ini datang serba lengkap dengan penghawa dingin, TV, bilik air persendirian dan Wifi percuma.
Harga: Dari RM160+ Semalaman
Alamat: 4-G-21 Persiaran Waterfront, Port Dickson Waterfront, 71000 Port Dickson
17. Maya Apartment Bayview Villas | Dari RM160 Semalam
Sebuah lagi penginapan bajet yang menawarkan bilik bermula dari RM160 semalam adalah Maya Apartment.
Seperti apartment lain yang tersenarai di atas, anda juga boleh menemui ruang tamu, dapur dan balkoni semasa anda masuk ke apartment ini nanti.
Tetapi Maya Apartment ini berbeza kerana ia memberi tetamu yang melancong dengan kumpulan besar pilihan apartment 3 bilik yang datang dengan 2 katil double besar dan 2 katil single.
Dari segi fasiliti pula, tematu dapat menggunakan kolam renang, gelanggang tenis dan kawasan permainan kanak-kanak.
Harga: Dari RM160+ Semalaman
Alamat: PD World Marina Resort , Bayview Block C, Batu 7, Jalan Pantai, 71560 Port Dickson
18. Eagle Ranch Resort | Dari RM162 Semalam
Resort yang bertemakan Cowboy ini menawarkan pengalaman bercuti bersama keluarga yang luar biasa.
Di sini anda tidak akan kekurangan aktiviti yang boleh dilakukan tanpa meninggalkan kawasan resort.
Terdapat larian berhalang khas untuk mereka yang mencari aktiviti lasak. Teringin untuk menunggan kuda? pihak resort menyediakan kelas menunggang kuda buat tetamu yang ingin mencuba.
Bilik di Eagle Ranch pula dihias selari dengan tema Western dan setiap bilik datang lengkap dengan penghawa dingin serta bilik air persendirian.
Harga: Dari RM162+ Semalaman
Alamat: Lot 544, Batu 14, Jalan Pantai, 71250 Port Dickson
19. D’Wharf Hotel & Serviced Residence | Dari RM163 Semalam
D’Wharf Hotel & Serviced Residence menawarkan bilik yang dihias dengan minimal dan moden, cukup sesuai untuk anda yang inginkan penginapan yang simple namun lengkap dengan pelbagai kemudahan penting untuk keselesaan sepanjang penginapan.
Dari balkoni bilik yang selesa ini juga anda boleh menikmati sama ada pemandangan sungai ataupun sekitar bandar PD.
Mengenai fasilitinya pula, hotel ini lengkap dengan kemudahan seperti gym, kolam renang, wifi percuma serta taman permainan kanak-kanak. Tak cukup lagi? Hotel ini sebenarnya turut memiliki kawasan pantai peribadinya sendiri. Kalau anda nak merasa pengalaman bersantai di tepi pantai tanpa gangguan orang ramai dalam penuh privasi, tak perlu fikir panjang lagi, booking saja hotel ini.
Kedudukannya, kurang 200 meter dari PD Waterfront City dan hanyalah 550 meter dari Regina Mall PD. Terasa lapar? Kedai makan cukup mudah ditemui di sekitar hotel.
Harga: Dari RM163+ Semalaman
Alamat: Persiaran Waterfront PD Waterfront, 71000 Port Dickson
20. Klana Beach Resort Port Dickson | Dari RM167 Semalam
Klana Beach Resort Port Dickson adalah sebuah penginapan selesa yang terletak hanyalah 5 minit berjalan kaki dari Pantai Teluk Kemang. Lokasi yang cukup menarik untuk sesiapa yang bercadang menikmati pemandangan matahari terbenam sepanjang percutian.
Tarikan lain yang terletak berdekatan adalah Pantai Seri Purnama dan Padang Golf PD yang kedua-duanya hanyalah 10 minit berjalan kaki dari hotel.
Dengan kedudukan yang sebegini hebat, bayangkanlah pemandangan yang dapat dinikmati dari tingkap bilik, terasa berat hati untuk meninggalkan hotel bila habis waktu cuti nanti.
Selain kedudukan yang menarik, hotel ini juga sangat mesra muslim kerana bilik yang ditawarkannya lengkap dengan kemudahan bersolat seperti telekung, kain sarung dan juga sejadah.
Mengenai makanan yang dihidangkan di restoran hotel, segala yang disajikan memiliki rasa yang cukup enak, antara yang mesti anda cuba adalah nasi lemak, nasi minyak, ayam masak merahnya dan banyak lagi. Tak payah susah-susah cari restoran lain.
Dah kenyang, tibalah waktu untuk melakukan bermacam aktiviti, selain makan angin, anda boleh menggunakan pelbagai kemudahan yang disediakan hotel untuk berseronok bersama keluarga seperti kolam renang, menyaksikan keindahan angkasa di Kompleks Baitul Hilal pada waktu petang atau lewat malam dan banyak lagi aktiviti lain!
Harga: Dari RM167+ Semalaman
Alamat: Kompleks Baitulhilal, Lot 4506, Batu 8, Jalan Pantai, 71050 Port Dickson
21. Hotel Seri Malaysia | Dari RM150 Semalam
Hotel yang 2 minit sahaja dari Pantai Saujana dan menghadap selat melaka ini terletak di Batu Empat Port Dickson.
Antara fasiliti yang disediakan untuk tetamu adalah kolam renang, surau, tempat letak kereta percuma, kedai sebaneka dan bilik mesyuarat.
Untuk memastikan keselesaan anda dijamin pihak hotel telah melengkapkan setiap bilik dengan TV, cerek elektrik, penyaman udara dan bilik air en suite.
Kepada mereka yang mencari tempat untuk bermain golf ketika bercuti nanti, Port Dickson Golf and Country Club hanya 5 minit sahaja dari hotel jika memandu.
Untuk ke pantai pula anda boleh memandu ke Pantai Teluk Kemang yang berdekatan dengan hotel dan mengambil masa 10 minit.
Harga: Dari RM170+ Semalaman
Alamat: Lot PT 49, Batu 4, Jalan Pantai, 71050 Port Dickson
22. Glory Beach Resort | Dari RM178 Semalam
Glory Beach Resort Port Dickson ini terletak di Tanjung Gemok dan ia merupakan antara resort terawal dibuka di kawasan itu.
Terdapat 9 bilik mesyurat di sini membuat resort ini sesuai untuk diadakan seminar atau acara syarikat.
Fasiliti yang disediakan oleh resort ini termasuk kolam renang, gym, tempat mandi wap, tenis, basketball dan squash.
Glory Beach Resort menawarkan 2 jenis apartment iaitu apartment 2 bilik dan apartment 3 bilik.
Setiap apartment datang dengan balkoni persendirian, ruang tamu, kitchenette, dan bilik air. Wifi disediakan di kawasan awam seperti lobi.
Glory Beach Resort ini terletak 10 minit dari bandar Port Dickson.
Harga: Dari RM178+ Semalaman
Alamat: Batu 2, Jalan Seremban, Tanjung Gemuk, 71000 Port Dickson
23. The Grand Beach Resort | Dari RM180 Semalam
Seperti mana anda boleh lihat, seni bina menawan The Grand Beach Resort ini adalah hasil gabungan unsur-unsur rekabentuk melayu tradisional dan kontemporari.
Bilik luas dengan beranda yang memberi tetamu pemandangan laut yang memukau tidak hairan kenapa bilik di resort ini sering penuh.
Jika kolam renang tidak mencukupi anda hanya perlu berjalan beberapa langkah sahaja ke laut yang luas.
Resort bebas rokok ini menawarkan bilik selesa yang lengkap dengan penyaman udara, bilik air persendirian dan ruang duduk.
Harga: Dari RM180+ Semalaman
Alamat: Jalan Pantai, 71050 Port Dickson
24. Paradise Spa Hotel | Dari RM180 Semalam
Paradise Spa Hotel merupakan resort peranginan keluarga di Tanjung Gemok yang berhampiran dengan pekan Port Dickson.
Bilik moden dan selesa menawarkan kelengkapan seperti penyaman udara, bilik air persendirian dan Wifi percuma.
Fasiliti yang disediakan juga setanding dan tetamu dapat mengunakan kemudahan seperti kolam renang, bilik mesyuarat, gym, kafe, restoran, spa, dan tempat letak kereta.
Harga: Dari RM180+ Semalaman
Alamat: PT 1483, Batu 2, Jalan Seremban, Tanjung Gemok, 71000 Port Dickson
25. Mayangsari Resort | Dari RM180 Semalam
Jikalau anda mencari resort yang hanya beberapa langkah shaja dari pantai Teluk Kemang, Mayangsari Resort Port Dickson mungkin menjadi pilihan anda.
Apartment di sini berhawa dingin, mempunyai ruang makan, ruang tamu beserta dengan balkoni persendirian.
Resort ini menawarkan fasiliti seperti tempat makann, kawasan BBQ, bilik mesyuarat, dewan dan kolam renang.
Muzium tentera Port Dickson hanya 10 minit saja perjalanan dari resort jika memandu.
Harga: Dari RM180+ Semalaman
Alamat: 2.5 miles Jalan Pantai, 71000 Port Dickson
26. The Guest Hotel & Spa | Dari RM198 Semalam
Tercari-cari hotel bajet yang serba-serbi sempurna? Anda tak akan kecewa kalau memilih The Guest Hotel & Spa. Hotel yang elegan ini lengkap dengan pelbagai prasarana yang menjadi nilai tambah kepada para penginap yang telah mengeluarkan belanja, tanpa mengira cuaca, anda masih dapat menikmati keseronokan percutian dengan pelbagai kemudahan yang disediakan.
Antara yang boleh anda rancang untuk lakukan sekiranya menginap di hotel ini adalah menyegarkan badan di kolam renang, mengembalikan kesihatan badan di bilik sauna, bersantai di dalam jakuzi dan sebagainya.
Kemudahan lain yang disediakan adalah gym dan juga khidmat urutan aromaterapi. Apa lagi yang anda inginkan daripada hotel dalam harga bajet ini?
Mengenai bilik yang ditawarkan pula, hotel bertaraf 4 bintang ini menawarkan 111 buah bilik yang terdiri daripada beberapa pilihan iaitu Presendential Suite, Executive Suite, Family Room, Premier Room dan juga Superior Room yang masing-masing dihias dengan elegan dan memiliki keluasan yang cukup selesa.
Harga: Dari RM198+ Semalaman
Alamat: PT 4704, Jalan DS 3/1, Bandar Dataran Segar, 71010 Lukut, 71010 Port Dickson
27. AKAR Beach Resort | Dari RM199 Semalam
Hotel yang luas ini menawarkan lima jenis bilik yang berbeza iaitu standard, superior, deluxe, super deluxe, junior family room dan family room. Harga bilik paling murah bermula dari RM199 semalam.
Hotel yang agak baru dibina ini menampilkan bilik selesa yang dilengkapi dengan penghawa dingin, bilik mandi, balkoni persendirian dan Wifi percuma.
Di sekitar kawasan hotel anda akan menjumpai surau, kafe, kolam renang dan kedai serbaneka.
Tarikan popular berhampiran dengan hotel adalah Ladang Burung Unta, Pantai teluk Kemang dan Muzium Tentera Port Dickson.
Harga: Dari RM199+ Semalaman
Alamat: Batu 9, Jalan Pantai Teluk Kemang, 71050 Port Dickson
28. Wonderland Private Chalet at Port Dickson | Dari RM200 Semalam
Tiada siapa sangka dalam harga bajet masih dapat menikmati penginapan sebegini indah semasa bercuti di Port Dickson.
Tak perlu berbelanja ribuan ringgit, anda sekeluarga boleh menginap di hotel terapung bertaraf 4 bintang, Wonderland Private Chalet at Port Dickson. Percayalah, keindahan yang dapat dinikmati di sini sungguh tidak ternilai harganya, lenyap segala tekanan kerja, di sinilah anda dapat menikmati privasi yang sebenar.
Sepanjang berada di sini, anda boleh menggunakan pelbagai kemudahan yang disediakan untuk memaksimakan keseronokan bercuti seperti taman permainan kanak-kanak, tab mandian air panas, kolam renang dan bilik sauna.
Selain lengkap dengan bermacam kemudahan yang menarik jiwa, chalet ini juga adalah pilihan yang tepat bagi kaki pancing. Mana tak syoknya, sebab di sini anda dapat memancing terus dari chalet yang terapung di atas air. Bermacam jenis ikan boleh anda dapat kalau bernasib baik, antaranya adalah ikan gerut, ikan keli, kerapu dan lain-lain lagi.
Harga: Dari RM200+ Semalaman
Alamat: Batu 2, Jalan Seremban Taman Tanjung, 71000 Port Dickson
29. Corus Paradise Resort | Dari RM204 Semalam
Dari saat anda tiba di Corus Paradise Resort hati anda pasti terpikat dengan dengan hotel ini.
Angin panas yang ditiup dari Selat Melaka mengusap muka anda sebaik saja anda sampai ke lobi hotel.
Dengan 200 bilik hotel moden Corus Paradise Resort bakal mejanjikan percutian sempurna buat keluarga anda.
Bilik yang disusun kemas dilengkapi dengan penghawa dingin, TV, bilik mandi, peti sejuk dan Wifi percuma. Tingkap yang luas memberi anda pemandangan laut yang indah tanpa meninggalkan bilik.
Fasiliti juga tidak kurang mantap seperti kolam renang, bilik permainan, tempat memanah dan pusat kecergasan.
Disamping itu hotel ini mempunyai bilik mesyuarat yang besar dan boleh memuatkan seramai 300 orang.
satu ciri yang membuat hotel ini unik adalah ia mempunyai kedai keknya yang tersendiri, dimana anda boleh menikmati pastri segar sambil melihat pemandangan lagun yang menawan.
Harga: Dari RM204+ Semalaman
Alamat: Jalan Pantai, 71000 Port Dickson
30. Primaland Resort & Convention Centre (PRCC) | Dari RM250 Semalam
Di Primaland Convention Center anda akan menjumpai segala-gala yang anda inginkan dari Resort Keluarga Tepi Laut.
Resort ini dapat menggelar dirinya sebagai penginapan bertema resort air pertama di Port Dickson dan oleh kerana ini saya memilih hotel ini sebagai hotel pengakhir untuk ulasan ini.
Untuk RM250 semalam anda dapat bermalam di hotel 3 bintang yang sudah lama popular dengan mereka yang kerap bercuti ke Port Dickson.
Bilik yang berhawa dingin lengkap dengan TV beserta Astro, bilik air persendirian dan cerek elektrik. Ada bilik yang datang dengan ruang tamunya sendiri.
Selain daripada kolam renang terdapat juga fasiliti lain seperti restoran, taman permainan kanak-kanak dan bilik persidangan.
Harga: Dari RM250+ Semalaman
Alamat: No 1, PD Prima, Batu 13, Jalan Pantai, Pasir Panjang, 71250 Port Dickson
Memang banyak pilihan hotel murah di Port Dickson dan setiap satu mempunyai kelebihan yang tersendiri. Senarai diatas telah ditulis dengan harapan anda dapat sedikit gambaran tentang jenis penginapan yang terdapat di Port Dickson.
Seperti mana anda ketahui, harga bilik di destinasi pelancongan popular di negara kita ditentukan oleh kadar permintaan. Anda akan melihat harga naik semasa musim cuti sekolah atau cuti umum.
Kalau anda sedang merancang percutian anda ke Port Dickson dan mencari tawaran yang terbaik pastikan anda tidak biarkan keputusan menempah tempat penginapan dibuat pada saat akhir.
Ini untuk mengelakkan dari anda terlepas tawaran atau terpaksa membayar lebih. Oleh itu paling elok jika anda buat tempahan hotel 3 minggu sebelum percutian kalau boleh.
Harga yang saya nyatakan diatas telah diambil semasa saya menulis ulasan ini dan ada kemungkinan harga semasa berlainan sedikit.
Jika anda mahu melihat harga yang terkini anda boleh melawati lama web Booking.com atau letak nama destinasi dan tairkh yang diingini kedalam kotak carian dibawah.