Bandaraya Kuala Lumpur memang penuh dengan bangunan dan binaan-binaan ikonik. Memang menjadi pusat pelancongan utama negara yang menarik pelancong dari luar negara, Kuala Lumpur memang dihias dan dibangunkan dengan sebegitu untuk menonjolkan kebolehan dan keunikan orang kita.
Bangunan-bangunan seperti KLCC, Menara KL, Merdeka 118 memang menajdi ikon negara. Terbaru, Jambatan Saloma yang akan membawa anda merentas kota dengan penuh bergaya. Jom kami ceritakan sedikit!
Lokasi
Dibuka secara rasminya pada bulan Februari, awal tahun ini, Jambatan Pintasan Saloma atau Saloma link ini terletak di Kuala Lumpur. Jambatan sepanjang 370 meter ini menyambungkan kawasan sentral Kuala Lumpur dengan Kampung Bharu.
Perjalanan yang dahulu mengambil masa 30 minit berjalan kaki, kini hanya mengambil masa 15 minit. Senang la orang-orang yang bekerja di KL nak ke Kampung Bharu pada waktu rehat nanti.
Dari 370 meter itu, 69 meter ialah kawasan merentasi Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH). Jadi ketinggian jambatan ini sebenarnya Sama dengan bangunan 4-tingkat. Bagaimana nak sampai ke sini? Ada 2 cara.
Cara pertama, jika anda dari Kampung Bharu, nak ke kota. Dari stesen LRT Kampung Bharu, jalan sedikit, anda akan jumpa Lorong Raja Muda Musa 3, situlah titik naik ke Saloma Link.
Cara kedua ialah dari kota ke Kampung Bharu. Anda hanya perlu naik dari Jalan Saloma yang berada di sebelah menara Public Bank. Mudah sungguh.
Tarikan
Diinspirasikan dari binaan jambatan Bridge of Peace di Tbilisi, Georgia, jambatan Saloma ini dibina dengan reka bentuk yang cukup menarik. Tetapi, jambatan Saloma kita ini direka berinspirasikan ‘sirih junjung’ yang merupakan sebahagian dari identiti masyarakat Melayu.
Reka bentuk jambatan ini memang cantik, buat ramai orang terpegun. Malah, inilah tarikan utama Saloma Link ini. Ramai yang mengambil masa untuk lalu ke sini untuk bergambar.
Pada waktu siang, cantik, malam lagi cantik dengan haisan lampu-lampu LED yang berwarna-warni. Warna lampu-lampu ini juga akan berubah mengikut perayaan, musim dan lain-lain.
Malah, kalau anda tak merentasi jambatan ini, dan hanya melihat apabila melalui Lebuhraya AKLEH pon memang boleh nampak betapa cantiknya jambatan ini. Kalau anda memang nak datang untuk tengok lampu, boleh datang 7pm keatas.
Antara faktor lain yang membuatkan orang ramai berpusu-pusu untuk merentasi Saloma Link ini adalah kerana ia mendekatkan warga kota dengan tempat makanan kesukaan mereka di Kampung Bharu. Malah, sebelah Saloma Link di Kampung Bharu ini sudah ada sederet kedai makan.
Sedap-sedap dan murah pula tu. Selain itu, antara tempat makan di Kampung Bharu yang menjadi kegemaran ramai ialah Nasi Lemak Wanjo, Nasi Lemak Antarabangsa dan Suraya Seafood. Dengan adanya Saloma Link ini, memang mudahlah orang nak berkunjung ke Kampung Bharu tanpa perlu memandu.
Tips Untuk Melawat Jambatan Saloma
Ada beberapa info yang ingin kami kongsikan untuk anda yang bercadang untuk ke Saloma Link ini.
- Lampu LED mula bercahaya pada jam 7pm ke atas. Jadi, jika nak nikmati keindahan Saloma Link pada waktu malam, rancang perjalanan anda.
- Saloma Link ini memang padat dan sesak dengan orang ramai tidak kira waktu atau hari. Jadi jika datang ke sini untuk bergambar, embrace sajalah latar belakang crowd yang ramai ini.
- Pastikan anda menjaga kebersihan dan keindahan struktur ini. Sayang nanti kalau kotor atau menjadi mangsa vandalisme. Dahla nak bina pon Mahal.
Itu dia serba sedikit informasi yang boleh kami kongsikan tentang Jambatan Saloma atau Saloma Link ini. Untung betul Saloma, bukan sahaja ada jalan, bangunan, kini jambatan pon dinamakan sempena Saloma. Pastikan anda datang melihat sendiri bersama keluarga. Kami pasti anda pasti kagum melihat struktur istimewa ini.
Baca: REXKL | Hab Budaya & Kreatif Berasaskan Komuniti Di Kuala Lumpur
Alamat: Saloma, Between and Lorong, Lorong Raja Muda Musa 3, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur
Waktu Operasi: 24 jam