Makanan dari barat memang mendapat sambutan hebat di kalangan rakyat Malaysia. Selain dari memberi kelainan dari hidangan lauk Melayu harian di rumah, makanan western juga sering dimakan ketika menyambut sesuatu yang istimewa, atau sekadar mengubah selera sekali sekala. Buat anda yang sukakan makanan dari Amerika Syarikat, marilah cuba Mean Mince yang terletak di Mutiara Damansara.
Mean Mince merupakan sebuah restoran yang menghidangkan makanan dari Amerika Syarikat. Buat anda yang belum biasa dengan makanan mereka, Amerika Syarikat sebenarnya mempunyai variasi makanan yang luas kerana latar belakang masyarakat mereka juga banyak. Namun, disini mereka fokus kepada makanan kegemaran harian rakyat Amerika, terutama sekali burger.
Dari luar, anda akan dijemput masuk dengan alunan lagu-lagu legend dari Amerika, apabila masuk, hiasan kedai yang bertemakan Amerika dengan plat kereta dari Utah dan Texas, serta potret-potret ikon Amerika benar-benar memberi personality kepada Mean Mince yang cukup tersendiri.
Suasana restoran ini lebih kepada casual dining dan sangat sesuai untuk anda chill dan lepak bersama keluarga dan kawan-kawan sambil menikmati hidangan yang sedap-sedap belaka.
Speciality mereka ialah deep fried burger atau burger goreng. Burger mereka memang sangat unik dan klasik. Didatangkan dalam berbagai variasi, mereka cukup arif mempelbagaikan burger tanpa kompromi rasa dan kualiti burger.
Mereka juga menawarkan makanan klasik Amerika seperti Buffalo Wings, Grilled Cheese Sandwich dan Milk Shake. Jangan lupa juga untuk merasa Chicago Style Deep Dish Pizza yang cukup popular di Chicago.
Untuk pengalaman makan dan menu yang boleh mentransportasikan anda ke Amerika Syarikat tanpa perlu keluar negara, datanglah ke Mean Mince. Anda juga boleh mengikuti mereka di Facebook dan Instagram untuk melihat sendiri menu-menu mereka yang cukup istimewa dan dapatkan maklumat terkini.
Alamat: 31-1, Jalan PJU 7/16a, Mutiara Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor
Waktu Operasi: 12pm-9.30pm (setiap hari, tutup pada hari Rabu)