Pengalaman makan dan kepelbagaian makanan di Lembah Klang tidak disangkal lagi. Sebagai ibu negara dan pusat kemajuan Malaysia, pastinya pelbagai makanan di tawarkan untuk accommodate kepelbagaian latar belakang masyarakat kita.
Namun seni kulinari Malaysia yang semakin lama semakin sofistikated ini menampakkan trend restoran yang mengetengahkan menu bertema. Antara restoran yang mengikuti revolusi ini ialah Restoran JIBRIL yang menaruhkan makanan berunsur “butter” sebagai menu utama mereka.
Lokasi
Tahun 2015 menjadi tahun yang bersejarah buat mereka apabila membuka restoran JIBRIL pertama yang terletak di SS15, Subang Jaya.
Dengan konsep berlainan dari yang sering disediakan, JIBRIL SS15 membawa konsep ‘speakeasy’ atau tersembunyi tanpa pintu. Elemen kejutan dan misteri ini menjadikan JIBRIL cukup mengujakan dan istimewa.
Suasana restoran yang tampak rustic dengan dinding batu bata membangkitkan lagi feel zaman 1920-an Eropah yang cukup elegan dan sofistikated. Jarang sekali bukan, restoran yang membawa konsep speakeasy bar namun mesra Muslim seperti ini? Tentunya sesuatu yang baru.
Cawangan lain yang sudah pun beroperasi terletak di Publika (JIBRIL Publika) dan Seksyen 3, Bandar Baru Bangi (JIBRIL Bangi). Membawa nama, menu dan suasana yang sama dengan JIBRIL SS15, JIBRIL tekad melebarkan sayap mereka.
Menu
JIBRIL memilih untuk mengetengahkan makanan butter-based food ketika masakan ini sedang hangat menjadi trend.
Walaupun ia bukan sesuatu yang baru, namun pada awal permulaannya, masakan seperti butter chicken kian menjadi ikutan. Mari kami kongsikan pecahan menu mengikut kategori untuk memberi anda gambaran yang lebih nyata.
Appetizer
Sebagai starter atau permulaan, mereka tawarkan pelbagai jenis appetizer yang menjadi pembuka selera untuk anda. Pilihan appetizer kami adalah JIBRIL’s Chicken Skin iaitu kulit ayam yang digoreng rangup. Ia didatangkan dalam 2 betuk iaitu signature ataupun original.
Signature chicken skin mereka memberi 2 pilihan rasa iaitu salted egg atau telur masin dan spicy chilli yang tentunya lebih pedas. Original chicken skin pula membawa 4 rasa iaitu original, Tom Yam, BBQ dan Super Ring yang lebih cheesy untuk anda pilih.
Appetizer lain yang boleh dicuba termasuklah wild mushroom soup, French Fries, BBQ Chicken Wings dan macam-macam lagi. Suka kami maklumkan bahawa appetizer bermula dari harga yang cukup berpatutan iaitu RM6.90 ke atas.
Main course
Selepas menikmati appetizer yang lumayan, tiba masanya anda pilih makanan utama atau main course. Mereka tawarkan 2 kategori dalam main course mereka iaitu masakan asian dan masakan western. Di bawah kategori Asian lah hidangan butter-based food menjadi bintang utama.
Hampir kesemua jenis bahan dapat dipilih untuk dinikmati dalam hidangan salted egg butter ini. Mengikut selera anda, anda boleh memilih antara ayam, sotong, udang, isi ikan dan juga kepah yang didatangi bersama pilihan nasi putih ataupun nasi lemak.
Menarik, kan? Namun yang pasti istimewa dan cukup unik ialah Salted Egg Butter Lobster. Lobster seberat 700gm dihidang bersama kuah mentega telur masin signature mereka, pasti menyelerakan.
Ada juga set-set yang boleh anda pilih untuk memudahkan anda menjamu selera yang lengkap didatangkan bersama air minuman dan pencuci mulut.
Bagi yang kurang menggemari makanan berunsur butter, jangan risau! Ada juga sebahagian hidangan yang bukan berunsur butter seperti nasi ayam penyet, nasi goreng nenas dan mee goreng jawa.
Untuk masakan western, ada juga yang mereka membuat ala fusion seperti Butter Chicken Chop Pasta di mana mereka menggabungkan chicken chop bersama kuah butter dan pasta.
Antara makanan western lain yang boleh anda dapatkan termasuk fish & chips, spaghetti bolognese with meatball, vegetarian lasagna, pan fried chicken dan banyak lagi. Yang pasti, pilihan yang luas menjanjikan sesuatu kepuasan bagi semua yang hadir.
Dessert
Sebagai pelengkap pengalaman makan anda, tentunya perlu diakhiri dengan pencuci mulut yang manis dan lazat. Di JIBRIL, mereka menawarkan beberapa seleksi kek seperti red velvet, chocolate lava cake, cheesecake dan banyak lagi. Selain dari kek, anda boleh dapatkan pastri seperti macaron dan tentunya signature Salted Egg Croissant.
Mereka juga tawarkan churros, snickers bar dan pisang goreng XL yang merupakan pencuci mulut digoreng dan istimewa rasa khas buat pelanggan-pelanggan yang berkunjung.
Minuman
Di sini, minuman mereka juga sangat menarik. Sebagai sebuah speakeasy bar yang mesra Muslim, mereka menyediakan minuman mocktail yang 100% cheeky dan 0% alkohol.
Yang menarik tentang mocktails mereka adalah nama-nama yang diberikan serta resipi-resipi yang digunakan. Antara yang menjadi tarikan ramai ialah minuman bernama Potter dan juga Newton.
Kesemua minuman yang dihidangkan di JIBRIL adalah 100% rekaan pemilik JIBRIL dan diinspirasikan oleh ikon-ikon terkenal dunia sepanjang zaman termasuk beberapa wanita legend seperti Cleopatra, Monroe dan Saloma. Kalau anda lebih tradisional, jangan risau, kopi dan teh tetap disediakan di sini.
Harga
Dari segi harga, bagi kami memang sangat berpatutan. Bukan sahaja kerana kuantitinya yang memuaskan, malah kualiti makanan di sini juga cukup baik. Appetizer mereka bermula dari RM6.90 ke atas, makanan main course adalah dalam lingkungan RM12.90 ke RM99.
Salted Egg Butter LobsterKiranya tiada yang melebihi la, RM99 itupon adalah untuk hidangan lobster 700gram yang selalunya dijual ratusan ringgit di kedai-kedai lain. Memang berbaloi!
Mockarita, SalomaMinuman dan pencuci mulut juga tidak melebihi RM12. Untuk senarai penuh harga makanan mereka, boleh rujuk kepada gambar di bawah.
Cawangan dan Waktu Operasi
Seperti yang kami khabarkan, JIBRIL mempunyai 3 cawangan. Di sini kami sediakan senarai cawangan, alamat dan waktu operasi mereka untuk memudahkan anda mencari lokasi yang paling dekat dengan anda.
Cawangan SS15 | No. 25, Jalan SS15/4B, 47500 Subang Jaya, Selangor | 11am-11pm setiap hari |
Cawangan Publika | D3-G3-8, Solaris Dutamas, No. 1, Jalan Dutamas 1, 50480 Kuala Lumpur | 11am-10pm (Isnin-Khamis)
11am-11pm (Jumaat-Ahad) |
Cawangan Bangi | No. 26A, Jalan 3/70, Seksyen 3, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor | 11am-10pm setiap hari
|
Status Halal
Restoran JIBRIL adalah 100% dimiliki oleh Melayu Islam, dan menawarkan makanan dan minuman biasa seperti kafe-kafe lain. Kesemua pembekal bahan mentah restoran JIBRIL adalah diambil daripada pembekal berstatus halal JAKIM.
Restoran JIBRIL juga sedang di dalam proses untuk memohon sijil halal JAKIM setelah niat tersebut terhenti 2 tahun disebabkan pandemik COVID-19. Jangan ragu-ragu, konsep sahaja seperti speakeasy bar.
Itu dia Restoran JIBRIL yang bukan sahaja tempat makan, tapi bagi kami suatu pengalaman dining yang cukup istimewa.
Sesuai anda jadikan tempat pilihan untuk date-night atau sambutan yang istimewa seperti Hari Jadi, anniversary, atau apa saja sambutan yang meraikan kehidupan seharian anda. Kami yakin JIBRIL akan menambah kemanisan dalam memori anda.
Maklumat Lanjut:
- JIBRIL SS15: https://linktr.ee/jibrilslounge
- JIBRIL Publika: https://linktr.ee/jibrilpublika
- JIBRIL Bangi: https://linktr.ee/jibrilbangi
Media Sosial: Facebook | Instagram | Tik Tok | Twitter