Nama kreatif untuk sesebuah restoran atau kafe pastinya akan meninggalkan kesan kepada pengunjung. Ditambah lagi jika nama kreatif itu, digandingkan dengan hidangan yang hebat. Jadi, datanglah ke Mulut Cafe, Tampin, untuk perut yang kenyang.
Dibuka pada tahun 2018, ternyata pilihan nama ‘mulut’ buat kafe ini membawa tuah. Bukan sahaja unik, nama ini sering diingati dan disarankan dari mulut ke mulut kerana makanan yang sedap, menu yang pelbagai dan suasana yang menarik.
Lokasi
Terletak di Kampung Tampin Tengah, Tampin, Negeri Sembilan, restoran ini mempunyai vibe Ala festival. Pintu masuk restoran ini dihiasi dengan signage besar dengan lampu-lampu yang berbentuk huruf-huruf M,U,L,U dan T.
Signage unik ini berlampu cerah di waktu malam dan mudah sekali dijumpa. Suasana di sini lebih kepada gaya urban namun cukup digemari oleh semua lapisan masyarakat.
Menu
Hidangan di sini ada berbagai variasi. Namun, untuk pengetahuan anda, specialty mereka merupakan variasi burger dan nasi lemak bamboo mereka.
- Burger – Di sini, mereka menghidangkan burger buatan sendiri yang dipanggil cheepy burger dengan pilihan patty ayam atau daging. Untuk burger ayam, mereka menggunakan patty ayam crispy yang digoreng garing. Terdapat pelbagai jenis sos yang ditawarkan juga, blackpepper, cheese, ikut kesukaan anda. Malah, mereka juga menawarkan burger gabungan ayam dan daging. Terdapat juga burger yang dihidangkan bersama telur yang dimasak poached yang dinamakan boil burger. Burger UFO Pula merupakan gabungan patty bersama onion rings. Tentu sedap! Jika anda ingin sesuatu yang lebih mencabar dan menyeronokkan, boleh cuba tower burger yang dibuat dengan 6 atau 8 patty. Macam mana nak makan tu ye?
- Nasi Lemak Bamboo – Nasi lemak hijau yang dihidang dalam bamboo bersama sambal, kacang, ikan bilis dan telur. Mereka juga menawarkan Nasi lemak bamboo bersama pilihan ayam goreng berempah atau crispy, udang sambal dan sotong sambal. Menarik kan?
- Side Dish – Snek-snek yang ditawarkan di sini memang banyak. Selain dari makanan kegemaran kanak-kanak seperti nuggets, french fries, sosej dan onion rings, di sini juga terdapat lempeng kelapa yang dihidangkan bersama sambal tumis. Jika anda mahukan sesuatu yang agak ringan, takoyaki pon ada.
- Dessert – Pencuci mulut di sini sangat istimewa. Bukan sahaja banyak pilihan, malah akan menepati citarasa kemanisan berbagai lapisan masyarakat. Kalau suka buah-buahan, mereka mempunyai dessert buah yang dihidang bersama aiskrim. Buah-buahan seperti mangga, tembikai, honeydew dan rockmelon, di hidangan dalam bentuk bebola bersama aiskrim vanilla. Sedap betul bunyinya. Terdapat juga roti yang boleh dicelup Dalam sangkaya. Cheesecake Mangga dan Taro ball pon ada. Kalau terasa nak makan ais kacang, mereka menawarkan snow ice yang datang dalam berbagai perisa seperti coklat, strawberi dan yang terbaru, onde-onde.
Berbagai menu lain juga boleh didapati di sini dan mereka sering mengemas kini dan menambah baik menu mereka.
Tarikan
Kedai mereka mempunyai konsep open air. Pada waktu malam, ia nampak cukup menarik dengan lampu-lampu yang dipasang dengan berbumbungkan langit malam dan bulan dan bintang.
Jangan risau, kalau hujan, mereka bukakan khemah di meja anda. Mulut juga menghiburkan anda dengan kumpulan buskers yang mendendangkan lagu sambil anda menjamu selera. Hari-hari ada buskers dan lain hari, lain kumpulan.
Bermula dari perniagaan kecil berkhemah dan kabin yang bertapak di Deen Burger Bakar dahulu, kini Mulut Cafe mempunyai tapak restoran yang luas tersendiri. Dengan keunikan menu, penampilan kedai yang menarik dan tarikan tersendiri, Mulut Cafe kian menjadi bualan ramai di Tampin.
Jika anda berada di Tampin nanti, datanglah dan cuba sendiri makanan dan rasai suasana Mulut Cafe. Ikuti mereka di laman media sosial mereka di Facebook dan Instagram untuk maklumat terkini.
[su_tabs style=”default” active=”1″ vertical=”no” class=””][su_tab title=”📍 Alamat” disabled=”no” anchor=”” url=”” target=”blank” class=””]Alamat: No66, jalan bunga tanjung, Kampung Tampin Tengah, 73000 Tampin, Negeri Sembilan[/su_tab][su_tab title=”⌚ Waktu Operasi” disabled=”no” anchor=”” url=”” target=”blank” class=””]
Waktu Operasi:
- Isnin, Rabu-Ahad (3pm – 11pm)
- Selasa (Tutup)
[/su_tab][/su_tabs]