Negeri Pahang memang terkenal dengan pelbagai faktor. Tetapi, terdapat sebuah kedai kek di Kuantan yang menjadi sebuah tarikan buat para pengunjung daerah ini. Kula Cakes kian mendapat perhatian dan sambutan sehingga kek mango cheesecake yang dicipta khas oleh pemilik, dinobat sebagai ikon Kuantan.

Kula Cakes Kuantan Pahang - Mango Cheese Cake
Mango Cheesecake (Sumber: Mango Cheesecake)

Bermula operasi sejak tahun 2013, Kula Cakes mula dibuka di Jalan Besar, Kuantan. Farisha, yang dulunya seorang pensyarah di sebuah kolej swasta mengambil keputusan untuk menjalankan bisnes kek setelah mendapati kek dan dessert beliau yang dijual di sebuah restoran laris dijual. Kini, beliau mampu meraih pendapatan harian antara RM2,500 hingga RM3,000 sehari dengan menjual kek.

Kula Cakes Kuantan Pahang - Gambar Dalam Kedai
Sumber: salekhan82

Signature kek di sini ialah Mango Cheesecake yang merupakan resepi tersendiri Farisha. Kek ini sungguh popular sehingga mengundang pelanggan dari serata negara termasuk Johor, Terengganu dan Kuala Lumpur.

Malah, info terbaik tentang Mango Cheesecake beliau, ia boleh disejuk beku sehingga 2 minggu. Jadi anda boleh membawa pulang Mango Cheesecake ini sebagai buah tangan. Kula Cakes juga cukup terkenal dengan dekorasi kedainya yang merupakan satu kombinasi yang seimbang antara konkrit dan alam semulajadi.

Kula Cakes Kuantan Pahang (10)
Sumber: salekhan82
Kula Cakes Kuantan Pahang - Basikal Atas Dinding
Sumber: @__solitudez

Malah dinding yang dihiasi pokok menjalar mengelilingi tanda nama Kula Cakes, dan basikal-basikal tergantung di atasnya telah menjadi latar belakang ikonik untuk gambar-gambar, terutama sekali di Instagram.

Kula Cakes Kuantan Pahang - Gambar Mural Ombak
Sumber: @kulacakes

Kedai makan yang mempunyai ruang makan di luar ala al-fresco seolah-olah sebuah taman rahsia di tengah kota.

Gambar Cheesecake & Kopi Yang Sedap
Sumber: @diari.archive

Kek-kek lain yang juga istimewa di sini termasuk Nutella Pavlova, Brownies, Burnt Cheesecake, Chocolate Salted Caramel Cake dan banyak lagi. Kula Cakes juga mempunyai ejen jualan yang ramai sekitar Kuantan. Jadi apabila anda datang berkunjung ke Kuantan di masa hadapan, pastikan anda singgah ke sini dan lihat sendiri apa yang sering menjadi tarikan orang ramai.

Baca: 37 Tempat Makan Menarik Di Kuantan

📍 Alamat⌚ Waktu Operasi
Alamat: 96, Jalan Besar, 25000 Kuantan, Pahang
Waktu Operasi: 11am-6pm (Selasa-Ahad, tutup pada hari Isnin)
4/5 - (1 vote)