
Cameron Highlands dikenali di seluruh dunia sebagai destinasi pelancongan Eko dan Agro popular di Malaysia.
Mereka yang sudi melawat Cameron Highlands sudah pasti datang untuk melihat pemandangan ladang teh yang menakjubkan, menikmati udara gunung yang nyaman, merasa strawberry segar baru sahaja dipetik atau menghirup secawan teh Cameron panas.
Tidak kira apa tujuan anda kesana, tempat penginapan yang dipilih boleh menambah kepada pengalam bercuti yang sempurna.
Untuk memastikan masa anda disana istimewa jangan lupa untuk bermalam dimana-mana hotel terbaik di Cameron Highland yang tersusun dibawah.
Setiap satu hotel mempunyai tarikanya tersendiri dan menawarkan pengalaman yang unik dan berbeza.
01. Zenith Cameron

Tersergam indah di atas bukit di Tanah Rata ialah hotel Zenith Cameron. Tampak indah bak Istana, hotel 5 bintang ini sedia menanti anda untuk penginapan dan percutian yang istimewa.
Dari luar, hotel ini nampak megah dengan arkitektur berunsur Eropah. Dari segi hiasan dalaman pula, mereka ketengahkan kemewahan dengan sedikit sentuhan alam semulajadi.
Zenith Cameron sentiasa memberikan yang terbaik, termasuk dari segi fasiliti dan kemudahan. Ini termasuk gim, sauna dan kolam renang. Anda juga diberi pilihan tempat makan dengan 3 restoran in-house mereka iaitu The Dining Room, Oregano Lounge dan Zen Bar.

Terdapat 4 jenis pilihan bilik ditawarkan dan kesemuanya cukup selesa dan luas. Signature Room, Signature Garden Room, Family Suite, Family Garden Suite. Setiap bilik dalam kategori garden didatangkan bersama balkoni luas yang boleh digunakan untuk menikmati pemandangan dan udara segar Cameron Highlands.
Lihat Tawaran Hotel Terbaik Di Cameron Highlands
Setiap bilik juga lengkap dengan kemudahan asas seperti peti sejuk, penghawa dingin dan TV. Sambungan WiFi percuma juga tersedia untuk setiap tetamu. Bagi bilik jenis family pula, ianya seperti 2 bilik disambungkan bersama, membenarkan ibu bapa terasing dari anak-anak mereka.
Cubalah Zenith Cameron, yang mana lokasi strategiknya juga berdekatan dengan pusat-pusat pelancongan dan tarikan sekitar Cameron Highlands.
Alamat: Jalan Majlis, 39000 Tanah Rata, Cameron Highlands
02. Avillion Cameron Highlands

Modern, chic dan minimalis adalah antara perkataan yang akan menggambarkan hotel Avillion Cameron Highlands dengan tepat. Terletak di Jalan Camelia, hotel ini hanya 5km dari ladang teh Boh yang merupakan tarikan utama Cameron Highlands.
Hotel yang penuh bergaya ini cukup lengkap dan selesa dengan kemudahan seperti taman permainan kanak-kanak, restoran The Daun dan banyak lagi. Hotel ini juga berdekatan dengan tarikan-tarikan lain seperti Mossy Forest, Thomson Falls dan ladang strawberi.

Mereka menawarkan lebih kurang 100 unit penginapan yang telah dihias dengan gaya modern kontemporari. Terbahagi kepada 4 jenis bilik penginapan, anda boleh memilih di antara Superior Studio, Deluxe Studio, Suite 2 bilik tidur dan Suite Premium 2 bilik tidur.
Bilik jenis suite 2 bilik tidur dilengkapi dengan ruang tamu yang cukup selesa. Setiap bilik juga lengkap dengan kitchenette atau pantri kecil, peti sejuk dan sambungan WiFi percuma. Nikmati pemandangan yang indah dari bilik anda. Tentunya keselesaan anda sekeluarga sangat diutamakan.
Alamat: C-3-1 Jalan Camelia, Tanah Rata, 39000 Cameron Highlands, Pahang
03. Rata House

Rata House yang terletak di Cameron Fair merupakan hotel jenis apartment yang boleh anda cuba jika bercuti bersama keluarga atau rakan-rakan yang ramai. Bahagian bawah apartment dilengkapi dengan pusat komersil yang terdiri daripada pelbagai kedai makan, kedai kopi, kedai serbaneka dan lain-lain.
Terletak di atas bukit, unit-unit di sini turut menawarkan pemandangan yang indah dan udara segar. Hanya beberapa minit perjalanan ke Cameron Bharat Tea Estate, Rata House juga berdekatan dengan tarikan-tarikan lain di sekitar Cameron Highlands.

Setiap unit apartment di Rata House ini menawarkan 2 bilik tidur dan 2 bilik mandi. Selesa dan bergaya, setiap unit juga dihias indah dengan cara yang penuh praktikal. Ruang tamu dan ruang makan tersedia di setiap unit.
Anda juga akan menikmati sebuah dapur mini yang serba lengkap. Kelengkapan seperti peti sejuk, microwave, cerek, peralatan dan perkakas-perkakas makan, semuanya tersedia. Mudah untuk anda sekeluarga nanti.
Alamat: A-3A-23A, Cameron Fair, Cameron Highlands
04. Crystal Cameron Vacation Bungalow

Perlukan tempat besar untuk percutian keluarga anda di Cameron Highland Nanti? Crystal Cameron Vacation Bungalow ini pilihan terbaik untuk mereka yang mengembara bersama kumpulan yang besar.
Rumah Bungalow yang dihias lenkap ini membuat anda rasa seperti berada di rumah kedua anda di Cameron Highland.

Lengkap dengan ruang tamu yang luas, Dapur dan tempat makan, penginapan ini cukup bagus untuk anda sekeluarga.
Alamat: 18, Persiaran Royal Lily, 39000 Tanah Rata
05. Copthorne Cameron Highlands

Sebelum ini dikenali sebagai Equatorial Hotel, Copthorne Cameron Highlands merupakan hotel bertaraf 4 bintang yang terletak di Brinchang.
Resort yang bertema Tudor ini menawarkan tetamu bilik dengan pemandangan landskap gunung yang memukau.
Terdapat juga kolam renang tertutup di hotel ini dan fasiliti menarik yang lain seperti pusat kecergasan dan taman permainan kanak-kanak.

Copthorne Cameron Highland juga mempunyai beberapa restauran yang menghidang sajian tempatan dan antarabangsa.
Mahu mengembara ke tempat menarik di Cameron Highland? Anda boleh melawat beberapa tarikan popular yang berdekatan dengan hotel seperti Butterfly Farm, Air Terjun Robinson dan Ladang Teh Boh.
Alamat: Ladang Kea, 39100 Brinchang
06. Century Pines Resort Cameron Highlands

Century Pines hotel merupakan sebuah ikon penginapan yang sudah lama menjadi sasaran pelancong yang datang melawat Cameron Highlands.
Tetamu yang bermalam di hotel ini pasti jatuh cinta dengan hiasan bilik moden dan lantai kayu keras.
Menampilkan hanya 153 bilik tetamu hotel boleh memilih dari 5 jenis bilik iaitu Superior, Superior dengan Pemandangan Taman, Deluxe, Deluxe dengan Taman, Suite Duplex dan Setiap jenis bilik akan memberi anda pengalaman yang berbeza.

Apa yang menarik adalah mereka tidak menggunakan penghawa dingin untuk menyejukkan bilik, mereka menyalurkan angin segar dari luar hotel masuk terus ke bilik menggunakan sistem pengudaraan yang dibina khas.
Antara fasiliti yang disediakan untuk tetamu adalah pusat kecergasan, kolam renang dan spa.
Kepada mereka yang datang ke Cameron Highland semata-mata untuk menikmati pemandangan ladang teh, anda pasti suka mendengar bahawa hotel ini hanya beberapa minit masa perjalanan ke Bharat Tea Plantation dan Cameron Highland Tea Plantation.
Alamat: Lot 42 Jalan Masjid, 39000 Tanah Rata
07. Heritage Hotel Cameron Highlands

Heritage Hotel Cameron Highlands merupakan resort butik bergaya tudor yang boleh dijumpai di kawasan Tanah Rata.
Hotel ini berjaya menggabungkan seni bina tradisi british dengan keselesaan sebuah hotel moden bertaraf 4 bintang. Disamping itu Taman di resort ini di reka menyerupai sebuah English Garden.
Untuk melengkapkan lagi bilik istimewa anda, terdapat balkoni peribadi dimana anda boleh berdiri sambil menikmati pemandangan matahari terbenam bersama orang yang tersayang.

Kedudukannya yang strategik di Tanah Rata bermaksud anda hanya beberapa minit sahaja dari restaurant dan kedai popular membuat tugas seperti mencari tempat makan yang sedap suata perkara mudah.
Tetapi jika anda lebih suka menjamu selera tanpa meninggalkan perkarangan hotel, Rainforest Restaurant menghidang pelbagai jenis makanan sepanjang hari.
Untuk minum petang pula sila ke The Vintage Lounge untuk menikmati cookies dan kek sambil menghirup secawan teh Cameron panas.
Alamat: Jalan Gereja, 39000 Tanah Rata
08. Hotel Rosa Passadena

Hotel Rossa Pasadena terletak di tengah-tengah bandar Brinchang yang merupakan bandar kedua paling besar di Cameron Highlands.
Hotel ini bukan sahaja popular dengan pelancong luar, tetapi ia juga menjadi pilihan ramai penduduk Cameron Highlands yang mencari hotel menarik dengan harga yang berbaloi.
Dimanapun mata anda memandang anda akan melihat corak bunga rose menghias setiap sudut hotel ini dan dari situ hotel ini mendapat namanya.

Bilik di hotel ini dibahagikan kepada tiga jenis iaitu Standard, Tripple Superior, dan Deluxe Quad Room.
Hotel ini juga sesuai untuk mereka yang suka melayar media sosial kerana pihak hotel menyediakan wifi percuma di dalam bilik dan di lobi hotel.
Kepada yang suka mengembara pula, pihak hotel juga boleh menguruskan lawatan ke tempat-tempat menarik di sekeliling Cameron Highland jika anda perlukan perkhidmatan tersebut.
Alamat: No.1, Bandar Baru Brinchang, 39100 Brinchang
09. Casa Dela Rosa

Casa Dela Rosa merupakan resort butik 30 bilik yang menjadi pilihan popular individu yang mencari tempat aman untuk bersorok dari kesibukan dan haru-biru kehidupan harian.
Tetamu dapat memilih diantara 4 jenis Pent Suites yang diberi nama Casa Passadena, Cassa Isabella, Cassa Lambada, dan Cassa Nikita.
Setiap jenis bilik membawa reka bentuk unik yang berlainan sambil memastikan keselasaan anda diutamakan.
Satu ciri yang menambah kepada keunikan bilik di Casa Dela Rosa ini adalah biliknya berkonsep open space, ideal untuk mereka yang sukakan ruang hidup yang lapang.

Terdapat beberapa laluan khas untuk jogging yang boleh ditemui disekitar kawasan hotel, memberi tetamu peluang untuk bersenam sambil menikmati udara gunung yang segar.
Untuk menjamu selera pula, tetamu dapat menikmati hidangan oriental di The Casa Osiana atau minum petang di Golf View Terrace yang menghadap padang golf yang luas.
Alamat: Lot 48, Jalan Circular, 39000 Tanah Rata
10. Nova Highland Resort & Residence

Ada diantara kita yang tidak beberapa gemar dengan penginapan yang bertema antik dan mencari tempat bermalam yang lebih moden.
Jangan risau, kerana anda boleh bermalam di Nova Highland Resort & Residence sebuah hotel moden yang baru sahaja siap dibina di Brinchang.
Bilik di Nova resort ini terbahagi kepada 2 bahagian iaitu The Square dan The Retreat. The Square terdapat 160 unit hotel berjenis satu bilik dan dua bilik.

Di The Retreat pula anda diberi pilihan 3 bilik yang memang afdal untuk mereka yang bercuti secara ramai dan memerlukan satu penginapan yang mempunyai bilik yang berasingan.
Resort ini juga bagus untuk percutian keluarga kerana terdapat Amusement Park di dalam hotel yang menawarkan tarikan seperti 3D Interactive Museum, 7D Theatre dan permainan untuk seisi keluarga.
Disamping itu, anda boleh berjalan-jalan sambil membeli-belah di Shopping Arcade yang bersambung dengan hotel.
Alamat: The Square, Jalan Aranda Nova, Greencow, 39100 Brinchang
11. Strawberry Park Resort

Mengidam untuk memiliki apartment mewah di Cameron Highland? Jangan beli dahalu, anda hanya perlu menempah bilik di Strawberry Park Resort untuk pengalaman bermalam di apartment mewah diatas gunung.
Buka sahaja pintu bilik anda akan terpegun dengan perabot hiasan moden dan kemas, bakal membawa ketenangan kepada sesiapa yang melihatnya.
Fasiliti untuk kegunaan tetamu adalah indoor swimming pool, sauna, bilik permainan kanak-kanak, dan gelanggang tenis.
Kalau itu tidak cukup, anda boleh bersantai di tub air panas yang terletak di Spa ala-Balinese yang disediakan khas buat tetamu hotel.

Terdapat 7 tempat menjamu selera yang berasingan di resort ini membuat ada tidak kekurangan pilihan untuk tempat makan.
Antara restoran yang menjadi kunjungan ramai tetamu semasa berada di resort ini adalah The Strawberry Court Thai Restaurant yang menyajikan pelbagai jenis hidangan thai yang pasti memikat selera anda.
Pihak hotel juga menyediakan pelbagai pakej persiaran menarik yang berbeza seperti lawatan ke ladang teh Boh, dan untuk mereka yang lebih suka aktiviti lasak anda boleh mengikuti Guided Forest Walk atau Mountain Biking di Gunung Brinchang.
Alamat: Lot 195 & 196, 39000 Tanah Rata
12. Hotel De La Ferns Cameron Highlands

Hotel popular bertaraf 3 bintang ini mendapat namanya dari pohon fern yang tumbuh secara semulajadi disekitar kawasan Cameron Highlands.
Hotel yang terletak diantara Brinchang dan Tanah Rata ini juga menampilkan seni bina inggeris Tudor dan menawarkan penginapan selesa untuk seisi keluarga.
Resort butik ini mempunyai 75 bilik dan memberi tetamu 4 pilihan penginapan iaitu bilik Single, Double, Twin dan Queensize Twin.

Kepada mereka yang mahukan pengalaman mewah dan luarbiasa pula boleh bermalam di suite penthouse gaya dupleks yang diberi nama Highland Ferns dan Cameron Ferns.
Tidak kira apa jenis bilik pun yang anda pilih apa yang pasti adalah anda akan mendapat pemandangan gunung yang menenangkan.
Datang sahaja masa untuk membasahkan tekak, anda boleh menuju ke Coffee House Resort untuk secawan kopi panas.
Alamat: Batu 39, Jalan Besar, 39000 Tanah Rata
13. The Smokehouse Hotel Cameron Highlands

The Smokehouse Hotel, atau gelaran yang lebih tepat โYe Olde Smokehouse Hotelโ, hanya beberapa minit sahaja jika memandu ke pekan Brinchang.
Hotel ini mempunyai 24 bilik dan bilik disini tidak mempunyai nombor, tetapi diberi nama yang berbeza, apa yang penting ialah anda tidak lupa nama bilik anda semasa berada di hotel ini nanti.
Masuk sahaja bilik anda akan menjumpai katil yang luas dan perabot kayu yang menambah kepada perasaan bermalam di sebuah English Cottage.
Pengaruh British bukan sahaja terhad kepada seni bina bangunan dan hiasan bilik, makanan yang dihidangkan kepada tetamu juga adalah sajian British yang popular dan salah satu sajian yang anda wajib cuba semasa berapa disini adalah Scones terkenal mereka.

Berjalan keluar pula dan anda akan menemuai taman penuh dengan bunga dan di setiap tempat anda pasti terjumpa tempat duduk yang selesa.
Berhampiran taman tersebut terletak restoran hotel dan pada waktu malam mereka kerap mengadakan BBQ untuk tetamu.
Alamat: Bersebelahan The Golf Course, 39000 Tanah Rata
14. Casa Loma

Jika anda seorang yang merancang untuk meluangkan masa ditempat yang sunyi sambil menenangkan fikiran bersama orang yang tersayang, Casa Loma Cameron Highlands mungkin pilihan terbaik untuk anda.
Resort ini terletak di atas bukit dan tersorok dibelakang pohon-pohon hijau yang tumbuh mengelilinginya.
Ia sesuai untuk meraka yang mementingkan privasi kerana hanya terdapat 8 bilik sahaja di butik hotel ini, memastikan tempat ini tidak akan dibanjiri pelancong.

Tetamu dapat memilih diantara bilik Deluxe King ataupun Deluxe Tripple. Setiap bilik dijanjikan pemandangan bukit yang menawan dan kelengkapan yang cukup untuk membuat masa anda disana selesa dan intim.
Disamping itu, taman bunga hanya beberapa langkah sahaja dari bilik jika anda mahu berehat sambil menikmati udara nyaman Cameron Highlands.
Alamat: Green Hill Resort, 39000 Tanah Rata
15. The Bala’s Holiday Chalet

Di atas bukit milik persendirian, jauh dari hiruk โpiruk bandar, anda dapat menjumpai kotej Inggeris menawan yang diberi nama Balaโs Holiday Chalet.
Penginapan gaya inggeris ini berjaya menggabungkan suasana penginapan bertema antik dengan keselesaan hotel moden.
Ramai yang mencari percutian idaman di Cameron highlands memilih untuk bermalam di hotel ini kerana keunikannya.
Udara yang sejuk ditambah pula dengan persekitaran semulajadi yang menarik menjadikan hotel ini pilihan sempurna bagi mereka yang mecari penginapan intim di Cameron Highland.

Berjalan di taman anda akan menjumpai cafe kecil dimana tetamu boleh meghirup secawan teh sambil melihat kecantikan taman tersebut.
Untuk santapan pula anda boleh ke restoran hotel yang bernama British India Restaurant dimana anda boleh menikmati hidangan tempatan atau sajian barat.
Alamat: Lot 55, 39000 Tanah Rata
16. The Lakehouse

Saya mengakhiri ulasan ini dengan sebuah lagi penginapan yang diilhamkan oleh senibina warisan British yang bernama The Lakehouse Cameron Highland.
Resort ini tersorok diatas bukit dan menawarkan bilik bersiling kayu dan katil empat tiang yang romantik.
Apabila anda masuk ke bilik seperti anda bibawa balik ke zaman silam apabila melihat perabot kayu antik yang menghiasi bilik.

Antara tarikan yang menambah kepada keunikan hotel ini adalah Reading Room mereka dimana anda boleh menghilangkan diri sambil membaca buku kegemaran anda.
Untuk santapan pula anda boleh menikmati sarapan atau makan malam di restoran yang menyediakan sajian tempatan dan british.
Tidak sempurna lawatan ke Cameron Highland tanpa mencuba satu cawan teh Cameron betul? Anda tidak perlu berjalan jauh, The Lake View Cafe tempat sesuai untuk anda berehat sebentar sambil minum secawan teh panas.
Alamat: Batu 30, 39200 Ringlet
Memang banyak hotel menarik di Cameron Highland dan saya harap dengan senarai yang disediakan diatas anda dapat membuat pilihan terbaik semasa melancong ke sana nanti.
Jika anda sedang merancang percutian bajet ke Cameron Highlands dan mahu melihat beberapa cadangan, sila baca ulasan saya tentang hotel bajet di Cameron Highland dimana saya menyenaraikan 16 hotel yang menawarkan nilai paling bagus untuk wang anda.
Baca: 37 Homestay Di Cameron Highland Yang Menarik & Selesa
Untuk mendapat maklumat lanjut mengenai hotel diatas, seperti harga bilik dan gambar, atau anda mahu melihat tawaran penginapan yang terkini anda boleh ke laman web Agoda.com. Semoga kenangan manis bercuti di Cameron Highland kekal bersama anda untuk selamanya.