Kehidupan seharian di ibu negara pastinya penuh dengan kesibukan. Baik orang dewasa mahupun kanak-kanak, masa lapang bersama keluarga sangat penting bagi mengurangkan tekanan. Apa kata luangkan masa bersama di I-City, tempat hiburan sekeluarga yang lengkap dengan aktiviti menarik.
Terletak di Seksyen 7 Shah Alam, bersempadan dengan Bandaraya Klang, lokasi ini membenarkan orang ramai dari seluruh negeri Selangor dan Kuala Lumpur akses mudah untuk ke sini. Bermula pada bulan December 2009, i-City terus berkembang dan membangun demi memberikan keseronokan buat anda sekeluarga.
Taman tema seluas 25 ekar ini terbahagi kepada 4 presint:
City of Digital Lights
Bahagian ini merupakan taman yang dihiasi dengan lebih 1 juga lampu LED. Asalnya ia merupakan suatu taman berunsur forest di mana pokok-pokok maple dan pine dihias indah dengan pencahayaan berwarna-warni.
Kini mereka telah menambah beberapa tarikan baru seperti Ferris Wheel, Superswing, Spacewalk dan yang paling digemari, carousel 2-tingkat. Pengunjung juga akan dihiburkan dengan pertunjukan dancing waters atau tarian air di mana pancutan air berkoreografi dimainkan mengikut warna dan audio.
Snowalk
Alami musim salju di Snowalk, i-City. Dengan keluasan lebih kurang 50,000 kaki persegi, taman salju ini dilengkapi dengan skulptur ais yang diukir khas oleh 30 orang seniman dari China. Dengan kesejukan bawah -5°c, pastikan anda berpakaian sesuai dengan cuaca musim salju.
Taman salju ini juga lengkap dengan pelbagai permainan, termasuk gelongsor ais dan juga hujanan salju yang turun dari “langit” bagi memberikan anda feel musim salju yang sebenar. Jaket dan kasut yang sesuai disediakan di sana.
Water World
Taman tema air i-City pantas menjadi destinasi pelancongan pilihan ramai. Rides yang paling istimewa di sini dipanggil The Ultimate Tornado, yang merupakan gelongsor air berbentuk spiral pertama di Asia Tenggara. Nak lihat bagaimana rupanya, klik di sini.
Selain Ultimate Tornado, terdapat beberapa gelongsor air yang lain juga. Anda juga boleh berenang atau terapung dengan santai di lazy river. Terdapat juga kids play pool yang berupa seperti taman permainan di dalam kolam untuk kanak-kanak bermain.
Fun World
Taman interaktif ini direka khas untuk setiap ahli keluarga. Dengan adanya beberapa mainan dan aktiviti yang disediakan, taman ini bermatlamat untuk mengeratkan lagi hubungan keluarga.
Beberapa tarikan menarik termasuk Red Carpet, yang merupakan muzium patung lilin yang diukir seiras dengan orang-orang terkenal, dan Trick Art Museum yang merupakan muzium seni berilusi yang boleh anda lakonkan pelbagai senario untuk gambar-gambar yang pasti insta worthy.
Penginapan
Jika anda sedang merancang suatu staycation untuk hujung minggu ataupun anda datang dari luar bandar, penginapan turut ada di i-City. Antara hotel yang boleh anda terokai ialah Best Western Hotel i-City, i-City Hotel dan Hilton Hotel i-City.
Makan
Di taman tema i-City, terdapat banyak kedai-kedai makan dan cafe-cafe kecil yang boleh anda singgah jika berasa lapar bermain bersama keluarga.
Namun, jika anda mahu, boleh saja berkunjung ke Central i-City Mall untuk makan. Pusat membeli-belah ini lengkap dengan pelbagai restoran seperti 4Fingers, KFC, Thai Syok dan banyak lagi.
Waktu Operasi
Waktu pembukaan dan Operasi berbeza bagi setiap taman tema.
City of Digital lights | Setiap Hari | 5pm-12am |
Snowalk | Isnin-Jumaat
Sabtu & Ahad | 3pm-11pm
1pm-11pm |
Water World | Isnin, Rabu-Jumaat
Sabtu & Ahad Selasa | 11am-6pm
10am-6pm Tutup |
Fun world | Isnin-Jumaat
Sabtu Ahad | 2pm-10pm
10am-10pm 12pm-10pm |
Harga Tiket
Untuk harga terbaik, anda digalakkan membeli secara online dan melalui pakej yang ditawarkan. Boleh klik di sini. Sekiranya anda ingin membeli secara walk-in, anda perlu tahu yang mereka menggunakan sistem cashless dan bertransaksi menggunakan i-Points. Anda memerlukan aplikasi i-City Super App untuk membeli dan top up i-Points.
Walau apa pun dan di mana saja, kami harap anda mengambil masa untuk luangkan masa bersama keluarga. Taman hiburan sekeluarga di i-City Shah Alam ini pastinya salah satu destinasi wajib.
Social Media: Facebook | Instagram | Twitter | Youtube |Laman Web
Alamat: i-Gallery, Jalan Multimedia, I-City, 40000 Shah Alam, Selangor