Msekin Wonderland | Main Air Bersama Keluarga Di Taman Tema Air Best Sekinchan

Sekinchan lebih dikenali sebagai kawasan sawah padi atau pantai dan kampung nelayan. Dengan kepelbagaian tarikan di sini, tidak hairanlah jika ia semakin dibangunkan. Di Sekinchan juga terdapat sebuah tarikan yang dibuka yang pasti akan menarik perhatian semua, terutama sekali golongan berkeluarga.

Luangkan masa bersama keluarga di MSekin Wonderland di hujung minggu anda! Jom, kami kongsikan beberapa info menarik tentang taman tema air ini.

Lokasi

Merupakan taman tema air pertama di Sekinchan, MSekin yang terletak berdekatan dengan Pantai Redang Sekinchan.

MSekin Wonderland - Pintu Masuk
Sumber: Muhd Nor A

Tempat yang tepat untuk luangkan masa bersama keluarga, terutama sekali pada cuaca panas, MSekin Wonderland mengandungi 10 kolam berbeza.

Baca: 12 Tempat Makan Menarik Di Sekinchan

Yang lebih menarik dan istimewa, MSekin juga bersambung dengan Sekin Hotel & Resort.

MSekin Wonderland - Kolam renang cetek untuk kanak kanak

Jadi, anda bukan sahaja akan menikmati keseronokan di taman tema air ini, anda juga boleh menginap di hotel yang cukup selesa.

Tarikan

Taman Tema air

Seperti yang kami katakan, MSekin Wonderland mengandungi 10 kolam renang dan taman air unik yang boleh anda nikmati bersama anak-anak.

Sekinchan Wonderland - water slide
Sumber: fdeanx jenggo
Sekinchan Wonderland - Kolam penmuh dengan aktiviti untuk si kecil
Sumber: Izzat Mokhtar

Setiap kolam renang ini dilengkapi dengan gelongsor, pancutan air dan aktiviti air yang berbeza. Malah, Ada juga yang bertema seperti tema pirate atau bouncy house. 

Pantai Redang

Buat pengetahuan anda, anda juga akan menikmati akses terus ke Pantai Redang dari MSekin Wonderland ini. Buat yang sukakan suasana pantai dan ingin berkemah atau beriadah di Pantai Redang, boleh datang ke MSekin Wonderland. Dapatlah kedua-dua pengalaman. 

Basikal Elektrik & ATV

Tarikan terbaru dari MSekin ialah sewaan basikal elektrik dan ATV (All Terrain Vehicle). Dengan kadar yang murah, anda boleh menyewa transportasi ini untuk bersiar-siar Di sekitar MSekin dan Pantai Redang.

Anda juga akan dibawa oleh seorang juru pandu yang akan mengajar anda menunggang serta menunjukkan jalan untuk ke trek ATV, Pantai Redang dan kembali. Harga sewaan adalah seperti berikut:

Basikal Elektrik RM25 (30 minit)
ATV kecilRM60 (30 minit)
ATV besarRM75 (30 minit)

Karnival

Pada sebelah malam, MSekin tetap meriah dengan karnival dan mainan yang cukup menarik. Bukan sahaja boleh bermain air, anda juga ditawarkan dengan pelbagai rides dan roller coaster yang boleh dinaiki bersama keluarga. Selain itu, ada juga mainan dan cabaran yang boleh anda cuba menggunakan token untuk menangi hadiah. Tentu anak-anak seronok.

Penginapan

Buat anda yang ingin meluangkan lebih masa di MSekin Wonderland ini, bolehlah menginap di Sekinchan Hotel & Resort. Buat pengetahuan anda, bilik penginapan juga didatangkan bersama pakej tiket MSekin Wonderland. Pastikan anda ikuti Sekinchan Hotel & Resort untuk dapatkan maklumat lebih lanjut tentang bilik dan promosi terkini dari mereka.

Baca: Farm Ville Cafe & Homestay Sekinchan

Program Cuti Sekolah

MSekin Wonderland sering mengadakan pelbagai acara dan program sempena cuti sekolah. Antara yang menarik ialah: 

  • Pertandingan mewarna
  • Pertandingan melukis
  • Pertandingan karaoke
  • Senamrobik
  • Pertandingan catur

Semua ini dan banyak lagi untuk menggalakkan anda sekeluarga mengisi waktu lapang cuti sekolah dengan aktiviti-aktiviti menarik dan sihat.

Kemudahan

Buat anda yang akan ke sini, pasti anda tertanya-tanya tentang kemudahan yang disediakan, bukan? Jangan risau, MSekin lengkap dengan pelbagai kemudahan yang akan memudahkan anda sekeluarga nanti, dari si kecil hingga warga emas.

Sekinchan Wonderland - tempat tukar baju peribadi di bahagian atas pool
Sumber: fdeanx jenggo
  • Tandas dan bilik mandi awam
  • Gazebo
  • Surau
  • Bilik acara
  • Taman Permainan kanak-kanak
  • Tempat letak kereta
  • Gerai-gerai makanan
  • Kedai Cenderahati & Serbaneka
Sekinchan Wonderland - kawasan permainan kanak kanak
Sumber: Siti Nordiana Sulaiman
Sekinchan Wonderland - Tempat permainan kering yang luas
Sumber: fuad ahmad

Harga Tiket Msekin Wonderland Sekinchan

Buat anda yang akan ke sini nanti, mari kami kongsikan waktu operasi mereka dan Harga tiket mereka yang cukup berpatutan.

Harga Tiket

Warganegara (Mykad & Mykid)

Bukan warganegara

Walk-in

Online

Walk-in

Online

Dewasa

RM25

RM25

RM30

RM30

Kanak-kanak

(1-12 tahun)

RM20

RM20

RM25

RM25

Warga Emas

 

(60 tahun ke atas)

RM25RM25RM30

RM30

Tips

Kami juga ingin kongsikan serba sedikit tips untuk anda yang akan ke sini bagi memudahkan kunjungan anda nanti.

  • Pastikan anda bawa bersama losyen pelindung SPF dan kerap kali sapu untuk mengelakkan sun-burn.
  • Bawa pakaian salinan yang mencukupi, terutama sekali jika anda tidak menginap di hotel berdekatan dan merancang untuk meluangkan masa dari pagi hingga malam.
  • Buat tempahan tiket secara online atau awal untuk mengelakkan kesesakan.
  • Pastikan anda menjaga penjarakkan sosial dan memakai pelitup muka di kawasan yang tertutup. Jaga SOP untuk mengelakkan sebarang jangkitan.
  • Sewa gazebo untuk dapatkan kawasan menunggu dan berehat yang cukup selesa. Terutama sekali buat kaum keluarga yang lebih tua. Keselamatan barang-barang peribadi juga lebih terjamin.
  • Jaga kebersihan tempat awam sekitar MSekin Wonderland untuk keselesaan dan keseronokan semua.

Itu dia antara informasi yang boleh kami kongsikan bersama anda tentang MSekin Wonderland. Pastikan anda datang sendiri dan alami keseronokan sepanjang hujung minggu atau musim cuti sekolah nanti.

Tentu anak-anak juga cukup seronok bermain di sini dan meluangkan masa bersama anda. Jangan lupa ikuti laman Facebook dan Instagram mereka untuk maklumat lanjut dan promosi terkini. Selamat Bercuti!

Media Sosial: Facebook | Instagram

[su_tabs style=”default” active=”1″ vertical=”no” class=””]

[su_tab title=”📍 Alamat” disabled=”no” anchor=”” url=”” target=”blank” class=””]

Alamat: No 358, Jalan Pantai Redang, Bagan Sekinchan, 45400 Sekinchan, Selangor, Malaysia.

[/su_tab]

[su_tab title=”⌚ Waktu Operasi” disabled=”no” anchor=”” url=”” target=”blank” class=””]

Waktu Operasi: 

Isnin-Jumaat 9am-8pm
Sabtu-Ahad 9am-11pm
*Cuti umum Tutup pada jam 12am

[/su_tab][/su_tabs]

3.5/5 - (4 votes)