“The New Timeless”: Koleksi Newport Terbaru Dari Targus, Untuk Mereka Yang Bergaya & Praktikal

Baru-baru ini Targus dengan bangganya mengumumkan pelancaran koleksi edisi barunya bernama Newport. Diilhamkan daripada gaya hidup penuh elegan, inspirasi dari California, Newport menyerlahkan lagi keperibadian moden individu sepanjang hari. Gabungan ciri gaya dan fungsi yang sempurna, enam jenis produk baharu diperkenalkan termasuk beg galas, sleeves dan tote.

Direka khusus untuk cerminan gaya dan praktikal, koleksi terbaharu ini sememangnya refleksi peribadi si pemakai yang mengutamakan aspek personaliti mewah dan elegan.

Targus Newport Collection - Collection Images

Malah, Targus tidak berkompromi dari aspek kualitinya. Koleksi ini menampilkan penggunakan material yang baik iaitu dari segi pemilihan fabrik nilon kalis air dan tenunan material kulit yang berkualiti tinggi. Ini menyerlahkan lagi penampilan koleksi ini dan bukan sahaja tampak elegan dari aspek rupanya tetapi juga tahan lasak dan mudah dijaga.

Koleksi ini juga menampilkan kualiti hiasan dan perincian logam yang unik sinonim dengan jenama Targus yang sememangnya tidak diragukan lagi tentang kualiti produknya. Setiap koleksi yang dihasilkan merangkumi gaya hidup moden kontemporari si pemakai yang praktikal dan sentiasa bersemangat.

Targus sememangnya sentiasa menjadi pilihan utama untuk penggunaan beg bagi komputer riba atau tablet. Berkualiti tinggi dan serba boleh, Newport Collection didatangkan khusus dalam warna hitam, navy dan tan yang unik.

Setiap satu koleksi beg direka menepati standard dan kualiti yang sama menjadikan Targus terkenal dan sentiasa menjadi sasaran penggemarnya. Tentunya juga, koleksi terbaharu ini juga dilengkapi dengan ruang beg yang luas, ringan, dan selesa, sesuai untuk dibawa ke pelbagai majlis.

Koleksi Newport terbaharu ini bermula dari harga serendah RM189 dan boleh didapati di kedai-kedai terpilih seperti  :

RetailOnline Retailer
Harvey NormanShopee
AeonLazada
IsetanBluelogic
SOGOZalora
Pasaraya ParksonHachi Tech

Koleksi Newport Terbaru TARGUS

Targus® 15” Newport Backpack

Targus® 15” Newport Backpack

The Newport Backpack mempunyai ruang luas yang kemas dan dilindungi dengan hiasan kontemporari yang moden. Ianya juga boleh untuk dibawa bersama dengan bagasi bagi memudahkan perjalanan yang jauh.

  • Ruang khas bagi komputer riba atau tablet.
  • Ruang lebihan bagi aksesori yang besar
  • Dua poket mudah akses di hadapan beg
  • Poket panel tambahan yang tersembunyi untuk keselamatan
  • Tali dan pemegang beg yang lembut mudah dilaraskan.
  • Perincian matellic yang berkualiti tinggi.
  • Fabrik nilon kalis air dan tenunan material kulit yang berkualiti tinggi.
  • Boleh didapati dalam pilihan warna TBB599GL (Hitam) / TBB59902GL (Navy)

Cadangan Harga: RM599

Gambar & Informasi Tambahan: https://ap.targus.com/products/15-newport-backpack-black

Targus® 15” Newport Ultra Slim Backpack

Targus® 15” Newport Ultra Slim Backpack

The Targus® 15” Newport Ultra Slim Backpack mempunyai poket mudah akses di bahagian hadapan dan belakang.

Malahan tali beg pada bahagian bahu boleh dialihkan untuk menukarkan fungsi beg kepada tote. Koleksi ini sememangnya praktikal dan sesuai untuk mereka yang sentiasa on-the-go.

  • Ruang khas untuk komputer riba
  • Poket berzip di bahagian hadapan beg
  • Poket panel tambahan yang tersembunyi untuk keselamatan
  • Tali beg yang mudah alih
  • Pemegang beg yang selesa dan tahan lasak
  • Perincian matellic yang berkualiti tinggi.
  • Fabrik nilon kalis air dan tenunan material kulit yang berkualiti tinggi.
  • Boleh didapati dalam pilihan warna TBB598GL (Hitam)/ TBB59806GL (Tan)

Cadangan Harga: RM499

Gambar & Informasi Tambahan:

Targus® Newport Convertible Tote/Backpack

Targus® Newport Convertible ToteBackpack

The Targus® Newport Convertible Tote/Backpack menampilkan gaya gabungan hybrid beg tote dan beg galas. Sememangnya menampilkan gaya penuh trendy dan fun tetapi cukup praktikal.

Tukarkan beg galas menjadi tote dengan mudah menggunakan pemegang beg lembut dan tali bahu mudah alih yang berkualiti tinggi.

  • Mudah tukarkan fungsi beg tote kepada beg galas.
  • Ruang pelindung khas bagi komputer riba atau tablet
  • Ruang bagi keperluan aksesori
  • Poket berzip mudah di bahagian hadapan beg
  • Poket panel tambahan yang tersembunyi untuk keselamatan
  • Tali pemegang beg mudah alih yang boleh dijadikan sebagai ruang poket besar
  • Luaran beg metallic dan bagding yang ekslusif
  • Fabrik nilon kalis air dan tenunan material kulit yang berkualiti tinggi.
  • Boleh didapati dalam pilihan warna TBB600GL (Hitam)

Cadangan Harga: RM599

Gambar dan informasi tambahan : https://ap.targus.com/products/15-newport-convertible-backpack-black

Targus® Newport Crossbody Pouch

Targus® Newport Crossbody Pouch

The Targus Newport Crossbody Pouch cukup sesuai untuk menyimpan koleksi aksesori kecil namun tetap praktikal untuk simpanan keperluan harian yang lain seperti iPad mini®. Boleh digayakan sebagai beg crossbody ataupun sebagai beg clutch.

  • Tali beg mudah alih
  • Poket berzip di bahagian hadapan
  • Ruang dalaman beg yang disertakan dengan poket
  • Fabrik nilon kalis air dan tenunan material kulit yang berkualiti tinggi.
  • Boleh didapati dalam pilihan warna TXZ026GL (Hitam)

Cadangan Harga: RM189

Gambar & Informasi Tambahan : https://ap.targus.com/products/newport-crossbody-pouch-black

Targus® 15” Newport North-South Tote

Targus® 15” Newport North-South Tote

The Targus 15” Newport North-South Tote merupakan gaya terkini beg tote bersama dengan ruang khas untuk simpanan komputer riba. Ia direka khusus bagi mereka yang penuh bersemangat memulakan hari dengan praktikal namun sangat mementingkan aspek keselamatan gajet yang perlu dibawa.

  • Ruang khas berpoket untuk simpanan komputer riba atau tablet.
  • Pemegang beg yang direka selesa untuk digalas di bahu atau lengan
  • Poket berzip mudah akses di bahagian hadapan beg
  • Mudah dilampirkan bersama bagasi menggunakan tali troli
  • Fabrik nilon kalis air dan tenunan material kulit yang berkualiti tinggi.
  • Luaran beg menggunakan jenis metallic yang eksklusif
  • Boleh didapati dalam pilihan warna TBO002GL (Hitam)

Cadangan Harga: RM499

Gambar & Informasi Tambahan: https://ap.targus.com/products/15-newport-north-south-tote-tan

Targus® 13-14” Newport Sleeve

Targus® 13-14” Newport Sleeve

The Targus® 13-14” Newport Sleeve, langsing dan ringan dengan rekaan luaran yang bergaya. Sleeves memberikan perlindungan komputer riba yang komprehensif sesuai untuk si pemakai yang elegan dan penuh gaya.

  • Perlindungan foam bagi ruangan komputer riba
  • Melindungi komputer riba secara eksklusif daripada habuk dan calar
  • Poket berzip mudah akses pada bahagian belakang
  • Fabrik nilon kalis air dan tenunan material kulit yang berkualiti tinggi.
  • Boleh didapati dalam pilihan warna TSS1000GL (Hitam)

Cadangan Harga : RM199

Gambar & Informasi Tambahan : https://ap.targus.com/products/13-14-newport-sleeve-black-1

Kenali Targus

Berpengalaman selama tiga puluh lima tahun dalam industri aksesori komputer mudah alih, Targus merupakan antara jenama pertama merevolusikan penggayaan beg khusus buat aksesori komputer dan gajet bagi syarikat-syarikat ternama serta individu masa kini. Targus juga menghubungkan pengguna dan teknologi dengan cara yang lebih bermakna.

Menampilkan pelbagai koleksi eksklusif, dari rekaan beg komputer riba dan tablet, hingga ke aksesori gajet dan perantis dok, Targus sentiasa menjanjikan konsistensi dalam rekaan produk yang inovatif dan praktikal sambil mengutamakan keselasaan pengguna untuk kekal aktif, bekerja dan bergaya.

Malahan, Targus juga mengjangkaui pelbagai kategori, negara, industri dan gaya hidup dengan rekaan produk yang berkualiti tinggi, perincian yang teliti sambil menyediakan pengguna dengan semua yang diperlukan untuk tampil elegan dan praktikal.

Beribu pejabat di Anaheim, California, Targus menpunyai pusat operasi di 45 negara dan mengedarkan produk mereka kepada lebih 100 buah negara di seluruh dunia.

Untuk maklumat lebih lanjut tentang produk kami, hubungan ibu pejabat atau layari www.targus.com

*Artikle ini hasil kolaborasi dengan Brand Inc.

5/5 - (1 vote)