18 Hotel Murah Di Sandakan | Bilik Bawah RM250 Untuk Percutian Bajet Terbaik

Hotel Murah Di Sandakan Terkini - Featured Image

Dah lemas dengan udara di kota? Rancanglah untuk ke Sandakan, Sabah untuk โ€˜mengubatiโ€™ segala pencemaran yang telah diserap tubuh.

Anda sekeluarga akan dapat menikmati kesegaran yang luar biasa yang bukan sahaja datang dari udaranya, tapi juga keindahan pemandangan pelbagai tarikan alam semula jadi yang ditawarkan di sekitarnya. Percutian yang penuh mengujakan menanti di kota Sandakan.

Bukan itu sahaja, bandaraya kedua yang terbesar di Sabah ini juga menyimpan banyak khazanah peninggalan masa lampau yang menarik untuk diselami satu persatu kisahnya.

Memang banyak tarikan yang menunggu kehadiran anda, oleh sebab itu, sehari memang tak cukup untuk melihat segalanya. Tak nak menghabiskan banyak duit dekat penginapan?

Jangan risau, dalam artikel hotel murah di Sandakan ini, Mai Singgah senaraikan semua penginapan dalam harga bajet yang selesa di sekitar Sandakan. Dah jumpa yang best, cepat-cepat booking sebelum terlepas!

Lihat Tawaran Terkini Hotel Terbaik Di Sandakan

01. Hotel Sandakan

Hotel Sandakan - Main Image

Hotel Sandakan menawarkan sebanyak 105 buah bilik luas yang dihias dengan elegan dan beraura klasik.

Bukan sahaja bilik yang selesa menanti kedatangan anda di sini, tapi sarapan yang disajikan oleh hotel bajet ini juga tak ubah macam menginap di sebuah hotel 5 bintang!

Cukup banyak pilihan makanan dan minuman. Rasanya? Sangat enak. Jangan lupa untuk mencuba waffle hotel ni!

Hotel Sandakan - Room Image

Lokasinya sangat menarik dan strategik di tengah-tengah bandar Sandakan. Anda boleh juga mendapatkan perkhidmatan shuttle untuk ke kawasan seperti Sepilok atau Labuk Bay.

Tak cukup dengan itu, jarak hotel ini dengan masjid terdekat hanyalah beberapa tapak dari hotel. Untuk melicinkan poket pula, pasar Ahad dan pasar basah juga terletak tidak jauh dari hotel.

Alamat: Block 83, 4TH Avenue, Town Centre, 90000 Sandakan

Selanjutnya Di Agoda.com

02. Hotel Central Sandakan

Sandakan Central Hotel - Gambar Dari Luar

Dengan harga serendah yang ditawarkan, tiada siapa menyangka kualiti yang ditawarkan Hotel Central Sandakan ini menjangkau tahap hotel dengan bayaran yang lebih.

Bersih dan lengkap dengan segala kemudahan yang penting sepanjang penginapan. Khidmat pelanggan hotel ini juga memang mantap.

Hotel Central Sandakan - Room Image

Bukan sahaja menawarkan perkhidmatan yang berkualiti tinggi, sebab lain untuk anda booking hotel ini adalah lokasinya yang sangat strategik kerana anda hanya perlu berjalan kaki untuk ke pusat membeli-belah dan central market.

Di samping itu, anda juga boleh menemui banyak kedai makan di sekitar hotel. Apa lagi yang anda inginkan dari sebuah hotel bajet dengan harga yang semurah ini?

Penjimatan yang hebat untuk kualiti yang memuaskan hati? Bookinglah Hotel Central Sandakan.

Alamat: Lot 5A-B & 6A-B, Block 24, Jalan Lebuh 2, 90000 Sandakan

Selanjutnya Di Agoda.com

03. The Mark’s Lodge

The Mark's Lodge - Main Image

The Mark’s Lodge  adalah sebuah hotel bertaraf 3 bintang yang terletak di sebuah kawasan bandar yang agak baru di Sandakan iaitu di Bandar Indah.

Walaupun ianya sebuah penginapan berharga murah, The Mark’s Lodge menyediakan fasiliti penginapan seperti sebuah hotel yang mewah, lengkap dengan wifi, sambungan USB pada tv, bathrobe dan banyak lagi.

The Mark's Lodge - Room Image

Biliknya juga luas dan selesa. Yang menambahkan lagi keselesaan anda di sini adalah kerana dekorasi dalamannya yang sangat sedap dipandang, moden dan sangat elegan.

Lokasinya, hanyalah sekitar 10 minit perjalanan kaki untuk ke pusat membeli-belah dan kedai-kedai makan.

Alamat: Bandar Indah, Mile 4, Jln Cecily, Lot 1-7, Blk -36, 90000 Sandakan

Selanjutnya Di Agoda.com

04. Borneo Sandakan Backpackers

Borneo Sandakan Backpackers - Gambar Depan

Inginkan penjimatan yang hebat semasa bercuti? Menginaplah di Borneo Sandakan Backpackers, duit selebihnya bolehlah anda gunakan untuk melakukan 1001 aktiviti yang ditawarkan di sekitar Sabah.

Hotel ini menawarkan bilik peribadi keluarga, bilik twin, bilik double dan juga dorm untuk sesiapa yang tidak kisah untuk berkongsi ruang dengan traveller yang lain. Mana satu penginapan yang sesuai dengan anda?

Borneo Sandakan Backpackers - Room Image

Sebagai sebuah hotel yang pernah menerima TripAdvisor Certificate of Excellence Award pada tahun 2014, anda dijanjikan sebuah pengalaman yang sempurna sepanjang penginapan di sini. Terasa haus lepas beraktiviti? Anda boleh menikmati teh dan kopi yang disediakan secara percuma!

Lokasinya, terletak di tengah-tengah downtown, berdekatan dengan banyak kedai runcit, farmasi, restoran, beberapa buah agensi pelancongan dan banyak lagi. Namun jangan risau, suasana hotel ini cukup tenang dan jauh dari bunyi bising.

Alamat: Block HS-5, Lot 55, 1st Floor, Sandakan Harbour Square, 90701 Sandakan

Selanjutnya Di Agoda.com

05. Four Points by Sheraton Sandakan

Four Points by Sheraton Sandakan - Main Image

Moden dan elegan, Four Points by Sheraton Sandakan adalah sebuah penginapan dalam harga bajet yang menawarkan keselesaan mewah semasa anda bercuti di Sandakan.

Sepanjang penginapan di sini, anda boleh menggunakan pelbagai kemudahan yang disediakan seperti 5 pilihan restoran, kolam renang infiniti dengan pemandangan lautan dan juga pusat kecergasan yang dibuka 24 jam! Ada sesiapa yang kaki gym? Tak perlu susah-susah cari hotel lain lagi.

Four Points by Sheraton Sandakan - Room Image

Tak rasa macam nak keluar bilik? Anda boleh sahaja bersantai di dalam bilik yang selesa ini sambil menikmati pemandangan menarik sekitar bandar atau kawasan pelabuhan.

Lokasinya, terletak berdekatan dengan tarikan menarik di sekitar Sandakan seperti Sandakan Heritage Museum yang hanyalah sekitar 600 meter dari hotel, manakala Sam Sing Gong Temple pula hanyalah dalam 900 meter.

Nak membeli-belah? Anda hanya perlu berjalan kaki untuk ke kawasan kedai dan central market yang ada di sini.

Alamat: Sandakan Harbour Square, 90000 Sandakan

Selanjutnya Di Agoda.com

06. Sabah Hotel

Sabah Hotel Sandakan - Gambar Pemandangan Dari Kolam Renang Hotel

Kalau hotel sebelum ini sesuai untuk anda yang berjiwa muda, Sabah Hotel pula adalah sebuah penginapan yang menarik untuk anda yang berjiwa klasik kerana bilik-bilik di sini dihias dengan bukan sahaja elegan tapi juga beraura antik. Sesuai sekali untuk anda yang inginkan suasana yang penuh nostalgia.

Di samping itu, hotel ini turut dikelilingi oleh hutan hujan tropika Borneo kerana kedudukannya yang berada di puncak bukit.

Ya, ini adalah sebuah hotel yang tersembunyi di dalam alam penuh kehijauan yang menyegarkan seluruh rongga badan. Kedamaian yang sebenar menanti anda sekiranya anda menjadikan Sabah Hotel sebagai pilihan penginapan.

Sabah Hotel Sandakan - Room Image

Selain bersantai menikmati pemandangan dan udara 100% segar daripada kawasan persekitaran, anda juga boleh menggunakan pelbagai kemudahan lain seperti tempat bermain tenis, squash, bilik sauna ataupun bersenam di pusat kecergasannya.

Hotel ini turut lengkap dengan kolam renang yang luas, memang puaslah nak berulang-alik  berenang dari hujung ke hujung. Sementara itu, kanak-kanak pula boleh bermain di taman permainan yang disediakan.

Terasa lenguh lepas puas beraktiviti? Anda boleh juga mendapatkan khidmat urutan dari pihak hotel. Dari hanya sekitar RM150+ untuk semua ni? Memang melampau!

Alamat: Km 1, Jalan Utara, 90000 Sandakan

Selanjutnya Di Agoda.com

07. Labuk Hotel

Labuk Hotel Sandakan - Gambar Luar

Inginkan sesuatu yang simple dan minimal semasa bercuti di Sandakan? Bookinglah Labuk Hotel. Hotel bajet ini menawarkan 34 buah bilik luas yang sangat kemas dan dihias dengan minimal dengan tahap kebersihan yang sangat memuaskan hati. Keselesaannya? Untuk sebuah hotel dengan harga serendah ini, memang tip-top!

Labuk Hotel Sandakan - Room Image

Perut menggerodak kelaparan? Jangan risau sebab di sekitar kawasan hotel ini terdapat kedai makan yang dibuka 24 jam! Terasa haus selepas puas berjalan? Anda boleh menggunakan water dispenser yang disediakan untuk mendapatkan air sejuk atau panas secara percuma.

Selain berdekatan dengan kedai makan, kedudukannya yang berdekatan dengan jalan utama memudahkan anda untuk mendapatkan pengangkutan awam seperti bas atau Grab untuk meneroka lebih jauh. Di samping itu, di sekitar hotel ini juga terdapat  kedai dobi, masjid dan bank.

Alamat: Block C2, Bandar Labuk Jaya, Km 11.9 (Mile 7.5), Jalan Lintas Labuk, 90000 Sandakan

Selanjutnya Di Agoda.com

08. Livingston Hotel

Livingston Hotel Sandakan - Gambar Depan Hotel

Livingston Hotel adalah sebuah penginapan minimal bertaraf 3 bintang yang menawarkan 275 buah bilik yang dihias dengan minimal menggunakan warna-warna natural dan cahaya malap untuk mewujudkan atmosfera santai.

Bilik-biliknya juga sangat luas menjadikan hotel ini pilihan yang tepat sekiranya anda datang menikmati percutian bersama keluarga. Katilnya? Tersangatlah cosy, tidur lena bukan main.

Livingston Hotel Sandakan - Room Image

Antara kemudahan yang disediakan di hotel bajet in termasuk kolam renang untuk anda bermandi-manda menyegarkan diri sebelum memulakan aktiviti dan juga tempat meletak kereta yang luas.

Lokasinya, terletak berdekatan dengan banyak kedai makan dan kedai jualan barangan keperluan lain.

Alamat: Jalan Utara Mile 4, 90000 Sandakan

Selanjutnya Di Agoda.com

09. 2 Inn 1 Boutique Hotel & Spa

2 Inn 1 Boutique Hotel & Spa - Main Image

Sure lenguh badan kalau dah banyak berjalankan? Oleh sebab tu, anda kena booking 2 Inn 1 Boutique Hotel & Spa sebagai tempat penginapan semasa berada di Sandakan ni.

Penatnya selepas puas meneroka flora dan fauna yang terdapat di Sandakan dapat dihilangkan dengan mendapatkan khidmat rawatan spa yang disediakan hotel.

2 Inn 1 Boutique Hotel & Spa - Room Image

Bawa anak kecil semasa berada di sini? Jangan risau, anda boleh menikmati spa dengan tenang kerana pihak hotel turut menyediakan khidmat penjagaan anak, segalanya settle! Dapatlah anda merasai nikmat percutian yang sebenar.

Di samping itu, bilik-bilik yang ditawarkan hotel ini juga tidak mengecewakan, cukup luas untuk keselesaan penginapan bersama keluarga dengan tahap kebersihan yang terbaik!

Alamat: Lot 1-7, Block B, Bandar Fajar, Jalan Leila, 90000 Sandakan

Selanjutnya Di Agoda.com

10. Sanbay Hotel

Sanbay Hotel Sandakan - Main Image

Ingin menikmati pemandangan yang indah sekitar Sandakan Bay? Menginaplah di Sanbay Hotel, sebuah hotel 3 bintang dalam harga bajet yang sangatlah murah untuk keselesaan yang ditawarkannya.

Bilik-bilik di hotel ini dihias dengan minimal menggunakan perabot-perabot kayu yang kelihatan klasik. Simple dan santai untuk keselesaan penginapan anda sekeluarga.

Sanbay Hotel Sandakan - Room Image

Kesemua 58 buah bilik di hotel ini cukup luas dan  lengkap dengan katil yang melampau keselesaannya. Sambil bersantai di dalam bilik, anda boleh menggunakan kemudahan wifi dengan kelajuan superb yang disediakan.

Terasa lapar? Banyak kedai makan yang boleh ditemui dalam hanya 5 minit perjalanan kaki dari hotel. Untuk ke kawasan tarikan yang ada di Sandakan pula, anda hanya perlu memandu dalam sekitar 5 minit untuk ke lokasi bersejarah St Michael.

Alamat: Jalan Leila, Mile 1ยผ, 90702 Sandakan

Selanjutnya Di Agoda.com

11. Sandakan Backpackers Hostel

Sandakan Backpackers Hostel - Main Image

Pilihan penginapan yang seterusnya ini sama murah dan sama menariknya dengan Borneo Sandakan Backpackers.

Untuk sebuah penginapan yang terletak di lokasi yang menarik berdekatan dengan laut yang meriah dengan banyak kedai makan dan dekat dengan pengangkutan awam, Sandakan Backpackers Hostel adalah sebuah pilihan yang sangat berbaloi.

Bukan itu sahaja, anda juga boleh lepak di bahagian rooftop hotel untuk menikmati pemandangan laut yang sangat mempesonakan.

Sambil bersantai di sini, anda boleh menikmati minuman free yang disediakan di pantry hostel. Selain rooftop, anda juga boleh memilih untuk bersantai di ruang lepak lain yang lengkap dengan permainan game Wii dan pelbagai bahan bacaan.

Sandakan Backpackers Hostel - Room Image

Selain ini semua, hotel ini turut menawarkan sarapan pagi percuma tau! Bermacam jenis sapuan roti yang boleh dipilih mengikut selera anda. Makanan lain yang ada adalah seperti telur rebus dan buah-buahan. Hidangan yang simple tapi mana lagi nak jumpa penginapan bajet semurah ini yang sediakan sarapankan?

Alamat: Lot 108, Block SH-11 Sandakan Harbour Square, 90000 Sandakan

Selanjutnya Di Agoda.com

12. Oceanus Backpackers

Oceanus Backpackers - Main Image

Oceanus Backpackers adalah sebuah penginapan bajet yang dihias dengan ringkas menggunakan perabot-perabot moden. Penginapan ini menawarkan 6 buah bilik yang sesetengahnya menyajikan pemandangan yang menyejukkan mata air laut yang kebiruan.

Oceanus Backpackers - Room Image

Sambil merehatkan badan di dalam bilik yang luas ini, anda boleh menggunakan akses wifi super pantas yang disediakan untuk melayan YouTube. Relakslah sepuas hati, sebab ada banyak tempat menarik nak dilawati kalau sekali dah keluar bilik.

Lokasinya, terletak berdekatan dengan banyak restoran, gerai-gerai dan pusat membeli-belah Harbour Mall.

Alamat: Lot 104, 2nd floor, Block HS-11, Sandakan Harbour Square, 90000 Sandakan

Selanjutnya Di Agoda.com

13. Hotel Kensington

Hotel Kensington Sandakan - Main Image

Terletak di dalam sebuah bangunan berwarna putih dan hijau, Hotel Kensington adalah sebuah hotel murah di Sandakan yang menawarkan 42 buah bilik yang selesa.

Kepenatan setelah puas berjalan di sekitar Sandakan? Anda akan dapat menikmati rehat yang sebenar dan tidur yang lena sebaik melabuhkan badan ke atas tilam empuk hotel.

Hotel Kensington Sandakan - Room Image

Sambil bersantai di dalam bilik yang dihias dengan elegan di sini, anda juga boleh melayari internet dengna kemudahan wifi yang disediakan atau menonton rancangan tv kegemaran anda.

Lokasinya, terletak berdekatan dengan banyak kedai makan dan juga kawasan bandar.

Alamat: Lot 37, Block D, Bandar Maju, Mile 1.5, Jalan Utara, 90000 Sandakan

Selanjutnya Di Agoda.com

14. Prima B&B

Prima B&B Hotel Sandakan - Main Image

Prima B&B adalah sebuah hotel bajet yang menawarkan bilik yang dihias dengan ringkas namun tetap lengkap dengan bermacam kemudahan penting untuk keselesaan sepanjang anda menginap disini.

Sebagai penginap di hotel ini, anda dapat menikmati sarapan percuma roti bakar dengan pilihan bermacam jenis sapuan roti. Minuman panas juga sentiasa tersedia untuk dinikmati.

Prima B&B Hotel Sandakan - Room Image

Lokasinya, cukup strategik, terletak hanyalah 3 minit berjalan kaki untuk ke stesen bas yang terdekat. Lapangan terbang Sandakan pula hanyalah sekitar 10 minit sahaja dari sini. Nak hilangkan rasa lapar?

Bermacam jenis kedai makan anda boleh jumpa dengan hanya berjalan kaki di sekitar hotel, dari kedai masakan India, Melayu, Western, kedai roti dan sebagainya, macam-macam ada!

Alamat: Block 11, Lot 97, Lrg 1, Grd Floor-1ft floor, Lrg Prima 1, Bdr prima Square, 90000 Sandakan

Selanjutnya Di Agoda.com

15. Marine Bay Hotel

Marine Bay Hotel Sandakan - Gambar Depan

Bayangkanlah dapat melihat pemandangan yang menyejukkan mata tak kira masa dari tingkap bilik sepanjang penginapan? Inilah yang dapat anda nikmati sekiranya menginap di Marine Bay Hotel.

Yang menjadikan pengalaman ni lagi syok adalah sebab anda tak perlu bayar mahal untuk mendapatkan penginapan dengan pemandangan seindah di sini!

Marine Bay Hotel Sandakan Sabah - Room Image

Hotel dalam harga bajet yang murah semacam ni juga terletak di lokasi yang menarik kerana tidak jauh dari Sandakan Harbour Mall, Central Market dan banyak lagi.

Alamat: Block HS-14, Lot 130-131, Sandakan Harbour Square, 90000 Sandakan

Selanjutnya Di Agoda.com

16. The Pavilion Hotel

The Pavilion Hotel Sandakan Sabah - Gambar Depan

Tak nak kelam-kabut bila tiba hari anda kena naik flight? Apa kata kalau anda menginap di The Pavilion Hotel.

Jaraknya dengan Lapangan Terbang Sandakan hanyalah dalam 5 minit pemanduan, yang bestnya, anda boleh mendapatkan khidmat shuttle yang disediakan pihak hotel untuk ke airport secara percuma.

Selain airport, lokasi lain yang terletak berdekatan adalah pusat bandar Sandakan yang hanyalah sekitar 20 minit pemanduan dari sini. Labuk Bay Proboscis Monkey Sanctuary pula hanyalah 25 minit sahaja.

The Pavilion Hotel Sandakan Sabah - Room Image

Bagaimana pula dengan bilik yang ditawarkan? Dihias dengan minimal menggunakan warna-warna natural, sebaik melangkah masuk ke dalam ruang penginapan, anda dapat merasakan aura santai yang disempurnakan lagi dengan cahaya malap.

Alamat: Block A3, Bandar Labuk Jaya, Mile 7, Labuk Road, 90000 Sandakan

Selanjutnya Di Agoda.com

17. Tyng Garden Hotel

Tyng Garden Hotel Sandakan - Main Image

Mencari bilik hotel yang luas semasa bercuti bersama keluarga di Sandakan? Salah satu penginapan yang boleh anda pertimbangkan adalah Tyng Garden Hotel.

Bilik-biliknya bukan sahaja luas tapi juga lengkap dengan katil yang bukan main comfy lagi! Siapa kata hotel bajet mesti sempit dan tak selesa?

Tyng Garden Hotel Sandakan - Room Image

Lapar? Di sekitar hotel ini terdapat banyak kedai makan yang boleh dicuba. Sekiranya anda ingin ke pusat bandar Sandakan pula, jaraknya dari hotel ini hanyalah sekitar 20 minit.

Alamat: Lot 19, Ground Floor, Bdr Tyng, Batu 5, Jalan Utara, 90000 Sandakan

Selanjutnya Di Agoda.com

18. Hotel Hsiang Garden

Hotel Hsiang Garden - Main Image

Hotel Hsiang Garden menawarkan 46 buah bilik yang dihias dengan ringkas namun lengkap dengan segala fasiliti yang penting untuk keselesaan sepanjang penginapan.

Anda juga boleh menggunakan kemudahan wifi yang disediakan secara percuma.

Hotel Hsiang Garden - Room Image

Daripada kawasan hotel ini, cukup mudah untuk anda mendapatkan pengangkutan awam seperti bas mini yang akan membawa anda ke kawasan bandar. Bawa kenderaan sendiri? Tempat meletak kereta juga sudah tersedia secara percuma.

Alamat: Mile 1 1/2, Leila Road, P.O.Box1603, 90717 Sandakan

Selanjutnya Di Agoda.com

Dah jumpa penginapan pilihan anda? Jangan buang masa, booking cepat sebelum bilik penuh! Andai kata tiada lagi pilihan penginapan yang menggoda anda dalam artikel ni, anda boleh layari agoda.com untuk melihat banyak lagi pilihan penginapan lain yang ditawarkan di Sandakan dalam tawaran harga yang terbaru.

Bila dah booking, sementara menunggu waktu ketibaan anda di daerah yang kaya dengan keindahan flora dan faunanya ini, apa kata kalau anda baca artikel kami tentang Tempat Menarik Di Sandakan. Ada banyak lokasi menarik untuk dituju!

Selamat bercuti ke bandaraya semula jadi yang penuh dengan sejarah Sandakan!