24 Hotel Murah Di Sungai Petani | Bilik Bajet & Selesa Bawah RM250

Sungai Petani adalah sebuah bandar yang rancak dengan pembangunan namun masih  menyimpan tapak-tapak peninggalan sejarah yang telah berusia beribu tahun.

Bukan sahaja dapat memuaskan jiwa pencinta sejarah, yang menambahkan lagi kesempurnaan Sungai Petani sebagai destinasi percutian adalah kerana kehadiran tempat-tempat makan yang enaknya sampai terbawa ke mimpi.

Dari nasi kandar, cendol, laksa dan bermacam-macam lagi, anda tidak akan kecewa dengan segala hidangan yang ditawarkan di bandar ini.

Sebagai sebuah destinasi yang menarik untuk dilawati, sudah semestinya Sungai Petani menawarkan banyak pilihan penginapan, namun yang menjadi masalahnya bukan mudah untuk mencari penginapan menarik dan selesa dalam harga bajet, setuju?

Untuk menyelesaikan masalah anda, dalam artikel kali ini Mai Singgah telah menyenaraikan antara penginapan menarik dalam harga bajet yang tidak akan mengecewakan anda. Teruskan membaca senarai hotel murah di Sungai Petani dibawah untuk mencari pilihan hati.

24. Big Banana Hotel, Sg Petani

Big Banana Hotel Sungai Petani - Main Image

Big Banana Hotel, Sg Petani  adalah sebuah hotel dengan dekorasi dalaman unik dan ‘classy’ menggabungkan warna-warna seperti hitam, kelabu, putih dan coklat. Inginkan penginapan dengan gaya mewah dalam harga bajet? Booking sahaja Big Banana Hotel. Anda pasti akan berpuas hati!

Menawarkan 42 buah bilik, kesemua bilik-bilik di hotel ini dihias dengan moden. Kualiti keselesaannya tak ubah seperti sebuah hotel 5 bintang!

Sebagai penginap di hotel ini, anda dapat menggunakan pelbagai kemudahan yang disediakan seperti ruang pantry kongsi yang sentiasa tersedia dengan pelbagai snek dan minuman percuma (ya, sentiasa ada selama 24 jam!), ruang bacaan, ruang permainan kanak-kanak, cafe dan tempat parking yang luas.

Big Banana Hotel Sungai Petani - Room Image

Lokasinya, hanyalah 15 minit berjalan kaki dari Central Square. Yang bestnya, panggung wayang Cineplex juga terdapat pada bangunan yang sama dengan hotel ni!

Alamat: 243 Jalan Mawar 3/3, Taman Pekan Baru, 08000 Sungai Petani

Selanjutnya Di Booking.com

23. Park Avenue Hotel Sungai Petani

Park Avenue Hotel Sungai Petani - Main Image

Park Avenue Hotel Sungai Petani adalah sebuah hotel elegan dengan aura klasik yang sempurna dari segala segi iaitu lokasinya, fasilitinya dan keselesaan yang ditawarkan, semuanya tip-top! Sesuai dengan tarafnya sebagai sebuah hotel 4 bintang.

Antara kemudahan yang dapat anda manfaatkan sepanjang penginapan di sini adalah kolam renang untuk menyegarkan badan sebelum memulakan aktiviti lain, spa dan pusat bermain bowling!

Park Avenue Hotel Sungai Petani - Room Image

Lokasinya, hanyalah 10 minit berjalan kaki dari stesen keretapi Sungai Petani. Kedudukan hotel ini yang terletak bersebelahan dengan Lebuhraya Utara-Selatan di Selatan Sungai Petani dapat memudahkan pergerakan anda. Terasa lapar? Ada banyak gerai makan dan restoran di sekitar hotel.

Alamat: E-1 Jalan Indah Dua, Taman Sejati Indah, 08000 Sungai Petani

Selanjutnya Di Booking.com

Lihat Tawaran Terkini Hotel Terbaik Di Sungai Petani

22. Purest Hotel Sungai Petani

Purest Hotel Sungai Petani - Main Image

Moden dan elegan, bookinglah Purest Hotel Sungai Petani kalau ini suasana yang anda idamkan daripada sebuah penginapan. Dalam harga bajet, anda sekeluarga dapat menginap di sebuah hotel yang cukup dalam segala segi untuk keselesaan yang maksima.

Bilik-biliknya bersaiz luas, tahap kebersihannya pula tidak ubah seperti hotel yang mahal, sebaik melangkah masuk ke dalam bilik hotel, anda akan disapa dengan bau harum yang menyegarkan.

Purest Hotel Sungai Petani - Room Image

Bukan itu sahaja, segala keperluan penting  untuk penginap juga sudah tersedia dan ini termasuklah seterika. Tak perlu bersusah-susah call staff hotel semata-mata untuk mendapatkan iron sepertimana di kebanyakan hotel.

Lokasi hotel ini juga sangat strategik, dikelilingi oleh banyak kedai dan restoran. Untuk beraktiviti pula, pusat bermain bowling yang besar hanyalah beberapa tapak dari hotel ini.

Alamat: No. A-2, Jalan Indah 1, Taman Sejati Indah, 08000 Sungai Petani

Selanjutnya Di Booking.com

21. Rock Wood Hotel

Rock Woo Hotel Sungai Petani - Main Image

Rock Wood Hotel adalah sebuah hotel hipster yang menggabungkan elemen klasik seperti batu-bata sebagai dinding sebahagian bangunan, motor klasik yang dijadikan hiasan di ruang lobi dan tingkap kayu bersebelahan dengan pintu masuk. Sah! kaki Instagram tak boleh duduk diam.

Bilik-biliknya pula, dihias dengan minimal menggabungkan warna yang sedap dipandang. Sambil berehat-rehat di dalam bilik yang sangat cosy ni, anda boleh menggunakan kemudahan high speed wifi yang disediakan untuk berhibur atau menghubungi yang tersayang.

Rock Wood Hotel Sungai Petani - Room Image

Bukan senang nak jumpa hotel murah dengan wifi laju, betul tak? Bukan itu sahaja, keempukan katilnya membuatkan anda tertanya-tanya, betul ke ni hotel bajet?

Terasa haus? Kemudahan water dispenser ada disediakan untuk para penginap di bahagian lobi. Tak perlulah anda bersusah-payah ke kedai setiap kali terasa dahaga.

Lokasinya, terletak berdekatan dengan Giant dan banyak lagi kedai-kedai lain.

Alamat: Jalan PPZ 1 Pusat Perniagaan Zamrud, 08000 Sungai Petani, Malaysia

Selanjutnya Di Booking.com

20. Big Orange Hotel Sungai Petani

Big Orange Hotel Sungai Petani - Main Image

Sukanya orang Sungai Petani dengan buah, kalau tadi hotel Big Banana, hotel yang seterusnya pula adalah Big Orange Hotel. Senang je nak kesan hotel ni selain daripada paparan nama hotel pada bangunan, sebab di luar pintu masuk lobi hotel ni ada beberapa ‘potongan buah oren’ yang dijadikan meja dan kerusi untuk bersantai.

Big Orange Hotel Sungai Petani - Room Image

Memasuki ruang lobi hotel ini, dapat dilihat konsep moden dan minimal yang diketengahkan sama juga dengan dekorasi dalaman bilik-bilik yang ditawarkannya. Menggabungkan warna cerah seperti putih dan oren, jelas terpancar tahap kebersihan hotel ini yang sangat memuaskan hati.

Lokasinya, terletak berdekatan dengan tarikan seperti The Carnival Water Theme Park yang hanyalah 2 minit dari sini. Tidak jauh dari hotel juga adalah tempat membeli-belah C-Mart dan The Village Mall.

Alamat: No. A31, Jalan 2, Cinta Sayang Resort Home, 08000 Sungai Petani

Selanjutnya Di Booking.com

19. El-Zahraa Hotel

El Zahraa Hotel Sungai Petani - Main Hotel

Dengar namanya sahaja sudah dapat dibayangkan konsep yang diketangahkan El-Zahraa Hotel. Dengan nama ‘searab’ ini anda boleh menjangkakan sentuhan dekorasi dalaman seperti berada di negara timur tengah.

Di dalam bilik-bilik bertema Arab ini, sudah tersedia dengan pelbagai kemudahan untuk para penginap dan ini termasuklah Al-Quran dan sejadah. Biliknya juga agak luas untuk keselesaan penginapan bersama keluarga.

El Zahraa Hotel Sungai Petani - Room Image

Lokasinya, terletak tidak jauh dari banyak kedai makan, Tesco dan bank yang berada dalam jarak hanya beberapa tapak dari hotel.

Lokasi yang strategik, konsep yang menarik dan selesa untuk tetamu muslim, tunggu apa lagi? Dengan tawaran hanyalah 24 buah bilik, bookinglah secepat yang mungkin sebelum anda terlepas!

Alamat: 75 & 76, Jalan Lagenda 1, Lagenda Heights, 08000 Sungai Petani

Selanjutnya Di Booking.com

18. Cinta Sayang Resort

Cinta Sayang Resort Sungai Petani - Main Image

Menawarkan pemandangan penuh kehijauan di sekitar, berhadapan dengan padang golf, Cinta Sayang Resort sepatutnya menjadi pilihan utama semasa anda datang untuk bercuti di Sungai Petani. Kedudukannya juga sangat menarik sekiranya anda inginkan sebuah lokasi yang tenang dan jauh dari hiruk-pikuk kota.

Untuk pengetahuan anda, resort ini menawarkan beberapa jenis penginapan berbeza. Sekiranya anda datang dalam bilangan yang ramai, anda boleh booking penginapan jenis apartment 2 bilik atau 3 bilik yang ditawarkan. Penginapan jenis biliknya pula adalah Deluxe Rooms dan Suites yang terletak di kawasan chalet, lengkap dengan tempat meletak kereta peribadi di hadapan pintu bilik masing-masing.

Cinta Sayang Resort Sungai Petani - Room Image

Sepanjang penginapan di sini, anda boleh merancang untuk melakukan banyak aktiviti menarik seperti berjoging di kawasan sekitar, berseronok di waterpark atau bermain golf.

Pemandangan yang indah dengan banyak aktiviti menarik untuk dilakukan bersama keluarga? Cinta Sayang Resort adalah pilihan yang tepat.

Alamat: Persiaran Cinta Sayang, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman

Selanjutnya Di Booking.com

17. CMN Hotel

CMN Hotel Sungai Petani - Main Image

Inginkan sesuatu yang simple namun tetap selesa? Anda boleh mempertimbangkan CMN Hotel yang terletak di Jalan Bukit Puteri ini. Hotel sempoi ini menawarkan bilik-bilik yang luas dengan tahap kebersihan yang memuaskan hati.

Suasana hotel juga sangat sunyi dan jauh daripada sebarang gangguan bunyi, hotel yang tepat untuk anda yang menginginkan privasi.

CMN Hotel Sungai Petani - Room Image

Lokasinya, terletak berdekatan dengan banyak kedai makan dan masjid. Tempat meletak kereta juga sangat mudah untuk dicari dan yang penting, FREE.

Alamat: No.119, Jalan Bukit Puteri 9/11, Bandar Puteri jaya, 08000 Sungai Petani

Selanjutnya Di Booking.com

16. Le An Hotel

Le An Hotel Sungai Petani - Main Image

Sekali-sekala bercuti, apa salahnya kalau mencari hotel yang unik sikit, betul tak? Kalau keunikan dan dekorasi dalaman yang “wow!” yang dicari, Le An Hotel boleh dijadikan salah satu penginapan yang patut anda pertimbangkan.

Hotel dalam harga bajet dengan harga permulaan tidak lebih daripada RM150 ini menawarkan 18 buah bilik yang datang dalam bermacam tema berbeza. 18 kali anda datang ke hotel ni, 18 tema dapat anda rasa! Antara tema yang ditawarkan adalah tema Perancis, Jepun, Manhattan, tema ‘Arty’, tema klasik ‘Baroque dan banyak lagi!

Le An Hotel Sungai Petani - Room Image

Yang menariknya lagi, kesemua dekorasi yang digunakan termasuklah perabot di dalam bilik-bilik ini didatangkan daripada pelbagai pelusuk dunia yang dihasilkan oleh pakar dalam kraf tersebut. Wow!

Alamat: 30, 30A, Lorong BLM 1/6, Bandar Laguna Merbok, 08000 Sungai Petani, Kedah

Selanjutnya Di Booking.com

15. M Season Boutique Hotel

M Season Boutique Hotel - Main Image

M Season Boutique hotel adalah sebuah hotel yang ringkas  namun lengkap dengan segala kemudahan penting untuk keselesaan sepanjang penginapan anda di sini.

Terasa lenguh selepas penat makan angin di sekitar Sungai Petani? Anda boleh berehat di kerusi urut yang disediakan untuk melegakan segala urat badan.

M Season Boutique Hotel - Room Image

Perlukan hiburan? Anda boleh menonton pelbagai siaran menarik Astro pada tv lcd di dalam bilik masing-masing atau menggunakan kemudahan komputer yang disediakan secara percuma. Akses wifinya juga sangat memuaskan hati.

Bukan itu sahaja, untuk sebuah hotel bajet, tahap keselamatan hotel ini juga tidak mengecewakan kerana ianya diawasi oleh CCTV.

Alamat: 30, 30A, Lorong BLM 1/6, Bandar Laguna Merbok, 08000 Sungai Petani, Kedah

Selanjutnya Di Booking.com

14. Asiago Hotel

Asiago Hotel Sungai Petani - Main Image

Asiago Hotel adalah sebuah hotel dengan dekorasi dalaman yang simple namun lengkap dengan pelbagai kemudahan penting untuk keselesaan penginapan tanpa perlu berbelanja lebih.

Asiago Hotel Sungai Petani - Room Image

Antara kemudahan yang disediakan adalah kemudahan water dispenser di setiap tingkat dan akses wifi yang superb! Tempat meletak kereta juga disediakan di ruang basement. Untuk hotel dalam harga bermula sekitar RM70, apa yang ditawarkannya sangat berbaloi bukan?

Terasa lapar? Di sekitar hotel ini terdapat banyak kedai makan untuk dicuba.

Alamat: 680D, Jalan Kuala Ketil, Pekan Lama, 08000 Sungai Petani

Selanjutnya Di Booking.com

13. Emerald Puteri Hotel

Emerald Puteri Hotel Sungai Petani - Main Image

Jangan terkejut, hotel dengan harga yang bermula dari RM100+ semalaman ini sebenarnya lengkap dengan kolam renang rooftop! Siapa kata di hotel mewah je ada rooftop pool?

Bukan itu sahaja, bilik-bilik di Emerald Puteri Hotel juga sangat cozy, dengan tilam yang empuk dan cadar yang berbau harum, anda boleh terus tenggelam dalam dunia mimpi sebaik berbaring di atas katil setelah kepenatan.

Emerald Puteri Hotel Sungai Petani - Room Image

Bercakap tentang lokasinya, hotel ini dikelilingi oleh banyak kedai untuk anda membeli barangan keperluan dan ini termasuklah 7E dan kemudahan dobi yang dibuka 24 jam.

Alamat: 50, Jalan Permatang Gedong, Taman Sejati Indah, 08000 Sungai Petani

Selanjutnya Di Booking.com

12. OYO 539 Dowifi Hotel

OYO 539 Dowifi Hotel - Main Image

OYO 539 Dowifi Hotel adalah sebuah penginapan yang selesa dengan kemudahan yang lengkap tanpa perlu mengeluarkan bajet yang banyak. Dalam bajet bermula hanya sekitar RM60 semalaman, anda dapat menikmati tidur yang lena di atas katil yang selesa sambil berhibur dengan kemudahan wifi percuma yang disediakan atau menonton pelbagai siaran menarik di tv.

OYO 539 Dowifi Hotel - Room Image

Inginkan penginapan dalam harga cukup murah dan lengkap dengan segala fasiliti penting? OYO 539 Dowifi Hotel adalah jawapannya.

Alamat: 46-47 Jalan Tuanku Haminah, Taman Tuanku Haminah, 08000 Sungai Petani

Selanjutnya Di Booking.com

11. The Jerai Sungai Petani

The Jerai Sungai Petani Hotel - Main Image

The Jerai Sungai Petani adalah sebuah hotel bertaraf 3 bintang yang menawarkan penginapan yang luas, selesa untuk penginapan bersama keluarga. Bilik-biliknya dihias dengan moden dengan kebersihan yang sangat memuaskan hati.

Setelah puas berehat di dalam bilik, anda boleh bermandi-manda di kolam renang bersaiz besar yang disediakan untuk menyegarkan badan sebelum memulakan aktiviti.

The Jerai Sungai Petani Hotel - Room Image

Selain itu, untuk anda yang memiliki gaya hidup aktif dan ingin memulakan hari dengan aktiviti yang mengeluarkan peluh, anda boleh menuju ke pusat kecergasan hotel yang agak lengkap dengan pelbagai peralatan senaman.

Apa lagi yang ada di hotel ini selain kolam renang dan gymnya? Untuk anda yang membawa kenderaan sendiri, hotel ini lengkap dengan tempat meletak kereta indoor dan outdoor yang percuma.

Alamat: 427, Jalan Kolam Air, Sungai Petani, Kedah, 08000 Sungai Petani

Selanjutnya Di Booking.com

10. Apple Inn Hotel

Apple Inn Hotel - Main Image

Kalau hotel ‘Big Banana’ dan ‘Big Orange’ bukanlah pilihan anda, mungkin hotel dengan nama buah seterusnya yang terletak di Bandar Amanjaya ini iaitu Apple Inn Hotel adalah penginapan yang selama ini anda cari?

Apple Inn Hotel menawarkan 11 buah bilik yang lengkap dengan katil empuk yang kebiasaannya digunakan dalam hotel bertaraf 5 bintang, kalau tidur masih tak lena juga, tak tahulah kenapa.

Apple Inn Hotel - Room Image

Untuk hiburan pula, anda boleh menonton tv bersaiz 32” yang menawarkan lebih daripada 50 siaran menarik untuk ditonton, sesetengah siaran boleh ditonton dalam kualiti HD! Inilah hotel yang sempurna sekiranya anda inginkan tidur yang lena dan hiburan semasa bersantai tanpa perlu membayar lebih.

Lokasinya, hanyalah sekitar 1 km dari pusat membeli-belah Amanjaya, Hospital Pantai dan Laguna Merbuk.

Alamat: 33, Jalan Melati 1, Bandar Amanjaya, 08000 Sungai Petani

Selanjutnya Di Booking.com

9. Greencity Hotel

Greencity Hotel Sungai Petani - Main Image

Greencity Hotel adalah sebuah hotel 3 bintang yang menawarkan 62 buah bilik yang dihias ringkas dengan gabungan warna natural putih dan tona kayu coklat. Sambil bersantai di dalam bilik yang sangatlah selesa ini, anda boleh berhibur menggunakan akses internet unifi yang disediakan atau menonton siaran Astro.

Greencity Hotel Sungai Petani - Room Image

Apa lagi yang anda inginkan daripada sebuah penginapan bajet? Jangan terkejut, lebih sebab yang mewajibkan anda untuk booking hotel ini adalah kerana mereka turut menawarkan sarapan secara percuma! Menu yang dihidangkan juga enak-enak belaka. Kalau masih lagi tak cukup kenyang, ada banyak gerai makan yang boleh anda cuba di sekitar hotel.

Ingin membasahkan tekak setelah seharian berjalan? Anda boleh mendapatkan air percuma pada water dispenser yang diletakkan di lobi hotel.

Alamat: No. 18 Jalan Permatang Gedong Taman Sejati Indah, 08000 Sungai Petani

Selanjutnya Di Booking.com

8. Merilton Hotel

Merilton Hotel Sungai Petani - Main Image

Hotel bertaraf 3 bintang, Merilton Hotel menawarkan 130 buah bilik yang luas untuk keselesaan menginap bersama keluarga.

Kalau makanan adalah perkara yang anda titikberatkan daripada sebuah penginapan semasa bercuti, anda pasti tidak akan kecewa dengan hidangan makanan yang disediakan di hotel ini. Sangat banyak pilihan dan dapat memuaskan deria rasa.

Merilton Hotel Sungai Petani - Room Image

Lokasinya, terletak berdekatan dengan kawasan bandar memudahkan anda untuk mengakses banyak lokasi menarik di sekitar Sungai Petani.

Alamat: Jalan Kampung Baru, 08000 Sungai Petani

Selanjutnya Di Booking.com

7. OYO 562 K Garden Hotel

OYO 562 K Garden Hotel - Main Image

OYO 562 K Garden Hotel terletak di dalam kawasan yang tenang daripada sebarang gangguan, memberikan anda privasi sepanjang penginapan di sini.

Bilik-bilik yang ditawarkan dihias dengan pelbagai gaya dan cukup luas untuk keselesaan penginapan bersama keluarga. Sambil berehat, anda boleh menggunakan kemudahan wifi yang berkelajuan tinggi.

OYO 562 K Garden Hotel - Room Image

Bercakap tentang hidangan sarapan pagi yang disediakan pula, anda pasti akan berpuas hati dengan aneka makanan yang dihidangkan, bukan senang nak jumpa hotel dalam harga yang bermula kurang daripada RM100 menghidangkan makanan sebanyak yang ada di sini!

Lokasinya, terletak berdekatan dengan pusat bandar dan pusat membeli-belah seperti Amanjaya Mall yang hanyalah 10 minit berjalan kaki dari hotel ini.

Alamat: No. 66, Lengkok Cempaka 1, Persiaran Cempaka, Amanjaya, 08000 Sungai Petani

Selanjutnya Di Booking.com

6. Northern Lodge

Northern Lodge Sungai Petani - Main Image

Northern Lodge adalah sebuah hotel bajet di bawah Park Avenue Hotel Sungai Petani. Hotel dengan tawaran harga yang sangat murah ini menawarkan lebih daripada 80 buah bilik yang lengkap dengan penyejuk udara, tv bersiaran Astro dan banyak lagi kemudahan lain.

Northern Lodge Sungai Petani - Room Image

Bilik-bilik yang ditawarkan juga sangat luas, bersih dan selesa, cukup berbaloi dengan jumlah wang yang dikeluarkan.

Lokasinya juga sangat menarik kerana dari sini anda hanya perlu berjalan kaki untuk Parkson, banyak kedai jualan barangan keperluan, gerai makan dan lain-lain lagi.

Alamat: C 80, Lorong 9, Taman Sejati Indah, 08000 Sungai Petani

Selanjutnya Di Booking.com

5. OYO 593 Sastria Hotel

OYO 593 Sastria Hotel - Main Image

OYO 593 Sastria Hotel menawarkan bilik-bilik yang dihias dengan simple namun cukup selesa. Melangkah masuk ke dalam ruang bilik hotel bajet ini, anda akan dapat menghidu bau harum yang menyegarkan. Sambil merehatkan badan di dalam bilik, anda boleh menggunakan kemudahan wifi yang sangat laju yang disediakan.

OYO 593 Sastria Hotel - Room Image

Bukan sahaja selesa, hotel ini turut menyediakan kemudahan water dispenser di ruang lobi sekiranya anda ingin mendapatkan air minuman setelah kehausan berjalan ke sana-sini. Untuk mengubati perut yang dah berbunyi pula, ada kedai makan yang boleh dicuba di seberang jalan hotel.

Alamat: No.28 Jalan Pahlawan, Taman Lagenda Indah, 08000 Sungai Petani

Selanjutnya Di Booking.com

4. T+ Hotel Sungai Petani

T+ Hotel Sungai Petani - Main Image

T+ Hotel Sungai Petani adalah sebuah hotel bertaraf 3 bintang yang menawarkan penginapan yang dihias dengan moden dan minimal menggunakan warna natural dan cahaya malap yang menambahkan keselesaan untuk tidur yang lena.

T+ Hotel Sungai Petani - Room Image

Aura hotel ini cukup mendamaikan sekiranya anda merindukan privasi setelah seharian beraktiviti. Sambil berehat juga anda boleh menggunakan kemudahan wifi yang disediakan untuk berhibur.

Lokasinya, tidak jauh dari lebuhraya PLUS dan berdekatan dengan banyak pusat membeli-belah menarik di sekitar Sungai Petani.

Alamat: No. 59-62, Lengkok Cempaka 1, Persiaran Cempaka Amanjaya, 08000 Sungai Petani

Selanjutnya Di Booking.com

3. Old Penang Casa Lagenda Hotel

Old Penang Casa Lagenda Hotel - Main Image

Old Penang Casa Lagenda Hotel adalah sebuah penginapan berlokasi strategik yang terletak di tengah-tengah bandar baru Sungai Petani.

Betapa bestnya kedudukan hotel ini sehinggakan anda hanya perlu berjalan kaki selama hanya 5 minit sahaja untuk sampai ke Village Mall, Tesco dan banyak kedai makan yang menarik.

Old Penang Casa Lagenda Hotel - Room Image

Mengenai penginapannya pula, Old Penang Casa Lagenda Hotel menawarkan 58 buah bilik yang lengkap dengan pelbagai kemudahan moden untuk keselesaan sepanjang penginapan. Katilnya juga sangat comfy menjanjikan tidur yang lena setelah puas berjalan.

Alamat: No. 15, Jalan Lagenda 2, Kedah, 08000 Sungai Petani

Selanjutnya Di Booking.com

2. Hotel Seri Malaysia Sungai Petani

Hotel Seri Malaysia Sungai Petani - Main Image

Hotel Seri Malaysia Sungai Petani adalah sebuah hotel murah di Sungai Petani bertaraf 3 bintang yang menawarkan 95 buah bilik yang dihias dengan minimal. Bilik-bilik yang ditawarkannya cukup luas untuk penginapan bersama keluarga.

Suasana sekitar yang tenang di sekitar hotel ini menjanjikan anda privasi yang dicari sewaktu bercuti. Anda juga boleh menggunakan kemudahan wifi yang disediakan atau menonton tv sambil berehat di dalam bilik.

Hotel Seri Malaysia Sungai Petani - Room Image

Lokasinya, terletak berdekatan dengan stesen KTM Sungai Petani dan juga terminal bas. Masjid dan pusat bandar Sungai Petani juga tidak jauh dari hotel ini. Terasa lapar? Anda tak perlu risau, sebab cukup mudah untuk mencari kedai makan di sekitar hotel.

Alamat: Seksyen 21, Jalan Pasar, 08000 Sungai Petani

Selanjutnya Di Booking.com

1. Swiss-Inn Sungai Petani

Swiss Inn Sungai Petani Hotel - Main Image

Swiss-Inn Sungai Petani  menawarkan 100 buah penginapan yang luas menjadikan ianya pilihan yang tepat sekiranya anda datang bercuti bersama keluarga. Bilik-biliknya dihias dengan ringkas dengan aura klasik yang penuh elegan.

Swiss Inn Sungai Petani Hotel - Room Image

Di samping bilik yang selesa, hotel ini turut menawarkan banyak lagi kemudahan menarik lain untuk dimanfaatkan sepanjang penginapan seperti kolam renang yang luas, jakuzi, waterslide, pusat kecergasan dan juga sauna. Inilah hotel bajet yang dapat memeriahkan percutian anda!

Alamat: No. 1, Jalan Pahlawan, 08000 Sungai Petani

Selanjutnya Di Booking.com

Jatuh cinta dengan mana-mana penginapan? Jangan buang masa lagi, cepat-cepat booking! Kalau anda rasa tertarik dengan penginapan tu, mesti ramai lagi yang merasakan benda yang sama. Namun sekiranya anda tak jumpa lagi yang sesuai, layari sahaja booking.com untuk melihat lebih banyak pilihan hotel murah di Sungai Petani dalam tawaran harga yang terbaru.

Dah booking hotel? Jangan buang masa lagi, sediakan bajet yang cukup untuk buat semua aktiviti yang ada di Sungai Petani dan pulun semua makanan best yang ada! Selamat bercuti ke Sungai Petani!

4.5/5 - (2 votes)