Jollibee Sunway Pyramid Akan Di Buka Esok!

Rantaian makanan segera ternama dari Fillipina, Jollibee akan dibuka di Sunway Pyramid pada 8 Februari 2022 ini. Para peminat Jollibee tentunya tidak sabar lagi untuk mencuba sendiri ayam goreng tersohor mereka yang dinamakan Chickenjoy.

Chicken Rice Set Jolibee Malaysia

Jollibee yang mempunyai 1,500 lokasi serata dunia, telah membuka cawangan pertama di Sabah, Malaysia pada era 90-an. Namun, setelah 21 tahun menghilangkan diri, mereka kembali membuka cawangan di Sabah pada tahun 2018. Cawangan di Sunway Pyramid ini adalah cawangan yang pertama di semenanjung Malaysia.

crispylicious Chickenjoy Jollibee Malaysia

Ayam goreng terkenal di serata dunia, Chickenjoy ini merupakan menu utama yang ditaruhkan. Chickenjoy ini diperap dengan resepi rahsia dan ditepungkan untuk luaran yang rangup dan isi yang lembut dan juicy. Pasti anda terbayang-bayang, kan? Ayam goreng mereka juga didatangkan dengan set bersama nasi dan kuah. Sesuai dengan komuniti kita yang tak boleh lari dari nasi.

Menu lain yang boleh anda cuba nanti termasuk Jolly Spaghetti. Masakan pasta bersama kuah Istimewa dan potongan sosej daging dan sedikit keju, pasti menjadi kegemaran ramai, termasuk kanak-kanak.

Pasta Dish Jolibee Malaysia

Nuggets dan chicken tenders pun ada. Buat penggemar pedas, anda boleh cuba burger khas mereka Spicy Chicken Burger. Fillet ayam yang diperap dalam resepi pedas rahsia dan disalut dengan tepung pedas, akan tetap berikan kerangupan dengan sinonim dengan Jollibee, tetapi lebih “ummph” dan pedas.

Jollibee Meal Deals

Pastikan anda datang beramai-ramai untuk mencuba sendiri makanan segera terkenal dari Fillipina ini pada 8 Februari 2022 di Sunway Pyramid. Jika terlambat, pasti penuh.

Chickenjoy Bundles Jolibee Malaysia

Anda juga boleh ikuti laman sosial mereka di Facebook dan Instagram untuk dapatkan maklumat terkini.

[su_tabs style=”default” active=”1″ vertical=”no” class=””][su_tab title=”📍 Alamat” disabled=”no” anchor=”” url=”” target=”blank” class=””]Alamat: Lot LG 2.126A, Lower Ground 2, Blue Atrium, Sunway Pyramid Mall, Jalan PJS 11/15, Bandar Sunway, 46150 Petaling Jaya, Selangor[/su_tab][/su_tabs]

4/5 - (1 vote)