20 Hotel Murah Di Subang | Penginapan Bajet Bawah RM250 Semalam

Tak dapat lagi menahan getaran jiwa urban anda? Jom bercuti sepuas hati di Subang! Selain Kuala Lumpur, Subang juga menjanjikan pengalaman percutian yang happening tanpa mengira masa, siang atau malam untuk semua peringkat usia.

Dari flight simulator, go-kart hinggalah kepada pusat membeli-belah yang trendy, Subang boleh dikatakan sebagai bandar yang meriah dengan hampir segala keseronokan yang terlintas di fikiran.

Ingin merasai semua ini? Datanglah bercuti ke Subang! Tapi sebelum tu, kenalah booking hotel dulu. Nak tahu hotel mana yang best dan tak menyedihkan poket? Baca senarai hotel murah di Subang ini sampailah anda jumpa yang sesuai dengan jiwa. Dah jumpa, terus booking ok?

20. Lavender Inn USJ

Lavender Inn USJ Hotel Subang - Main Image

Sangat cosy mengalahkan rumah sendiri, masuk sahaja ke dalam ruang lobi hotel Lavender Inn USJ ini anda akan disapa oleh bau wangian yang sama seperti namanya, lavender, sangat menyegarkan.

Masuk ke ruangan bilik penginapan pula, anda dapat merasakan kelegaan yang sebenar sebaik melihat keluasan bilik dan perhiasannya yang sungguh menyejukkan pandangan mata.

Lavender Inn USJ Hotel Subang - Room Image

Warna-warna natural yang digunakan di sekitar bilik yang termasuklah tona kayu yang lembut, menambahkan lagi rasa santai. Sambil berehat-rehat dalam bilik ni, anda boleh menggunakan kemudahan wifinya yang sangat laju!

Nak lagi best? Apa kata kalau anda tempah bilik yang lengkap dengan jakuzi? Barulah betul-betul terasa percutiannya!

Alamat: No 27, Jalan USJ Sentral 1, USJ Sentral, 47600 Subang Jaya

Selanjutnya Di Booking.com

19. Nexus Regency Suites & Hotel

Nexus Regency Suites & Hotel Subang - Main Image

Idamkan hotel berkonsep elegan dan eksklusif dalam harga yang berpatutan? Menginaplah di Nexus Regency Suites & Hotel. Hotel beraura mewah ini menjanjikan keselesaan dan kesempurnaan bertaraf premium dengan harga permulaan yang tidak melebihi RM200 semalaman.

Bukan sahaja nampak mewah, bilik-biliknya juga cukup luas! Terlebih muat untuk anak-anak anda beraktiviti.

Nexus Regency Suites & Hotel Subang- Room Image

Datang dengan urusan bisnes? Atau sambil-sambil bawa assignment untuk disettlekan? Tak ada hotel lain yang lebih kondusif daripada hotel ni.

Antara kemudahan yang disediakan adalah kemudahan wifi, meja kerja yang selesa di dalam bilik dan kemudahan komputer iMac yang boleh digunakan secara percuma di ruang lobi.

Alamat: Jalan Perimbun 27/11, Taman Bunga Negara, Seksyen 27, 40400 Subang Jaya

Selanjutnya Di Booking.com

18. Go Hotel

Go Hotel Subang - Main Image

Go Hotel adalah sebuah hotel dalam harga bajet yang mengetengahkan konsep minimal dalam dekorasi dalamannya. Walaupun minimal, ianya tetap lengkap dengan bermacam kemudahan penting untuk memaksimakan keselesaan.

Kaki kopi? Wajib cuba kopi yang dihidangkan di cafe hotel ni! Memang terbaiklah!

Lokasinya cukup strategic kerana ia terletak berdekatan dengan pelbagai kedai makan (termasuklah banyak restoran fast food seperti Pizza, Subway dan McD) dan juga masjid.

Go Hotel Subang - Room Image

Nak discover lebih jauh? Anda boleh menuju ke LRT Taipan yang hanyalah 400 meter dari hotel ini. Manakala tarikan lain seperti EnerZ Indoor Extreme Park hanyalah 1.2 km dari sini. Nak bershopping sepuas hati? Summit USJ Shopping Mall hanyalah 2.8 km dari hotel.

Inginkan sesuatu yang simple, bersih, lengkap dan berlokasi strategik? Bookinglah Go Hotel.

Alamat: 6 Jalan USJ 9/5P, 47620 Subang Jaya

Selanjutnya Di Booking.com

Lihat Tawaran Terkini Hotel Terbaik Di Subang

17. U3 HOTEL

U3 HOTEL Subang - Main Image

Harganya murah bukan main, tapi kualiti bilik yang ditawarkan nampak eksklusif habis! Inilah yang dapat anda rasakan kalau memilih U3 HOTEL  sebagai penginapan. Melihatkan dekorasi dalamannya, buat anda tertanya-tanya “Biar betul murah macam ni?” Tapi ini memang real! Cukup cantik dengan tahap kebersihan yang sama seperti hotel mewah.

U3 HOTEL Subang - Room Image

Selain konsep yang menarik, anda juga dapat memanfaatkan wifi pantas yang disediakan dan kemudahan ironing di setiap tingkat. Katilnya? Sangat empuk.

Lokasinya juga cukup memudahkan kerana terletak berdekatan dengan Maybank, kedai runcit dan banyak lagi.

Alamat: 29b Jalan Dinar G U3/G, Taman Subang Perdana, 40150 Subang Jaya

Selanjutnya Di Booking.com

16. Dorsett Grand Subang Hotel

Dorsett Grand Subang Hotel - Main Image

Dorsett Grand Subang Hotel menawarkan hampir 500 buah bilik dan suites yang diberikan sentuhan moden dan elegan dalam harga permulaan yang berpatutan.

Bilik-biliknya yang dihias dengan warna natural mewujudkan atmosfera santai, lebih-lebih lagi sekiranya anda menginap di dalam bilik yang menyajikan pemandangan tasik yang tenang.

Di samping itu, wang ringgit yang dikeluarkan juga terasa cukup berbaloi bila melihat kepelbagaian fasiliti menarik yang ditawarkannya.

Dorsett Grand Subang Hotel - Room Image

Antara kemudahan yang ada adalah pusat kecergasan yang lengkap dengan bermacam peralatan senaman, kolam renang yang luas dan kolam renang kanak-kanak.

Tidak mahu menghilangkan tenaga? Anda boleh bermalas-malasan di kerusi-kerusi yang diletakkan di tepi kolam sambil berhibur dengan wifi yang disediakan atau menggunakan kemudahan sauna dan jakuzi yang disediakan.

Sebelum beraktiviti tu, jangan lepaskan peluang untuk bersarapan di cafe hotel ni, sangat banyak pilihan enak yang menunggu!

Alamat: Jalan SS12/1, 47500 Subang Jaya

Selanjutnya Di Booking.com

15. Empire Hotel Subang

Empire Hotel Subang - Main Image

Empire Hotel Subang adalah sebuah penginapan yang dapat membuatkan anda rasa tak ubah macam CEO. Cukup eksklusif dan moden! Siapa tak nak suasana mewah sebegini kan?

Bilik-bilik yang ditawarkan cukup luas, selesa untuk penginapan bersama keluarga. Sambil bersantai, anda boleh menggunakan kemudahan internetnya yang super pantas!

Dah puas berangan seperti bos di dalam bilik yang selesa, anda boleh menggunakan pelbagai kemudahan lain lagi seperti kolam renang indoor, gym dan bilik karaoke yang kelihatan cukup mewah!

Empire Hotel Subang - Room Image

Selain ini semua, lokasinya juga sangat strategik. Malahan, anda boleh mendapatkan shuttle percuma untuk ke Sunway Pyramid ataupun Sunway Lagoon.

Lokasinya, bersambung dengan Empire Shopping Gallery dan hanyalah 350 meter dari Subang Parade. Sekiranya anda nak meneroka lebih jauh lagi, LRT Subang Jaya hanyalah 750 meter dari sini dengan hanya 7 minit berjalan kaki.

Alamat: Jalan SS 16/1, 47500 Subang Jaya

Selanjutnya Di Booking.com

14. Holiday Villa Hotel & Suites Subang

Holiday Villa Hotel & Suites Subang - Main Image

Teringin menjadi perenang negara satu hari nantI? Atau nak berenang sepuas hati semasa menginap di hotel? Kalau datang ke Subang Jaya, wajib untuk anda booking Holiday Villa Hotel & Suites Subang sebab di mana lagi anda boleh cari kolam renang bersaiz Olimpik? Inilah salah satu penginapan yang menawarkan kolam seluas ini.

Kolam renangnya masih tak cukup untuk buat anda tergoda? Jangan terkejut, hotel ini juga ada pusat bowlingnya sendiri.

Untuk aktiviti yang mengeluarkan peluh pula, anda boleh menggunakan bermacam peralatan senaman yang disediakan di gym hotel. Kemudahan lain yang ada adalah seperti jakuzi dan bilik sauna.

Holiday Villa Hotel & Suites Subang - Room Image

Andai kata dah puas buat semua aktiviti di hotel ni, anda boleh mendapatkan shuttle percuma untuk ke taman tema air Sunway Lagoon.

Untuk penginapan yang sempurna dan percutian yang happening bersama keluarga, bookinglah Holiday Villa Hotel & Suites Subang.

Alamat: 9, Jalan SS 12/1, 47500 Subang Jaya

Selanjutnya Di Booking.com

13. Summit Hotel Subang USJ

Summit Hotel Subang USJ - Main Image

Summit Hotel Subang USJ adalah sebuah penginapan berkonsep klasik dan elegan yang menawarkan pelbagai kemudahan menarik seperti kolam renang dan pusat kecergasan. Untuk aktiviti yang lebih santai, anda boleh menggunakan kemudahan wifi yang disediakan secara percuma.

Summit Hotel Subang USJ - Room Image

Lokasinya? Cukup menarik, kerana terletak berdekatan dengan beberapa buah pusat membeli-belah yang boleh diakses dengan hanya berjalan kaki beberapa minit dari hotel ini. Antaranya adalah Summit Mall, Giant dan Decathlon. Tidak jauh dari sini juga terdapat stesen MRT.

Alamat: Persiaran Kewajipan, USJ 1, UEP, 47600 Subang Jaya

Selanjutnya Di Booking.com

12. e.City Hotel@OneCity

eCity Hotel One City Subang

e.City Hotel@OneCity adalah sebuah penginapan yang cukup bergaya menggabungkan warna hitam dan coklat menampakkan suasana eksklusif sesuai dengan kedudukan hotel yang berada di lokasi strategik di tengah-tengah kawasan bandar.

Karakter ‘urban’ hotel ini disempurnakan lagi dengan adanya banyak fasiliti moden seperti kolam renang infiniti yang menyajikan pemandangan yang mengujakan dan akses wifi yang pantas.

eCity Hotel One City Subang - Room Image

Hanyalah beberapa tapak dari hotel ini pula terdapat pusat kecergasan yang berkeluasan 55,000 kaki persegi! Bukan setakat luas, tapi terlebih cukup dengan bermacam peralatan senaman dan ruangan aktiviti seperti studio yoga, boxing ring, bilik steam dan sauna.

Andai kata anda tidak kisah untuk berbelanja lebih, apa kata kalau anda booking executive suite ataupun deluxe rooms hotel ini sebab anda akan mendapat akses khas ke executive lounge mereka yang turut menyediakan pelbagai minuman percuma.

Alamat: Jalan USJ 25/1, 47650 Subang Jaya

Selanjutnya Di Booking.com

11. My Sj Hotel

My Sj Hotel Subang - Main Image

Penginapan yang cosy, ceria dan serba lengkap dengan kemudahan penting, inilah yang ditawarkan My Sj Hotel walaupun dengan harga permulaan yang cukup murah iaitu kurang daripada RM100 semalaman. Bukan itu sahaja, layanan pelanggannya juga memang tip-top!

My Sj Hotel Subang - Room Image

Lokasinya, terletak kurang 2.5 km dari Sunway Lagoon dan Sunway Pyramid. Manakala dari Empire Subang dan Subang Paradise Shopping Centre pula hanyalah dalam 3.2 km. Pengangkutan awam yang terdekat pula adalah LRT SS15 yang hanyalah 150 meter dari sini.

Alamat: NO 22 Jalan SS15/4 My Sj Hotel, No 22 Jalan SS15/4, 47500 Subang Jaya

Selanjutnya Di Booking.com

10. Rica Hotel @ Usj

Rica Hotel @ Usj - Main Image

Anda suka penginapan yang minimal, moden dan stylish? Jom menginap di Rica Hotel @ Usj. Penggunaan warna monokrom dan tona kayu yang lembut menjadikan persekitaran hotel ini cukup sejuk dipandang.

Sambil berehat di dalam penginapan dengan tahap kebersihan yang sangat memuaskan hati ini, anda boleh berhibur menggunakan kemudahan wifi berkelajuan tinggi yang disediakan.

Rica Hotel @ Usj - Room Image

Lokasinya, terletak hanyalah dalam sekitar 2.1 km dari pusat membeli-belah Summit, dan 2.8 km dari Masjid Shah Alam. Anda juga boleh menuju ke LRT terdekat dalam hanya 6 minit berjalan kaki dari hotel. Inginkan kuasa kafein sebelum memulakan penerokaan sekitar Subang? Ada banyak kedai kopi di sekitar hotel ini.

Alamat: 13 Jalan Usj Sentral 3, 47500 Subang Jaya

Selanjutnya Di Booking.com

9. Hotel de Art USJ 21

Hotel de Art USJ 21 -Main Image

Siapa yang tidak tergoda dengan lukisan yang kreatif? Menginaplah di Hotel de Art USJ 21 kalau anda ingin merasai seperti tinggal di dalam sebuah galeri seni. Bilik-biliknya dihias dengan mural yang dihasilkan penuh teliti dan keindahan.

Hotel de Art USJ 21 - Room Image

Yang menariknya lagi, setiap bilik di hotel ini memiliki lukisan yang berbeza-beza namun dengan satu tema yang sama iaitu English Garden.

Lokasinya, terletak dalam sekitar 6 km dari Summit USJ dan 3.6 km dari Masjid Shah Alam. Kemudahan pengangkutan awam MRT juga tidak jauh dari sini.

Alamat: 21, Jalan USJ 21/6 USJ 21, 47630 Subang Jaya

Selanjutnya Di Booking.com

8. 9 Square Hotel – Subang

9 Square Hotel Subang - Main Image

9 Square Hotel – Subang adalah sebuah penginapan minimal yang cukup selesa dan bersih. Keselesaan yang dapat dinikmati untuk nilai yang ditawarkan terasa sangat berbaloi tambahan lagi dengan saiz biliknya yang agak luas. Cukup sesuai untuk penginapan bersama keluarga.

9 Square Hotel Subang - Room Image

Lokasinya, terletak berdekatan dengan banyak kedai makan dan kedai runcit. Di sekitar hotel ini juga terdapat tempat membeli-belah yang boleh diakses dengan hanya berjalan kaki dari hotel ini iaitu Damen dan Summit Mall.

Alamat: No. 5 Jalan USJ Sentral 3, Persiaran Subang 1, 47620 Subang Jaya

Selanjutnya Di Booking.com

7. D’ New 1 (Sunway) Hotel

D' New1 (Sunway) Hotel - Main Image

D’ New 1 (Sunway) Hotel menawarkan 47 buah bilik penginapan yang dihias dengan moden dan lengkap dengan katil yang cukup empuk untuk tidur lena selepas kepenatan beraktiviti. Saiz biliknya juga agak luas untuk harga yang ditawarkan. Anda juga pasti tidak akan kecewa dengan tahap kelajuan internetnya.

D' New 1 (Sunway) Hotel - Room Image

Kedudukannya, sangat menarik kerana dari sini anda hanya perlu berjalan kaki untuk ke pusat membeli-belah yang besar, Sunway Pyramid. Kemudahan-kemudahan lain yang terletak di sekitar hotel adalah seperti 7E, kedai dobi, restoran fast food dan banyak lagi.

Alamat: No 20 & 22 Mentari Business Centre Jalan PJS 8/2, Bandar Sunway, 46150 Subang Jaya

Selanjutnya Di Booking.com

6. Smile Hotel Subang USJ

Smile Hotel Subang USJ - Main Image

Kalau tak ‘smile’ juga sebaik masuk ke dalam hotel ni tak tahulah kenapa. Disambut dengan warna kuning yang ceria di ruangan kaunter, Smile Hotel Subang USJ menjanjikan penginapan yang pasti membuat anda tersenyum bermula dari awal check-in lagi memandangkan bayaran yang perlu dikeluarkan sangatlah murah, bermula kurang daripada RM60!

Bukan senang nak cari hotel semurah ini di kawasan bandar pesatkan? Dapat save banyak untuk buat aktiviti lain sekitar Subang ni.

Smile Hotel Subang USJ - Room Image

Walaupun tersangatlah murah, tahap kebersihan dan keselesaan hotel ini tidak ubah seperti hotel dalam harga lebih mahal yang lain. Selain selesa, anda juga boleh mendapatkan minuman secara percuma daripada water dispenser yang disediakan.

Lokasinya juga sangat wow! Dari sini anda hanya perlu berjalan kaki selama 10 minit untuk sampai ke shopping mall Summit. Manakala untuk ke Sunway Pyramid dan Sunway Lagoon pula hanyalah dalam 15 minit pemanduan. Pusat-pusat membeli-belah lain yang terletak berdekatan hotel juga adalah seperti Mydin, Giant dan Damen.  LRT USJ7 pula hanyalah 5-10 minit berjalan kaki dari sini.

Alamat: 21, Jalan USJ Sentral 3, 47610 Subang Jaya

Selanjutnya Di Booking.com

5. OYO 444 KL Empire Hotel

OYO 444 KL Empire Hotel Subang - Main Image

OYO 444 KL Empire Hotel adalah sebuah penginapan bajet yang dihias dengan ringkas namun serba lengkap dengan bermacam keperluan yang penting untuk keselesaan sepanjang penginapan. Katilnya? Cukup empuk dan selesa untuk tidur malam yang nyenyak.

OYO 444 KL Empire Hotel Subang - Room Image

Di samping itu, hotel ini turut lengkap dengan suraunya sendiri. Lokasinya, hanyalah 5 minit pemanduan dari Mydin dan Giant.

Alamat: No. 21-G, Jalan USJ Sentral 1, USJ Sentral, 47600 Subang Jaya

Selanjutnya Di Booking.com

4. Best View Hotel Subang Jaya

Best View Hotel Subang Jaya - Main Image

Bukan senang nak cari hotel dalam harga kurang RM100 yang selesakan? Tapi kalau anda pilih Best View Hotel Subang Jaya, anda pasti tidak akan kecewa. Segalanya adalah sepertimana yang diiklankan, bersih dan cukup kemas. Penggunaan warna hijau muda dan putih dalam bilik penginapannya cukup sejuk dipandang mata.

Lokasinya, sangat strategik, terletak hanyalah dalam sekitar 10 minit dari Sunway Pyramid. Hati-hati! Subang Parade yang juga tak kurang banyak kedai jualan dan kedai makannya hanyalah dalam 5 minit berjalan kaki dari hotel ini. Boleh licin poket!

Best View Hotel Subang Jaya - Room Image

Inginkan kudapan untuk dimakan sambil berehat-rehat dalam bilik, 7E hanyalah 5 minit berjalan kaki dari sini. Sambil-sambil makan tu bolehlah anda online menggunakan wifi berkelajuan superb yang disediakan.

Alamat: No. 141 (G, 1st & 2nd Floor) Jalan SS15/5A, 47500 Subang Jaya

Selanjutnya Di Booking.com

3. Nginap Hotel

Nginap Hotel Subang - Main Image

Inginkan pengalaman yang berbeza daripada menginap di hotel biasa? Menginaplah di hotel butik dan salah satu yang paling best di Subang ni adalah Nginap Hotel. Harganya? Sangat best sebab begitu murah untuk sebuah hotel sekreatif ni!

Melangkah masuk ke ruang lobinya, mata anda akan tergoda melihat lukisan selebriti ikonik dalam dan luar negara pada dindingnya serta perhiasan yang digunakan di segenap ruang, semacam kreatifnya!

Nginap Hotel Subang - Room Image

Bagaimana pula dengan bilik hotel? Juga tidak mengecewakan. Anda mungkin mendapat bilik dengan poster kreatif penuh warna-warni P. Ramlee, Beyonce dan banyak lagi! Dalam perjalanan menuju ke bilik juga terdapat lukisan-lukisan ikon muzik dan pop art yang lain. Tak ubah macam menginap dalam galeri lukisan.

Selain ini semua, anda juga tidak patut melepaskan peluang untuk menikmati breakfast yang dihidangkan di rooftop hotel ini. Macam makan dalam taman!

Alamat: No.55 Jalan USJ 10/1G UEP, 47620 Subang Jaya

Selanjutnya Di Booking.com

2. De UPTOWN Hotel Subang Jaya

De UPTOWN Hotel -Subang Jaya - Main Image

Inginkan penginapan yang ringkas namun lengkap dengan segala keperluan penting? Menginaplah di De UPTOWN Hotel Subang Jaya. Harganya? Cukup murah bersesuaian dengan apa yang ditawarkan.

De UPTOWN Hotel Subang Jaya - Room Image

Apa yang penting bagi anda? Kebersihan yang memuaskan hati? Katil yang empuk untuk rehat yang melegakan segenap tubuh badan? Akses wifi? Berdekatan dengan banyak kedai makan? Semua ini dapat dinikmati di hotel bajet ini. Murah dan cukup sempurna.

Alamat: 26, Jalan SS15/8 , 47650 Subang Jaya

Selanjutnya Di Booking.com

1. Hotel 57 USJ 21 Subang Jaya

Hotel 57 USJ 21 Subang Jaya - Main Image

Hotel 57 USJ 21 Subang Jaya adalah sebuah hotel bertaraf 3 bintang yang terletak di lokasi sangat menarik kerana berhadapan dengan pusat membeli-belah dan banyak kedai makan di sekitar. Anda juga boleh berjalan kaki untuk ke LRT USJ21.

Selain berada di lokasi yang best, hotel ini sendiri turut memiliki nilai tambahnya sendiri. Lengkap dengan kemudahan wifi yang superb dan katil yang luar biasa keselesaan.

Hotel 57 USJ 21 Subang Jaya - Room Image

Yang bestnya lagi, anda boleh mendapatkan minuman dan biskut free daripada reception! Tak payah susah-susah ke kedai kalau perut berbunyi sikit kan?

Alamat: No. 11, Jalan USJ 21/5, 47630 Subang Jaya

Selanjutnya Di Booking.com

Sudah jumpa hotel murah di Subang yang anda inginkan? Teruslah klik butang booking tu sebelum hotel penuh! Memandangkan Subang ni tidak pernah sunyi daripada aktiviti menyeronokkan dan unik untuk dilakukan setiap hari tidak hairan bilik hotel disini habis ditempah.

Senarai Alternatif Hotel Di Kuala Lumpur:

Ramai yang sanggup datang daripada jauh semata-mata untuk menjejaki segala macam tarikan best yang ada di sini, dari kedai-kedai makan yang best, pusat-pusat membeli-belah yang megah bangunannya hinggalah kepada tempat beraktiviti bersama kawan-kawan atau keluarga, segalanya ada di sini!

Kalau masih tak jumpa tempat penginapan pilihan dalam senarai ni, anda boleh layari booking.com untuk melihat pilihan yang lebih banyak dalam tawaran harga yang terbaru. Selamat bercuti ke Subang!

4.5/5 - (2 votes)