Kebun Kebun Bangsar | Pelajari Gaya Hidup Sustainable Dalam Bandar

Dengan keadaan iklim masa kini yang semakin terancam, banyak usaha yang kita boleh lakukan demi memastikan iklim dan alam semulajadi masa hadapan terpelihara.

Antara usaha yang boleh kita lakukan ialah dengan mempraktikkan gaya hidup mapan atau sustainable living. Ini bermakna kita hidup dengan lebih prihatin dan bersederhana. Salah satu cara hidup begini ialah dengan menggunakan hasil tanaman sendiri untuk kegunaan seharian.

Namun, ramai di antara kita yang tidak tahu menahu tentang penanaman. Di sini lah peranan Kebun Kebun di Bangsar dimainkan.

Kebun Kebun Bangsar merupakan sebuah kebun penanaman sayuran yang terletak di Bukit Pantai. Dengan keluasan sebesar 2.5 ekar, kebun ini dibuka untuk semua datang secara percuma.

Tanaman-tanaman memang banyak. Dari cili padi ke Bak Choi, buah betik ke jitan, semua tersedia di sini. Buat pengetahuan anda, hasil-hasil tanaman di sini di dermakan kepada golongan kurang bernasib baik dan pusat-pusat komuniti seperti soup kitchen, di serata Kuala Lumpur. Taman komuniti ini juga merupakan hasil keikhlasan dan jasa baik sukarelawan dan dermaan wang ringgit dari pelawat-pelawat yang datang.

Kerana motif utama mereka ialah untuk mendidik dan menggalakkan orang ramai mempraktikkan gaya hidup sustainable, mereka menyediakan pelbagai seminar dan workshop tentang kepelbagaian dan pengendalian alam. Malam, pada hari minggu selalunya mereka adakan jualan atau pasar tani.

Di Kebun Kebun Bangsar ini juga dikatakan terdapat beberapa haiwan ternakan yang berkeliaran yang boleh anda dekati, bergaul dan berikan makanan.

Haiwan-haiwan seperti kambing, ayam dan itik nampak selesa dan terjaga di sini. Malah, di kebun ini juga terdapat tasik kecil buat itik-itik comel itu. Haiwan-haiwan ini pasti menjadi tarikan buat kanak-kanak.

Kebun Kebun Bangsar - Featured Image Kebun
Sumber: @jeansuen

Di sebalik penternakan dan penanaman, Kebun Kebun juga menyediakan landscape indah bak taman rahsia atau sesuatu tempat yang akan mengingatkan anda kepada filem fantasy Alice In Wonderland. Kerana ia terletak di lereng bukit, pemandangan dari Kebun Kebun memang sangat menawan.

Baca: 18 Tempat Glamping Menarik Di Malaysia Yang Seronok & Mesra Alam

Jika anda ingin memberikan pengalaman berbeza kepada keluarga anda, atau ingin suasana lebih tenang dan aman tanpa perlu ke luar kota, datanglah melawat Kebun Kebun di Bangsar. Ikuti laman media sosial mereka di Facebook dan Instagram untuk maklumat terkini.

Alamat: Lorong Bukit Pantai, Bangsar, 59100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi: 8.30am-7pm setiap hari kecuali cuti umum.

4/5 - (1 vote)