Kelab Tasik Putrajaya | Kelab Sukan Air Dan Rekreasi Eksklusif di Putrajaya

Putrajaya memang terkenal sebagai pusat pentadbiran negara. Jadi, tidak hairanlah kota ini dipenuhi dengan pelbagai bangunan menarik pusat-pusat tarikan yang cantik dan juga tempat-tempat rekreasi dan hiburan yang eksklusif.

Kelab Tasik Putrajaya Perkhidmatan Sewa Kayak Sendiri
Sumber: Kelab Tasik Putrajaya

Antaranya ialah Kelab Tasik Putrajaya yang merupakan Kelab sukan air dan rekreasi yang cukup eksklusif. Jom, kita lihat apa yang ada di sana!

Lokasi

Kelab Tasik Putrajaya ini terletak di Presint 8, Putrajaya. Ianya terletak bersebelahan dengan Tasik Putrajaya dan mempunyai tema dan reka bentuk sebuah kapal.

Sumber: Kelab Tasik Putrajaya

Memang tampak eksklusif sekali dengan suasana aman, damai dan tenang. Kelab ini lebih tertumpu kepada sukan air. Namun, ia juga turut menawarkan fasiliti lain.

Sumber: Kelab Tasik Putrajaya

Tarikan & Aktiviti

Seperti yang dikatakan tadi, kelab ini lebih mengutamakan sukan air.

Sumber: yayarsd

Pelbagai jenis sukan air disediakan di sini yang menjadi kegemaran golongan elit. Seperti:

  • Single Kayak – Berkayak secara berseorangan dengan bayaran RM10.60/sejam. Jacket keselamatan dan pendayung disediakan.
  • Double Kayak – Berkayak secara berpasangan dengan bayaran RM15.90/sejam. Jacket keselamatan dan pendayung disediakan.
  • Canadian Canoe – dayung sampan bersama secara berkumpulan. Sesuai untuk 3 orang dengan bayaran RM15.90/sejam. Jacket keselamatan dan pendayung disediakan.
  • Rowing – Sukan air elit golongan Harvard ini adalah untuk seorang sahaja. Dengan bayaran RM21.20/sejam ia cukup mencabar. Jacket keselamatan dan pendayung disediakan.

Kesemua aktiviti air ini boleh dilakukan setiap hari bermula jam 8am hingga 6pm. Waktu rehat adalah di antara 12pm-2pm dan segala aktiviti dihentikan seketika.

Sumber: Kelab Tasik Putrajaya

Anda juga boleh memilih untuk melakukan aktiviti lain seperti berbasikal. Mereka turut menyediakan perkhidmatan sewaan basikal dengan bayaran RM10.60/sejam yang boleh disewa dari Isnin-Jumaat di antara jam 8am-4.30pm. perkhidmatan sewaan basikal hanya dibuka untuk ahli kelab sahaja pada hujung minggu. Jika anda ahli kelab, anda juga boleh menikmati kolam renang yang tersedia di kelab ini.

Sumber: aoneeeeeeeeeee

Mereka turut mengendalikan beberapa aktiviti bulanan yang berbeza-beza. Aktiviti-aktiviti seperti pemeriksaan kesihatan dan kelas rowing akan dikendalikan dari masa ke semasa. 

Keahlian

Buat pengetahuan anda, Kelab Tasik Putrajaya ini turut menyediakan program keahlian. Bagi anda yang meminati sukan air atau akan berkunjung ke sini selalu, sangat berbaloi untuk menjadi ahli kelab ini.

Sumber: Kelab Tasik Putrajaya

Sebagai ahli kelab, anda boleh menikmati kelebihan seperti berikut:

  • Potongan 20% di Restoran Kelab Tasik Putrajaya
  • Kegunaan fasiliti eksklusif seperti kolam renang, bilik persalinan, gimnasium dan bilik rekreasi
  • Ruang privasi bagi penganjuran majlis
  • Akses ke bilik mesyuarat
  • Program dan aktiviti bulanan
  • Kemudahan rekreasi Sukan air
  • Makan Malam tahunan untuk ahli

Jadi apakah start kelayakan menjadi ahli? Sebenarnya keahlian dibuka untuk semua individu Malaysia berumur 21 tahun ke atas. Antara maklumat lain yang perlu anda tahu ialah:

Sumber: Kelab Tasik Putrajaya
  • Pemohon perlu tinggal dalam lingkungan 100km sekeliling Putrajaya
  • Keahlian adalah untuk seumur hidup dan ahli perlu membayar yuran bulanan mengikut kategori
  • Kelebihan yang diberikan kepada ahli hanya boleh dikongsi dengan pasangan dan anak-anak berumur bawah 21 tahun sahaja.
  • Setiap permohonan perlu disertakan bersama bayaran secara tunai atau cek.

Anda berminat nak jadi ahli? Mari kami kongsikan harga yuran keahlian.

KeahlianYuran kemasukanDepositYuran bulananTempoh
Ahli biasa(Swasta)RM1,000RM1,000RM50Seumur hidup
Ahli biasa(Bukan warganegara)RM2,000RM1,000RM100Seumur hidup 
Ahli biasa(Kerajaan)RM500RM500RM50Seumur hidup

Fasiliti

Di kelab ini, pelbagai fasiliti disediakan untuk kegunaan ahli dan umum. Untuk ruangan terbuka, fasiliti yang disediakan termasuk:

  • Kafe Samudera
  • Lobi A & B
  • Kafe Putra Klasik
  • Anjung

Fasikiti yang tertutup pula termasuk:

  • Captain Cabin
  • Bayu Lounge
  • Bilik Rekreasi

Itu dia serba sedikit tentang Kelab Tasik Putrajaya yang boleh kami kongsikan untuk pertimbangan anda. Jika anda ingin mencuba sukan air atau menikmati suasana marina atau sekadar ingin merasa kehidupan elit, datanglah ke Kelab Tasik Putrajaya bersama keluarga.

No. Telefon: +603 8889 5008

E-mail:putrajayakelabtasik@gmail.com

Media Sosial: Facebook | Instagram

Alamat: Kelab Tasik Putrajaya, No. 2 Jalan P8, Presint 8, 62250 Putrajaya Malaysia