Jonker Walk | Syurga Tourism Melaka

Negeri Melaka memang antara tempat yang sering menjadi pilihan untuk bercuti. Faktor terbesar atas pemilihannya seringkali disebabkan oleh satu tempat, iaitu Jonker Walk!

Pintu Masuk Jonker Walk
Sumber: abbyjess_2727

Kalau anda nak tahu Jonker Walk ini memang tempat yang sangat popular. Kalau tak pernah tahu, mari kami kongsikan serba sedikit tentang Jonker Walk, syurga tourism Melaka ini. Lepas tu, cepat-cepat rancang percutian anda.

Lokasi

Jonker Walk merupakan sebuah kawasan Chinatown yang terletak di Melaka, di sepanjang Jalan Hang Jebat.

Beca Berlampu Yang Popular Di Melaka
Sumber: ckkhoo

Bermula dari seberang selat Melaka, berdekatan Stadthuys, jalan ini penuh dengan bangunan-bangunan lama yang masih kekal dengan senibina dan reka bentuk kurun ke-17. Memang antara tempat favourite untuk pelajar-pelajar arkitektur untuk study jenis senibina lama.

Tarikan

Tetapi, apa yang membuatkan Jonker Walk ini istimewa dan popular? Jom, kita listkan. Tentu anda pon teruja.

Sekumpulan Wanita Bergambar Di Jonker Walk
Sumber: its.hawasofia

Syurga Shopping

Jonker Walk ini memang dikenali sebagai syurga membeli belah atau shopping heaven. Terdapat pelbagai kedai di sini yang menjual hampir semua benda. Tetapi antara yang popular ialah kedai antik.

Kedai antik di sini menjual pelbagai memorabilia yang menjadi collectors item bagi peminat tegar barangan antik. Selain itu, ada kedai jam, kedai baju dan kedai kraf.

Kedai Sepatu Merah Klasik
Sumber: pelinmen

Kedai-kedai yang menjual kraftangan ini memang best. Kebanyakan produk kraf di sini memang cantik-cantik belaka dan boleh dijadikan hadiah atau buah tangan buat orang-orang istimewa dalam hidup anda.

Old Shop Jonker Walk Melaka
Sumber: averesha

Nak cari kuih-muih tradisional pon senang di sini. Selain itu, Jonker Walk ini juga ada galeri seni. Jadi, jika anda terasa nak lihat hasil seniman dalam dan luar negeri, datang ke sini.

Pasar Malam Jonker Walk

Kalau anda nak tahu, dekat Jonker Walk ini, benda yang paling dinantikan ialah Pasar Malam Jonker Walk. Ia hanya diadakan pada sebelah malam, hari Jumaat, Sabtu dan Ahad sahaja. Bermula dari jam 6pm ke atas.

Papan Tanda Jonker Walk Dan Suasana Yang Meriah
Sumber: arul_iam

Dekat pasar malam ini, anda akan disajikan dengan pelbagai pilihan makanan, mainan, pakaian, alatan elektronik dan banyak lagi. Sama macam Petaling Street di KL la.

Persembahan Jalanan

Antara yang membuatkan Jonker Walk ini istimewa ialah persembahan jalanan atau street performance. Kalau anda bercuti bersama anak-anak atau keluarga, mereka pasti teruja.

Pertunjukan Silat Di Jalan Jonker
Sumber: asyrafridza

Banyak persembahan yang penuh dengan aksi, yang akan membuatkan anda sekeluarga terpegun dan terhibur.

Taman Jonker Walk

Kalau penat berjalan, membeli-belah dan meneroka, singgah ke Taman Jonker Walk yang menyediakan tempat duduk, tandas, tempat bergambar dan lain-lain.

Patung Pembina Badan Mister Malaysia
Sumber: edd_zuhair

Ada sebuah skulptur Datuk Wira, tokoh bina badan Malaysia yang merupakan pemangkin Jonker Walk, di sini. 

Lain-lain

Di Jonker Walk ini juga banyak tarikan lain seperti masjid, tokong dan kuil yang terletak sederet. Memang memggambarkan uniti Dalam masyarakat majmuk kita.

Pakcik Tua Membawa Beca Tradisional Di Persisiran Jonker
Sumber: uzairgraphy

Malah, seni bina masjid, tokong dan kuil ini juga merupakan gabungan dari ketiga-tiga kaum Melayu, Cina dan India. Memang special.

Kafe & Restoran

Si sepanjang Jonker Walk ini mang banyak kafe-kafe dan restoran-restoran. Semuanya membawa makanan dan konsep berbeza.

Kedai Popcorn Tuktuk yang unik
Sumber: afilsyazwan

Ada yang fokus pada kopi dan pastri, ada masakan western dan ada yang sediakan makanan ternama Melaka.

Penginapan

Buat pengetahuan anda kerana Jonker Walk ini sangat popular, banyak hotel, homestay dan guesthouse disediakan di sini. Malah, pelancong asing memang ramai yang menginap di guesthouse di Jonker Walk ini.

Bagi anda yang ingin terasa seperti traveller, boleh cuba menginap di Layang-layang Guesthouse, Jonker Boutique Hotel, Voyage Home & Guesthouse dan banyak lagi.

Baca: Ley Park Station, Ayer Keroh | Tarikan Best Waktu Malam Di Melaka

Itu dia serba sedikit tentang Jonker Walk, Melaka. Memang padat dengan tarikan dan keistimewaan yang tersendiri. Memang takkan dapat dekat negeri lain. Jadi, apa tunggu lagi? Cepat-cepat rancang percutian anda dan pack bagasi sekarang. Selamat bercuti!

Alamat: Jalan Hang Jebat, 75200 Melaka

5/5 - (1 vote)