19 Hotel Murah Di Shah Alam | Menarik & Selesa Bawah RM250 Semalam

Selain Melaka dan Port Dickson, Shah Alam sebenarnya merupakan satu lagi destinasi percutian yang terkenal bagi warga kota. Mana tidaknya, di sinilah banyak kedai-kedai makan menarik boleh dijumpai.

Bukan itu sahaja, tarikan lain seperti taman-taman tema, laman seni, pusat membeli-belah, tarikan alam semula jadi dan banyak lagi yang mampu menceriakan percutian menjadikan ia sebuah destinasi yang sempurna.

Oleh kerana itulah banyak sekali pilihan penginapan yang boleh ditemui di Shah Alam. Namun, dalam banyak-banyak hotel murah di Shah Alam, kami di MaiSinggah telah menyenaraikan hotel dengan harga berpatutan yang paling menarik yang terdapat di sini.

Diharapkan artikel ini dapat memudahkan anda merancang percutian anda ke Shah Alam kelak. Tanpa membuang masa lagi, jom kita lihat yang mana yang menarik hati anda.

Lihat Tawaran Terkini Hotel Menarik Di Shah Alam

01. Laman Green The Boutique Hotel

Laman Green The Boutique Hotel - Main Image

Siapa kata dunia futuristik dan alam semula jadi tidak boleh bersatu? Bukan segalanya besi dan aluminium, Laman Green The Boutique Hotel menggabungkan kedua-duanya di dalam sentuhan dalamannya. Unik bukan?

Ini dapat dilihat dari ruang lobinya yang dikelilingi dengan rumput dari dinding ke siling serta potongan kayu sebagai latar belakang kaunter. Lain dari yang lain, inilah yang membuatkan penginapan anda di sini terasa lebih bermakna.

Laman Green The Boutique Hotel - Room Image

Bilik-bilik yang ditawarkan di hotel ini pula walaupun kecil, dihias dengan konsep yang menarik dan kelihatan mewah. Lokasi? Di sekitarnya terdapat banyak kedai masakan Melayu yang menarik untuk dicuba.

Alamat: 8 & 10, Jalan Renang 13/26, 40100 Shah Alam

Selanjutnya Di Agoda.com

02. Havenue Hotel

Havenue Hotel Shah Alam Main Image

Bangunan moden yang terletak di Pusat Komersial Arena Bintang ini menempatkan sebuah hotel bajet yang cukup menarik untuk diinapi iaitu Havenue Hotel.

Dari ruang lobi hotel ini lagi anda sudah terasa betapa mesra sekali suasananya, dengan dekorasi yang kelihatan begitu homie dan moden.

Konsep ini turut terserlah di dalam bilik-bilik yang ditawarkannya. Gabungan warna dan rekaan dalamannya cukup sesuai dengan jiwa urban anda.

Selain sejuk dipandang, hotel ini turut memiliki akses wifi yang pantas untuk anda update status percutian tanpa perlu mengerut dahi.

Havenue Hotel Shah Alam - Room Image

Dengan harga yang bermula dari RM88,  anda juga dapat menikmati tidur malam yang lena di dalam suasana yang sunyi tanpa sebarang gangguan di atas katil yang empuk.

Alamat: A-08, Jalan Zuhal U5/178, Pusat Komersial Arena Bintang, Seksyen U5, 40150 Shah Alam


03. Pegasus Hotel Shah Alam

Pegasus Hotel Shah Alam - Main Image

Siapa kata hotel bajet tidak mungkin ada sauna dan gym? Pegasus Hotel Shah Alam menawarkan kesemua fasiliti ini untuk anda sekeluarga beraktiviti sepanjang penginapan secara percuma.

Baca: 25 Hotel Menarik Di Kuala Lumpur Untuk Pengalaman Menginap Yang Luar Biasa

Di samping lengkap dengan kemudahan mewah, dekorasi dalaman hotel ini juga agak unik dan moden, langsung tidak menampakkan betapa โ€˜di dalam bajetโ€™nya harga yang ditawarkan.

Mata anda akan terpana dengan corak kreatif dan unik yang terdapat di pelbagai sudut hotel.

Pegasus Hotel Shah Alam - Room Image

Di dalam bilik pula  anda akan dikejutkan dengan gabungan warna-warna ceria pada karpet serta pintu-pintunya.

Dekorasi dalamannya dilengkapkan lagi dengan perabot-perabot moden yang membuatkan anda terasa seperti berada di dalam bilik pameran perabot moden.

Alamat: IDCC Shah Alam Jalan Pahat L 15/L, Dataran Otomobil, Sek 15, 40200 Shah Alam

Selanjutnya Di Agoda.com

04. Alami Garden Hotel

Alami Garden Hotel - Main Image

Alami Garden Hotel adalah sebuah hotel yang menawarkan penginapan jenis apartment dan juga bilik.

Bagi anda yang bercuti ke Shah Alam bersama keluarga, apartment adalah pilihan penginapan yang sesuai bagi mendapatkan kepuasan penginapan yang maksima.

Alami Garden Hotel - Room Image

Lengkap dengan ruang balkoni, dapur, ruang tamu, 6 buah katil single dan 2 buah tandas, masing-masing dapat menikmati ruang sendiri dengan penuh keselesaan.

Dan yang paling penting sekali dalam penginapan yang moden ini adalah akses wifinya yang super laju!

Tak cukup lagi? Di ruang pantry hotel ini, bukan hanya tersedia dengan kemudahan membuat air yang lengkap dengan kopi, biskut pun ada baq hang!

Alamat: 1-13, Block 1, Presint Alami, No. 2, Persiaran Akuatik, 40100 Shah Alam

Selanjutnya Di Agoda.com

05. Mimilala Hotel @ i-City, Shah Alam

Mimilala Hotel @ i City, Shah Alam - Main Image

Terletak di deretan kedai sepertimana kebanyakkan hotel bajet, siapa sangka betapa sempurna sekali penginapan yang ditawarkan oleh Mimilala Hotel @ i-City. Lengkap dengan suraunya sendiri, hotel ini cukup sesuai bagi penginap muslim.

Mimilala Hotel @ i City, Shah Alam - Room Image

Bukan itu sahaja, tahap kebersihan hotel ini juga tip-top dengan segala kemudahan mengeluarkan aroma yang menyegarkan.

Kemudahan lain seperti akses wifinya pula sangat memuaskan hati. Mimilala sememangnya bukan hotel bajet biasa.

Alamat: No.22, Jalan Keluli AN7/AN, Seksyen 7, 40000 Shah Alam

Selanjutnya Di Agoda.com

06. The Tree Boutique Hotel

The Tree Boutique Hotel - Room Image

Tercari-cari hotel yang berlokasi strategik dari RM100 semalaman? The Tree Boutique Hotel adalah hotel yang dicari-cari.

Bagi para wanita, hati-hatilah sekiranya menginap di sini, wang anda mungkin tanpa disedari makin menipis dari hari ke hari kerana โ€˜terbelanjaโ€™ tanpa sedar di butik-butik yang terdapat di sekeliling hotel.

The Tree Boutique Hotel - Room Image

Jika anda seorang yang โ€˜gilaโ€™ berjalan-jalan cari makan juga, hotel ini terletak di antara lokasi hotspot untuk restoran-restoran yang menarik.

The Tree Boutique Hotel bukan sahaja berlokasi mantap, hotel ini sendiri juga cukup menarik dengan kebersihannya yang sesuai diberikan 2 thumbs up.

Alamat: No 2-A & 4-A, Jalan Plumbum Q7/Q, Pusat Komersial Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor

Selanjutnya Di Agoda.com

07. Avenue Hotel

M Avenue Hotel Shah Alam - Main Image

Ternampak bangunan berwarna merah, biru dan putih di Shah Alam? Kemungkinan besar itu adalah sebuah hotel bajet berkonsep moden Avenue Hotel.

Hotel ini adalah sebuah lagi penginapan yang terletak di lokasi yang strategik dengan restoran-restoran yang dibuka hingga lewat malam terdapat banyak di sekitarnya.

Selain berdekatan dengan kedai-kedai yang menyembuhkan gerodak perut anda, tidak jauh dari M Avenue Hotel ini juga terdapat sebuah pusat membeli-belah dan i-City pula hanyalah 2 km dari hotel.

M Avenue Hotel - Room Image

Walaupun terletak di kawasan yang agak meriah, bilik-bilik di M Avenue Hotel ini adalah kalis bunyi, jadi, tak perlulah anda risau ya, mimpi indah akan menerpa tidur anda seperti di rumah sendiri.

Alamat: C-1-G Jalan Serai Wangi H 16/H, Alam Avenue 1, Persiaran Selangor, Seksyen 16, 40200 Shah Alam

Selanjutnya Di Agoda.com

08. NueVo Boutique Hotel Kota Kemuning

NueVo Boutique Hotel Shah Alam - Gambar Luar

Menggabungkan warna-warna natural hitam, putih, coklat dan kelabu dengan sedikit percikan warna-warni lain untuk menghidupkan suasana, sentuhan dalaman yang digunakan di NueVo Boutique Hotel Kota Kemuning membuatkan pandangan mata terasa begitu segar.

Best View Boutique Hotel Kota Kemuning - Room Image

Bilik-bilik di hotel butik ini pula dihias dengan minimal menggunakan perabot yang kelihatan baru dan moden. Sebuah penginapan yang mampu memberikan anda sekeluarga keselesaan yang diimpikan sewaktu percutian.

Alamat: 50 Jalan Biola 33/1, 40350 Shah Alam

Selanjutnya Di Agoda.com

09. Intekma Resort & Convention Centre

Intekma Resort & Convention Centre - Main Image

Ingin berenang sepuas hati sewaktu bercuti? Mai booking Intekma Resort & Convention Centre, kerana di sini terdapat sebuah kolam renang yang agak luas untuk anda sekeluarga bermandi-manda.

Intekma Resort & Convention Centre - Room Image

Hotel ini juga cukup sesuai untuk anda yang datang bercuti beramai-ramai kerana keluasan biliknya yang sangat memuaskan.

Selain itu, penginapan ini juga lengkap dengan kemudahan penting seperti seterika, sejadah dan bermacam lagi tanpa perlu anda bersusah-payah mendapatkannya dari kaunter servis seperti di hotel bajet yang lain. Dari RM140 untuk sebuah penginapan yang sempurna sebegini? Bukanlah sebuah mimpi.

Alamat: Persiaran Raja Muda, Seksyen 7, 40000 Shah Alam

Selanjutnya Di Agoda.com

10. Concorde Hotel Shah Alam

Concorde Hotel Shah Alam - Main Image

Bagi peminat filem komedi Melayu, mesti lebih familiar dengan sebutan hotel ini yang dipanggil โ€˜cong codeiโ€™ oleh watak utama di dalam telemovie Pok Ya Cong Codei.

Hotel yang sebenarnya adalah Concorde Hotel, Shah Alam ini walaupun dijadikan bahan jenaka sebenarnya adalah sebuah hotel yang agak mewah dengan servis yang begitu sempurna.

Memiliki fasiliti lengkap dengan kemudahan seperti kolam renang, spa, sauna pusat kecergasan, khidmat shuttle percuma dan banyak lagi, hotel ini sesuai bagi anda yang mengidamkan percutian yang terasa mewah walaupun menawarkan harga yang masih di dalam lingkungan hotel bajet.

Concorde Hotel Shah Alam - Room Image

Bukan itu sahaja, dari bilik-bilik di Concorde Hotel ini pula anda dapat menikmati pemandangan yang memukau Masjid Biru Shah Alam ataupun kolam renang hotel.

Tarikan lain hotel ini adalah pilihan makanan yang disajikan di restoran hotel yang dikatakan agak โ€˜melampaui batasโ€™, bayangkanlah di sudut โ€œtelurโ€ sahaja sudah terdapat pelbagai jenis masakan yang berbeza, bagaimana pula dengan masakan yang lain? Nak tahu, jom menginap di sini.

Alamat: 3 Jalan Tengku Ampuan Zabedah C9/C, 40100 Shah Alam

Selanjutnya Di Agoda.com

11. Seeds Hotel Shah Alam

Seeds Hotel Shah Alam Section 19 - Gambar Luar

Dari namanya, pasti anda sudah terbayangkan betapa artistiknya hotel ini. Seeds Hotel Shah Alam yang terletak di seksyen 19 ini mampu membuatkan anda tenggelam di dalam dunia hasil karya yang dipamerkan yang terserlah dari luar hotel lagi.

Sebaik melangkah masuk ke dalam hotel, anda akan disambut dengan perabot-perabot elegan dan lukisan di dinding yang bertemakan Paris.

Hotel de Art @ Section 19 - Room Image

Dimana sahaja anda berada di dalam hotel ini, terasa seperti berjalan-jalan di dalam galeri seni.

Bilik-biliknya pula datang dalam pelbagai tema yang berbeza. Nak rasai bermacam tema yang ditawarkan? Setiap kali ke Shah Alam, menginaplah di hotel ini ya?

Bukan setakat cantik di mata, masuk sahaja ke dalam hotel ini, deria bau anda akan disapa dengan aroma yang begitu menyegarkan. Dari RM118 untuk penginapan yang seindah ini? Rugi kalau tidak dibooking.

Alamat: No. 2 Jalan Nelayan D 19/D, Section 19, 40300 Shah Alam

Selanjutnya Di Agoda.com

12. Glenmarie Hotel & Golf Resort

Holiday Inn Kuala Lumpur Glen Marie - Main Image

Siapa sangka sebuah hotel yang terletak di tengah kota dengan harga yang murah dapat menawarkan pemandangan penuh kehijauan yang menenangkan jiwa?

Dari bilik-bilik di Glenmarie Hotel & Golf Resort ini anda sekeluarga dapat menikmati kehijauan rumput dari padang golf  bertaraf dunia yang terbentang luas di hadapan.

Holiday Inn Kuala Lumpur Glen Marie - Room Image

Bukan sahaja memiliki pemandangan yang menarik, hotel yang menawarkan bilik dengan harga yang berpatutan ini juga turut memiliki fasiliti yang hebat.

Antaranya seperti kolam renang bersaiz olimpik, bilik sauna, gelanggang tenis, gym, gelanggang squash dan banyak lagi. Bosan? Satu perkataan yang tidak akan disebut sepanjang penginapan anda di sini.

Alamat: Jalan Usahawan U1/8, Seksyen U1, 40250 Shah Alam

Selanjutnya Di Agoda.com

13. Hotel de Art @ i-City

Hotel De Art iCity Shah Alam - Main Image

Hotel de Art ini banyak sekali cawangannya di sekitar Shah Alam, tak kisahlah dimanapun anda menginap, kesemua Hotel de Art memberikan anda pengalaman penginapan yang pasti sukar dilupakan.

Setiap bilik di Hotel de Art ibarat kanvas lukisan yang diberikan sentuhan seni yang berbeza dari satu sama lain.

Hotel De Art iCity Shah Alam - Room Image

Kalau anda nak tahu, bilik-bilik di hotel ini telah dihias moden dengan sentuhan daripada pelukis yang datang dari pelbagai latar belakang sama ada daripada mereka yang terlibat dalam seni halus mahupun rekabentuk grafik.

Alamat: No.19 Jalan Keluli 7/110, Section 7, 40000 Shah Alam

Selanjutnya Di Agoda.com

14. Hotel 99 Kota Kemuning

Hotel 99 Kota Kemuning - Main Image

Hotel 99 Kota Kemuning adalah sebuah penginapan dengan atmosfera yang menenangkan.

Hotel bajet yang selesa dan lengkap dengan segala kemudahan penting. Penggunaan pelbagai tona kelabu menjadikan suasana hotel kelihatan moden.

Hotel 99 Kota Kemuning - Room Image

Lokasinya pula, terletak hanya 5 minit berjalan kaki ke Kota Kemuning Lakeside Park, apa kata jika anda sekeluarga berjogging di pagi hari dari hotel ini untuk ke taman tasik? Cara yang sempurna untuk memulakan hari.

Alamat: No.10-G, Jalan Anggeril Vanilla S31/S, Seksyen 31, 40460 Shah Alam

Selanjutnya Di Agoda.com

15. Nexus Business Suite Hotel

Nexus Business Suite Hotel Shah Alam - Gambar Luar

Nexus Business Suite Hotel adalah sebuah penginapan dengan bilik yang luas seperti sebuah apartment, katilnya juga empuk membuatkan anda terasa seperti terapung di awangan.

Nexus Business Suite Hotel - Room Image

Rekaan dalamannya pula sangat moden dan sejuk dipandang. Di samping itu, tahap privasi yang ditawarkan bilik-bilik di sini juga sangat memuaskan hati, tak kisahlah jika anda menginap di sini hanya untuk mendapatkan tidur yang lena, atau ingin menghabiskan bacaan novel yang telah lama ditunda dengan tenang, Nexus Business Suite Hotel adalah pilihan hotel yang tepat.

Alamat: Lot 1, Jalan Perimbun, Section 27/11, 40400 Shah Alam

Selanjutnya Di Agoda.com

16. Dโ€™Metro Hotel

D'Metro Hotel Shah Alam - Main Image

Lokasi yang strategik dengan restoran-restoran di sekitar, dekorasi yang memukau hati, wifi yang pantas, bilik dan tandas yang luas, persekitaran yang menarik, apa lagi yang anda inginkan dari sebuah penginapan?

D'Metro Hotel - Room Image

Semua ini dapat anda nikmati dari harga RM80, biar betul? Bunyinya seperti hotel yang cukup sempurna, namun dengan harga yang membeliakkan mata. Tak percaya? Booking dulu Dโ€™Metro Hotel, baru tahu.

Alamat: No.10, Jln Nelayan D 19/D, Seksyen 19, 40300 Shah Alam

Selanjutnya Di Agoda.com

17. Hotel de Art @ Section 7

Hotel De Art @ Section - Main Image

Siapa yang tak terpesona dengan lukisan dan seni yang indah? Jika anda inginkan sebuah penginapan yang unik dan menarik, jadikanlah Hotel de Art @ Section 7 salah satu pilihan.

Walaupun setiap bilik di hotel ini membawa tema yang berbeza-beza, kesemuanya memiliki daya tarikan yang tersendiri, daripada lukisan perkampungan, lautan, pokok-pokok sakura, bunga-bungaan dan banyak lagi, semuanya dihasilkan dengan penuh terperinci mampu memukau mata yang memandang.

Hotel De Art @ Section - Room Image

Yang menariknya, lukisan ini bukanlah di atas canvas kecil, kerana ianya sebenarnya sebuah lukisan yang memenuhi segenap pelusuk dinding bilik membuatkan anda terasa seperti berada di laman seni.

Ada juga bilik yang bertemakan Hello Kitty, romantik dan elegan. Yang mana yang anda inginkan?

Alamat: 3, Jalan Kristal AS7/AS, Seksyen 7, 40000 Shah Alam

Selanjutnya Di Agoda.com

18. Grand BlueWave Hotel Shah Alam

Mardhiyyah Hotel and Suites - Gambar Luar

Bukan mudah untuk mencari penginapan yang memberi layanan istimewa kepada wanita.

Bagaimana istimewanya? Kalau anda nak tahu, Grand BlueWave Hotel Shah Alam meyediakan aras khas hanya untuk wanita. Tak perlulah wanita yang menginap berseorangan risau lagi ya.

Grand Blue Wave Hotel Shah Alam - Room Image

Di samping itu, hotel ini turut memiliki banyak fasiliti menarik yang dapat membuatkan hari-hari anda di sini penuh dengan pelbagai aktiviti seperti spa, kolam renang dan pusat kecergasan.

Selain itu, sudah semestinya penting bagi anda yang menginap untuk mendapatkan pemandangan yang indah bukan? Dari bilik-bilik yang ditawarkan di hotel ini, anda dapat menikmati pemandangan Masjid Biru ataupun cahaya malam sekitar bandaraya Shah Alam.

Alamat: Persiaran Perbandaran, Seksyen 14, 40000 Shah Alam

Selanjutnya Di Agoda.com

19. Accapella Suite Hotel

Acapella Suite Hotel Shah Alam - Main Image

Jika anda bercuti bersama keluarga dan inginkan sebuah penginapan yang luas, menginaplah di Accapella Suite Hotel.

Hotel ini menawarkan pelbagai jenis bilik yang sesuai untuk keluarga namun jika anda tidak kisah untuk mengeluarkan bajet yang lebih apa kata kalau anda mencuba penginapan suite keluarga 2 biliknya yang lengkap dengan ruang tamu, tab mandian dan dapur yang lengkap dengan pelbagai kemudahan.

Acapella Suite Hotel - Room Image

Apa pun yang anda pilih, kesemua bilik di  hotel ini dhias dengan elegan dan cukup luas untuk anda sekeluarga bersantai.

Tak cukup dengan itu, Accapella Suite Hotel juga mampu memukau anda untuk datang kembali setelah mencuba pelbagai fasiliti lain yang disediakan hotel seperti kolam renang yang dibuka sehingga lewat malam dan pusat kecergasannya yang agak lengkap.

Inginkan lebih sebab untuk menginap di hotel ini? Kumpulan rock daripada Amerika, Imagine Dragons, telah menginap di hotel ini semasa Evolve Asia Tour mereka di Malaysia baru-baru ini. Apa lagi? Jom booking!

Alamat: No. 8, Persiaran Sukan, 40100 Shah Alam

Selanjutnya Di Agoda.com

Bukan main banyak lagi hotel murah di Shah Alam ini. Berpinar mata untuk membuat pilihan bukan? Jangan disangka pilihan penginapan menarik di Shah Alam terhenti di sini sahaja sebab sebenarnya banyak lagi yang dapat anda temui di agoda.com, bukan sahaja menarik, malahan juga di dalam harga yang sangat berpatutan.

Sudah jumpa penginapan yang menarik, apa kata kalau anda rancang pula aktiviti anda di Shah Alam dengan membaca artikel kami berkaitan tempat menarik di Shah Alam.

Tak kira siang atau malam, ibu negeri Selangor ini padat dengan pelbagai lokasi menarik untuk dilawati.

Jadi, tunggu apa lagi? Tak perlu melihat jauh ke negara lain untuk bercuti, mai bercuti ke Shah Alam untuk percutian yang pasti happening!

Selamat bercuti ke Shah Alam!