Negeri Sabah memang antara negeri yang cukup indah. Dengan topografi yang menarik dan merumahkan pelbagai pusat pelancongan dari pulau-pulau Indah ke Gunung Kinabalu, negeri Sabah memang sering menjadi tumpuan pelancong dalam dan luar negeri.
Antara bandar yang menjadi pilihan ramai ialah Kundasang. Antara penginapan atau hotel pilihan ramai, tentunya Mountain Valley Resort.
Mountain Valley Resort yang dibina di atas bukit dengan ketinggian 1200 meter dari aras laut, dikelilingi kehijauan alam semulajadi, ia menjanjikan penginapan yang cukup menarik dengan pemandangan yang luar biasa.
Terletak di Tenompok yang merupakan jalan masuk ke Bundu Tuhan, sebuah perkampungan yang indah di kaki Gunung Kinabalu. Dari sini, anda akan disajikan dengan pemandangan luar biasa Gunung Kinabalu dan Lembah Bundu Tuhan.
Terdapat 4 jenis bilik penginapan yang boleh anda pilih mengikut kesesuaian dan keselesaan anda; standard twin, standard queen, signature deluxe dan family room. Setiap bilik di sini dihias dengan cukup bergaya.
Palette warna neutral digabungkan dengan simbahan warna yang lebih pop, memberikan suasana bilik di sini lebih tenang dan elegan. Apalagi bila ia menawarkan pemandangan luar yang lebih menyejukan mata anda.
Fasiliti-fasiliti di sini juga terbaik. Dengan restoran dan kafe yang ada di sini, anda tidak perlu bersusah-susah mencari kedai makan. The Glass Restaurant dan Bistro Cafe yang ada di sini bukan sahaja menyajikan makanan yang sedap, malah ruang makan mereka yang cantik ini juga memberikan suasana harmoni dan private.
Mereka juga turut menyediakan beberapa aktiviti yang boleh anda lakukan untuk menghabiskan waktu seperti bilik membaca dan meja rummy dan mahjong bagi yang pandai bermain daun terup.
Bila dah sampai ke sini, tentunya anda ingin pergi ke pusat-pusat pelancongan yang berdekatan. Gunung Kinabalu tidak jauh dari mountain Valley Resort, malah, Taman Negara Kinabalu yang terletak di Bundu Tuhan ini juga berdekatan sahaja.
Selain itu, jika berkesempatan, pastikan anda kunjungi Desa Dairy Farm dan Kundasang War Memorial. Selami sejarah, keindahan dan keunikan Kundasang bersama penginapan yang menakjubkan ini. Saksikan sendiri gambaran Mountain Valley Resort melalui laman Facebook mereka.
Alamat: Jalan Tenompok Bundu Tuhan, Bundu Tuhan, 89300 Tenompok, Sabah