MOV Hotel | Penginapan Ultra Modern Penuh Gaya Di Tengah Bandaraya Kuala Lumpur

Gambar Pintu Masuk Depan MOV Hotel KL

Kotaraya Kuala Lumpur sememangnya menjadi pilihan utama bagi ramai pelancong luar negeri dan tetap menjadi tempat kegemaran orang tempatan kita sendiri.

Kuala Lumpur sentiasa sibuk dan penuh dengan aktiviti-aktiviti menarik, event yang meriah serta tempat lawatan yang luarbiasa. Sesiapa yang ke sini, tentunya tidak bosan, malah lebih kagum dengan apa yang ditawarkan oleh bandaraya ini.

Sehubungan itu, tentunya pusat penginapan di Kuala Lumpur ini juga banyak. Malah, anda boleh memilih dari penginapan murah, Mahal, berkongsi, private dan sebagainya. Terlalu banyak pilihan bagi memastikan semua yang berkunjung ke Kuala Lumpur ada tempat untuk berehat.

Walaupun begitu, tidak banyak pusat penginapan yang unik sehingga tidak dilupai. Namun, ada satu hotel yang ingin kami kongsikan yang mungkin akan sentiasa anda ingat sampai bila-bila. MOV Hotel ialah sebuah penginapan ultra modern yang penuh bergaya di tengah bandaraya Kuala Lumpur.

Lokasi

MOV Hotel terletak di Jalan Berangan Bukit Bintang yang merupakan persimpangan tengah antara Jalan Alor dan Changkat Bukit Bintang. Jangan risau, jika anda memandu sendiri di Kuala Lumpur ini, gunakan saja aplikasi Waze atau Google maps.

Lokasi MOV Hotel ini sangat strategik kerana ia terletak bersebelahan dengan pusat makanan jalanan paling popular di KL ini iaitu Jalan Alor. Jalan Alor menawarkan pelbagai jenis makanan tetapi yang menjadi kegemaran ramai ialah makanan laut mereka.

Di sebelah lagi satu ialah Changkat Bukit Bintang iaitu deretan pusat hiburan dan FnB yang lebih classy. Bagi peminat muzik, banyak cafe yang menawarkan pertunjukan live, terutama sekali bagi muzik Jazz.

Selain itu, MOV Hotel ini juga memudahkan anda untuk melawat atau berkunjung ke pusat-pusat pelancongan lain seperti KLCC, Petaling street, pusat beli-belah Bukit Bintang dan banyak lagi.

Malah, anda tidak perlu memandu sendiri kerana dalam radius 2km sekitar hotel ini sahaja terdapat 8 stesen tren. Kalau anda menaiki MRT, turun saja di stesen Bukit Bintang (Exit A) dan hotel ini hanya 3 minit masa berjalan kaki dari situ. Senang, kan?

Stesen MRT Bukit Bintang (Exit A) ini juga merupakan antara laluan yang menghubungkan kotaraya Kuala Lumpur dengan KLIA, jadi jika anda mendarat di KLIA, tidak perlu menaiki kereta, teksi atau grab untuk sampai ke hotel ini.

Penginapan

Terdapat sejumlah 147 bilik penginapan di sini yang terbahagi kepada 6 jenis. Semua bilik di sini telah dihias dengan hiasan dalaman yang modern, kontemporari dan selesa.

Bagi kami, mereka sangat teliti dan unik dalam menggayakan ruang yang mereka tawarkan. Bilik-bilik di sini juga telah dilengkapi dengan kedap bunyi yang baik serta memberikan anda dan keluarga privasi yang diperlukan. 

Gemini | Paling Cosy

Bilik ini dikira antara yang basic. Ia menawarkan 2 katil single, bilik mandi en-suite dan meja solek. Bilik ini sesuai untuk anda yang sedang melawat atas urusan kerja atau inginkan penginapan ringkas.


King

Bilik ini mempunyai ciri sama seperti bilik Gemini tetapi katilnya hanya 1 dan bersaiz King. Sesuai untuk pasangan yang mencari penginapan selesa.


The Allure | Suasana Kemesraan

Bilik ini mempunyai katil bersaiz King, bilik mandi yang lengkap dengan tab mandi, dan ruangan rehat bersofa. Bilik ini tampak lebih intim dan mempunyai suasana yang cukup romantik, sesuai untuk golongan pasangan.


The Ascend | Bilik Chic & Modern

Bilik ini mempunyai katil 4 post atau katil berkaki tunggu. Bilik ini dikelilingi tingkap kaca yang membawa pemandangan yang cukup menarik. Rona putih dan kelabu yang digunakan untuk bilik ini menampakkan bilik ini lebih luas dan bergaya.


The Nest | Bilik Loft Bergaya

Bilik ini pula berkonsep loft yang terbahagi kepada 2 tingkat. Kawasan tidur diletaklan di loteng atas manakala di bawah pula merupakan ruang tamu yang sangat cantik.


The Entourage | Bilik Untuk Seisi Keluarga

Sebuah lagi bilik jenis loft yang mempunyai 2 tingkat, bilik jenis ini adalah direka khas untuk golongan berkeluarga dan mempunyai kanak-kanak.

Itu dia penginapan yang tersedia di MOV Hotel. Setiap satu membawa keunikan yang tersendiri, hanya perlu pilih yang sesuai untuk citarasa dan keperluan anda.

Fasiliti

MOV Hotel mempunyai fasiliti yang bukan sahaja lengkap tetapi cukup unik.

Gambar Indoor Slide Di Kawasan Restoran

Salah satu keunikan yang kami maksudkan ialah gelongsor gergasi yang mereka sediakan di sini akan membawa anda dari lobi ke kawasan basement di mana terletaknya sebuah pejabat berkongsi atau co-working space.

Rooftop terrace

Bahagian atas sekali merupakan sebuah teres di bumbung. Di sini, anda boleh mengambil masa untuk beristirehat dan beriadah di ruang lepak yang mempunyai pemandangan hebat.

Selain itu, Di sini juga mempunyai sebuah kolam renang yang boleh anda dan anak-anak nikmati.


Gimnasium

Gambar Gym Untuk Penginap

MOV Hotel mempunyai sebuah gim yang serba lengkap, bersih dan selesa. Anda boleh sentiasa meneruskan gaya hidup sihat dan rutin senaman anda sepanjang percutian dan menginap di sini.


The Moonshot Basement

Bahagian basement atau bawah tanah ialah sebuah ruang pejabat berkongsi atau co-working space.

Mungkin saja anda akan mendapat ilham atau berkenalan dengan ahli perniagaan lain. Ruang ini juga digunakan untuk majlis dan event.


Terrarium

Pameran Terrarium Periuk Kera Di Lobi Hotel

Jika anda nak tahu, Malaysia merumahkan tumbuhan periuk kera yang terbesar di dunia. Jika anda merupakan pencinta alam atau tumbuh-tumbuhan atau sekadar ingin mengajar si manja anda untuk mengenali dunia, marilah ke terrarium periuk kera mereka.

Itu sahaja yang boleh kami kongsikan tentang hotel di Kuala Lumpur yang telah dinobatkan sebagai antara 5 hotel terbaik dengan nilai terbaik oleh TripAdvisor setakat March 2023 ini.

Hotel yang cukup unik, begitu bergaya dan sangat memudahkan buat sesiapa yang datang menginap di sini. Jadikan percutian atau lawatan ke Kuala Lumpur anda suatu yang istimewa dan takkan dilupakan dengan penginapan unik di MOV Hotel!

Jangan lupa untuk ikuti laman media sosial mereka untuk maklumat lanjut dan promosi terkini. Selamat bercuti!

Media Sosial: Facebook | Instagram

Alamat: 43 Jalan Berangan Bukit Bintang 50200 Kuala Lumpur, Malaysia.

No. Telefon: +603 4819 3888

E-mail: info@movhotel.com