Budaya kopi atau coffee culture di Malaysia memang tak disangkal lagi. Dari zaman dahulu, dengan kedai kopi seperti kopitiam sehingga masa kini dengan kedai francais seperti Starbucks, kopi memang sudah sebati dengan masyarakat kita.
Namun, kini semakin banyak kedai yang menawarkan kopi yang lebih gourmet dan premium. Salah satu yang mesti anda cuba ialah Koffie Craft.
Terletak di The Sphere, Bangsar South City, Koffie Craft mempunyai latar belakang Belanda. Kopi premium mereka didatangkan dalam 2 blend; Limburg Blend dan KoffieCraft Blend. Limburg Blend merupakan 100% kopi arabica dari America Tengah dan Selatan di mana kopinya tidak begitu pekat namun aromanya sangat mengasyikkan.
KoffieCraft Blend pula merupakan campuran biji kopi arabica yang sama bersama kopi Robusta dari Dalat, Vietnam menjadikan kopi ini lebih ummph dan penuh rasa.
Selain dari kopi istimewa mereka, mereka juga menawarkan variasi menu yang luas dan berunsurkan Belanda. Mari kita mulakan dengan sarapan pagi. Menu breakfast mereka banyak berunsurkan telur. Jadi jika anda memang peminat telur, mesti cuba hidangan di sini. Kami recommend anda cuba signature dish mereka iaitu Eggs Hollandaise.
Sejenis sandwich yang boleh anda pilih antara roti ciabatta atau waffle Limburg bersama sayuran, 2 telur goreng, sos hollandaise istimewa mereka dan ditambah dengan antara oven roasted chicken, smoked salmon atau sauteed mushrooms.
Memang sangat menyelerakan. Selain itu, mereka juga menawarkan hidangan lain seperti 3 eggs omelette, big breakfast, Limburg waffles yang dihidang bersama madu dan banyak lagi. Memang rambang mata nak memilih.
Menu tengah hari atau all day dining mereka juga tidak kurang bermacam pilihan. Dari hidangan kebiasaan barat seperti Grilled Fish Fillet dan Gouda Chicken Breast ke burgers, pasta, sandwich dan salad.
Perlu kami ingatkan bahawa mereka menyediakan makanan berunsur Belanda, jadi menu mereka lebih kepada masakan barat. Mereka juga menawarkan seleksi kek dan dessert yang mewah.
Ye lah, selalunya kalau minum kopi, mesti digabungkan dengan manisan, kan? Di sini kami akan syorkan anda mencuba Koffie Cheesecake, Bossche Bol iaitu sejenis cream puff, stroopwaffle ice-cream dan Dutch Baby Pancakes yang didatangkan dalam 4 pilihan rasa; Cherry Berry Baby, Apricot Baby, Apple Baby dan Chocolate Baby.
Sekarang mari kita bincangkan bintang utama di cafe ini iaitu kopi mereka. Seleksi kopi di sini memang banyak, bukan calang-calang ye kedai ini. Untuk peminat kopi yang serius, kopi panas mereka seperti Koffie crema, Koffie Verkeerd (kopi putih) dan Koffie Opera (kopi dengan topping aiskrim) menjadi antara pilihan kegemaran ramai.
Selain itu tentunya mereka menawarkan variasi kopi yang lain seperti mocha dan latte. Jika anda lebih sukakan kopi sejuk atau berais, anda mesti cuba Holland Cold Brew on The Rocks yang tidak begitu pahit, Koffie Chocolate Crush, Koffie Mars or Bounty Crush dan banyak lagi. Selain dari kopi, minuman ice-blended dan jus juga disediakan.
Jika anda benar-benar pencinta kopi, rugilah tidak mencuba Koffie Craft di The Sphere Bangsar South ini. Ikuti laman media sosial mereka di Facebook dan Instagram untuk maklumat terkini.
[su_tabs style=”default” active=”1″ vertical=”no” class=””][su_tab title=”📍 Alamat” disabled=”no” anchor=”” url=”” target=”blank” class=””]Alamat: Unit UG-2, The Sphere No 1, Avenue 1 8 Jalan Kerinchi Bangsar South City, 59200 Kuala Lumpur[/su_tab][su_tab title=”⌚ Waktu Operasi” disabled=”no” anchor=”” url=”” target=”blank” class=””]Waktu Operasi: 10am-10pm (setiap hari)[/su_tab][/su_tabs]