Bandaraya bersejarah Melaka merupakan antara negeri paling banyak tarikan dan pusat pelancongan di tanah air kita.
Walaupun kecil, negeri penuh sejarah ini masih menjadi antara negeri yang paling dilawati. Terbaru, Ley Park Station telah diumumkan sebagai tarikan terbaru negeri ini.
Terletak di Ayer Keroh, Melaka, Ley Park Station ialah sejenis pasar malam tetapi dalam skala yang besar.
Baca: Taman Buaya Melaka | Lebih 100 Ekor Buaya Menanti Anda Sekeluarga Di Sini
Dibuka baru-baru ini, ia telah pun menerima lebih 10,000 kunjungan dalam 3 bulan operasi.
Bukan sahaja mendapat sambutan hangat dari pengunjung, Ley Park Station juga dapat menarik lebih 80 peniaga untuk mencuba nasib di sini.
Inisiatif ini bukan sahaja membantu rakyat ketika musim pandemik ini, malah ia juga memberikan peluang kepada golongan yang terkesan untuk mencari kelangsungan hidup.
Menempatkan pelbagai jenis perniagaan, Ley Park Station juga mempunyai seleksi peniaga-peniaga makanan dan minuman yang ramai.
Para peniaga kecil dan food truck berkumpul beramai-ramai di sini memberikan pengunjung pilihan hidangan yang cukup luas.
Ruang makan open-air dalam suasana kota ini memang menjadi tarikan terutama sekali buat golongan muda dan urban. Malah, anda juga mungkin akan dihiburkan oleh kumpulan-kumpulan buskers di sini.
Buat anda yang bercadang untuk ke Melaka pada musim cuti atau pada hujung minggu, pastikan anda kunjungi Ley Park Station untuk menikmati makanan lazat dalam suasana menarik dan juga membeli-belah barangan pada harga terbaik. Pastikan anda ikuti mereka di Facebook dan Instagram untuk maklumat terkini.
Alamat: Jalan Tasik Ayer Keroh, 75450 Ayer Keroh, Malacca, Malaysia
Waktu Operasi: 4pm-12am (Khamis-Ahad sahaja, tutup pada hari Isnin-Rabu)