Langkawi Wildlife Park | Berinteraksi dengan Haiwan Eksotik Yang Mengagumkan

Aktiviti Memberi Makan Rusa Di Langkawi Wildlife Park
Sumber: langkawiwildlifepark

Langkawi Wildlife Park, terletak di Pulau Langkawi, merupakan destinasi yang sempurna untuk mereka yang ingin mengenali dengan lebih baik keindahan hidupan liar tempatan.

Dibuka pada tahun 2006, taman ini menawarkan peluang yang menarik untuk berinteraksi dengan pelbagai spesies haiwan dan mempelajari sedikit tentang habitat semulajadi mereka.

Langkawi Wildlife Park - Gambar Pintu Masuk Taman
Sumber: langkawiwildlifepark

Kepelbagaian Spesies Haiwan di Langkawi Wildlife Park

Dengan keluasan lima ekar, Langkawi Wildlife Park menjadi rumah kepada lebih daripada 150 spesies haiwan yang berbeza dan unik.

Zon Reptilia Diaman Pelawat Dapat Menyentuh Reptilia Hebat Seperti Buaya
Sumber: izwah.wawa

Disini anda perpeluang memerhati dengan lebih dekat burung-burung tropika yang eksotik, reptilia yang menakjubkan, dan haiwan liar yang menawan seperti rusa dan kancil.

Berinteraksi Secara Langsung Dengan Haiwan

Salah satu tarikan utama di Langkawi Wildlife Park adalah peluang untuk berinteraksi dengan haiwan secara langsung.

Langkawi Wildlife Park - Lihat Rakun Yang Nakal
Sumber: langkawiwildlifepark

Anda boleh menyentuh dan memberi makan kepada haiwan seperti rakun, burung flamingo, rusa, dan landak di stesen makanan khas yang disediakan.

Kandang Landak Yang Dipamerkan
Sumber: langkawiwildlifepark

Pakej Keluarga yang Menarik

Bagi mereka yang bercuti bersama keluarga, Langkawi Wildlife Park menawarkan pakej keluarga yang berpatutan untuk memastikan pengalaman yang menyeronokkan dan berbaloi.

Langkawi Wildlife Park - Destinasi Sesuai Untuk Seisi Keluarga
Sumber: eyzaliyanaban

Pakej ini termasuk tiket masuk ke taman, aktiviti interaksi bersama haiwan kesayangan, dan makanan.

Aktiviti Menarik di Taman Hidupan Liar Langkawi

Langkawi Wildlife Park - Aktiviti Memberi Makan Kepada Burung
Sumber: iamshantanutomar

Selain daripada pameran haiwan terdapat juga aktiviti menarik yang boleh dinikmati oleh pengunjung:

Program Animal Feeding

Pengunjung boleh merasai pengalaman memberi makan kepada pelbagai haiwan seperti burung, rusa, dan kura-kura gergasi.

Kanak-kanak Boleh Bermain Dengan Burung Kakak Tua
Sumber: incik_kazak

Ini adalah peluang emas untuk belajar sedikit sabanyak tentang diet dan tabiat pemakanan haiwan-haiwan tersebut.

Pakej Edukasi

Taman Hidupan Liar Langkawi juga menawarkan pakej edukasi yang direka khas untuk pelajar dan pengunjung yang ingin mempelajari lebih lanjut mengenai hidupan liar.

Langkawi Wildlife Park - Banyak Aktiviti Yang Sesuai Untuk Kanak-kanak
Sumber: langkawiwildlifepark

Pakej ini termasuk lawatan berpandu, bengkel interaktif, dan aktiviti praktikal yang menarik.

Eagle Station Café

Selepas penat bersiar-siar, pengunjung boleh berehat sebentar di Eagle Station Café. Kafe ini Menyajikan pelbagai hidangan tempatan dan antarabangsa. Sesuai untuk mengisi perut sebelum meneruskan aktiviti seterusnya.

Tips Penting Sebelum Berkunjung

Berikut adalah beberapa tips penting untuk pengunjung:

  • Pastikan untuk memakai pakaian yang selesa dan kasut yang sesuai untuk berjalan di taman.
  • Jangan lupa untuk membawa topi atau payung sebagai perlindung dari matahari yang terik.
  • Bawa air mineral dan bekalan makanan ringan jika diperlukan.
  • Ikuti arahan dan petunjuk yang diberikan oleh pihak admin demi menjaga keselamatan anda dan haiwan.

Langkawi Wildlife Park merupakan destinasi yang menakjubkan untuk dikunjungi, tidak kira sama ada anda seorang pencinta haiwan, pelancong yang ingin belajar tentang spesies eksotik atau mencari pengalaman yang menyeronokkan untuk seisi keluarga.

Dengan pelbagai aktiviti yang ditawarkan, anda pasti akan membawa pulang kenangan yang tidak akan dapat dilupakan. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk melawat Taman Hidupan Liar Langkawi pada percutian anda yang seterusnya, kerana ia merupakan permata tersembunyi untuk diterokai oleh anda. Selamat melancong dan semoga anda menikmati pengalaman yang luar biasa ini!

Alamat: Lot 1485, Jalan Ayer Hangat, Kampung Belanga Pechah, 07000 Langkawi, Kedah

Waktu Operasi: Setiap Hari (08:30am-05:30pm)

Harga Tiket: Dewasa (RM30) | Kanak-kanak & Warga Emas (RM22)

Media Sosial: Facebook | Instagram


Soalan Lanjut

Buat masa ini  harga tiket masuk untuk dewasa adalah RM30. Untuk kanak-kanak dan warga emas pula RM22. Bagaimanapun, harga tiket mungkin berubah dari semasa ke semasa, jadi disyorkan anda menyemak harga terkini di laman web rasmi mereka atau menghubungi mereka secara langsung.

Ya, Langkawi Wildlife Park merupakan destinasi yang mesra keluarga dan sesuai untuk semua peringkat umur. Terdapat pelbagai aktiviti yang ditawarkan untuk pengunjung, termasuk interaksi dengan haiwan, sesi memberi makan, dan pameran pendidikan.

Langkawi Wildlife Park dibuka setiap hari, termasuk hujung minggu dan cuti umum. Buat masa ini waktu operasi mereka adalah dari 08:30am hingga ke 05:30pm.