KL Tower Mini Zoo | Jom Bermesra Dengan Haiwan Haiwan Comel Di Mini Zoo Kuala Lumpur

Hujung minggu di ibu kota memang tidak lekang dengan pelbagai aktiviti. Namun, jika anda merancang untuk membawa keluarga melihat dan mendekati haiwan, selalunya anda akan ke Zoo Negara atau Farm in The City dan lain-lain.

KL Tower Mini Zoo - Gambar Kura Kura Gergasi
Sumber: fendymima2

Jika anda ingin melakukan aktiviti yang berlainan dengan haiwan, kini anda juga boleh ke Mini Zoo di Menara KL yang tentunya akan berikan keseronokan untuk hujung minggu anda dan keluarga.

Baca: The Acre By Farm Fresh | Jom Alami Dunia Peladang Susu Segar Tempatan

KL Tower Mini Zoo - Meerkat Sedang Berdiri
Sumber: menarakl

Lokasi

KL Tower Mini Zoo ini terletak di Menara KL, bangunan ikonik negara yang sudah pun menjadi tumpuan pelancong dalam dan luar negara. Terletak bersebelahan dengan Menara ikonik ini dan Hutan Simpan Bukit Nenas, lokasi zoo ini sangat strategik. Lebih-lebih lagi untuk pelancong luar negara yang mungkin memerlukan panduan untuk meneroka bandaraya Kuala Lumpur.

Lokasinya yang mudah diakses melalui kenderaan awam seperti LRT, monorail dan bus tourism seperti KL Hop On-Hop Off, membuatkan zoo ini lebih mudah untuk dilawati. Selain itu, lokasinya yang berada di tengah bandaraya juga berdekatan dengan tarikan-tarikan Kuala Lumpur yang lain seperti Aquaria KLCC, Suria KLCC dan banyak lagi. Bolehlah pergi ke beberapa lokasi juga.

Tarikan

KL Tower Mini Zoo - Gambar Kandang Alpaca
Sumber: Zainab Kheraluwala

Zoo mini ini mengandungi sehingga 50 spesis haiwan yang termasuk spesis tempatan dan spesis eksotik. Zoo ini terbahagi kepada beberapa bahagian, iaitu:

  • Mini Jungle
  • Moonlight Shed
  • Happy Farm Village
  • Birdy School
  • Pet Village
  • Jungle View
  • Forest Walk

Setiap bahagian telah direka khas mengikut suasana habitat asal haiwan-haiwan ini. Ini bukan sahaja membantu haiwan-haiwan ini hidup dengan lebih aman dan tenang, ia juga mewujudkan ekosistem yang sihat untuk mereka.

KL Tower Mini Zoo - Budak Kecil Bersama Alpaca
Sumber: azurahamid14

Anda akan dapat mendekati pelbagai haiwan termasuk meerkat, racoon, alpaca, musang, dan juga Fallabella – spesis kuda terkecil di dunia. Pihak zoo juga ada membawa masuk pelbagai jenis reptilia seperti pelbagai spesis ular, iguana, buaya dan lain-lain.

KL Tower Mini Zoo - Gambar Tempat Tinggal Iguana
Sumber: Shereen Cheah

Haiwan-haiwan amfibia seperti kura-kura dan penyu yang juga datang dari pelbagai spesis. Birdy School merupakan rumah burung yang mengandungi pelbagai jenis burung, dari yang kecil seperti burung kakak tua, hingga yang besar seperti burung emu dan lain-lain.

KL Tower Mini Zoo - Haiwan Marmot Yang Comel
Sumber: Suzana CS

Haiwan-haiwan yang biasa menjadi peliharaan juga ada di sini seperti, arnab, hamster dan lain-lain. Buat pengetahuan anda, haiwan-haiwan di sini agak jinak dan anda boleh beraktiviti dan beramah mesra bersama mereka.

KL Tower Mini Zoo - Tempat Melihat Burung
Sumber: yensimiharbi

Malah, tentu anak-anak seronok bermain dengan kangaroo, ikan dan burung-burung. Anda boleh mempelajari tentang haiwan-haiwan ini serta memberi makan kepada mereka. Buat kanak-kanak, ini pasti suatu pengalaman yang cukup mengujakan.

Fasiliti

Walaupun zoo ini dinamakan zoo mini, sebenarnya ia agak besar dan penuh dengan haiwan-haiwan dan pameran. Jadi, zoo sebesar ini tentunya akan menyediakan fasiliti-fasiliti yang lengkap untuk para pengunjung. Jadi, jangan risau, kemudahan awam seperti surau, tandas awam dan tempat-tempat duduk telahpun disediakan dengan cukup di sekitar zoo.

Menara KL

Apabila dah sampai ke mini zoo ini, jangan lupa untuk singgah ke Menara Kuala Lumpur yang merupakan bangunan ke 7 tertinggi di dunia. Di Menara KL, anda boleh menikmati pemandangan panorama bandaraya Kuala Lumpur dari sudut 360°. Memang sangat cantik dan berbaloi. Bukan itu sahaja, jika terasa lapar, bolehlah menjamu selera di restoran terkemuka Menara KL ini.

Harga Tiket & Waktu Operasi

KL Tower Mini Zoo - Pintu Hadapan dan Kaunter Tiket
Sumber: Keet Malin Sugathadasa

Zoo mini di Menara KL ini beroperasi seperti berikut: 

Isnin-Jumaat10am-7pm
Sabtu-Ahad10am-9pm

Dari segi harga tiket pula, anda boleh rujuk di bawah. Harga di bawah adalah harga terkini untuk tahun 2022. 

Harga Biasa

Dewasa

RM48

Kanak-kanak 

RM38

Warga Emas 

RM38

Harga Mykad

Dewasa

RM35

Kanak-kanak 

RM29

Warga Emas 

RM29

*Kemasukan adalah percuma bagi kanak-kanak ketinggian 90cm ke bawah

Mereka turut menyediakan pakej keluarga yang boleh didapati dengan terms Dan start berikut:

  • Untuk walk-in sahaja
  • Untuk pemegang Mykad sahaja
  • Tidak boleh digunakan bersama promosi dan diskaun lain 
Pakej Keluarga2 Dewasa + 2 kanak-kanak 

RM109

*Harga asal pakej ini adalah RM128

Itu dia, serba sedikit tentang Mini Zoo di Menara KL. Kami berharap anda akan membahagiakan keluarga dan anak-anak apabila berkunjung ke sini. Jangan lupa untuk ikuti laman media sosial mereka untuk maklumat lanjut dan promosi terkini.

Sebuah zoo di tengah bandar Kuala Lumpur, memang rare, kan? Jangan lupa untuk ke sini nanti!

Media Sosial: Facebook | Instagram

[su_tabs style=”default” active=”1″ vertical=”no” class=””][su_tab title=”📍 Alamat” disabled=”no” anchor=”” url=”” target=”blank” class=””]Alamat: Ground Floor, Menara Kuala Lumpur, WP, Jalan Puncak, 50250 Kuala Lumpur[/su_tab][/su_tabs]