Sesetengah orang melancong untuk menikmati pemandangan, yang lain pula melancong untuk mendalami kekayaan budaya atau sejarah destinasi yang dilawati, tapi ada juga yang melancong untuk mencuba bermacam hidangan makanan yang ditawarkan untuk memuaskan deria rasa.
Kalau anda ke Tawau, anda dapat memenuhi ketiga-tiga keinginan ini sepuas hati. Tawau, sememangnya bandar yang padat dengan pelbagai tarikan. Macam mana? Tergoda untuk meluangkan percutian di sini?
Sebelum itu, jangan pula terlupa untuk booking penginapan terlebih dahulu. Nak tahu di mana hotel murah yang selesa di sekitar Tawau ni? Teruskan membaca senarai hotel murah di Tawau ini untuk mencari pilihan hati anda.
19. Rooms Hotel
Peningapan dengan nama yang cukup simple ini, Rooms tidaklah ‘sesimple’ yang disangka, penginapan yang disediakannya padat dengan keselesaan serta dihias dengan konsep moden yang sedap dipandang. Gabungan warna yang digunakan juga menjadikan bilik kelihatan sejuk di mana tona kayu digabungkan dengan warna dinding yang lembut.
Bilik-bilik yang ditawarkan juga memiliki tahap kebersihan yang sangat memuaskan hati. Bukan itu sahaja, suasana penginapan juga cukup tenang untuk anda mendapatkan tidur yang lena, lebih-lebih lagi dengan bantal dan katilnya yang sungguh empuk.
Berkaitan dengan lokasinya, terletak berdekatan dengan banyak kedai makan dan kedai jualan barangan keperluan lain seperti farmasi Watson dan 7E. Untuk sarapan, di sekitar hotel ini turut terdapat kedai makan yang dibuka seawal 7.30 pagi.
Pendek kata, tak ada apa untuk dikomenkan tentang hotel ini, sangat bersih, memiliki rekaan dalaman yang menarik dan berlokasi strategik. Booking jangan tak booking ya?
Alamat: TB17376, Ground Floor, Lot 4, Block F, Kubota Square, 91000 Tawau
18. Check Inn Hotel Tawau
Check Inn Hotel Tawau menawarkan bilik yang dihias moden dan elegan, cukup selesa dan luas untuk anda yang datang bercuti bersama keluarga. Kemudahan yang disediakan juga berkualiti sempurna seperti tv yang menawarkan pelbagai siaran menarik, aircond yang sejuk dan akses wifi yang berkelajuan super pantas.
Check Inn Hotel Tawau terletak hanyalah seminit berjalan kaki dari pasaraya terdekat iaitu MiliMewa supermarket dan hanyalah dalam 2 minit dari 7E. Kedudukan yang sememangnya strategik berdekatan dengan banyak kedai dan bank. Stesen bas yang terdekat juga hanyalah 10 minit berjalan kaki dari hotel.
Alamat: TB 248, Jalan Bunga, P.O. Box 609, 91008 Tawau, Sabah
17. City Garden Hotel
City Garden Hotel menawarkan bilik yang dihias ringkas dengan warna yang sejuk dipandang seperti putih dan tona kayu yang cerah. Gabungan warna ini menjadikan atmosfera bilik terasa sejuk dan lebih luas.
Nak lagi best? Apa kata kalau anda booking bilik dengan pemandangan lautan? Apa salahnya belanja lebih sikit untuk pengalaman yang lebih sempurna kan? Sambil menikmati waktu rehat di dalam bilik, anda boleh berhibur atau berhubung dengan yang tersayang menggunakan akses wifi yang disediakan, cukup pantas.
Lokasinya, terletak sangat dekat dengan bandar Tawau. Yang menariknya, anda hanya perlu berjalan kaki dalam sekitar 5 minit untuk sampai ke persisiran pantai dan menikmati bayu laut yang menyegarkan. Untuk mengisi perut yang lapar pula, cukup banyak kedai makan yang boleh ditemui di sekitar.
Alamat: TB457, TB458 & TB459 Block M, Bandar Sabindo, 91000 Tawau
16. Eden Boutique Hotel
Dari hanya RM80+ semalaman, anda sudah dapat menginap di dalam bilik yang begitu selesa dan cukup bersih di Eden Boutique Hotel. Wang ringgit yang dikeluarkan terasa sangat berbaloi sebaik anda merebahkan badan ke atas katilnya yang sungguh empuk. Macam tak percaya ini hanyalah sebuah hotel bajet.
Sambil bersantai juga, anda boleh menonton tv bersiaran kabel yang disediakan sebelum membuka langkah untuk melawati pelbagai tarikan menarik yang terletak tidak jauh dari hotel butik ini. Anda juga boleh mengunakan khidmat sewaan kereta dari harga serendah RM80 sehari dari pihak hotel.
Untuk pengetahuan anda, selain terletak tidak jauh dari banyak tarikan menarik Tawau, hotel ini juga hanya beberapa tapak dari pasar, restoran, kedai dobi dan banyak lagi.
Alamat: TB 1878, Lot 4, Fajar Complex, Jalan Masjid, 91000 Tawau
15. Pertama Lodge
Nikmati keselesaan yang optimum sekiranya anda menginap di Pertama Lodge. Hampir kesemua kemudahan yang disediakan hotel ini berada dalam kualiti yang sangat memuaskan hati. Tak siapa sangka semua ini dapat dinikmati dalam harga yang bermula serendah RM72+ semalaman.
Di samping bilik yang bersih dan selesa, anda juga diberikan layanan istimewa di mana sarapan pagi di hantar dari pintu ke pintu. Sambil menunggu hidangan sarapan disediakan, anda boleh melayari internet dengan menggunakan kemudahan wifi berkelajuan pantas dan stabil yang disediakan oleh pihak hotel.
Ingin menginap di hotel ini? Cepat-cepatlah booking kerana Pertama Lodge hanya menawarkan 22 buah bilik.
Alamat: Block E Pertama Commercial Centre, Jalan Apas Lot 43 to 45, 91000 Tawau
14. MB Hotel
MB Hotel cukup sesuai untuk anda yang menyukai aura klasik kerana bilik-bilik di hotel ini dihias dengan konsep yang kelihatan agak antik melalui penggunaan perabot kayu. Dalam masa yang sama, kemudahan yang disediakan juga dalam keadaan tip-top. Katilnya super comfy dan tandasnya pula sangat terjaga kebersihannya.
Di samping itu, saiz biliknya yang agak luas menjadikan ianya sesuai untuk dijadikan penginapan bersama keluarga.
Lokasinya, terletak berdekatan dengan Masjid Bandar Tawau untuk anda yang bercadang untuk solat berjemaah di masjid. Kelaparan? Cukup mudah untuk anda menemui restoran dan pasaraya di sekitar hotel ini.
Lokasi yang menarik, bilik yang selesa dan bersih, apa lagi yang anda inginkan daripada sebuah penginapan bajet semurah ini?
Alamat: TB339, Jalan majlid, 91000 Tawau
13. Hotel Emas Tawau
Suka makan coklat? Menginaplah di Hotel Emas Tawau. Kalau anda menginap di sini, anda dapat melihat bermacam pilihan produk berasaskan coklat yang dihasilkan di ladang di sekitar Tawau ini memandangkan pemilik ladang juga adalah pemilik Hotel Emas Tawau.
Bukan setakat dapat menghilangkan gian coklat anda, penginapannya sendiri juga sangat menarik, bilik-bilik yang ditawarkan menyajikan pemandangan mempesonakan lautan yang membiru. Sambil berehat dan menikmati coklat yang dibeli, anda boleh menonton YouTube dengan menggunakan wifi yang sungguh pantas kelajuannya.
Alamat: Jalan Balai Polis Lama, 91000 Tawau
12. Balung River Eco Resort
Inginkan penginapan yang dapat menyatukan anda dengan alam semula jadi yang mendamaikan jiwa? Menginaplah di Balung River Eco Resort. Resort ini dikelilingi oleh taman berlanskap indah yang menarik untuk anda meluangkan masa santai. Turut terdapat di sini adalah kebun buah-buahan, sungai dan kolam renang.
Anda juga boleh mendapatkan udara segar di waktu pagi dengan berjalan kaki di kawasan hutan yang terletak berdekatan. Bila lagi waktu terbaik untuk anda menyegarkan kembali peparu yang telah lama menghirup udara tercemar di kota kan?
Mengenai penginapan yang disediakan, chalet-chalet ini dibina dengan menggunakan batuan semula jadi dan kayu balak, macam menginap di dalam rumah kabin dalam filem Hollywood pula.
Alamat: Mile 33, Apas Balung,Locked Bag No. 30, 91009 Tawau, Sabah, Malaysia
11. King Park Hotel Tawau
King Park Hotel Tawau adalah sebuah hotel bertaraf 3 bintang yang menawarkan bilik-bilik yang dihias elegan dalam harga yang tidak lebih dari RM130 semalaman.
Sesetengah bilik di hotel ini juga menawarkan pemandangan lautan yang sangat menyejukkan mata. Setelah puas melihat keindahan yang disajikan, anda boleh berhibur dengan menonton tv bersiaran satelit yang disediakan atau menggunakan akses wifinya.
Alamat: TB 30, Jalan Haji Karim, 91000 Tawau
10. Promenade Hotel Tawau
Sebaik anda terpandang bangunan Promenade Hotel Tawau, pasti tertanya-tanya, biar betul hotel ini menawarkan bilik dalam harga bajet? Tapi ini memang realiti. Tanpa perlu mengeluarkan belanja yang besar, anda dapat menginap di dalam sebuah hotel beraura mewah dan berkonsep moden.
Bukan itu sahaja, Promenade Hotel Tawau turut lengkap dengan pelbagai fasiliti menarik sepertimana sebuah hotel 5 bintang seperti kemudahan sauna dan pusat kecergasan.
Di samping itu, sambil berehat di dalam bilik yang cukup luas untuk penginapan bersama keluarga ini juga anda dapat menggunakan akses wifi yang disediakan untuk menyiapkan kerja yang dibawa atau berhibur.
Terasa lapar? Anda boleh menuju ke cafe hotel, Cafe@se7en yang terletak di tingkat 7 untuk menikmati hidangan sambil melihat panorama yang memukau. Untuk suasana yang lebih santai, anda boleh menuju ke Lobby Lounge atau Deli Corner. Ingin melihat persembahan live band? Datanglah ke FuBar hotel ini.
Alamat: Eastern Plaza, Jalan Kuhara, 91000 Tawau
9. Astana Hotel
Astana Hotel menawarkan bilik luas yang dihias dengan ringkas dan minimal namun lengkap dengan pelbagai fasiliti penting untuk keselesaan sepanjang penginapan. Kesemua 50 buah bilik yang ada di hotel ini turut lengkap dengan akses wifi percuma dan tv bersaluran Astro.
Lebih sebab untuk anda booking hotel ini adalah kerana tahap keselamatannya yang sangat diberikan perhatian. Anda boleh melihat banyak cctv yang diletakkan di pelbagai sudut awam hotel. Selain itu, hotel ini turut lengkap dengan cafenya sendiri dan sebuah surau untuk kemudahan penginap muslim.
Lokasinya juga tidak mengecewakan, terletak berdekatan dengan terminal feri, kedai runcit, restoran, Pasar Tanjung Tawau, UTC dan banyak lagi. Bagi anda yang mengidam fast food, KFC hanyalah beberapa tapak dari sini.
Inginkan kudapan untuk dimakan sambil berehat di dalam bilik? Anda boleh mendapatkannya daripada vending machine yang disediakan pihak hotel, bermacam jenis snek boleh anda jumpa dalam mesin ni.
Alamat: TB 4714, Jalan Dunlop, 91000 Tawau
8. Heritage Hotel
Heritage Hotel menyediakan penginapan yang cukup luas dan selesa tanpa sebarang gangguan kerana kualiti biliknya yang kalis bunyi. Bukan itu sahaja, katilnya juga sungguh empuk untuk anda merehatkan badan yang telah kepenatan.
Bilik-biliknya dihias dengan unik dengan konsep tersendiri. Dalam masa yang sama, atmosfera bilik turut terasa comfy tambahan lagi dengan tahap kebersihannya yang memuaskan. Dari harga semurah yang ditawarkan, Heritage Hotel adalah pilihan yang sangat berbaloi.
Kedudukannya? Sangat strategik di mana anda hanya perlu berjalan kaki selama 5 minit untuk ke pusat komersial dan jual beli di sekitar Tawau. Tidak jauh dari hotel juga dalam hanya 5 minit pemanduan anda boleh sampai ke Jeti Tawau.
Alamat: TB 210-213 Jalan Bunga Fajar Complex , 91000 Tawau
7. Istana Monaco Hotel
Istana Monaco Hotel yang terletak di tengah bandaraya Tawau ini merupakan sebuah penginapan yang sangat strategik, berdekatan dengan banyak restoran, kedai dobi yang dibuka 24 jam dan lain-lain lagi.
Mengenai penginapan yang ditawarkan pula, Istana Monaco Hotel menyediakan bilik yang dihias dengan minimal. Saiz bilik juga agak luas menjadikan ianya pilihan yang sesuai untuk anda yang datang bercuti bersama keluarga.
Alamat: TB 228-229, Jalan Bunga, Fajar Complex, 91000 Tawau
6. My Inn Hotel
My Inn Hotel menawarkan 96 buah bilik hotel yang dihias dengan elegan serta lengkap dengan pelbagai kemudahan eksklusif.
Bilik-bilik yang ditawarkannya cukup selesa untuk penginapan bersama keluarga. Sambil merehatkan badan, anda boleh menggunakan pelbagai kemudahan moden yang disediakan seperti tv lcd dengan siaran Astro serta akses wifi.
Lokasinya terletak berdekatan dengan banyak tarikan menarik, pasar, kedai-kedai makan termasuklah restoran KFC yang dibuka 24 jam. Sementara itu, jarak hotel dengan lapangan terbang hanyalah 30 minit.
Alamat: TB254 A/B, Block 25 Jalan Dunlop, 91000 Tawau
5. De Choice Hotel
De Choice Hotel adalah sebuah hotel 3 bintang yang menawarkan penginapan yang dihias dengan ringkas namun lengkap dengan pelbagai kemudahan penting untuk keselesaan sepanjang penginapan. Bilik yang ditawarkan juga agak luas dengan tahap kebersihan yang memuaskan. Cukup berbaloi dengan tawaran harganya yang bermula tidak lebih dari RM100 semalaman.
Bagi anda yang membawa kenderaan sendiri, tempat meletak kereta turut disediakan.
Lokasinya,hanyalah 35 minit pemanduan dari Tawau Airport dan Hills Park, 25 minit dari Cocoa Village dan 7 minit dari Pasar Filipina.
Alamat: TB 3023 Jalan Masjid, 91000 Tawau
4. Indah Inn
Hotel bajet Indah Inn lengkap dengan restorannya sendiri dan juga kaunter tiket untuk tarikan-tarikan menarik di sekitar Tawau.
Mengenai bilik-bilik yang ditawarkan pula, cukup selesa dan bersih. Suasana persekitaran juga sunyi daripada sebarang gangguan bunyi. Sambil bersantai anda boleh memanfaatkan kemudahan yang disediakan seperti tv bersaluran satelit dan juga wifi yang pantas.
Lokasinya, cukup strategik, terletak berdekatan dengan banyak restoran, kedai runcit, supermarket dan banyak lagi. Untuk sarapan pagi, anda boleh mencuba roti canai yang dijual di restoran yang terdekat, Al-Mubaraq, memang sedap!
Alamat: TP13841 TP13841, 1st Floor, Bandar Sri Indah Batu 10, Jalan Spas 91000 Tawau Sabah, 91000 Tawau
3. Shervinton Executive Boutique Hotel
Shervinton Executive Boutique Hotel adalah sebuah hotel butik yang menawarkan bilik-bilik yang dihias dengan moden dan ringkas namun lengkap dengan pelbagai kemudahan penting yang menjadikan penginapan terasa cukup selesa walau seberapa lama anda bercadang untuk menginap di sini. Katilnya? Sungguh empuk untuk rehat yang sempurna.
Bukan itu sahaja, hotel ini turut menyediakan pelbagai lagi kemudahan menarik lain persis di hotel-hotel mewah seperti bilik sauna, khidmat rawatan spa, room service dan banyak lagi.
Lokasinya yang terletak di tengah bandaraya Tawau menjadikan ianya sangat strategik untuk anda mendapatkan kemudahan. Hanyalah beberapa tapak dari hotel ini anda boleh sampai ke farmasi dan kedai-kedai jualan yang lain. Untuk lokasi-lokasi lain pula seperti Tawau Hills Park dan lapangan terbang pula hanyalah dalam sekitar 30 minit dari sini.
Alamat: TB224-227, LOT 1-4, Jalan Bunga, Fajar , 91000 Tawau
2. T Hotel
Anda seorang yang berjiwa minimal? Booking sahaja T Hotel. Dalam harga serendah RM70 semalaman anda dapat menikmati sebuah penginapan yang selesa dan ringkas namun tetap sempurna dengan fasiliti penting yang memaksimakan keselesaan sepanjang penginapan.
Antara kemudahan yang disediakan adalah akses wifi, tv lcd, air minuman sejuk / panas dan banyak lagi. Yang paling penting, katilnya sungguh empuk.
Kedudukan hotel ini terletak betul-betul berhadapan dengan Milimewa Superstore di tengah-tengah bandaraya Tawau. Tidak jauh dari hotel juga terdapat stesen teksi.
Alamat: TB 251, Block 24, Town Extension 2, Jalan Bunga Raya, 91000 Tawau
1. Tawau Homestay
Mencari penginapan yang murah untuk seisi keluarga dalam harga bajet? Tawau Homestay menawarkan bilik keluarga yang dapat memuatkan sehingga 5 orang penginap dengan harga yang tidak lebih dari RM130 semalaman.
Bagi anda yang datang berdua sahaja, nilai bilik yang ditawarkan adalah kurang dari RM70 semalaman, terlampau murah bukan?
Yang menariknya, sesetengah bilik yang ditawarkan lengkap dengan ruang balkoni untuk anda menikmati pemandangan dan udara luar.
Lokasinya, terletak berdekatan dengan banyak tarikan di sekitar Tawau.
Alamat: TB 3901, Taman Da Hua 5, Jalan Chong Thien Vun, 88858 Tawau
Dah jumpa penginapan yang anda sukai? Jangan buang masa, booking cepat-cepat sebelum hotel pilihan anda licin diambil orang lain. Namun begitu, kalau anda rasakan senarai hotel murah di Tawau ini masih tidak cukup untuk anda membuat pilihan yang diingini, anda boleh melayari booking.com. Melalui laman web ini, anda dapat melihat lebih banyak pilihan penginapan dalam tawaran harga terbaru.
Dah booking hotel? Tiba masanya untuk anda membuat perancangan ke mana untuk dituju sebaik menjejakkan kaki ke Tawau. Untuk tujuan ini, anda boleh membaca artikel kami yang bertajuk 25 Tempat Menarik Di Tawau.
Sungguh banyak destinasi wajib singgah yang ditawarkan bandar ini, dari alam semula jadi dengan panorama yang menggoda jiwa hinggalah kepada tapak peninggalan sejarah yang dapat membawa anda kembali ke masa lampau. Jangan buang masa lagi, mai kita ke Tawau cuti nanti!
Selamat bercuti ke Tawau!