Ikramtransports | Kereta Sewa Untuk Jelajah Sarawak Dengan Mudah Dan Selesa

Mencari kereta sewa untuk menjelajah Sarawak bersama keluarga? Ikramtransports sediakan kemudahan kereta sewa cukup selesa.

Bercuti bersama keluarga memang sesuatu yang menyeronokkan jika kita pandai rancang dengan baik. Antara faktor yang perlu diambil kira ketika bercuti bersama keluarga ialah pengangkutan. Kalau anda berasal dari Semenanjung Malaysia, antara percutian yang hebat yang boleh dinikmati ialah bercuti di Borneo.

Tetapi, percutian ke sini perlu mengambil kira bagaimana anda dan keluarga dapat bersiar-siar dengan selesa tanpa pengangkutan peribadi anda. Untuk menjelajahi Sarawak dengan mudah dan selesa, mari kami kongsikan perkhidmatan terbaik dari Ikramtransports!

Tentang Ikramtransports

Ikramtransports merupakan sebuah syarikat perkhidmatan sewa kereta yang menyediakan pelbagai seleksi pengangkutan di Kuching, Sarawak. Bermula dari tahun 2015 lagi, Ikramtransports bukan sahaja menyediakan pengangkutan, malah ada pakej yang lengkap dengan pemandu sekali.

Sumber: @ikramtransports
Sumber: @ikramtransports

Jika anda merancang untuk ke Sarawak, terutama sekali secara berkumpulan atau bersama keluarga yang ramai, Ikramtransports sedia membantu.

Jenis Kenderaan

Seperti yang kami war-warkan tadi, Ikramtransports menyediakan pelbagai jenis kenderaan dan pengangkutan yang boleh anda tempah untuk memudahkan anda berjalan-jalan sepanjang bercuti di Kuching.

Sumber: @ikramtransports

Antara tips yang boleh kami kongsikan untuk anda sebelum anda buat tempahan ialah:

  • Jumlah penumpang – Pastikan anda mengambil kira setiap penumpang yang akan menaiki kenderaan. Ini termasuk kanak-kanak dan bayi. Jumlah penumpang amat penting bagi menetapkan jenis kenderaan yang akan anda sewa nanti.
  • Bajet – Tetapkan suatu bajet yang spesifik sebelum menempah kenderaan. Ini bukan sahaja membantu anda dari segi pemilihan kenderaan, tetapi juga memberi impak ke atas bajet keseluruhan percutian anda. Pastikan anda menetapkan bajet yang berpatutan agar semua yang sama-sama berkongsi dan mencarum kepada bajet keseluruhan itu berpuas hati.
  • Keselesaan – Pemilihan kenderaan yang akan disewa juga bergantung kepada keselesaan semua pihak. Jika terlalu sempit, perjalanan ketika bersiar-siar tidak akan berasa selesa dan membuatkan rombongan percutian anda tidak enjoy.

Van

Pengangkutan jenis ini sangat kami syorkan untuk keluarga yang besar atau rombongan berkumpulan. Setiap van adalah berhawa dingin, luas dan selesa.

Sumber: @ikramtransports

Boleh memuatkan kapasiti yang besar dari 11 orang hingga ke 25 orang. Mari kita lihat jenis dan harga van yang mereka ada supaya anda dapat membuat pilihan terbaik.

Sumber: @ikramtransports
Jenis VanInfoHarga
Toyota Hiace (M)11 pax muatan-pandu sendiri Dari RM280/sehari
NISSAN (M) 14 SEATER14 pax muatan-pandu sendiriDari RM350/sehari
Toyota Hiace 14 Seater (A)14 pax muatan-pandu sendiri Dari RM400/sehari
Toyota Hiace (M)11 pax muatan-termasuk pemandu & petrol Dari RM450/sehari
New Bas Mini Coaster25 pax muatan-termasuk pemandu & petrolDari RM900/sehari termasuk pemandu dan petrol
*kerusi roda, stroller & kerusi kanak-kanak boleh disewa berasingan
**untuk New Bas Mini Coaster (hanya stroller)

MPV

Kereta Multipurpose vehicle (MPV) adalah lebih besar dan luas dari kereta biasa. Ia sangat sesuai untuk percutian keluarga terutama sekali yang bersama anak-anak ramai. Sangat selesa dan luas.

Jenis MPVInfoHarga
Perodua Alza (A)7pax muatan-pandu sendiriDari RM170/sehari
Dari RM220/sehari
Perodua Aruz (A)7pax muatan-pandu sendiriDari RM250/sehari
Toyota Innova (A)7pax muatan-pandu sendiriDari RM250/sehari
Dari RM300/sehari
Toyota Alphard (A)7pax muatan-pandu sendiriDari RM900/sehari
Dari RM1,300/sehari
Toyota Fortuner (A)7pax muatan-pandu sendiriDari RM750/sehari
Toyota Hilux (A)5pax muatan-pandu sendiriDari RM380/sehari
*kerusi roda, stroller & kerusi kanak-kanak boleh disewa berasingan

Sedan & Mini

Kereta sedan dan kereta mini adalah paling sesuai bagi keluarga kecil atau yang mempunyai anak-anak yang meningkat dewasa.

Sumber: @ikramtransports

Kereta-kereta jenis kecil ini sesuai untuk rombongan kecil dan bajet yang lebih rendah. Ada juga sedan mewah yang kami rasakan sangat bersesuaian untuk pelancong atau pelawat terhormat.

Jenis KeretaInfoHarga
Perodua Axia (A)5pax muatan-pandu sendiriDari RM110/sehari
Perodua Myvi (A)5pax muatan-pandu sendiriDari RM120/sehari
Dari RM140/sehari
Perodua Bezza (A)5pax muatan-pandu sendiriDari RM140/sehari
Toyota Camry (A)5pax muatan-pandu sendiriDari RM750/sehari
Toyota Vios (A)5pax muatan-pandu sendiriDari RM250/sehari
Dari RM300/sehari

*kerusi roda, stroller & kerusi kanak-kanak boleh disewa berasingan

Itu dia jenis-jenis kenderaan yang boleh anda dapatkan dari Ikramtransports. Bagi kami seleksi mereka sangat menarik dan menyeluruh. Malah, harga juga cukup berpatutan dan sesuai dengan jenis kenderaan.

Perkhidmatan Lain

Mungkin ramai di antara kita memang tidak cukup kenal dengan Kuching untuk memandu sendiri. Jika anda mahukan percutian yang lebih komprehensif, mereka turut menyediakan beberapa perkhidmatan lain seperti:

Pemandu

Tentunya memandu di tempat yang tidak kita kenali boleh membuatkan kita berasa gementar. Jika anda ingin percutian yang lebih relaks dan bersahaja, anda boleh membuat tempahan perkhidmatan pemandu apabila menempah kenderaan sewa anda. Para pemandu yang mereka sediakan tentunya sangat professional dan ramah.

Malah, menempah pemandu turut memberikan anda kemudahan apabila ingin mencari makanan lokal yang sedap-sedap. Pemandu yang mereka sediakan juga sudah cukup arif dengan kawasan-kawasan pelancongan sekitar Kuching kerana mereka sudah pun mempunyai pengalaman bertahun-tahun. Pemandu adalah dibawah tajaan Ikramtransports selama 12 jam/sehari. Selebihnya, anda cuma beri wang saguhati kepada mereka ya. Bila lagi nak merasa bercuti yang ada driver

Pakej Pelancongan

Ikramtransports turut menyediakan pakej pelancongan sekitar Kuching yang boleh anda tempah untuk melawat semua pusat-pusat pelancongan yang popular di sini.

Sumber: @ikramtransports

Pakej ini akan mendapatkan anda perkhidmatan yang cukup menyeluruh dan menarik. Dari menjemput anda dan rombongan percutian dari lapangan terbang, membawa anda semua ke pusat-pusat pelancongan seperti Tasik Biru, Tugu Burung Kenyalang, Waterfront dan lain-lain, sehingga ke makan tengahari dan makan malam di tempat-tempat istimewa sekitar Kuching. Pendek kata, dari mula hingga akhir percutian anda boleh dirancang dengan teliti dan bersesuaian dengan kesukaan anda.

Luar Daerah

Jika anda dan rombongan percutian ingin menjelajah ke luar daerah Kuching dan melawat Sri Aman dan Sibu, perlulah membuat bayaran tambahan kepada Ikramtransports dan atas persetujuan mereka. Namun, ia boleh dibincangkan bersama pihak Ikramtransports.

Proses Sewaan

Jika anda nak tahu, proses menyewa kenderaan dan tempahan pakej mereka amat mudah. Tidak perlu bersusah payah, semuanya boleh dilakukan secara atas talian. Hanya perlu lawati laman web mereka, buat carian pilihan kenderaan, tempah tarikh penggunaan, buat bayaran secara atas talian dan dapatkan konformasi e-mel dari mereka.

Pengalaman Pelanggan

Polisi

Tentunya anda perlu mengambil tahu beberapa polisi Ikramtransports sekiranya ingin mengambil perkhidmatan mereka kan. Ini antara informasi yang boleh kami kongsikan:

  • Penyewaan boleh dibuat dalam bentuk harian/ mingguan/ bulanan.
  • Anda diberikan 1 jam lebih masa secara percuma dari waktu tetapan pemulangan kenderaan. Namun, pemulangan lewat lebih dari waktu itu akan dikenakan 10% dari harga sewaan. Kelewatan dari 6 jam ke atas sudah dikira sebagai 1 hari dan akan dikenakan harga harian penuh.
  • Anda boleh mengambil Collision Damage Waiver (CDW) bagi mengelakkan anda dipertanggungjawabkan sekiranya berlaku kerosakan ke atas kenderaan ketika berada dalam gunaan anda.
  • Sekiranya berlaku apa-apa kecelakaan dan kemalangan atau kecurian, anda dikehendaki mengumpul segala maklumat yang berkenaan dan melaporkan kepada pihak Ikramtransports dan pihak polis dalam masa 24 jam.
  • Sekiranya anda ingin membatalkan tempahan anda, pemulangan 50% dari total akan diberikan. Namun pembatalan atau tukar tarikh perlu dimaklumkan sekurang-kurangnya 5 hari sebelum tarikh. Sebarang makluman last minute tidak akan diberikan pemulangan wang.
  • Anda juga boleh menempah dan mendapatkan kenderaan secara walk-in namun mereka menasihatkan supaya tempahan dibuat awal supaya anda dapat membuat pilihan yang lebih tepat.
  • Semua kenderaan di bawah Ikramtransports telah dilengkapi dengan GPS anti-curi. Jadi anda tidak perlu risau.

Itu dia sedikit sebanyak yang boleh kami kongsikan tentang Ikramtransports di Kuching, Sarawak. Kami pasti, anda tentu teruja, bukan? Pastikan anda mengikuti laman media sosial mereka untuk mendapatkan maklumat lanjut dan promosi terkini dari mereka. Anda juga boleh membaca review dan ulasan pelanggan mereka yang cukup berpuas hati dengan perkhidmatan mereka di laman web mereka. Selamat bercuti!

Pautan: Facebook | Instagram | Laman Web

Emel: ikramtransports.official@gmail.com

No. Telefon: 019 985 3904

Alamat: 1st floor, Sublot 4, Lot 1522, Block 17 KCLD, Lorong Lapangan Terbang 5J5, 93250 Kuching, Sarawak

Waktu Operasi: 7am-11pm (setiap hari)

Whatsapp