Mango’s Park Port Dickson | Bermalam Di Bilik Tiub Konkrit Yang Menarik

Port Dickson, Negeri Sembilan sememangnya antara destinasi pilihan bagi warga kota untuk bercuti, tidak kira cuti sekolah mahupun quick getaway pada hujung minggu.

Mango's Park Port Dickson - Gambar Bilik Tiub Concrete
Sumber: ahmad fauzi bin mohd khosim

Hanya 45 minit dari Kuala Lumpur dan berdekatan dengan Melaka, lokasi strategik ini memang memudahkan pengunjung dari setiap arah untuk ke sini. Pilihan penginapan di sini juga sangat banyak. Tetapi, Mango’s Park, Port Dickson bukan sahaja menyediakan penginapan, ia juga menawarkan sebuah pengalaman.

Terletak di Kampung Bagan Pinang, Port Dickson, resort ini terletak berdekatan dengan pantai. Mereka menyediakan 3 jenis penginapan yang bermula dari harga serendah RM100 semalam ke atas. Bilik penginapan boleh dipilih mengikut kesesuaian percutian anda. Samada individu backpackers hingga ke berkumpulan atau bersama keluarga, penginapan di sini selesa untuk semua.

Mango's Park Port Dickson - Gegelung
Sumber: @themangosportdickson

Gegelung House Hotel merupakan bilik penginapan jenis tube yang menyediakan katil luas untuk berehat. Namun, bilik air tidak disertakan di dalam bilik. Tetapi, bilik mandi yang dikongsi disediakan berdekatan dan sangat selesa. Backpackers House pula merupakan bilik ala dormitory. A Frame House pula merupakan bilik berbentuk segi tiga yang lebih private.

Mango's Park Port Dickson - Frame Room
Sumber: @Esafad Latif
Mango's Park Port Dickson - Bilik Jenis Hut
Sumber: @Esafad Latif

Terdapat pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan di sini. Kalau sudah berada di Port Dickson, tentulah anda mahu ke pantai. Pantai berdekatan adalah Pantai Saujana dan Pantai Cahaya Bulan. Terdapat pelbagai aktiviti sukan air yang boleh anda cuba seperti berkayak dan bermain banana boat.

Mango's Park Port Dickson - Crabs

Di sini juga mereka menyediakan beberapa aktiviti lain seperti paintball, memanah dan berbasikal. Malah, jika anda bercadang untuk melakukan team building di sini juga boleh diaturkan. Mereka juga ada menyediakan khidmat venue perkahwinan. Seronoknya dapat Majlis di tepi pantai.

Mango's Park Port Dickson - Tempat Makan
Sumber: @themangosportdickson

Fasiliti di sini juga cukup lengkap dengan kolam renang yang besar, beberapa kedai makan yang menyediakan hidangan yang berbagai, dan juga tempat untuk BBQ.

Baca: 26 Homestay Di Port Dickson Yang Menarik Untuk Percutian Istimewa

Jadi, apa kata anda mencuba merasai pengalaman penginapan di sini jika anda bercadang untuk ke Port Dickson nanti. Tentu memberikan memori indah buat anda dan keluarga atau rakan-rakan.

Alamat: lot 968, Jalan Pantai, Kampung Bagan Pinang, 71000 Port Dickson, Negeri Sembilan

4/5 - (1 vote)