Percutian yang tidak dapat dilupakan selalunya mempunyai elemen-elemen tertentu. Antaranya termasuklah tempat penginapan yang unik, menarik dan cukup istimewa. Jika anda merancang untuk ke Perak, mari kami kongsikan sebuah pusat penginapan yang akan memberikan anda percutian yang menarik dikelilingi alam semulajadi iaitu Kuak Hill Resort.
Lokasi
Kuak Hill Resort merupakan sebuah pusat penginapan berkonsep villa dan glamping yang terletak di Kampung Kuak, Lengging, Kuala Kangsar. Lokasinya yang berada di atas bukit bukan sahaja menjanjikan suasana yang dikelilingi kehijauan alam semulajadi, ia juga menjanjikan pemandangan yang cukup istimewa dan luarbiasa.
Dengan keluasan yang cukup besar, pusat penginapan yang dibuka sejak Disember 2021 ini menyediakan pelbagai penginapan, fasiliti dan aktiviti yang menarik buat seisi keluarga.
Penginapan
Terdapat 2 jenis bilik penginapan di sini yang boleh anda pilih mengikut kesesuaian dan keselesaan anda dan keluarga. Anda boleh memilih antara KHR Villa ataupun jika anda lebih adventurous, boleh cuba Glampsite mereka.
KHR Villa
Kuak Hill Resort Villa atau singkatannya KHR Villa ialah sejenis penginapan yang berkonsep American-style cottage. Terdapat 8 villa di sini dan kesemuanya mempunyai muatan dan lokasi yang berbeza.
Ini membolehkan pengunjung untuk mendapatkan keselesaan optimum sambil menikmati pemandangan yang berbeza namun cukup istimewa. Setiap bilik dilengkapi dengan bilik mandi, penghawa dingin, kemudahan asas seperti cerek, TV, seterika dan lain-lain.
Bilik jenis ini juga mempunyai ruang duduk di luar atau balcony yang lengkap dengan coffee lounge. Harga bermula dari RM299 ke atas.
Glampsite
Glampsite di sini merupakan penginapan di dalam kemah atau glamping. Terdapat 5 glampsite yang mereka sediakan yang berbeza mengikut muatan dan level kemah. Anda boleh memilih antara top level hingga ke 5th tier level. Terdapat juga satu glampsite istimewa di sini yang dikenali sebagai The Hidden Spot. Ia menawarkan privacy yang lebih dan suasana yang cukup menarik di kelilingi kehijauan.
Penginapan jenis Glampsite ini dilengkapi dengan alatan berkemah, ruang santai, kipas dan bilik mandi awam. Menawarkan pengalaman berkemah dan rustic outdoor feel, penginapan ini sangat sesuai buat pengunjung berkumpulan. Harga bermula dari RM229 ke atas.
Fasiliti
Fasiliti adalah antara elemen penting dalam menyediakan pusat penginapan dan percutian yang serba lengkap. Di Kuak Hill, anda akan menerima kemudahan dan kelengkapan yang cukup istimewa. Antara fasiliti utama di sini ialah infinity pool atau kolam renang infinity mereka.
Bersebelahan dengan kolam renang kanak-kanak yang lebih cetek, kolam renang ini akan menambahkan lagi kemeriahan percutian anda. Di sekeliling kolam renang ini, anda akan mendapati ia dilengkapi dengan gazebo-gazebo untuk anda beristirehat dan bersantai. Selain dari itu, anda juga disediakan dengan KHR Cafe atau Kuak Hill Resort Cafe yang merupakan kedai makan untuk anda menjamu selera.
Dibuka seawal 5am hingga ke 8pm setiap hari, anda tidak perlu risau untuk mencari tempat makan apabila menginap di sini. Menu yang mereka sediakan juga cukup lengkap dan merupakan hidangan-hidangan kegemaran ramai. Fasiliti yang istimewa seperti tempat BBQ juga disediakan di sini. Malah, tempat BBQ persendirian ini disediakan khas buat para pengunjung yang ingin mengadakan sambutan private bersama keluarga atau rakan-rakan.
Bersebelahan dengan kolam ikan, suasana di sini pastinya meriah dan ceria untuk apa jua sambutan atau haru istimewa anda. Fasiliti-fasiliti lain seperti surau, kedai cenderahati dan vending machine akan melengkapkan lagi percutian anda.
Aktiviti
Apabila berada di pusat peranginan di atas Bukit seperti Kuak Hill Resort ini, pastinya pelbagai aktiviti akan disediakan bagi memastikan percutian anda lebih bermakna. Antara yang disediakan di sini ialah:
ATV
Jika anda meminati sukan lasak atau aktiviti outdoor, menunggang ATV atau all-terrain vehicle pasti antara aktiviti yang akan membuat anda teruja. Terdapat route atau laluan ATV di sini yang bukan sahaja mencabar dan menarik, ia juga membolehkan anda mendekati alam semulajadi.
Lawatan Kebun
Di Kuak Hill Resort ini, terdapat beberapa kebun dan taman yang berada dalam jagaan mereka. Pertamanya ialah Kuak Hill Resort Garden yang merupakan sebuah taman untuk anda berkelah atau bersantai dan beriadah bersama keluarga. 4 lagi merupakan Herbs Garden atau kebun herba yang mereka usahakan. Di sini, anda dan keluarga boleh mengambil peluang untuk mempelajari tentang tanaman dan penjagaan tanaman sayuran dan herba.
Taman Burung & Petting Zoo
Di Kuak Hill Resort ini terdapat beberapa tarikan yang akan membuat kanak-kanak lompat keriangan. Taman Burung atau Bird Aviary di mana pelbagai jenis burung di jaga akan membolehkan anda dan keluarga mendekati haiwan yang cukup unik ini. Petting zoo atau zoo mini di sini merumahkan beberapa haiwan yang comel seperti arnab dan lain-lain. Anda akan diberi peluang untuk memberi makan dan berinteraksi bersama haiwan-haiwan ini.
Karaoke
Di sini, mereka turut menyediakan pusat karaoke untuk anda dan keluarga menghilangkan tekanan dan berseronok bersama. Pasti meriah percutian anda bila dapat menyanyi bersama.
Jungle Walk
Apabila sudah berada di atas Bukit begini dan di kelilingi kehijauan alam semulajadi, aktiviti jungle walk atau jungle trekking mestilah wajib. Terdapat beberapa laluan disediakan untuk anda menikmati keindahan hutan yang mengelilingi pusat penginapan ini.
Stargazing
Tiada yang lebih membuat kita lebih terpegun dan berasa kecil dari melihat langit. Apa lagi bila kita menikmati langit malam yang dihiasi dengan bintang-bintang dan bulan yang cukup menakjubkan. Di Kuak Hill Resort, mereka sangat menggalakkan para pengunjung untuk menikmati dan bersatu dengan alam. Sebab itu, aktiviti stargazing ini disediakan khas bersama sebuah viewing deck atau pelantar observasi dan lengkap dengan teleskop untuk anda dapat meninjau langit dengan lebih dekat.
Itu dia serba sedikit tentang sebuah pusat penginapan dan peranginan yang cukup istimewa di Perak, Kuak Hill Resort. Mungkin anda dan keluarga dapat mencuba dan beri peluang kepada Kuak Hill Resort apabila bercuti ke Perak nanti, untuk memberikan anda sebuah percutian yang pastinya tidak akan dilupakan.
Jika anda perlukan lebih informasi untuk meyakinkan lagi bahawa ini tempat yang tepat untuk anda dan keluarga, pastikan anda ikuti laman media sosial mereka di Facebook dan Instagram.
Media Sosial: Facebook | Instagram | Laman Web
Alamat: Lot 3538, Kampung Lata Papan, Kampung Kuak, 33400, Lenggong, Perak, Malaysia