Bermula 27 Januari 2022, Malindo Air membuka laluan udara baru buat Kota Bharu-Langkawi. Menurut Malindo Air, penerbangan empat kali seminggu ini dimulakan atas permintaan tinggi untuk perjalanan domestik.
Pasca pandemik ini melihatkan orang ramai berpusu-pusu ke Langkawi untuk bercuti bersama keluarga. Menurut CEO Malindo Air, Kapten Mushafiz Mustafa Bakri, Malindo Air merupakan satu-satunya syarikat penerbangan yang menyediakan perkhidmatan ini, setakat ini.
Laluan baru ini mengharapkan peningkatan tourism buat kedua-dua negeri. Malindo Air akan terus bekerjasama dengan agensi-agensi pelancongan dari kedua-dua negeri untuk mengingatkan sektor dan ekonomi pelancongan.
Harga promosi untuk tiket penerbangan bermula dari RM169 sehala. Malindo Air menggunakan pesawat turbo-prop ATR72-600 yang mempunyai kapasiti 72 duduk. Masa perjalanan antara kedua-duanya adalah selama 1 jam 5 minit.
Buat warga Kelantan dan Kedah, kini ada alternatif transportasi baru yang akan mempercepatkan perjalanan anda.
Social Media: Facebook | Instagram