Bermain di halaman luar rumah, berkejaran sekitar kampung dan mandi sungai adalah antara aktiviti-aktiviti zaman kanak-kanak kita yang pastinya dirindui.
Mari kami kongsikan sebuah tempat yang pasti membuatkan anda teruja. Moon Kissed By The River mengajak anda hidupkan kembali zaman kanak-kanak dengan berkemah di tepi sungai.
Lokasi
Moon Kissed By The River terletak di Hulu Langat dan merupakan sebuah pusat peranginan outdoor yang cukup istimewa. Hanya 40 minit dari ibu kota, ia memang cukup sesuai buat semua yang ingin keluar kota merehatkan diri dari tekanan kehidupan seharian.
Moon Kissed By The River ini terletak betul-betul di tebing sungai. Sambungan telefon pon sebenarnya hampir tiada. Jadi, untuk anda yang inginkan percutian off the grid atau jauh dari gangguan atau hubungan dengan orang, memang tenang sekali kalau di sini.
Tarikan
Percutian outdoor di sini terbahagi kepada 2 jenis penginapan. Anda boleh memilih antara glamping ataupun camping. Apakah perbezaannya? Teruskan membaca!
Glamping
Glamping adalah sejenis aktiviti outdoor yang lebih free and easy ataupun relaks. Masih tidur dalam kemah dalam hutan.
Namun, keselesaannya lebih tinggi dan seakan-akan sama dengan sebuah resort. Di Moon Kissed By The River, glamping memang cukup selesa. Mereka menawarkan 5 jenis kemah glamping.
- Bakawali 1&2 (di tebing sungai) – Memuatkan 2 dewasa dan 2 kanak-kanak/3 dewasa
- Bakawali 3 (7m dari sungai) – Memuatkan 2 dewasa dan 2 kanak-kanak/3 dewasa
- Rafflesia 1 (berdekatan dengan sungai) – Memuatkan sehingga 6 dewasa dan 2 kanak-kanak/7 dewasa
- Refflesia 2 (15m dari sungai) – Memuatkan sehingga 6 dewasa dan 2 kanak-kanak/7 dewasa
Setiap unit kemah glamping di sini dilengkapi dengan aircond, kipas dan cerek elektrik. Ini bermakna anda masih dapat menikmati kemudahan elektrik. Selesa sungguh.
Anda juga akan menikmati fasiliti seperti unggun api persendiriran, pit BBQ dan ruang makan persendirian. Tambahan pula, percutian anda akan dilengkapkan lagi dengan bekas ais, arang, botol mineral dan sarapan pagi, percuma pada hari pertama.
Hari-hari lain perlu membuat tempahan dan bayaran la. Anda juga akan menikmati bilik mandi yang cukup selesa dan bersih dan transport dari tempat letak kereta ke glampsite (tertakluk kepada permintaan). Memang layanan 5 Bintang ala VVIP la. Jadi memang ramai yang suka dengan glamping.
Camping
Berbeza dengan glamping, aktiviti camping adalah lebih rustic dan menyediakan pengalaman tidur di luar yang lebih authentic. Kemah perlu dibawa dan dipasang sendiri termasuk semua peralatan lain seperti tilam atau sleeping bag, flysheet dan lain-lain. Aktiviti ini lebih sesuai untuk golongan yang aktif, adventurous dan sukakan cabaran.
Di tapak perkemahan ini, anda perlu menaikkan kemah dan menyediakan peralatan memasak sendiri. Walaupun berbeza dengan glamping yang cukup selesa dan lengkap, camping ini jauh lebih murah dan menyeronokkan.
Di Moon Kissed By The River, tapak camping boleh dipilih. Ada yang suka berkemah di tebing sungai, ada yang mahukan spot yang lebih private. Masih ada fasiliti yang mereka sediakan seperti sinki dan bilik mandi berkongsi. Sambungan elektrik juga masih ada cuma anda perlu membawa sendiri la kipas dan lain-lain.
Aktiviti
Tentunya aktiviti camping dan glamping ini disertai dengan beberapa lagi aktiviti menarik. Memang seronok, apalagi bila dilakukan beramai-ramai.
- Mandi sungai – tentulah ini aktiviti utama. Ramai yang terus terjun ke sungai sejurus sampai. Dan bagi yang mempunyai anak-anak kecil, pengalaman mandi sungai ini memang cukup membuatkan mereka seronok dan teruja
- Sukan air – Ada yang akan membawa bola untuk melakukan aktiviti sukan air seperti bola tampar dan lain-lain.
- Hiking – Kepada yang suka meneroka, bolehlah melakukan aktiviti hiking dan menikmati alam semulajadi.
- BBQ – Ini sudah tentu aktiviti wajib. Tiada yang lebih membuatkan kita lebih rapat dan mesra antara satu sama lain selain dari memasak dan makan bersama.
- Team building – Aktiviti berkemah sudah tentu memupuk semangat setiakawan, kerjasama dan tidak mudah mengalah bagi mereka yang menghayati dan memahami aktiviti ini.
Ketenangan dalam hati akan sampai apabila kita dekat dengan ciptaan Tuhan yang natural. Inilah sebab ramai yang tertarik dengan aktiviti camping dan glamping ini.
Memang tidak dinafikan, anda akan berasa tenang dan aman, cukup untuk mengumpul tenaga atau re-energize dan recharge sebelum kembali kepada kehidupan seharian. Malah, anda tentu akan lebih menghargai waktu bersama keluarga dan kemudahan hidup di bandar. Selain itu, anda dapat menggamit memori kehidupan kanak-kanak anda yang penuh dengan tawa dan simplicity.
Jangan lupa untuk cuba sendiri pengalaman luarbiasa dan percutian yang istimewa di Moon Kissed By The River.
Sosial Media: Facebook | Instagram
Alamat: Batu 14 1/2 jalan sungai semungkis, 43100 Kajang, Selangor, Malaysia