24 Hotel Terbaik Di Port Dickson Untuk Percutian Menarik Di Tepi Pantai

Jika di kira semua Chalet, Hostel, Apartment, dan Hotel di sekitar Port Dickson ada berapa ratus tempat penginapan yang anda boleh tinggal semasa berada di Port Dickson nanti.

Tetapi jika anda mencari pengalaman bermalam di tempat istimewa dan luar biasa, hanya beberapa penginapan sahaja yang layak di beri gelaran hotel terbaik di Port Dickson.

Tidak kira anda mencari hotel 5 bintang yang paling mewah ataupun penginapan romantik untuk bermalam dengan orang tersayang? Di Port Dickson pasti ada hotel yang menepati cita rasa anda.

Di bawah kami telah menyusun 24 hotel terbaik di Port Dickson yang sesuai untuk mereka yang mencari pengalaman bercuti yang terbaik.


24. Klana Beach Resort

Klana Beach Resort - Gambar Hotel Dari Atas

Klana Beach Resort Port Dickson adalah resort yang sempurna untuk keluarga anda. Hotel moden ini menawarkan pelbagai aktiviti menarik lagi menyeronokkan kepada mereka yang sudi bermalam di hotel ini.

Lihat Tawaran Terkini Hotel Terbaik Di Port Dickson

Hotel ini membawa gelaran Islamic Hotel bukan sahaja kerana ia patuh syariah tetapi terdapat pelbagai unsur-unsur islamik seperti kelengkapan sejadah dan alquran didalam setiap bilik, lagu nasyid dan ayat suci Al-Quran di pasang sentiasa di lobi, kakitangan mesra yang menutup aurat, kolam renang berasingan disediakan untuk tetamu lelaki dan perempuan, serta terdapat surau di kawasan hotel.

Klana Beach Resort - Gambar Dalam Bilik Dan Kolam Renang

Jika anda dari Kuala Lumpur, anda hanya perlu memandu selama satu jam untuk menjumpai resort popular yang terletak di Teluk Kemang ini.

Hotel ini menawarkan 2 jenis bilik yang berbeza iaitu Deluxe Double Seaview dengan harga yang mahal sedikit tetapi anda dapat pemandangan laut, dan Superior Garden View dengan pemandangan taman.

Ambil masa untuk berehat sepenuhnya sambil kakitangan hotel memberi anda layanan terbaik dan jangan lepaskan peluang untuk menggunakan perkhidmatan resort yang berkualiti tinggi.

Masa di sana nanti anda juga dapat mempelajari sedikit tentang Astronomi kerana berhadapan dengan hotel terletak Kompleks Baitul Hilal.

Kompleks ini merupakan salah satu pusat astronomi dan kaji bintang yang terunggul di Asia Tenggara.

Untuk menenangkan fikiran pula anda boleh bersantai di Pantai Teluk Kemang atau Pantai Seri Purnama sambil menikmati pemandangan matahari terbenam. Sudah pasti anda tidak akan melupakan pengalaman manis di Klana Beach Resort.

Alamat: Kompleks Baitulhilal, Lot 4506, Batu 8, Jalan Pantai, 71050 Port Dickson

Selanjutnya Di Booking.com

23. Akar Beach Resort

Akar Beach Resort - Gambar Kolam Renang Luar Yang Menarik

Inginkan percutian dimana anda boleh merehatkan diri di resort tropika sambil berjalan di atas pasir pantai purnama dengan pemandangan laut Selat Melaka di depan mata?

Akar Beach Resort Port Dickson yang terletak hanya 1 minit berjalan kaki dari pantai ini pasti dapat membuat impian anda menjadi kenyataan.

Sesuai untuk percutian berpasangan atau keluarga, Akar Beach Resort dilengkapi dengan pelbagai kemudahan supaya anda dapat bercuti dengan sempurna.

Apa yang membuat resort ini menarik adalah ia menawarkan penginapan 3 bintang di tepi pantai dengan harga yang berpatutan.

Akar Beach Resort - Gambar Dalam Bilik Katil Single dan Double

Tetamu dapat memilih antara 4 jenis bilik dengan hiasan minimalis iaitu Standard Room, Superior Room, Deluxe dan Family Room.

Setiap satu mempunyai kelebihan tersendiri dan dapat memenuhi kehendak tetamu yang mencari bilik kecil untuk bermalam seorang diri, atau meraka yang mencari bilik lebih sesuai untuk percutian keluarga.

Melihat aktiviti luaran pula, anda boleh bersuka ria di kolam renang luas di bawah. Resort ini bagus untuk mereka yang merancang percutian singkat ke Port Dickson dan mahukan penginapan tepi pantai yang selesa dengan harga yang berpatutan.

Alamat: Batu 9, Jalan Pantai Teluk Kemang, 71050 Port Dickson

Selanjutnya Di Booking.com

22. Ancasa Residence

Ancasa Residence Port Dickson - Gambar Drone

Ancasa Residence boleh ditemui di pantai Teluk Kemang yang popular di Port Dickson. Resort berkonsep Apartment-Hotel ini merangkumi kawasan luas yang dipenuhi tumbuhan hijau, memastikan anda disambut dengan ketenangan bermula pada saat anda tiba di resort ini.

Penginapan berhadapan laut ini memberi tetamu pilihan atara apartment satu, dua atau tiga bilik.

Afdal bagi individu yang merancang percutian bersama keluarga atau sesiapa yang melancong secara berkumpulan ke Port Dickson.

Ancasa Residence - Gambar Dalam Bilik Dan Luar Hotel

Walaupun resort ini menawarkan nilai bagus untuk wang, tetapi taraf servis yang dijanjikan untuk tetamu tidak jauh berbeza dari pilihan hotel popular yang lain di Port Dickson.

Jika anda tidak sibuk bersantai di kolam renang besar dibawah anda boleh menikmati hidangan yang lazat atau secawan kopi panas di Saffron Brasserie Cafe.

Mencari aktiviti yang lebih mengujakan? Cubalah pelbagai sukan air yang disediakan di pantai resort seperti kayak, snorkling, jet ski dan banana boat ride.

Ancasa Residence menawarkan persekitaran yang damai untuk sekeluarga sambil anda menjelajah keindahan Port Dickson.

Alamat: 8 1/2 Jalan Pantai Teluk Kemang, 71050 Port Dickson

Selanjutnya Di Booking.com

21. Maison Seaview Suites Port Dickson

Maison Seaview Suites Port Dickson - Gambar Dari Atas

Maison Seaview Suites merupakan hotel jenis apartment atau digelar sebagai aparthotel yang terletak di Glory Beach Resort. Ia menawarkan keselesaan dan kemudahan sebuah apartment dengan fasiliti dan suasana sebuah hotel.

Bagi anda yang akan menginap di Maison Seaview Suites ini, anda akan menikmati kemudahan tersedia seperti kolam renang, pantai persendirian dan gim. Anda juga tidak perlu risau tentang makanan kerana restoran dan kedai serbaneka juga tersedia di hotel ini.

Maison Seaview Suites Port Dickson - Gambar Bilik

Dari segi tempat tidur, anda akan menikmati apartment yang lengkap dengan 2 atau 3 bilik tidur, bergantung kepada jenis apartment yang anda pilih. Anda boleh memilih antara Junior Suite, Superior Suite, King Suite dan Presidential Suite.

Harga juga bergantung kepada pemilihan pemandangan antara Garden view dan Seaview. Setiap aparthotel juga dilengkapi dengan kitchenette atau dapur mini yang tersedia dengan peti sejuk dan microwave.

Alamat: Glory Beach Resort Batu 2, Jalan Seremban, Taman Tanjung, Port Dickson

Selanjutnya Di Booking.com

20. Pacific Regency Beach Resort

Pacific Regency Beach Resort - Gambar Kolam Renang

Sebuah hotel yang mengetengahkan ketenangan dan mementingkan keselesaan untuk percutian serba relaxing ialah Pacific Regency Port Dickson. Hotel ini terletak di Teluk Kemang, Port Dickson yang merupakan antara tarikan utama dan pusat komersil di sini.

Seluruh hotel telah dihias dengn warna-warna neutral yang tampak eksklusif dan indah berlatar belakangkan langit dan lautan serba biru. Pacific Regency Beach Resort menyediakan pelbagai fasiliti dan kemudahan yang bertaraf 4 bintang seperti restoran, kolam renang, gim, pantai persendirian, arcade, concierge dan banyak lagi.

Pacific Regency Beach Resort - Bilik Hotel Dengan Kolam Renang Peribadi

Nikmati bilik-bilik penginapan yang serba selesa dengan pemandangan yang menenangkan. Secara keseluruhan ada 166 bilik kesemuanya yang merangkumi bilik superior, deluxe dan studio loft.

Untuk menikmati percutian dan pengalaman yang lebih mewah, anda juga boleh memilih antara Seri Menanti Suite, Seri Menanti Junior Suite dan Istana Penthouse yang didatangkan bersama kolam renang persendirian setiap satu.

Alamat: Batu 7 1/2, Jalan Pantai Teluk Kemang, Kampung Teluk Kemang, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan

Selanjutnya Di Booking.com

19. TSR Seafront Hotel

TSR Seafront Hotel - Gambar Hotel Waktu Malam

Mencari penginapan yang selesa serta menawarkan hiburan optimum untuk percutian anda sekeluarga di Port Dickson? Tidak perlu mencari lagi, pilih saja TSR Seafront Hotel. Ia merupakan sebuah hotel 3 bintang yang mementingkan hiburan.

Malah, tidak lama lagi mereka juga akan menawarkan sebuah taman tema hiburan. Hotel ini terletak di Teluk Kemang jadi ia berdekatan dengan tarikan-tarikan utama di Port Dickson.

TSR Seafront Hotel - Gambar Dalam Bilik

Hotel ini akan menawarkan sebuah panggung wayang, pusat karaoke dan banyak lagi. Buat pengetahuan anda, hotel ini juga menawarkan makanan dari restoran ternama  Marrybrown dalam premis ini. Anda boleh memilih antara bilik standard dan bilik superior.

Setiap bilik juga dilengkapi dengan TV Samsung 4K 49 inci yang tentu sekali cukup high-tech. Gaya dan dekorasi hotel juga sangat stylish, modern dan kontemporari.

Alamat: KM13, Jalan Pantai Teluk Kemang, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan

Selanjutnya Di Booking.com

18. The Guest Hotel & Spa

The Guest Hotel & Spa - Gambar Luar Hotel

Jika anda bercadang untuk menginap di kawasan bandar dan bukan fokus kepada penginapan pantai, bolehlah cuba The Guest Hotel & Spa. Merupakan sebuah hotel bertaraf 3 bintang yang terletak di Bandar Dataran Segar, Port Dickson.

Hotel simple ini menawarkan penginaan yang selesa di kawasan bandar dan terletak secara strategik di pusat yang lebih komersil. Pun begitu, ia hanya mengambil masa perjalanan 5 minit sahaja untuk ke pantai.

The Guest Hotel & Spa - Gambar Dalam Bilik

The Guest Hotel & Spa ini telah dihias dan didekorasi dengan konsep modern klasik, menampakkan seluruh hotel dan bilik-bilik penginapan di sini tampak slee, bersih dan kemas bergaya. Pilih saja antara bilik deluxe, Family, suite executive atau Suite Presidential. Kesemuanya cukup cantik dan selesa.

Amenities di hotel ini juga tidak kurang hebatnya. Dengan kemudahan seperti bilik meeting, restoran, spa & urutan, sauna dan mandian stim serta jacuzzi dan kolam renang, hotel ini bukan sahaja selesa, convenient dan cantik, ia juga lengkap dan menarik.

Alamat: 4704, Jalan Ds 1/3, Bandar Dataran Segar, Bandar Dataran Segar, 71010 Port Dickson, Negeri Sembilan

Selanjutnya Di Booking.com

17. Hotel Seri Malaysia Port Dickson

Hotel Seri Malaysia Port Dickson - Gambar Luar Hotel

Hotel Seri Malaysia merupakan antara jenama yang tidak asing lagi dalam dunia perhotelan, terutama sekali dalam kategori hotel bajet dan mampu milik. Di Port Dickson, cawangan Hotel Seri Malaysia terletak di Jalan Pantai.

Hanya 2 minit perjalanan kaki ke Pantai Saujana Port Dickson. Walaupun hotel ini cukup simple, ia tetap menawarkan kemudahan seperti restoran, kolam renang dan lain-lain.

Hotel Seri Malaysia Port Dickson - Gambar Dalam Bilik

Dari segi penginapan, anda boleh memilih antara bilik Twin dan bilik Family. Bagi bilik Family, anda boleh memilih untuk muatan 3 atau 4 orang. Mereka tawarkan bilik family dan muatan yang berbeza bergantung kepada jenis katil yang tersedia.

Walaupun dekorasi dan hiasan hotel ini lebih berunsurkan tradisional dan identiti Malaysia, ia tidak kurang selesa. Kawasan hotel yang luas juga ada menawarkan tarikan tersendiri seperti ruang santai yang dikelilingi bunga-bunga dan tempat-tempat bergambar.

Alamat: Hotel Seri Malaysia, 49, Jalan Pantai, Taman Dato Haji Abdul Samad, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan

Selanjutnya Di Booking.com

16. Ehsan Seaview Hotel Port Dickson

Ehsan Seaview Hotel Port Dickson - Gambar Hotel Dari Atas

Ehsan Seaview Hotel di Port Dickson merupakan hotel bertaraf 3 bintang yang cukup cantik dan menarik. Perhiasan dan dekorasi sekitar hotel tampak eksklusif dan mewah sekali. Hotel ini turut menawarkan kemudahan dan fasiliti serba lengkap.

Ini termasuk akses terus ke pantai. Anda juga boleh menikmati kolam renang outdoor yang besar, restoran yang menawarkan pelbagai hidangan lazat serta bilik conference untuk adakan apa-apa majlis.

Ehsan Seaview Hotel Port Dickson - Gambar Dalam Hotel

Dari segi bilik penginapan, hotel Ehsan Seaview ini memberikan pilihan antara bilik standard twin atau deluxe triple. Setiap bilik menawarkan katil dan muatan berbeza dan anda boleh memilih mengikut kesesuaian bajet dan keselesaan keluarga anda.

Setiap bilik juga lengkap didatangkan bersama bilik mandi, tv dan meja menulis yang selesa. Nikmati pemandangan lautan yang indah dari bilik anda.

Alamat: No. 325, Batu 1, Jalan Rumah Rehat, Kampung Bahasa Kapor, 71000 Port Dickson, Negeri Sembilan

Selanjutnya Di Booking.com

15. Kapitan Lodge

Kapitan Lodge - Gambar Penginapan Waktu Malam

Mustahil untuk terlepas pandang bangunan Kapitan Lodge yang memancarkan warna-warni ceria biru dan hijau di samping seni binanya yang unik. Untuk pengetahuan anda, Kapitan Lodge sebenarnya adalah sebuah rumah bergaya tradisional Jawa Joglo, patutlah lain daripada lainkan?

Walaupun berkonsep klasik, suasana penginapan ini cukup ceria kerana dihiasi dengan penuh warna-warni, dari langsir, perabot hinggalah kepada dinding penginapan, hampir setiap sudut sesuai untuk dijadikan latar belakang fotografi.

Kapitan Lodge - Gambar Dalam Bilik

Bukan hanya memiliki dekorasi yang menarik, Kapitan Lodge turut menjanjikan atmosfera kampung yang sebenar, dengan halaman rumah yang luas untuk beraktiviti, di sini juga terdapat reban ayam, terubat rasa rindu dengan kampung halaman. Anda juga boleh merancang untuk berbbq kerana fasiliti ini sudah pun tersedia.

Lokasinya? Memang terbaik! Anda hanya perlu berjalan kaki 1 minit sahaja dari rumah ini untuk ke kawasan pantai. Macam mana? Tertarik? Booking secepat yang mungkin sebelum terlepas.

Alamat: 2671, Kg segenting Bt 11 Port Dickson, 71250 Port Dickson

Selanjutnya Di Booking.com

14. Win Win Boutique Hotel PD

Win Win Boutique Hotel PD - Gambar Luar Hotel

Inginkan keselesaan seperti menginap di hotel yang berbintang-bintang dalam harga yang berpatutan? Ini semua dapat dinikmati sekiranya anda menginap di Win Win Boutique Hotel PD.

Mengetengahkan konsep moden dan minimal, suasana biliknya terasa sangat cosy dengan gabungan warna yang sejuk dipandang. Bukan sekadar menarik pada pandangan mata, katil hotel ini juga sangat empuk, memang syok untuk mendapatkan tidur nyenyak selepas seharian berjalan.

Win Win Boutique Hotel PD - Gambar Dalam Bilik Dan Lobi

Bilik yang ditawarkannya juga sangat luas menjadikan ianya selesa untuk diinapi bersama keluarga. Sambil bersantai di dalam bilik ini, anda boleh menghiburkan diri dengan melayari internet menggunakan wifi percuma yang disediakan atau menonton tv.

Sudah puas berehat? Kalau anda merancang untuk bershopping atau membeli barangan keperluan, pasaraya Giant dan Tesco terletak berhampiran sahaja dengan hotel ini. Untuk menguruskan pakaian pula, dobi layan diri terletak hanyalah bersebelahan dengan hotel.

Alamat: No 10 Jalan PD- Seremban Lukut Prima, 71010 Port Dickson

Selanjutnya Di Booking.com

13. Wonderland Private Pool Villas

Wonderland Private Pool Villas - Gambar Kolam Renang Peribadi

Lengkap dengan kolam renang peribadi, apa lagi yang anda perlukan untuk sebuah percutian yang menakjubkan? Wonderland Private Pool Villas menawarkan penginapan dengan suasana tropikal yang mendamaikan jiwa.

Villa yang bergaya klasik dan elegan ini cukup menarik untuk dijadikan penginapan bersama keluarga. Sambil menikmati minuman panas di dalam villa, anda boleh melihat keindahan kawasan kolam renang.

Wonderland Private Pool Villas - Gambar Dalam Chalet Terapung

Dah puas berehat, anda boleh terus terjun ke dalam kolam renang peribadi ini tanpa perlu mengambil kisah tentang keadaan sekeliling. Tanpa gangguan sesiapa, anda sekeluarga boleh bermandi-manda pada bila-bila masa.

Alamat: Grand Lexis Port Dickson Batu 2, Jalan Seremban, Tanjung Gemuk, 71000 Port Dickson

Selanjutnya Di Booking.com

12. Tasik Villa International Resort

Tasik Villa International Resort - Gambar Private Pool

Penginapan yang sempurna, Tasik Villa International Resort menjanjikan pengalaman yang terindah dalam kehidupan anda sekeluarga terutama sekali sekiranya anda memilih jenis penginapan yang lengkap dengan kolam renang peribadi iaitu villa dua bilik yang ditawarkannya. Kolam renangnya cukup luas untuk menampung kesemua ahli keluarga. Yang penting, setiap inci hotel ini cukup terjaga kebersihannya.

Hotel yang bertaraf 5 bintang ini juga lengkap dengan pelbagai lagi kemudahan awam lain seperti kolam renang yang luas, bilik sauna, gimnasium dan banyak lagi.

Tasik Villa International Resort - Gambar Dalam Bilik Double

Lokasinya,  terletak hampir dengan pelbagai tarikan menarik seperti Alive 3D Art Gallery, Muzium Lukut dan Wild West Cowboy Indoor Theme Park. Dari sini juga mudah untuk anda menuju ke kedai makan dan kawasan pantai yang terkenal di PD.

Alamat: Jalan Tasik Villa, Pusat Pelancongan Antarabangsa Kota Lukut, Port Dickson, 71010 Port Dickson

Selanjutnya Di Booking.com

11. PD Perdana Homestay Pool Side

PD Perdana Homestay Pool Side - Gambar Kolam Renang Luas Di Luar Untuk Kegunaan Tetamu

PD Perdana Homestay Pool Side menawarkan penginapan yang luas dalam harga berpatutan untuk keselesaan penginapan bersama keluarga. Terdapat dua jenis penginapan yang ditawarkan iaitu apartment 2 bilik (untuk keselesaan sehingga 5 orang penginap) dan apartment 3 bilik (untuk keselesaan kepada 7 orang penginap).

Apartment-apartment ini lengkap dengan ruang tamu dan juga ruang makan. Untuk harga yang ditawarkan, ruangan yang disediakan dapat memaksimakan keselesaan anda sepanjang percutian. Bolehlah anda bungkus makanan dari kedai dan nikmati hidangan dalam keadaan penuh privasi bersama keluarga di  dalam penginapan sendiri.

PD Perdana Homestay Pool Side - Gambar Bilik, Ruang Tamu Dan Tandas

Dah kenyang? Bila dah selesai menghadam nanti, anda sekeluarga bolehlah menuju ke kawasan kolam renang untuk bermandi-manda atau beraktiviti di gelanggang tenis yang disediakan.

Alamat: PD Perdana, Batu 5, Jalan Pantai, 71050, Port Dickson, Negeri Sembilan, 71050 Port, 71050 Port Dickson

Selanjutnya Di Booking.com

10. Bayview Villas Condominium

Bayview Villas Condominium - Gambar Pemandangan Dari Luar

Bayview Villas Condominium adalah sebuah penginapan dalam harga berpatutan yang dapat memberikan keselesaan optimum kepada sehingga 4 orang penginap pada satu-satu masa. Kondo ini memiliki dua buah bilik tidur, ruang tamu dan dapur yang dilengkapi dengan kemudahan asas seperti peti sejuk dan microwave.

Bayview Villas Condominium - Gambar Dalam Bilik Dan Kawasan Sekitar Hotel

Setelah puas bersantai di dalam bilik, anda sekeluarga boleh berseronok di kawasan kolam renang atau berbbq dengan  menggunakan fasiliti yang disediakan. Selain di sekitar kondo, anda juga boleh merancang untuk ke kawasan pantai yang terletak tidak jauh dari sini.

Untuk membeli barangan keperluan atau menghilangkan rasa lapar, banyak kedai runcit atau pasaraya boleh ditemui di sekitar penginapan.

Alamat: 7th Mile, Jalan Pantai, Teluk Kemang B16-3A, Bayview Vilas Condominium, 71050 Port Dickson

Selanjutnya Di Booking.com

9. Alexis Private Water Chalets

Alexis Private Water Chalets - Gamabr Chalet Air Dari Luar

Sekali menginap di sini, anda pasti tak akan pandang penginapan lain lagi. Alexis Private Water Chalets menawarkan chalet yang dihias dengan elegan dan beraura klasik. Sambil berehat di dalam bilik, anda boleh melihat pemandangan air melalui lantai kaca kecil yang terletak di hujung katil. Selain bilik yang menarik, bilik mandinya juga lengkap dengan tab mandian.

Baca: 25 Homestay Menarik Di Port Dickson

Antara aktiviti yang boleh anda rancang untuk lakukan di sini selain daripada berendam badan di dalam tab mandian adalah seperti bermandi-manda di kolam renang atau bersenam di gimnasium.

Alexis Private Water Chalets - Gambar Dalam Chalet

Jangan lepaskan peluang untuk menggunakan basikal yang disediakan pihak hotel untuk makan angin di kawasan sekitar, sangat menyeronokkan! Bagi yang membawa anak kecil pula, anda boleh membawa mereka berseronok di taman permainan kanak-kanak.

Alamat: Batu 2, Jalan Seremban, Lexis Port Dickson Negeri Sembilan, 71000 Port Dickson

Selanjutnya Di Booking.com

8. B6 Straits View Private Apartment

B6 Straits View Private Apartment - Gambar Kolam Renang

B6 Straits View Private Apartment  adalah sebuah penginapan yang menarik untuk diinapi bersama keluarga. Memiliki 2 buah bilik dan ruang tamu yang luas, apartment ini sesuai untuk anda yang datang dalam bilangan sekitar 5 orang untuk keselesaan yang optimum.

Semasa merehatkan badan di dalam apartment, anda boleh berhibur dengan menonton siaran Astro atau melihat pemandangan laut Selat Melaka yang cukup mengasyikkan daripada ruang balkoni, jangan lepaskan peluang untuk bersantai di sini terutama sekali ketika matahari terbenam ya?

B6 Straits View Private Apartment - Gambar Dalam Bilik Dan Dapur

Setelah puas melihat pemandangan, anda boleh menggunakan kolam renang luas yang disediakan untuk berseronok bersama keluarga.

Lokasinya, cukup strategik kerana terletak berdekatan dengan kawasan pantai seperti Pantai Baru 8 dan juga Pantai Batu 4 yang hanyalah 1 km dari dari apartment. Kempunan nak makan BigMac? McDonald hanyalah 1 minit sahaja dari sini.

Alamat: C-1-8, Straits View Villas, Bt5, Jalan Pantai Port Dickson, 71050 Port Dickson

Selanjutnya Di Booking.com

7. Maya Apartment Bay View Villas

Maya Apartment Bay View Villas - Gambar Luar

Maya Apartment Bay View Villas menawarkan beberapa buah apartment berbeza yang boleh dipilih berdasarkan bilangan ahli keluarga yang dibawa bercuti iaitu dari 2 ke 6 orang. Antara pilihan yang ditawarkan adalah apartment dengan sebuah bilik tidur, apartment 2 bilik tidur dan juga apartment dengan 3 bilik tidur.

Dari tingkap bilik ataupun ruang balkoni apartment ini anda boleh menikmati pemandangan sekitar bandar atau alam semula jadi.

Maya Apartment Bay View Villas - Gambar Dalam

Setelah puas menikmati keindahan di sekitar, anda boleh melakukan pelbagai aktiviti menarik lain seperti bermandi-manda di kolam renang atau berbbq dengan kemudahan yang disediakan. Bagi anda yang membawa anak kecil, apartment ini turut lengkap dengan taman permainan kanak-kanak.

Berkaitan dengan lokasinya, apartment ini terletak hanyalah dalam sekitar 1 km dari Pantai Teluk Kemang.

Alamat: PD World Marina Resort , Bayview Block C, Batu 7, Jalan Pantai, Port Dickson, 71560 Port Dickson

Selanjutnya Di Booking.com

6. Lexis Port Dickson

Lexis Port Dickson - Gambar Chalet Terapung Dari Atas

Resort yang terletak di bawah naungan Lexis Group of Hotels & Resorts adalah antara resort yang terawal dibina oleh mereka di Port Dickson.

Apa yang akan menangkap mata anda apabila menjejak masuk ke lobi hotel ini adalah pengaruh reka bentuk Balinese, yang menggabungkan keselesaan dan keanggunan, membuat anda rasa seperti berada di sebuah resort eksotik di Bali.

Lexis Port Dickson - Gambar Dalam Bilik

Tetamu boleh memilih antara bilik hotel atau menginap diatas laut didalam chalet air. Satu ciri yang membuat chalet air disini unik pula adalah bilik air konsep terbuka.

Apabila anda berada di sana nanti, buat satu cawan kopi panas, duduk di balkoni perbadi sambil bersantai melihat air laut yang tenang mengelilingi anda.

Alamat: Batu 2, Jalan Seremban, 71000 Port Dickson

Selanjutnya Di Booking.com

5. Grand Lexis Port Dickson

Grand Lexis Port Dickson - Gambar Drone Chalet Dari Atas

Jika ada satu perkara yang boleh Grand Lexis Port Dickson janjikan kepada anda adalah privasi.

Tempat peranginan 5 bintang yang mewah ini menawarkan villa berinspirasi Balinese. Tersembunyi didalam setiap villa adalah sebuah kolam renang peribadi jauh dari mata orang lain.

Grand Lexis Port Dickson - Gambar Dalam Water Chalet

Villa atau water chalet ini disambung oleh jeti dan masa yang diambil untuk berjalan dari lobi ke villa persendirian, anda dapat melihat pemandangan Selat Melaka yang memukau.

Resort yang terkemuka di Port Dickson ini adalah resort kedua didalam koleksi resort dibina oleh Lexis Group.

Untuk santapan pula anda dapat memilih sama ada menjamu selera dengan hidangan tempatan dan barat di Duyung Restoran, atau menikmati hidangan Jepun di Genn Japanese restaurant.

Apakah resort tanpa spa betul? di Lex Spa bersedia untuk dimanjakan oleh ahli therapi pakar dalam bidang mengurut badan, kaki dan juga memberi rawatan muka.

Tidak terkejut jika anda mengabiskan masa bercuti di Port Dickson tanpa sekalipun meninggalkan perkarangan hotel.

Alamat: Batu 2, Jalan Seremban, 71000 Port Dickson

Selanjutnya Di Booking.com

4. Avillion Port Dickson

Avillion Port Dickson - Bilik Luas Dan Selesa

Avillion Port Dickson adalah sebuah resort yang direka untuk menyerupai kampung nelayan tradisional dan mengabungkan seni bina melayu klasik dengan kemewahan hotel 5 bintang.

Chalet air yang selesa memberi anda pengalaman bermalam diatas laut sambil mendengar bunyi ombak bermain di bawah.

Kepada mereka yang gemar penginapan yang lebih konventional, anda boleh bermalam di Garden Chalet sambil menikmati pemandangan taman yang menyegarkan dikelilingi alam semulajadi.

Avillion Port Dickson - Gambar Sekitar Hotel

Untuk aktiviti pula anda boleh menyejukkan badan di kolam renang atau merehatkan diri sambil dimanjakan di AVI Spa.

Di setiap sudut anda akan menemui tempat rehat peribadi dengan kursi yang selesa, menjadikan resort ini syurga buat mereka yang menghargai kesunyian.

Alamat: 3rd Mile Jalan Pantai, 71000 Port Dickson

Selanjutnya Di Booking.com

3. Thistle Port Dickson

Thistle Port Dickson Hotel - Gambar Dari Atas

Jika sebuah rangkaian hotel popular di London datang ke malaysia untuk mendirikan hotel, mesti anda tertanya bagaimana rupa hotel berikut betul?

Jika anda mahu melihat gerangannya dengan mata sendiri, anda perlu bermalam di Thistle Hotel Port Dickson.

Bertempat ditengah-tengah landskap hijau bersebelahan dengan pantai pasir putih berdiri sebuah hotel 5 bintang bernama Thistle Hotel Port Dickson.

Thistle Port Dickson Hote - Gambar Dalam Bilik

Hotel ini menyediakan pengalaman menginap premium untuk mereka yang mencari yang terbaik.

Hotel yang merangkumi kawasan tropikal sebesar 36 hektar ini mempunyai persekitaran yang indah penuh dengan taman luas dan laluan jogging.

Bilik yang dihias cantik mempunyi ciri yang unik kerana tab mandi terletak hanya beberapa langkah sahaja dari katil anda.

Bilik yang menghadap laut memberi tetamu peluang untuk menikmati pemandangan matahari terbenam yang romantik bersama orang yang tersayang.

Hendak bersiar-siar mengambil udara pula? anda boleh berjalan di pantai peribadi khas buat tetamu hotel sahaja.

Tidak kira anda merancang percutian romantik atau melancong bersama keluarga dan rakan, terdapat 251 bilik dengan perkhidmatan bertaraf antarabangsa yang pasti membuat masa anda disana kenangan yang tidak akan dilupakan.

Alamat: KM 16, Jalan Pantai, Teluk Kemang Si-Rusa, 71050 Port Dickson

Selanjutnya Di Booking.com

2. Avillion Admiral Cove

Avillion Admiral Cove - Gambar Pemandangan Sekitar Hotel

Mencari tempat untuk melarikan diri dari kesibukan rutin harian sambil meluangkan masa kualiti bersama keluarga? Avilion Admiral Cove Resort mungkin destinasi percutian singkat yang anda perlukan.

Berbeza dengan Hotel Avillion yang pertama, Avillion Admiral cove merupakan penginapan berkonsep marina resort dan terletak bersebelahan Admiral Marina & Leisure Club.

Hotel ini dibahagikan kepada dua bahagian, yang pertama adalah View Wing yang menawarkan 3 jenis bilik iaitu Superior, Panorama dan Straits Studio.

Bahagian kedua pula diberi nama Vista Wing dan ia juga mempunyai 3 jenis bilik iaitu Deluxe, Premium dan Executive Studio.

Avillion Admiral Cove - Gambar Bilik dan Fasiliti Untuk Tetamu

Setiap bilik mempunyai keistimewaannya tersendiri. Mereka yang hanya perlukan bilik yang cantik tanpa pemandangan laut boleh memilih bilik superior, dan jika anda mahukan pemandangan marina daripada bilik anda boleh menempah bilik Panorama.

Semua bilik mempunyai reka bentuk kontemporari yang meminjam ilham dari persekitaranya yang tenang.

Untuk hiburan pula anda dapat melakukan aktiviti menarik seperti memanah, bermain volleyball, dan jika anda berani menyahut cabaran, anda boleh melawan ombak dengan menyewa kayak anda sendiri.

Alamat: 5 1/5 Batu, Jalan Pantai, 71050 Port Dickson

Selanjutnya Di Booking.com

1. Lexis Hibiscus

Lexis Hibiscus - Gambar Dari Atas

Penginapan yang dipilih untuk mengakhiri senarai ini adalah hotel eksklusif bertaraf 5 bintang yang membawa nama Lexis Hibiscus Port Dickson.

Chalet air ini diberi nama Hibiscus kerana Chalet Air disusun menjadi bentuk bunga hibiscus diatas air.

Lexis group memang terkenal dengan resort dan hotel terkemuka di Port Dickson, dan hotel edisi baru mereka telah berjaya menyerlah sekali lagi.

Terdapat sebanyak 522 chalet air yang dibahagikan kepada 4 jenis iaitu Villa Eksekutif, Premium Pool Villa, Panorama Pool Villa dan Sky Pool Villa.

Lexis Hibiscus - Gambar Bilik, Pantai dan Tempat Makan

Setiap satu bilik menawarkan pengalaman bermalam yang berbeza tetapi apa yang dijamin adalah apapun jenis bilik yang dipilih anda akan dijanjikan keselesaan hotel bertaraf 5 bintang. Sebaik saja anda check in di lobi anda akan dibawa menaiki buggy ke chalet peribadi anda.

Infinity pool persendirian mengizin anda berenang di waktu siang sambil melihat cahaya matahari menari di atas air laut Selat Melaka, atau bermain air diwaktu malam dibawah langit yang dihias bintang.

Destinasi ini cukup sesuai buat pasangan yang mencari tempat romantik untuk honeymoon atau menyambut ulang tahun perkahwinan.

Jika kolam renang di bilik anda tidak mencukupi anda boleh memilih untuk berenang di infinity pool yang terletak di bangunan utama hotel.

Alamat: 12m Jalan Pantai, Pasir Panjang, 71250 Port Dickson

Selanjutnya Di Booking.com

Dengan ini berakhir sudah senarai hotel menarik di Port Dickson dan saya harap informasi tentang penginapan diatas dapat membantu anda membuat pilihan yang terbaik semasa anda bercuti nanti.

Jika anda mahu melihat harga bilik terkini, mendapat informasi lanjut berkenaan penginapan yang tersenarai, atau melihat pilihan lain yang lebih sesuai anda boleh menggunakan laman web Booking.com.

Baca: 30 Hotel Bajet Di Port Dickson Yang Selesa & Istimewa

Tidak kira penginapan manapun yang dipilih, apa yang pasti adalah anda akan pulang membawa kenangan manis selepas bercuti di Port Dickson nanti.