Sebuah kota yang termahal di Asia, Singapura, cukup padat dengan pelbagai penginapan yang mewah. Malangnya, bukan semua orang mampu mengeluarkan wang sebanyak ini untuk penginapan yang hanya beberapa malam, namun dek kerana penangan tarikan hebat yang ditawarkan di Singapura, ramai yang sanggup berhempas-pulas mengumpulkan wang ringgit untuk menikmati semua ini.
Namun tahukah anda sebenarnya banyak penginapan murah di Singapura? Bukan sahaja murah, malahan lokasi hotel, keselesaan dan dekorasi yang diketengahkan kebanyakkan hotel ini juga tidak kurang hebatnya. Nak tahu secara terperinci apakah yang menarik tentang hotel-hotel ini dan harga murah yang ditawarkan? Teruskan membaca senarai hotel murah di Singapore yang dibahagikan mengikut lokasi.
Chinatown
Chinatown adalah sebuah destinasi di Singapura yang unik dimana dunia klasik dan moden bersatu. Bangunan-bangunan antik yang berdiri teguh di sekitar Chinatown diwarnai dengan warna-warna yang terang cukup menarik untuk diabadikan di dalam foto. Antara lokasi menarik yang wajib dilawati di Chinatown adalah Chinatown Heritage Centre dan Singapore Musical Box Museum.
33. Wink Capsule Hostel (Backpacker)
Berjalan di sebuah lorong di Chinatown dengan kedai-kedai bertingkap kayu seperti di masa lalu, anda akan terlihat salah sebuah dari kedai di lorong klasik ini adalah tempat penginapan Wink Capsule Hostel.
Jangan terkejut, kerana suasana di dalam hostel ini tidak sama sekali seperti aura yang dipancarkannya dari luar. Rekaan dalamannya agak moden lengkap dengan perpustakaan mini untuk anda bersantai menyelami dunia fiksyen.
Wink Capsule Hostel menawarkan penginapan berbentuk dorm. Penginapan ini cukup sesuai bagi para backpackers yang tidak kisah berkongsi ruang dengan pelancong yang lain demi lokasi penginapan yang terbaik di tengah-tengah Chinatown.
Walaupun kelihatan seperti asrama, keselesaan dan kelengkapan penginapan ini tidak kurang seperti di hotel yang mahal. Di setiap ruang katil ataupun pod ini terdapat lampu dan juga soket plug peribadi.
Harga: Dari RM252+ Semalaman
Alamat: 8A Mosque Street, Chinatown, 059488 Singapore
32. Galaxy Pods @ Chinatown (Backpacker)
Teringin merasai sendiri bagaimana rasanya kehidupan di dalam dunia sains fiksyen? Inilah yang dapat anda rasai apabila menginap di Galaxy Pods @ Chinatown.
Keseronokaan pengalaman dunia futuristik ini ditambah lagi dengan kemudahan lain yang tersedia di dalam setiap pod ini seperti televisyen berskrin sentuh, soket universal, port mengecaj USB, penyejuk udara yang boleh dikawal sendiri, lampu bacaan dan juga meja.
Tidak cukup dengan itu, setiap pod juga dilengkapi dengan headphones. Lokasinya? Tidak jauh dari Singapore Riverside yang hanya 750 meter dari sini. Macam mana? Galaxy Pods memang bestlah!
Harga: Dari RM113+ Semalaman
Alamat: 27 Mosque Street, Chinatown, 059505 Singapore
Geylang
Kebanyakkan hotel di Geylang terletak tidak jauh dari Stesen MRT yang dapat membawa anda ke banyak lokasi lain di Singapura. Bukan sahaja memiliki kemudahan kenderaan awam, Geylang juga turut meriah dengan restoran dan gerai yang memuaskan deria rasa anda, daripada masakan Melayu, India dan Peranakan, anda pasti rambang mata melihat pilihan yang ditawarkan dengan harga yang cukup murah kalau dibandingkan dengan kedai-kedai makan yang lain.
31. Hotel 81 Geylang
Hanyalah 10 minit berjalan kaki dari Hotel 81 Geylang anda akan sampai ke Aljunied MRT Station.
Walaupun menawarkan harga yang sangat murah untuk semalaman, kebersihan hotel ini cukup memuaskan dengan cadar dan towel yang ditukar setiap hari. Kemudahan lain yang disediakan hotel ini juga adalah wifi percuma yang agak baik aksesnya serta tv bersiaran kabel.
Harga: Dari RM145+ Semalaman
Alamat: 20 Lorong 16 Geylang, 398863 Singapore
30. Hotel 81 Premier Hollywood
Tak perlu ke California untuk merasai suasana Hollywood kerana ini semua dapat anda rasakan di Hotel 81 Premier Hollywood dengan harga di bawah RM200! Macam tak percaya je.
Memasuki ruang lobi hotel, anda akan terlihat sinaran cahaya daripada lampu-lampu yang berbentuk seperti bintang persis di Walk of Fame pada siling hotel.
Dinding-dinding hotel ini juga dihiasi dengan animasi bertemakan Hollywood yang agak menarik untuk dijadikan latar belakang foto. Dekorasi dalaman yang pasti mengujakan anda yang datang bersama keluarga.
Lokasi hotel ini juga tidak mengecewakan, di sekitarnya terdapat banyak kedai makan dari masakan Peranakan hinggalah ke masakan Melayu. Stesen MRT yang terdekat pula hanyalah 12 minit berjalan kaki dari hotel.
Harga: Dari RM164+ Semalaman
Alamat: 61 Lorong 8 Geylang, 399121 Singapore
29. Fragrance Hotel – Pearl
Fragrance Hotel – Pearl terletak hanya 10 minit perjalan kaki dari Stesen MRT Aljunied dan 10 minit pemanduan dari Orchard Road. Pendek kata, lokasi hotel ini tidak menjadi isu. Malahan food court juga tidak jauh dari hotel.
Dengan harga di bawah RM200 anda mendapat sebuah penginapan yang cukup lengkap dan selesa. Katilnya yang empuk membuat anda terasa berat untuk bangun meninggalkan bilik hotel.
Harga: Dari RM179+ Semalaman
Alamat: No. 21, Geylang Lorong 14, 398 961 Singapore
28. Darlene Hotel
Sebuah hotel yang lengkap dengan kemudahan penting, dekorasi dalamannya juga agak simple. Wifi? Ramai yang mengatakan Darlene Hotel menawarkan akses wifi yang cukup padu. Nak tengok Youtube dengan lancar? Tidak perlu pandang hotel lain lagi, menginap sahaja di hotel ini.
Di samping itu, lokasinya sangat strategik, terletak hanya 10 – 13 minit berjalan kaki untuk ke Stesen Metro yang akan membawa anda menerokai destinasi menarik yang lain di Singapura seperti Bugis, Little India dan Chinatown. Bagi anda yang tidak kisah akan rekaan dalaman dan yang penting adalah keselesaan dan lokasinya, Darlene Hotel pasti tidak akan mengecewakan anda.
Harga: Dari RM152+ Semalaman
Alamat: 32 Lorong 8 Geylang, 399096 Singapore
27. Lemon Grass Hotel
Lemon Grass Hotel adalah sebuah penginapan dengan dekorasi yang elegan dan moden. Ruang santai hotel ini pula dihias dengan warna yang menyenangkan, hijau yang menyejukkan mata.
Lokasi hotel ini cukup strategik kerana terletak berdekatan dengan tarikan di Singapura seperti Marina Bay, Clark Quay, Downtown dan banyak lagi.
Harga: Dari RM200+ Semalaman
Alamat: No. 34, Lorong 22 (Off Guillemard Road), 398691 Singapore
26. Fragrance Hotel – Sunflower
Hanyalah 10 minit berjalan kaki dari Stesen MRT Aljunied, Fragrance Hotel – Sunflower persis nama yang diberikan memiliki bangunan yang berwarna cerah seperti sang mentari. Rekaan dalaman hotel ini adalah moden dan simple dengan kemudahan yang penting untuk keselesan penginapan.
Lokasi hotel ini adalah daya penariknya yang utama kerana ia terletak hanya 10 minit perjalanan kaki untuk ke MRT dan sekiranya anda menaiki kenderaan, masa yang diambil untuk ke banyak destinasi menarik Singapura adalah dalam 10 minit.
Harga: Dari RM167+ Semalaman
Alamat: No. 10, Lorong 10, 399043 Singapore
Joo Chiat
Bagi anda yang berjiwa sentimental, ini pasti menjadi lokasi idaman anda. Dipenuhi dengan rumah-rumah kedai yang kelihatan seperti masa terhenti di waktu silam, Joo Chiat memperlihatkan budaya Peranakan iaitu gabungan Cina dan Melayu pada abad ke-15. Suasananya membuatkan anda terasa seperti di dalam filem lama, cukup antik dan fotogenik sehingga ia dijadikan lokasi fotografi pra-perkahwinan ramai pasangan.
25. Venue Hotel The Lily
Bangunan yang kelihatan agak ekslusif di Joo Chiat ini merupakan sebuah hotel yang sesuai untuk anda yang inginkan suasana yang penginapan yang terasa mewah namun dengan bayaran yang tidak menipiskan poket.
Di mana? Di Venue Hotel The Lily. Menggunakan tema kelabu dan putih, rekaan dalamannya yang juga minimal menimbulkan aura sofistikated. Untuk mendapatkan hotel lain dengan mood sebegini di Singapura, mungkin lebih dari RM1000.
Harga: Dari RM216+ Semalaman
Alamat: 238 Joo Chiat Road Singapore, Katong, 427495 Singapore
24. Hotel 81 Tristar
Hotel 81 Tristar cukup sesuai bagi anda yang datang bercuti bersama keluarga. Ini kerana bilik-bilik yang ditawarkan di hotel ini agak luas. Di samping itu, anda tidak perlu menggaru kepala mencari tempat makan yang halal, kerana di sekitarnya terdapat banyak kedai makan halal yang dibuka 24 jam.
Bukan itu sahaja, dengan harga dari bawah RM250 ini juga, anda boleh bermandi-manda di kolam renang hotel setelah kepenatan berjalan-jalan di Kota Singa. Hotel murah dengan kolam renang? Macam tak percaya.
Harga: Dari RM249+ Semalaman
Alamat: 1 Onan Road, 424780 Singapore
23. Venue Hotel
Terletak di dalam rumah kedai yang telah dibaikpulih, Venue Hotel adalah salah sebuah hotel murah yang berjaya menyembunyikan identiti ‘murahnya’ dengan rekaan dalaman yang cukup elegan.
Lihat sahaja ruang lobi hotel ini, anda sudah dapat merasakan aura penginapan yang bakal anda terima di bilik. Bilik-bilik dihias dengan sentuhan moden yang selesa dipandang mata. Bukan sekadar cantik di mata, hotel ini turut mementingkan keselesaan penginapnya dengan katil yang empuk dan segala kemudahan penting yang lain cukup tersedia.
Harga: Dari RM242+ Semalaman
Alamat: 305 Joo Chiat Road , Katong, 427556 Singapore
22. Hotel 81 Sakura
Hotel yang comel, Hotel 81 Sakura berbangunan biru lembut ini bukan hanya cantik dari luarnya, malahan dalamannya juga memiliki atmosfera yang mendamaikan. Seperti namanya, Sakura, sudah pasti anda membayangkan sebuah penginapan dengan dekorasi dalaman berwarna lembut selembut bunga Sakura bukan?
Inilah yang anda dapat nikmati di hotel murah ini. Meggabungkan warna natural coklat, putih dan sedikit sentuhan warna-warni yang lain, Hotel 81 Sakura adalah sebuah penginapan yang cukup menyamankan jiwa.
Harga: Dari RM199+ Semalaman
Alamat: 181 Joo Chiat Road, Katong, 427452 Singapore
21. The Fragrance Hotel (Joo Chiat)
The Fragrance Hotel (Joo Chiat) adalah sebuah hotel murah dengan rekaan dalaman yang moden. Bilik-bilik yang berlantaikan parket dan berpenyejuk udara di hotel ini membuatkan penginapan terasa seperti di hotel yang lebih mahal daripada harga yang ditawarkan.
Mengapa bayar lebih jika anda dapat menikmati keselesaan yang sama seperti hotel mahal di The Fragrance Hotel (Joo Chiat)?
Harga: Dari RM159+ Semalaman
Alamat: 219 Joo Chiat Road, Katong, 427485 Singapore
20. Hotel 81 Classic
Hotel 81 Classic yang terletak di sebuah bangunan empat tingkat di Joo Chiat ini adalah sebuah hotel yang kelihatan agak klasik rekaan dalamannya. Dari ruang lobi, anda dapat melihat kaunter kayu yang kelihatan agak antik. Bilik-bilik di hotel ini pula dihias dengan minimal menggunakan perabot kayu.
Berkaitan lokasi hotel ini pula, ianya terletak bersebelahan dengan kedai makan halal dan anda juga hanya perlu berjalan kaki untuk ke pusat membeli-belah yang terdekat. Sekiranya anda ingin menerokai lebih jauh lagi di sekitar Singapura, MRT yang terdekat hanyalah dalam sekitar 15 minit berjalan kaki dari hotel.
Harga: Dari RM192+ Semalaman
Alamat: 12 Joo Chiat Road, 427353 Singapore
19. Hotel 81 Changi
Hotel 81 Changi terletak tidak jauh dari stesen MRT yang hanya 5 minit berjalan kaki. Di sekitar hotel ini juga terdapat banyak restoran untuk dicuba. Tidak disangkal lagi, hotel ini terletak di kawasan yang strategik.
Walaupun harga hotel ini bermula daripada bawah RM200, tidak terasa ‘kemurahannya’ kerana dekorasi dalamannya yang kelihatan agak ekslusif menggunakan warna hitam dan putih yang sangat selesa dipandang mata.
Harga: Dari RM199+ Semalaman
Alamat: 428 Changi Road, 419871 Singapore
Kampong Glam
Kampong Glam seperti namanya, adalah sebuah kawasan yang agak ‘glamour’ yang menggabungkan khazanah silam dengan kehidupan moden yang penuh warna-warni. Rumah-rumah kedai yang klasik di Kampong Glam ini menempatkan banyak restoran-restoran Arab, butik, kedai minyak wangi dan banyak lagi.
18. The Pod @ Beach Road Boutique Capsule Hotel (Backpacker)
Terletak berdekatan dengan Arab Street dan bukan satu tapi dua stesen MRT, The Pod @ Beach Road Boutique Capsule Hotel sememangnya terletak di sebuah lokasi yang terbaik di Singapura.
Daya penariknya bukan hanya pada lokasi, tetapi juga keselesaan yang ditawarkan penginapan hotel kapsul ini. Walaupun seperti di dalam dorm, namun setiap kapsul di sini lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti meja yang boleh dilipat, plug universal, lampu bacaan dan banyak lagi. Jangan tak nak keluar sudahlah ya.
Harga: Dari RM110+ Semalaman
Alamat: 289 Beach Road, 03-01, Kampong Glam, 199552 Singapore
17. 5footway.inn Project Bugis (Backpacker)
5footway.inn Project Bugis adalah sebuah penginapan bilik dan juga dorm yang bermula daripada RM70. Bagi anda yang ingin betul-betul berjimat demi menikmati semua tarikan yang ada di Singapura ini, 5footway.inn Project Bugis mesti dijadikan salah satu pilihan penginapan.
Walaupun murah, setiap bilik di hotel ini dihias dengan moden dan lengkap dengan pelbagai kemudahan yang penting untuk keselesaan anda. Bukan itu sahaja, anda juga boleh bersantai di ruang taman atas bumbung hotel.
Di ruang santai hotel ini pula, anda boleh menonton movie, membaca buku ataupun menggunakan iMacs yang disediakan secara percuma untuk anda memenuhkan waktu lapang sepanjang penginapan. RM70 untuk semua ini? Memang terbaiklah!
Harga: Dari RM70+ Semalaman
Alamat: 8 Aliwal Street, Bugis, Kampong Glam, 199901 Singapore
16. Aliwal Park Hotel
Terletak di tengah-tengah Kampong Glam, Aliwal Park Hotel adalah sebuah hotel yang dikelilingi oleh kedai-kedai makan yang halal. Bagi anda yang tak pernah nak kenyang itu, inilah salah satu hotel yang boleh anda pertimbangkan. Untuk ke MRT terdekat pula, hanya mengambil masa 5 ke 10 minit perjalanan kaki dari hotel.
Sebuah hotel yang cukup strategik untuk ke pelbagai lokasi menarik di Singapura dan untuk anda yang memiliki misi ‘jalan-jalan cari makan’.
Harga: Dari RM160+ Semalaman
Alamat: 77/79 Aliwal Street, Bugis, Kampong Glam, 199948 Singapore
15. Hotel 81 Heritage
Hotel yang kelihatan antik di luar ini sebenarnya cukup berbeza dekorasi dalamannya. Melangkah masuk ke ruang lobi Hotel 81 Heritage, anda akan disambut dengan warna yang berani, merah dan hitam yang menampakkan sentuhan ‘gothic’ ditambah lagi dengan lampu chandelier yang kelihatan agak steampunk.
Bilik-bilik di hotel ini juga bertemakan merah, hitam dan putih. Rekaan dalaman yang minimal namun lengkap dengan pelbagai kemudahan penting. Lokasi hotel ini juga tidak kurang hebatnya, dengan kedudukan pelbagai restoran Melayu dan Arab yang terdapat di sekitar Kampong Glam.
Harga: Dari RM249+ Semalaman
Alamat: 71 Jalan Sultan, Kampong Glam, 198985 Singapore
Little India
Little India adalah sebuah kawasan yang cukup meriah, terasa seperti setiap hari yang diluangkan di sini adalah hari Deepavali. Di sinilah terletaknya pusat membeli-belah Mustafa yang dibuka 24 jam, apa yang anda inginkan? Barangan kemas? DVD Bollywood? Barangan runcit? Semuanya ada di sini.
14. Hotel 81 Dickson
Dengar Hotel 81 Dickson, mesti anda terbayangkan Port Dickson bukan? Seperti namanya, atmosfera di dalam hotel ini terasa agak ‘kepantaian’ dengan gabungan warna-warna natural dan sedikit percikan warna-warni yang lain untuk menghidupkan suasana.
Selain itu, hotel ini juga strategik dengan banyak kedai makanan halal di sekitarnya dan dalam 10 minit menaiki komuter untuk ke Marina Bay. Pusat membeli-belah Mustafa Shopping Center dan City Square Mall juga terletak tidak jauh dari hotel.
Harga: Dari RM191+ Semalaman
Alamat: 3 Dickson Road, Little India, 209530 Singapore
13. Hotel 81 Rochor
Terletak hanyalah bersebelahan dengan Stesen MRT Rochor, Hotel 81 Rochor juga hanyalah beberapa minit berjalan kaki dari destinasi menarik lain di Singapura, Bugis dan banyak pusat membeli-belah yang menarik.
Hotel yang berbangunan biru lembut ini bukan sahaja memiliki lokasi yang menarik kerana penginapan hotel ini sendiri cukup selesa dengan pelbagai kemudahan penting yang termasuklah penyejuk udara dan katil empuk yang menyamankan tidur malam anda.
Harga: Dari RM199+ Semalaman
Alamat: 5 Jalan Besar Singapore, Little India, 208785 Singapura
12. Arianna Hotel
Bertentangan dengan Mustafa Centre yang memiliki restoran-restoran yang dibuka 24 jam, Arianna Hotel adalah sebuah penginapan yang terbaik bagi anda yang memiliki perut yang menggerodak tidak kira masa. Ia juga terletak hanya 5 minit berjalan kaki dari Stesen MRT Farrer Park. Lokasi? Terbaik!
Hotel dengan dekorasi yang simple ini memberikan lebih nilai kepada para penginap dengan pelbagai kemudahan yang disediakannya seperti peti keselamatan, peti ais, akses wifi dan banyak lagi. Pasti puas hati!
Harga: Dari RM151+ Semalaman
Alamat: 83 Syed Alwi Road, Little India, 207662 Singapore
11. Golden Royal Hotel
Sebuah lagi hotel yang terletak tidak jauh dari Mustafa Centre, Golden Royal Hotel hanyalah 100 meter sahaja daripada pusat membeli-belah ini. Tarikan lain yang terletak berdekatan hotel ini adalah The Cathay yang hanya 17 minit berjalan kaki dari hotel.
Walaupun terletak di kawasan yang agak sibuk di Little India, Golden Royal Hotel adalah sebuah penginapan yang kekal nyaman suasana dalamannya. Hotel ini turut menyediakan water dispenser di tingkat dua, selamat poket anda daripada membeli air botol yang agak mahal harganya di Singapura ini.
Harga: Dari RM176+ Semalaman
Alamat: 51 Desker Road, Little India, 209645 Singapore
10. Sandpiper Hotel
Hotel murah Sandpiper Hotel ini terletak hanya 270 meter dari Stesen MRT Little India dan kurang 1 km dari Mustafa Centre. Tidak jauh dari hotel ini juga terdapat kedai 7-11 untuk anda membeli kudapan tanpa mengira masa.
Bangunan hotel yang terletak di penghujung deretan ini, kelihatan seperti lukisan di Paris sahaja luarannya. Dalaman hotel ini juga tidak mengecewakan, kelihatan cukup elegan untuk sebuah penginapan yang murah.
Harga: Dari RM206+ Semalaman
Alamat: 63 Dunlop Street, Little India, 209391 Singapore
9. Vintage Inn (Backpacker)
Vintage Inn adalah sebuah penginapan jenis kapsul yang terletak bersebelahan dengan Stesen MRT Little India, lokasi yang mantap untuk anda yang ingin mengembara ke pelbagai pelusuk Singapura. Setiap kapsul lengkap dengan lampu bacaan peribadi dan juga loker penyimpanan barang.
Anda juga boleh menggunakan ruang pantri penginapan yang lengkap dengan mesin Nespresso, microwave, toaster, cerek elektrik dan peti ais. Bukan itu sahaja, anda juga boleh menggunakan kemudahan mesin basuh dan printing hotel ini secara percuma. Dari RM88 untuk semua kemudahan seperti di rumah sendiri? Wow!
Harga: Dari RM88+ Semalaman
Alamat: 60, Race Course Rd, Farrer Park, 218567 Singapore
8. Asphodel Inn
Sebuah penginapan yang santai, Asphodel Inn memiliki rekaan dalaman yang simple dan sejuk pada pandangan dengan warna-warna yang natural.
Kedudukan Orchard Road dari Asphodel Inn hanyalah 10 minit pemanduan dari hotel. Hotel ini turut terletak berdekatan dengan MRT dan banyak kedai makan.
Harga: Dari RM240+ Semalaman
Alamat: 380 Race Course Road, Lavender, 218702 Singapore
7. MET A Space Pod @ Little India (Backpacker)
MET A Space Pod @ Little India adalah sebuah lagi penginapan kapsul dengan tema futuristik. Seperti nama penginapan ini, anda yang menginap di sini pasti terasa seperti berada di dalam kapal angkasa di dalam misi ke planet Mars.
Namun yang bestnya, di dalam pod ini anda dapat menghiburkan diri dengan menonton TV, ia juga lengkap dengan cermin, port mengecaj USB, peti keselamatan mini dan cermin. Lampu di dalam pod ini juga boleh dikawal untuk mendapatkan cahaya yang selesa dengan mata anda, memang cool!
Harga: Dari RM95+ Semalaman
Alamat: 424 Race Course Road, Lavender, 218670 Singapore
Marina Bay
Di sinilah banyak keseronokan moden dan hebat berpusat di Singapura. Antara tarikan yang terdapat di sini adalah SkyPark yang menawarkan pemandangan terindah di Singapura, Gardens by the Bay dan ArtScience Museum. Walaupun mustahil untuk mencari sebuah hotel murah di sini, namun kami menemui salah satu hotel yang terletak tidak jauh dari Marina Bay.
6. 85 Beach Garden Hotel
85 Beach Garden Hotel adalah sebuah penginapan yang dihias dengan minimal dan dalam masa yang sama lengkap dengan pelbagai kemudahan yang penting untuk keselesaan penginapan.
Berkenaan lokasinya, hotel ini terletak hanya 5 minit berjalan kaki dari Stesen MRT Bugis dan 10 minit pemanduan ke Marina Bay Sands, Orchard Road dan Chinatown, 85 Beach Garden Hotel adalah sebuah penginapan yang berlokasi sangat strategik. Alang-alang sudah sampai ke Singapura, mesti anda inginkan lokasi penginapan yang terbaik bukan?
Harga: Dari RM230+ Semalaman
Alamat: 85 Beach Rd, 189694 Singapore
Orchard Road
Orchard Road adalah syurga bagi sesiapa yang kaki shopping. Di sinilah terletaknya banyak pusat membeli-belah yang menawarkan barangan yang mewah dan juga yang mampu dimiliki. Bagi anda yang hanya ingin berjalan-jalan, kedai-kedai makan dan panggung wayang semuanya menunggu disinggahi.
5. Hotel 81 Balestier
Hanyalah 7 minit pemanduan untuk ke Orchard Road, Hotel 81 Balestier ini juga terletak tidak jauh dari Stesen MRT Novena yang hanya 4 minit pemanduan.
Sekiranya anda menginap di hotel ini, anda bukan sahaja dapat menikmati keselesaan biliknya yang dihias minimal ini, tetapi juga pemandangan yang ditawarkan dari bilik tingkapnya yang juga menarik hati.
Harga: Dari RM200+ Semalaman
Alamat: 226 Balestier Road , Novena, 329688 Singapore
4. Fragrance Hotel – Rose
Fragrance Hotel – Rose terletak hanya 10 minit pemanduan untuk ke destinasi terkenal Singapura, Orchard Road. Tidak jauh dari hotel ini juga iaitu dalam 800 meter terdapat Stesen MRT untuk memudahkan anda menuju ke destinasi tarikan lain.
Lokasi yang menarik, bagaimana pula penginapannya? Hotel ini memiliki dekorasi dalaman yang cukup selesa untuk dilihat, berlantaikan kayu, tidaklah anda menggigil apabila memijak lantai dalam keadaan bilik yang sejuk. Ia juga lengkap dengan pelbagai kemudahan penting untuk keselesaan sepanjang penginapan anda di sini. Lokasi yang hebat dan penginapan yang selesa dalam harga yang begitu murah? Tak perlu fikir panjang lagi.
Harga: Dari RM227+ Semalaman
Alamat: 263 Balestier Road, Novena, 329715 Singapore
3. Hotel 81 Elegance
Memiliki bangunan yang kelihatan agak sofistikated cukup sesuai dengan namanya Hotel 81 Elegance. Rekaan dalaman hotel ini juga tidak kurang aura elegannya dengan warna-warna yang lembut dan natural, sebuah pemandangan yang menyejukkan mata.
Hotel yang hebat ini juga memiliki lokasi yang hebat, terletak hanyalah 10 minit pemanduan ke Orchard Road dan 10 minit berjalan kaki ke Stesen MRT Lavender. Di sekitar hotel ini terdapat banyak kedai makan untuk dicuba.
Sekiranya anda sudah puas meneroka bandar Singapura, anda boleh sahaja meluangkan masa bersantai di ruang balkoni hotel untuk merancang perjalanan seterusnya ataupun sekadar menenangkan fikiran.
Harga: Dari RM225+ Semalaman
Alamat: 30 Foch Road, Lavender, 209276 Singapore
2. Value Hotel Balestier
Terletak hanya 10 minit pemanduan dari Orchard Road, Value Hotel Balestier adalah sebuah hotel dengan rekaan dalaman yang moden. Apa yang menarik tentang hotel ini adalah hiburan yang disediakan di dalam setiap bilik hotelnya iaitu Smart TV dan juga akses wifi yang power.
Bagi anda yang tak boleh berpisah dengan kehidupan berteknologi, Value Hotel Balestier pasti akan memberikan kepuasan kepada anda. Anda juga boleh menggunakan komputer yang terdapat di ruang santai hotel.
Harga: Dari RM240+ Semalaman
Alamat: 218 Balestier Road, Novena, 329684 Singapore
Tiong Bahru
Seni dan tradisi bersatu di Tiong Bahru, di sebalik kedai-kedai dengan seni bina tradisional 1930-an ini anda akan menjumpai pelbagai tarikan yang unik di Singapura. Sambil berjalan-jalan dari kedai ke kedai, anda mungkin akan diiringi dengan harumnya bau kopi segar yang datang dari kedai berdekatan.
1. Hotel 81 Osaka
Sebaik melangkah masuk ke dalam hotel, anda akan terhidu bau yang harum seperti aromaterapi yang memberikan bayangan kedamaian penginapan yang bakal anda nikmati. Bilik-bilik di hotel ini memiliki sentuhan moden dengan warna natural dan merah yang mewujudkan suasana tenang.
Berkaitan lokasinya pula, hanyalah 5 minit berjalan kaki dari hotel, anda boleh sampai ke Stesen Outram Park yang dapat membawa anda ke merata tempat di Singapura. Selain itu, dalam dua minit berjalan kaki dari hotel juga anda boleh sampai ke pelbagai gerai makan yang menarik.
Harga: Dari RM250+ Semalaman
Alamat: 1 Eng Hoon Street, Tiong Bahru, 169753 Singapore
Siapa sangka banyak rupanya hotel murah di Singapore, kota yang terkenal dengan kos sara hidup yang tingginya ini. Bukan sahaja murah seperti harga kebanyakkan hotel di Malaysia tetapi hotel-hotel ini juga tidak mengabaikan kebersihan dan dekorasi dalamannya. Di samping itu, ia juga lengkap dengan pelbagai kemudahan asas untuk keselesaan penginapan sama ada dalam jangka masa yang pendek mahupun panjang.
Siapa kata poket dah menebal sahaja baru boleh ke Singapura? Jangan terkejut, sebenarnya banyak lagi hotel yang sebegini di Singapura, nak tahu di mana lagi? Layari booking.com untuk mendapatkan senarai hotel yang lebih banyak.
Jangan ditunggu-tunggu lagi, masa yang berlalu tak akan kembali, jom kita travel untuk mencipta lebih banyak memori selagi masih bertenaga! Selamat bercuti ke Kota Singa!