Kantin Mini Kampung Baru | Bawakan Variasi Makanan & Tempat Hang-Out Menarik

Jika anda mencari-cari tempat lepak atau hang-out yang membawakan variasi makanan yang luas, cubalah datang ke Kantin Mini Kampung Baru. Tempat makan berkonsep medan selera ini pasti menyediakan sesuatu untuk semua pengunjung.

Kantin Mini Kampung Baru - Gambar Tempat Makan

Dengan pemandangan menarik KLCC dan kotaraya Kuala Lumpur, Kantin Mini Kampung Baru ini memang antara tempat pilihan untuk makan.

Walaupun Kampung Baru yang terletak di tengah-tengah Kuala Lumpur sudah cukup terkenal dengan makanan, Kantin Baru memeriahkan lagi dunia kulinari street food di sini.

Kantin Mini Kampung Baru - Gambar Makanan
Sumber: IGGH Tours

Dengan ruang makan dan tempat duduk indoor dan outdoor, anda boleh menikmati udara segar sambil menjamu selera. Hiasan dalaman dan rekaan Kantin Mini ini sangat industrial.

Dengan dinding exposed bricks atau batu-bata yang digabungkan dengan awning lutsinar yang membolehkan cahaya natural menerangi restoran dan pangunjung melihat bintang-bintang di langit malam, hiasan dalaman di sini pasti insta-worthy.

Kantin Mini Kampung Baru - Inside Picture
Sumber: Raymond Lam

Pilihan makanan di sini memang banyak. Dari makanan tempatan ke makanan barat, dari makanan laut ke makanan Arab, semuanya ada di sini. Ada lebih kurang 8 stall di sini yang menyediakan makanan berlainan. Untuk yang mahu makanan yang berat, anda boleh cuba menu shell-out di sini yang dibawakan oleh Mafioso Shell-out.

Jika terasa inginkan makanan barat, boleh saja cuba pizza, kebab dan pasta dari Bake Away atau dapatkan set grill dari 3 Question Mark. Untuk yang mahukan sesuatu yang lebih ringan, boleh cuba ayam wings cheese, takoyaki ataupun dimsum. Banyak kan makanan di sini?

Baca: 39 Tempat Makan Menarik Di Kuala Lumpur

Fasiliti-fasiliti di sini juga serba lengkap. Dengan ruang tempat letak kereta yang luas, mudah untuk anda mencari parking. Tandas awam yang bersih dan selesa juga disediakan untuk kemudahan anda. Pemandangan yang mereka sediakan pula, memang sesuatu yang tidak boleh anda beli. Jadi pastikan anda cuba pengalaman makanan di sini sendiri.

Waktu Operasi: 5pm-12am (setiap hari)

Alamat: Jln Datok Abdul Malik, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

4/5 - (1 vote)