Menara Berkembar Petronas (KLCC) | Simbol Kebanggaan Malaysia Yang Menjanjikan Keseronokan Untuk Semua

Di dunia ini memang banyak bangunan-bangunan ikonik yang ternama seperti Menara Eiffel di Paris, Menara Condong Pisa di Itali dan Burj Khalifa di Dubai. Apa yang bangunan-bangunan ini lakukan ialah meletakkan nama sesuatu negara di persada dunia. Di Malaysia, bangunan yang telah mengharumkan nama negara kita sejak lebih 20 tahun lalu ialah Menara Berkembar Petronas (KLCC).

Gambar KLCC Pada Waktu Malam Dari Atas
Sumber: 배응우옌

Baca: 74 Destinasi Popular Di KL

Terletak di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur, KLCC bukan sahaja menjadi mercy tanda kejayaan pembangunan negara, ia juga merupakan pusat hiburan dan budaya yang mencerminkan identiti Malaysia. Tidak hairanlah ia menjadi tarikan utama bagi pelancong dalam dan tentunya luar negara.

Latar Belakang

Dibuka secara official pada tahun 1999 oleh Perdana Menteri waktu itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad, Menara Berkembar Petronas (KLCC) ini direka khas oleh arkitek ternama Fazlur Rahman Khan.

Menara Berkembar Petronas (KLCC)
Sumber: Ricardo Luz

Mengetengahkan kesenian dan budaya Islam, bangunan berkembar yang mempunyai 88 tingkat ini pernah menjulung nama sebagai bangunan tertinggi dunia dari tahun 1998 sehingga tahun 2004. Sehingga kini, ia masih lagi merupakan bangunan berkembar tertinggi di Malaysia.

Tarikan

KLCC sudah menjadi pusat tarikan pelancong dan hub budaya Malaysia sejak pembukaannya lagi. Mencerminkan gaya hidup urban, modern dan mewah, KLCC menawarkan pelbagai tarikan dan aktiviti menarik.

Suria KLCC

Tarikan utama tentunya pusat membeli-belah, Suria KLCC yang terletak di bahagian bawah bangunan ini. Merumahkan kedai-kedai luxury dari jenama-jenama ternama antarabangsa seperti Chanel, Versace, Dior dan banyak lagi, serta jenama-jenama atasan tempatan seperti Duck, Ariani, Farah Khan dan lain-lain, Suria KLCC memang mewah dan glamourous.

Pusat Membeli Belah Suia KLCC
Sumber: raysonlux

Selain dari butik-butik berjenama, Suria KLCC turut menawarkan dining experience yang juga mewah dan lain dari lain.

Pusat Membeli Belah Suia KLCC
Sumber: Zul Yusri

Restoran-restoran seperti Serai, Din Tai Fung, Saravana Bhavan, Melur & Thyme, Chilli’s dan banyak lagi, bukan sahaja menawarkan pelbagai jenis hidangan, malah ia juga mencerminkan keharmonian dan kepelbagaian rakyat majmuk negara kita.

Skybridge

Peluang untuk menaiki ke puncak menara berkembar ini memang tiada, namun anda berpeluang untuk naik hingga ke jambatan yang menemukan kedua-dua menara berkembar ini.

Gambar Pemandangan Dari Dalam Jambatan KLCC
Sumber: ainkhani

Namanya Skybridge. Skybridge menawarkan pemandangan 360° Kuala Lumpur. Dari ketinggian Aras 41, anda dapat melayan panorama yang luarbiasa. Namun, tiket adalah terhad. Jadi pastikan anda membuat tempahan awal.

Gambar Jambatan KLCC
Sumber: adibdahalim

Aquaria KLCC

Di bahagian bawah tanah KLCC ialah sebuah tarikan yang cukup unik dan menarik. Seringkali dipenuhi orang ramai, tidak Kira musim cuti sekolah ataupun tidak, Aquaria KLCC memang digemari oleh golongan berkeluarga.

Aquaria KLCC Berdekatan Dengan Menara Kembar
Sumber: nanabebu

Aquaria KLCC merupakan sebuah akuarium yang merumahkan kehidupan marine liar seperti jerung, penyu, obor-obor dan banyak lagi. Di sini, anda akan melalui terowong yang dikelilingi akuarium ini jadi memang terasa seperti anda berada di bawah laut.

Dewan Filharmonik Petronas

Dewan Filharmonik Petronas merupakan sebuah dewan konsert yang pertama di Malaysia yang telah dibina untuk muzik classical.

Dewan Filharmonik Petronas - Gambar Dalam Tarikan
Sumber: faiz_kimi56

Ia merupakan rumah tetap bagi kumpulan Orkestra Filharmonik Malaysia dan telah pun menjadi venue bagi mempamerkan pelbagai konsert dari serata dunia termasuk New York Philharmonic, BBC Symphony dan Vienna Symphony. Dewan ini dilihat sebagai pemangkin gaya hidup berbudaya dan bertamadun bagi Malaysia.

Petrosains KLCC

Selain dari Aquaria, sebuah lagi tarikan yang fokus kepada keluarga dan kanak-kanak ialah Petrosains. Merupakan sebuah muzium sains dan penyelidikan, Petrosains memang cukup menarik dengan pameran, demonstrasi dan teknologi interaktif.

Gambar Permainan Sambil Belajar Industry Offshore Di Petronas KLCC
Sumber: Alex Wang

Fokus dengan pembelajaran STEM (Sains, teknologi, engineering & matematik), ia memang mencerminkan objektif Petronas yang ingin memupuk generasi yang peka dengan pembangunan dan kemajuan. Pameran-pameran di sini bukan sahaja menyeronokkan buat kanak-kanak, malah ibu bapa juga tentu akan impressed.

Gambar Dinosaur Di Petrosains KLCC
Sumber: 林珉豪

KLCC Park

Jika anda mencari tempat santai dan tenang di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur, Taman KLCC tentunya tempat yang tepat. Dengan keluasan sebesar 50 ekar, taman urban ini menjadi tempat pilihan warga Kota untuk bersenam, melakukan aktiviti sihat dan juga meluangkan masa bersama keluarga.

Gambar Taman Menara Kembar KLCC Pada Waktu Pagi
Sumber: Joshua Thomson

Dikelilingi kehijauan dan udara segar, taman KLCC ini juga menjadi tempat tumpuan untuk bergambar. Menawarkan landskap yang cantik dan latar belakang menara KLCC dengan cukup dekat dan jelas, taman ini memang unik untuk fotografi.

Gambar Taman KLCC - Kolam Renang Awam
Sumber: Sing Min

Itu dia serba sedikit tentang Menara Berkembar Petronas (KLCC) yang menjadi kebanggaan rakyat Malaysia.

KLCC Waktu Siang
Sumber: Pavlov Guernica

Baca: 25 Hotel Berdekatan KLCC

Bukan sahaja dari segi struktur dan pembinaannya, malah isi dan intipati bangunan ini memang dirancang dengan penuh teliti. Tidak kira siapa pun, pelancong dalam atau luar negara, tentu akan tertarik dan nampak kebolehan Malaysia. Selamat berjalan-jalan!

Alamat: Suria KLCC, 241, Suria KLCC, Kuala Lumpur City Centre, 50088 Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Setiap Hari (10am-10pm)

5/5 - (2 votes)