Melaka Worderland | Berhibur Sambil Bermain Air Di Taman Tema Air Menarik Di Melaka

Luangkan masa menyeronokkan bersama seluruh ahli keluarga semasa bercuti di negeri yang terkenal dengan bangunan klasiknya ini dengan mengunjungi Melaka Wonderland! Anda boleh merancang untuk ke sini selepas puas makan angin dan bergambar di sekitar Melaka, barulah syok nak sejuk-sejukkan badan dengan air, ye tak?

Taman tema air yang terletak di Ayer Keroh ini ialah salah satu destinasi pelancongan paling terkenal di negeri pahlawan legenda Melayu, Hang Tuah ni.

Dikelilingi oleh hutan rimba berkeluasan 360 hektar, pengunjung dapat beraktiviti sambil menghirup udara yang menyegarkan dan menikmati kehijauan panorama yang terbentang di sekitar taman tema.

Taman tema ini menawarkan hampir 20 tarikan yang dapat memberi keseronokan kepada seluruh ahli keluarga di semua peringkat umur, dari anak kecil, remaja hinggalah kepada dewasa.

Melaka Wonderland Featured Image Harga Tiket Melaka Wonderland

Aktiviti-aktiviti yang ada bukan sekadar untuk mereka yang suka mencuba sesuatu yang lasak dan mendebarkan, tapi juga yang datang sekadar ingin bersantai dan relaks bersama keluarga.

Melaka Wonderland Gambar Gelongsor Air Taman Tema Air

Aktiviti Utama

Menawarkan hampir 20 aktiviti menarik, Melaka Wonderland menjanjikan keseronokan dan kepuasan untuk sehari suntuk, memang rugi tak cuba semua aktiviti yang ada di sini! Antara aktiviti-aktiviti yang terdapat di Melaka Wonderland adalah seperti yang disenaraikan di bawah:

Melaka Wonderland Water Slide Taman Tema

Tornado Chaser

Pernah rasa tertanya-tanya macam mana agaknya kalau terperangkap dalam tornado? Berani nak tahu? Anda wajib cuba satu-satunya Tornado Chaser yang wujud di Malaysia!

Mereka yang mencuba aktiviti ini akan menggelongsor dan berpusing masuk ke dalam ‘mangkuk’ gergasi dan terowong gelap yang penghujungnya adalah kolam renang. Thrill habis!

Kamikaze Racer

Siapa yang suka racing tu, jom try racing dalam air pula. Anda akan berlumba dengan lima orang lain meluncur melalui gelongsor yang disusun sebelah-menyebelah.  Aktiviti yang pastinya akan meledakkan adrenalin bagi yang berjiwa lasak.

1 Big Wave Pool

Melaka Wonderland Big Wave Pool Taman Tema

Tarikan menarik seterusnya yang terdapat di Melaka Wonderland ini ialah 1 Big Wave Pool. Tidak seperti dua aktiviti di atas, 1 Big Wave Pool ini lebih santai, di mana anda dapat menikmati pergerakan ombak yang perlahan atau sekadar bersantai di kerusi-kerusi malas yang terdapat di sekitar kolam.

Adventure Island

Adventure Island ialah tempat paling heaven untuk kanak-kanak. Taman permainan dalam kolam yang menggabungkan bukan satu tapi lapan buah gelongsor daripada pelbagai ketinggian.

Aktiviti Tasik

Melaka Wonderland Water Pond Paddleboats

Tarikan lain yang ada di Melaka Wonderland ini ialah yang terdapat di kawasan tasik rekreasinya. Antara aktiviti menarik yang ditawarkan ialah seperti:

Pedal Boat

Anda boleh menaiki bot bersama yang tersayang untuk menikmati ketenangan pemandangan sambil melakukan senaman kaki bagi menggerakkan bot.

Tube Ride

Naiki Tube yang terapung seolah-olah berada di atas sampan sambil mendayung untuk bergerak meneroka sekitar tasik yang luas. Bukan selalu dapat pengalaman macam ni.

Fish Feeding

Lihat ikan-ikan comel yang berenang dengan riang di dalam tasik sambil memberi makan.

Rabbit Feeding

Aktiviti ini pastinya memberi keseronokan kepada anak-anak yang geram melihat kecomelan arnab yang bergerak aktif.

Makan

Lepas puas bermain air dalam taman tema yang luas ni mesti perut mula menggerodakkan? Untuk menghilangkan rasa lapar, anda boleh singgah ke food outletnya yang menjual pelbagai jenis masakan tempatan, western dan juga snek ringan.

Kedai Cenderamata

Sebelum pulang, singgah dulu ke kedai cenderamata untuk membeli barangan yang boleh dijadikan tanda ingatan.

Harga Tiket

  • Dewasa: Isnin – Jumaat RM 36.00 | Hujung Minggu RM 40.50
  • Kanak-Kanak: Isnin – Jumaat RM 29.00 | Hujung Minggu RM 34.00
  • Warga Emas / OKU: Isnin – Jumaat RM 22.50 | Hujung Minggu RM 22.50
  • Pelancong – Dewasa: RM 47.00
  • Pelancong – Kanak-Kanak: RM 40.50
  • Pelancong – Warga Emas: RM 25.00

Harga Aktiviti Melaka Wonderland Recreation Lake:

  • Pedal Boat: RM 20.00/Bot/30 Minit
  • Tube Ride: RM 15.00/Bot/30 Minit
  • Fish Feeding: RM5.00/Feeding
  • Rabbit Feeding: RM 5.00/Feeding

Info Tambahan

  • Aktiviti Pedal Boat dan juga Tube Ride hanya boleh memuatkan dua orang dewasa sahaja.
  • Kanak-kanak berusia 12 tahun dan ke bawah perlu diiringi dewasa berusia 18 tahun dan ke atas.
  • Kanak-kanak mestilah boleh duduk dalam bot mereka sendiri. Pengguna tidak dibenarkan duduk di atas paha orang lain.
  • Pelawat perlu membeli tiket masuk ke kawasan tasik.

Waktu Operasi

  • Selasa – Jumaat (11.00 am – 7.00 pm)
  • Sabtu, Ahad, Cuti Sekolah, Cuti Umum (10.00 am – 7.00 pm)
  • Isnin (Tutup Kecuali Cuti Umum & Cuti Sekolah)

Kedudukan

Lokasi Melaka Wonderland ini hanyalah 15 minit sahaja dari bandar Melaka dan satu setengah jam dari KLIA dan 3 jam dari Johor.

Sekiranya anda ingin ke sini dengan menggunakan pengangkutan awam dari terminal Melaka Sentral, and boleh mendapatkan perkhidmatan teksi atau e-hailing dengan perjalanan yang mengambil masa hanya sekitar 12 minit atau 12.5 km.

Tarikan berdekatan

  • Book Village Malaysia Melaka
  • Butterfly & Reptile Sanctuary
  • Zoo Melaka
  • Malacca Planetarium Adventure Science Centre
  • Perigi Hang Tuah
  • Malacca Crocodile & Recreational Park
  • Melaka Batik House
  • Melaka Bird Park
  • Melaka Botanical Gardens
  • Mini Malaysia & ASEAN Cultural Park

Alamat: Melaka Wonderland Theme Park & Resort, Lot PT 17178, Lebuh Ayer Keroh

4/5 - (1 vote)