Senarai Kedai Bundle Murah Di Kuala Lumpur & Selangor

Di Kuala Lumpur ini banyak kedai bundle tapi susah nak jumpa sebab kebanyakan kedai bundle ini tersorok ataupun mereka tak mempromosikan barang mereka di media sosial.

Kami di Mai Singgah telah mengambil masa untuk menyusun senarai 19 kedai bundle kasut dan baju paling popular di sekitar kawasan Kuala Lumpur & Selangor.

Senarai ini bermula dengan kedai bundle yang anda boleh lawat sebab memang mereka mendiami kedai. Di ikuti pula dengan pemborong baju bundle jika anda hendak memulakan perniagaan bundle.

Untuk penghabisan, di bawah sekali anda akan jumpa Senarai kedai bundle Instagram jika anda hendak membeli secara online.


01. Triple A Bundle | Wanga Maju

Triple A Bundle
Sumber: Triple A Bundle Wangsa Maju Facebook

Triple A Bundle ini adalah syurga pencinta Dr Martens Terpakai. Kalau anda lihat Instagram Triple A bundle anda akan nampak banyak pilihan Dr Martens Bundle yang Made in England bukan Thailand atau China. Pencinta Dr Martens akan faham apa yang saya maksudkan.

Lokasi: 69 G Jalan Wangsa Delima 5 , Pusat Bandar Wangsa Maju 53300 Kuala Lumpur Call/whatsapp

No Tel: 0192887019

Facebook Page

Instagram: @triple_a_bundle


02. Miqdam Bundle | Setapak

Miqdam Bundle
Sumber: Miqdam Bundle Instagram

Midam bundle sesuai untuk penggemar kasut bundle. Kedai ini terletak di Taman Melati Gombak. Di sini anda boleh jumpa banyak Kasut Converse ataupun New Balance terpakai.

Lokasi:  No 10B Jalan Taman Melati 8 , Taman Melati Setapak 53100 Kuala Lumpur

Waktu Operasi: 3pm – 12am

Instagram: @miqdambundle


 03. Z Bundle | Shah Alam

zbundle
Sumber: Zbundle Facebook

Z Bundle antara bundle paling lama dibuka di Shah Alam dan ramai sudahpun menulis tentang bundle ini. Bagus jika anda mencari Jeans Selvedge bundle dan baju rare.

Lokasi: No 16G Jalan Sempadan, Seksyen 16 Shah Alam, 40000, Shah Alam, Selangor

No Tel: 03-78467476 | 014-7188983

Facebook Page


04. Buntil Bundle | Shah Alam

Buntil Bundle kedai bundle murah
Sumber: Buntil Bundle Facebook

Kedai bundle ini bagus untuk pemburu barangan vintage seperti Flannel Shirt (Lumberjack Shirt), dan Jeans Selvedge. Kalau tak nak beli apa – apa pun tak rugi datang sebab design kedai dia memang best nak cuci mata.

Lokasi: Shah ALam: G18 Merana U 40000 Shah Alam | TTDI Jaya: 16 Jln Opera C U2/C, Tmn TTDI JAYA

Facebook Page

Instagram: @buntil1987 | @buntil_store

Laman Web: buntilclothing.com


05. Pokman Bundle | Seri Kembangan

Pokman Bundle
Sumber: Pokman Bundle Facebook

Bundle Pakaian Pre Loved ini lebih kepada orang yang nak mencari baju yang paling murah. Di sini harga memang runtuh, lagi banyak anda beli lagi boleh nego harga. Sesuai kalau ada niat nak jual balik.

Lokasi: F-00-16, Blok F Pangsapuri Mawar Jaya, Jalaan KP 4/4 Kota Perdana 43300 Bandar Putra Permai Seri Kembangan Selangor

No Tel: 012-906 9650

Facebook Page


06. ONO Bundle | Klang

Ono Bundle
Sumber: Ono Bundle Instagram

Kepada peminat kasut Red Wing, ONO bundle patut menjadi pilihan utama anda. jenama lain yang anda boleh temui di bundle ini adalah, Jeans Selvedge Evisu & Levis.

Lokasi: No.3, Taman Sri Kapar Indah, 41050 Klang, Selangor

No Tel: E-One: 012-222 0309 | Eddy : 019-304 2230

Facebook Page

Email: onobundle@yahoo.com

Laman Web: OnoBundle.com


07. Heaven Bundle | Shah Alam

Heaven Bundle Shah Alam
Sumber: Heaven Bundle Shah Alam

Heaven bundle Shah Alam adalah kedai bundle ikonik di Shah Alam dan boleh dikatakan paling teratur.

Antara barang bundle yang boleh anda temui di sini adalah Adidas Gazelle Stripe dan Vintage Converse.

Yang minat pada jenama brand mahal Italy anda boleh jumpa di sini. Tengok Instagram kedai ni, Tali pinggang LV pun ada.

Lokasi: No.88, Jalan Badminton 13/29, Seksyen 13,, 40100 Shah Alam, Malaysia

No Tel: 019-349 3424

Facebook Page

Instagram: @heaven_bundle


08. Akbar Bundle (Pemborong) | Klang

Pemborong Bundle Akbar
Sumber: Akbar Bundle Facebook

Dia ini adalah pemborong baju bundle kepada sesiapa yang berminat untuk memulakan perniagaan bundle lawat facebook page dia dan lihat sendiri harga borong yang anda boleh dapat.

Lokasi:  Lot 1070 Lorong Wak Jali, Jalan Rantau Panjang, 42100, Klang, Selangor

Waktu Operasi: 12pm – 12am (Setiap Hari) | 10.00am – 10.00pm (Isnin) | 2.30pm – 12am (Jumaat)

No Tel: 0193388816

Facebook Page


09. JBR Bundle (Pemborong) | Shah Alam

Pemborong Baju Bundle ini memang Responsif dan aktif di media social. Kalau anda lihat instgram dia anda akan tengok ramai usahawan kecil yang puas hati dengan perkhidmatan JBR Bundle ini.

JBR Pemborong Baju Bundle
Sumber: Instagram JBR

JBR Bundle ini adalah yang pemborong dan pembekal baju bundle yang terbesar di malaysia. Mereka mempunyai banyak cawangan di kawasan KL & Selangor dan menyediakan servis penghantaran terus ke kedai ataupun rumah anda.

Instagram mereka mengatakan bahawa mereka adalah Pembekal & Pengedar  barang Bundle Terbesar Dari Australia, Jepun & USA. Nak barang baik untuk memulakan perniagaan bundle anda lawat je JBR Bundle.

Lokasi: No.122, Jalan Sultan Alam Shah, 42700 Banting, Selangor

No Tel: Abdul Jabbar 013 6295755 | Pejabat Urusan 03 31815676 | Whatsapp 017 2808651

Facebook Page

Instagram: @JBRBundle


Kedai Bundle Murah di Instagram | 10. – 19.

Tersenarai di bawah adalah 10 Kedai Bundle Instagram yang paling banyak Follower. Mereka tidak ada kedai fizikal dan kalau anda nak beli dari diaorang mereka akan pos laju barang anda.

Kalau nak barang rare atau vintage banyak jugak anda boleh jumpa dekat kedai mereka.

Kalau anda suka barang vintage dan preloved, atau anda mencari tempat berniaga pada hujung minggu anda mungkin akan suka Senarai Car Boot Sale Kuala Lumpur & Selangor yang kami sudah sedia kan.

Baca: Bazar Barang Vintage | Saturday Thrifters Market