Kampung Agong | Tempat Bergambar Menarik di Penang

Zaman sekarang, ramai yang mengejarkan kontent dan gambar serta video hebat untuk dikongsikan ke media sosial mereka. Zaman kegemilangan influencer, instafamous dan tik-tokers ini mewujudkan satu lagi cabang baru dalam dunia pelancongan.

Pusat-pusat bergambar semakin lama, semakin banyak. Pusat-pusat bergambar ini sediakan khas dengan prop dan kostum untuk pengunjung bergambar, merakam video atau membuat kontent.

Di Penang, terdapat sebuah lokasi bergambar yang kian meningkat popular, Kampung Agong. Mari kami kongsikan sedikit tentang Kampung Agong untuk anda.

Papan Tanda Masuk Kampung Agong
Sumber: Hadi Ahmad
Buai Sambil Melihat Sawah Padi
Sumber: yatyusoff

Lokasi

Kampung Agong terletak di Penaga. Jadi jika anda ke Georgetown, anda perlu menyeberang jambatan ke bahagian tanah besar.

Rumah Kampung Melayu Tradisional Di Kampung Agong

Mengkategorikan diri sebagai taman tema agro, Kampung Agong merupakan sebuah ladang kelapa bersebelahan dengan sawah padi.

Gambar Kampung Agong Dari Atas
Sumber: yihchang

Kawasannya sangat besar dan luas serta kaya dengan topografi yang menarik. Di Dalam kawasan Kampung Agong ini, anda akan menikmati ladang kelapa, sawah padi, kolam, dan macam-macam lagi.

Sawah Padi Yang Luas
Sumber: qasehdurrani

Malah, ia juga dihias dengan begitu menarik dengan sarang-sarang burung yang besar, piano di tengah sawah dan pondok-pondok kayu di serata kawasan ini.

Penginapan

Kampung Agong juga turut menyediakan penginapan dalam bentuk homestay. Rumah-rumah kayu tradisional Melayu ditawarkan sebagai homestay untuk para tetamu.

Homestay Rumah Kampung Tradisional Melayu
Sumber: @kampungagong

Terdapat 4 jenis homestay di sini yang boleh dipilih mengikut kesesuaian bajet dan keselesaan anda sekeluarga.

  • Homestay Terkukur (3 pax)
  • Homestay Merbok (3 pax)
  • Homestay Murah (4 pax)
  • Homestay Tempus (4 pax)

Setiap homestay dilengkapi dengan penghawa dingin, bilik mandi dan kemudahan asas seperti water heater dan peti sejuk. Harga untuk setiap homestay juga termasuk harga tiket masuk ke Kampung Agong. Malah, siap termasuk breakfast percuma.

Gambar Mural Di Tepi Rumah Tradisional
Sumber: Hong Aun

Anda juga boleh memilih untuk berkemah di sini. Memang seronok berkemah di tengah-tengah ladang kelapa. Untuk berkemah, anda boleh memilih untuk membawa peralatan kemah sendiri atau menyewa peralatan dari mereka.

Campsite sahajaRM30
Campsite + kemahRM50

Tetapi harga untuk berkemah tidak termasuk harga tiket masuk ke Kampung Agong. Anda perlu bayar berasingan mengikut rate biasa.

Aktiviti & Tarikan

Selain dari bergambar sakan, anda patut tahu, Kampung Agong menyediakan pelbagai aktiviti dan tarikan yang menarik.

Berbasikal

Aktiviti Menunggang Beca Untuk Seisi Keluarga
Sumber: na.farhana_

Naiki basikal sekeliling Kampung Agong, mengikut laluan yang disediakan dan nikmati suasana kampung yang ideal.

Berkelah

Gerai Cendol Dan Makanan Untuk Pelawat
Sumber: Nora 89

Gerai-gerai disediakan untuk anda dan keluarga atau rakan-rakan berkelah sambil bersantai bersama di sini.

Bermain layang-layang

Mereka turut menyediakan mainan layang-layang. Bukan sahaja seronok, mainan ini turut menggalakkan koordinasi mata dan tangan yang baik.

Menuai padi

Di sini, anda juga diberi peluang untuk merasai pengalaman menuai padi. Namun, aktiviti ini mengikut musim ya.

Berkebun

Pengalaman berkebun dan mendalami ilmu tentang berkebun boleh didapati dan dikongsi di sini.

Kostum tradisional

Di Kampung Agong, anda boleh mendalami pengalaman kehidupan di kampung dengan memakai pakaian tradisional yang mereka sediakan. 

Reban ayam

Lawati reban ayam dan ayam Belanda yang diternak di sini. Pelajari cara ia diternak untuk dijual di pasaran.

Lawatan Tram

Naiki tram untuk melawat seluruh kawasan Kampung Agong ini. Pasti seronok melihat pemandangan yang luas dan cantik seperti ini.

Kebun buah tropikal

Lawati kebun buah yang tersedia di sini seperti kelapa, betik, belimbing buluh dan durian belanda. 

Kebun lebah

Saksikan pembuatan madu oleh madu lebah yang diternak di sini. Memang satu pengalaman yang unik.

Congkak & Jongkang jongkit

Di Kampung Agong, mainan tradisional menjadi antara tarikan yang luarbiasa kerana membantu anak-anak mengenali permainan ini dan tidak hanya fokus pada mainan gadget sahaja.

Menunggang kuda

Aktiviti Menunggang Kuda Di Kampung Agong Penang
Sumber: @kampungagong

Tunggang antara 5 ekor Kuda yang ada di sini. Berkenalan dengan Puteri, Bushes, Uncle Lucky, Snoopy dan Princess Appalosa.

Karnival & Event

Sertai event atau kunjungi mereka ketika apa-apa karnival dan event dijalankan. Ikuti laman media sosial mereka untuk sentiasa dapatkan maklumat terkini.

Waktu Operasi & Harga Tiket Kampung Agong

Kampung Agong beroperasi dari 9am-6pm setiap hari.

Harga masuk adalah seperti berikut:

Kategori

Dewasa

Kanak-kanak (4-11 tahun)

Bayi (0-3 tahun)

Warganegara

RM10RM5PERCUMA
Warga Asing

RM18

RM12 PERCUMA
OKURM6RM3 PERCUMA

Itu dia serba sedikit tentang Kampung Agong di Penang. Ternyata, bukan sekadar tempat bergambar, bukan? Memang sebuah percutian yang unik, lengkap dan menarik.

Papan Tanda Kampung Agong
Sumber: PeiPei Joe

Tambahan pula, boleh buat kontent. Apa lagi? Rancang percutian terdekat anda. Selamat Bercuti!

Baca: Taman Botani Penang | Alami Keindahan Alam Semulajadi Malaysia Yang Tiada Tandingan

Alamat: 841, Bakar kapur, Kampung Bakar Kapor, 13100 Penaga, Penang.

5/5 - (1 vote)