Ada banyak sebab kenapa ramai dari kita memilih Langkawi sebagai destinasi utama untuk bercuti. Pantainya yang aman menawarkan tempat bersembunyi seketika dari hiruk pikuk kedihupan kota.
Rizab semulajadinya pula membuka pintu ke dunia flora dan fauna yang indah kepada mereka yang ingin mencari latar belakang hijau yang mendamaikan. Bagaimana pula untuk pemburu cabaran? Morac Adventure Park adalah destinasi yang tepat untuk anda!
Aktiviti Go-kart Yang Mencabar & Selamat
Morac Adventure Park menawarkan pelbagai aktiviti empar roda untuk pengunjung yang mencari pengalaman penuh aksi dan keseronokan. Pengalaman Go-kart di Morac Adventure Park bukanlah calang-calang.
Dengan litar yang direka khas dengan pelbagai selekoh tajam dan jalan lurus untuk pecutan laju yang mencabar kemahiran dan keberanian pemandu, litar ini dijamin dapat meningkatkan kadar denyutan jantung anda.
Go-kart yang digunakan adalah SODI SR4, model yang sangat digemari oleh pemandu yang menikmati sensasi perlumbaan dan pengurus litar yang menginginkan produk yang selamat.
Keselamatan adalah keutamaan di sini, dengan peralatan yang berkualiti tinggi dan kakitangan yang berpengalaman untuk memastikan semua pengunjung dapat menikmati pengalaman go-kart bebas bimbang.
Latar Belakang MORAC Adventure Park
Di bawah pengurusan baru Ahmad Ghazali MD Kassam, Genji Hashimoto dan Edward Chong, projek ini berada di tangan tiga orang profesional yang sangat berpengalaman dalam bidang masing-masing.
Ahmad Ghazali MD Kassam merupakan seorang ahli perniagaan berwawasan yang telah memperkenalkan pelbagai jenama ke Malaysia, termasuk jenama mewah, rangkaian makanan segera, dan beberapa jenama kereta yang canggih.
Genji Hashimoto pula telah berkecimpung dalam sukan bermotor selama lebih 35 tahun, bermula dari peringkat perlumbaan akar umbi hingga ke perlumbaan Super GT.
Edward Chong telah bekerja dalam industri perbankan dan kewangan selama lebih 15 tahun dengan rekam jejak yang mengagumkan.
Matlamat utama MORAC Adventure Park, Langkawi, adalah untuk menyediakan sebuah litar go-kart kepada komuniti sukan bermotor tempatan yang akan membantu mengasuh bakat baru dalam perlumbaan motor.
Mereka juga memastikan pelawat dapat menikmati persekitaran yang selamat, bersih dan moden di bawah pengawasan pengawal trek profesional.
Litar ini mendapat pengiktirafan daripada MAM (Persatuan Sukan Bermotor Malaysia) untuk menjalankan acara perlumbaan go-kart profesional. Acara motosikal dan bukan bermotor juga boleh dijalankan di litar kami kerana ia memenuhi standard antarabangsa.
Kawasanya yang luas menjadikan lokasi ini amat sesuai untuk untuk mengadakan majlis persendirian, aktiviti team building korporat atau mengadakan pertandingan perlumbaan anda sendiri.
Tempat Makan Di Morac Adventure Park
Restoran Hot Laps, memastikan para pengunjung tidak kelaparan ketika mereka berehat atau menyaksikan aktiviti di litar.
Dengan keupayaan untuk menghoskan sehingga 200 tetamu, ia menjadikannya lokasi yang sempurna untuk acara dan majlis.
Tips Penting untuk Melawat Morac Adventure Park Langkawi
Untuk memastikan anda menikmati pengalaman yang terbaik di Morac Adventure Park Langkawi, ada beberapa tips yang perlu diikuti.
Antaranya, pastikan anda memakai pakaian yang selesa dan kasut yang sesuai, kerana selipar atau kasut yang terbuka tidak diboleh dipakai semasa berlumba. Kerana litar disini adalah litar terbuka, jangan lupa memakai baju lengan panjang atau membawa pelindung matahari SPF 50, topi, dan air mineral yang secukupnya.
Lokasi Morac Adventure Park
Terletak hanya 8 minit sajaha dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi anda dapat menyaksikan perlumbaan go-kart ketika matahari terbenam berlatar belakangkan kapal terbang mendarat dan berlepas, beberapa meter dari litar, menjadikan lokasi ini sangat menarik bagi pelumba dan penonton.
Alamat: AMPREX CIRCUIT SDN BHD Lot 67, Jalan Pantai Cenang, Mukim Kedawang, Kedah, 07000 Pulau Langkawi, Kedah
Waktu Operasi: Selasa-Ahad (01:00pm-09:00pm) | Isnin (Tutup)
Harga Tiket: RM75 Untuk Satu Sesi
Media Sosial: Facebook | Instagram
Soalan Lazim
Adakah Morac Adventure Park Langkawi sesuai untuk semua peringkat umur?
Tidak, aktiviti go-kart hanya dibuka untuk mereka yang berumur 12 tahun keatas.
Berapakah harga tiket masuk ke Morac Adventure Park Langkawi?
Kos tiket masuk ke Morac Adventure Park Langkawi mungkin berbeza mengikut musim dan promosi yang ditawarkan. Anda disarankan untuk merujuk kepada laman web rasmi atau menghubungi mereka untuk maklumat terkini mengenai harga tiket dan promosi yang sedang berlangsung.