Kuala Selangor Cabin Camp (KSCC) | Jom Bermalam Di Rumah Hobbit Yang Comel

Malaysia memang tidak lekang dengan idea penginapan yang kreatif. Banyak destinasi menyediakan penginapan out of the box dan unik untuk percutian yang memorable. Kuala Selangor Cabin Camp yang terletak di Jeram, Selangor menawarkan satu pengalaman percutian yang luarbiasa.

Hobbit Stay Kuala Selangor Cabin Camp (KSCC) - Rumah Penginapan Ala Cerita Hobbit
Sumber: @adzmierz
Hobbit Stay Kuala Selangor Cabin Camp (KSCC) - Rumah Hobit
Sumber: @adzmierz

Dengan keluasan 1.214 hektar Kuala Selangor Cabin Camp (KSCC) menyediakan penginapan kreatif di sampling aktiviti-aktiviti yang mengeratkan silaturahim antara keluarga, rakan-rakan serta alam semulajadi.

Antara penginapan yang unik ini termasuk tubestay, sejenis bilik berbentuk bulatan, type A stay, sejenis bilik berbentuk tiga segi, cabinstay, bilik berasaskan container yang dicat berwarna-warni, Bus Stay, bilik dorm-style di dalam bas-bas terpakai, Arabian stay, khemah dorm-style, homestay, dan yang paling istimewa, hobbit stay, bilik ala-ala rumah hobbit dari filem Lord of the Rings.

Hobbit Stay Kuala Selangor Cabin Camp (KSCC) - Warna Warni
Sumber: Alfredo Thomas
Hobbit Stay Kuala Selangor Cabin Camp (KSCC) - Rumah Bulat Glamping
Sumber: Alfredo Thomas

Kepelbagaian bilik-bilik penginapan unik ini boleh anda pilih mengikut kesesuaian percutian anda. Walaupun KSCC menyediakan pelbagai kemudahan untuk percutian berkumpulan, mereka tetap prihatin terhadap percutian persendirian.

Hobbit Stay Kuala Selangor Cabin Camp (KSCC) - Papan Tanda Dan Kontena Home

Namun, jika anda ingin mencari destinasi yang sesuai untuk kursus pelajar, team building untuk syarikat ataupun family day bersama seisi keluarga besar, di sini lah tempat yang paling sesuai. Kelengkapan seperti dewan dan bilik kuliah disediakan.

Aktiviti-aktiviti seperti kolam renang, yo-yo cart, obstacle course, ATV, berbasikal, memancing dan memanah tersedia di sini. Malah mereka juga menyediakan sebuah taman bunga atau nursery dan sebuah petting zoo di mana pengunjung boleh mendekati alam.

Hobbit Stay Kuala Selangor Cabin Camp (KSCC) - Tempat Kuda
Sumber: Khuzaimi Shaari

Kesemua aktiviti-aktiviti ini boleh anda gabungkan untuk sesuatu percutian berkumpulan yang tidak dilupakan. Malah, mereka juga menyediakan pakej-pakej yang serba lengkap dan berpatutan untuk kemudahan anda.

Buat anda yang mencari kelainan, sukakan keunikan, menghargai keindahan dan hidup dalam keharmonian, pastikan anda cuba KSCC satu hari nanti. Sehingga itu, pastikan anda ikuti laman media sosial mereka di Facebook dan Instagram untuk maklumat terkini.

Alamat: Lot 4021, Jalan Rizab Zazuli, Kampung Bukit Hijau, 45800 Jeram, Selangor

4/5 - (2 votes)