Terfikir-fikir mana nak dituju bila berpeluang untuk ke luar negeri bersama dengan keluarga nanti? Bagi warga kota, tak perlu pandang jauh-jauh, hanya dalam sekitar 1 jam lebih sahaja dari KL atau Selangor, anda boleh sampai ke destinasi yang terkenal dengan keindahan pantai berpasir putihnya ini iaitu Port Dickson, salah satu bandar yang terletak di Negeri Sembilan.

Nasi Arab 115 PD Port Dickson - Makan Hidang Nasi Arab

Bandar dengan atmosfera yang mendamaikan jiwa ini bukan hanya terkenal dengan pantainya tapi juga dengan banyak lagi tarikan lain termasuklah kedai-kedai makan yang best untuk dicuba.

Bercakap tentang kedai makan, dalam artikel kali ini, admin nak kongsikan tentang salah satu restoran yang mesti anda datang singgah kalau bercuti ke Port Dickson, lagi syok kalau datang dengan perut lapar sebab barulah betul-betul terasa nikmatnya bila menghadap makanan nanti. Kedai makan yang dimaksudkan ini ialah Nasi Arab 115 PD yang terletak di Teluk Kemang.

Restoran Masakan Arab Yang Santai

Nasi Arab 115 PD Port Dickson - Main Restaurant Image

Nasi Arab 115 PD ialah sebuah restoran masakan Arab yang berkonsep santai dan unik daripada biasa, kerana untuk ruang makan indoornya, anda boleh duduk di atas karpet dan menjamu selera seperti berada di rumah sendiri.

Nasi Arab 115 PD Port Dickson - Tempat Makan

Bezanya, order sahaja apa yang anda nak cuba berdasarkan menu, dan hidangan akan tersedia di depan mata tanpa perlu menunggu lama.Tapi, apa yang ada dalam menu restoran timur tengah ni? Jom kita tengok.

Menu

Mengenai masakan Arab yang ditawarkan, anda boleh memilih sama ada ingin makan hidangan signature restoran ini iaitu Nasi Arab Kambing Bakar (RM 20.00 – RM 89.00) atau Nasi Arab berlaukkan Ayam Bakar (RM 14.00 – RM 65.00) untuk seorang (Set A) atau set bagi 3 orang (Set B) atau 5 orang (Set C).

Nasi Arab 115 PD Port Dickson - Nasi Mandi Chicken Arab

Daripada kedua-dua menu signature ini, menu yang terhangat dan menggoda ramai pengunjung yang pernah datang menikmati hidangan di restoran ini ialah Nasi Arab Kambing Bakar, wajib cuba!

Nasi Arab 115 PD Port Dickson - Kambing Bakar

Selain masakan Arab, bila dibelek buku menu yang disediakan restoran, dapat dilihat menu yang ditawarkan restoran ini tidaklah terhad kepada masakan Arab sahaja kerana mereka turut menawarkan beberapa jenis masakan Western seperti Chicken Chop (RM 12.00), Lamb Chop (RM 18.00) dan juga Pizza (RM 6.00 – RM 16.00).

Bukan itu sahaja, restoran ini turut menyediakan pelbagai pilihan pencuci mulut untuk menceriakan lidah seperti kek Strawberry Oreo, Indulgence, Strawberry Chocolate, Chocolate Moise, Cheese Leleh, Red Velvet Cheese, Mango Cheese Leleh dan Chocolate Oreo dan macam-macam lagi termasuklah beberapa jenis cupcake.

Mengenai minumannya pula, antara yang ditawarkan dalam menu ialah Jus Delima, Jus Mangga, Jus Jambu Batu, Lassi Strawberi, Birds’ Nest Longan with Honey dan lain-lain lagi.

Nasi Arab Dengan Aroma Yang Membangkitkan Selera

Apa istimewanya restoran Nasi Arab 115 PD ni? Banyak sebabnya untuk anda pilih restorannya, selain daripada harga yang tersangatlah bajet membuatkan ia sesuai untuk dijadikan pilihan untuk menjamu selera bersama keluarga, atmosfera restoran ini juga cukup selesa, anda boleh menikmati hidangan yang ditawarkan dalam saiz yang mengenyangkan di bawah kesejukan pendingin hawa.

Nasi Arab 115 PD Port Dickson - Ruang Makan Restoran

Kualiti makanan yang dihidangkan juga tidak mengecewakan, aroma Nasi Arabnya boleh menggoda jiwa sesiapa sahaja, dimakan pula dengan daging ayam atau kambing yang lembut dan padat dengan isi, harga yang dibayar untuk pengalaman sesempurna ini terasa cukup berbaloi.

Nasi Arab 115 PD Port Dickson - Nasi Arab Ayam Kambing

Harga

Berkaitan dengan harga di restoran ini, bagi admin ia cukup murah untuk saiz hidangan yang sah-sah mengenyangkan. Kualiti hidangan pun memang superb! Tak rugi untuk anda cuba. Secara umumnya, lingkungan harga masakan Arab yang ditawarkan di sini adalah dari RM 14.00 ke RM 119.00.

Untuk masakan Western adalah dari RM 6.00 ke RM 18.00, pencuci mulut (kek/cupcake) hanyalah RM 4.00 dan akhir sekali minuman adalah dari RM 3.00 ke RM 5.00 untuk air yang dihidangkan dalam cawan dan dari RM 12.00 ke RM 20.00 untuk minuman dalam jug dan akhir sekali untuk minuman istimewa yang menyihatkan Birds’ Nest hanyalah RM 13.00.

Lingkungan Harga Makanan:

  1. A) Nasi Arab:
  • Ayam Bakar: RM 14.00 – RM 65.00
  • Kambing Bakar: RM 20.00 – RM 89.00
  • Kambing + Ayam: RM 29.00 – RM 119.00
  • Tambahan / Add-On: RM 6.00 – RM 30.00
  1. B) Western Food:
  • Chicken Chop: RM 12.00
  • Lamb Chop: RM 18.00
  • Pizza: RM 6.00 – RM 16.00
  • Lain-lain (Murtabak): RM 12.00
  1. C) Pencuci Mulut:
  • Kek: Sepotong RM 4.00 | 3 Potong RM 10.00
  • Cupcake: RM 4.00
  • Chocolate Cheese Large: RM 8.00
  1. D) Minuman:
  • Lassi/Teh/Jus (Cawan): RM 3.00 – RM 5.00
  • Lassi/Teh/Jus (Jug): RM 12.00 – RM 20.00
  • Bird’ Nest: RM 13.00

Fasiliti

Dah penat-penat ke sana ke mari makan angin di Port Dickson, sebolehnya tak naklah kena bertungkus-lumus mencari parking untuk mengisi perut yang dah mula menggerodak tu kan? Situasi ni tak akan anda hadapi kalau memilih untuk menjamu selera di restoran Nasi Arab 115 PD sebab tempat letak keretanya punyalah banyak.

Di restoran ini juga, anda sekeluarga boleh pilih sama ada ingin makan di ruangan indoor atau outdoor. Nak makan dalam keadaan sejuk berpendingin hawa atau menghirup udara segar di luar? Tepuk dada, tanya selera.

Mengenai kemudahan lain yang disediakan, restoran ini turut lengkap dengan Musolla untuk memudahkan pengunjung muslim menunaikan ibadah sementara menanti hidangan tiba.

Lokasi

Restoran Nasi Arab 115 PD terletak di Teluk Kemang, sebaris dengan tarikan terkenal di Port Dickson, Rumah Terbalik. Kedai lain yang terletak dalam barisan yang sama ialah Dobi Nurrizq, 7-Eleven dan 99 Speedmart. Landmark lain yang terdekat ialah Politeknik Port Dickson.

Info Penting

Alamat: Nasi Arab PD, No 1 Jalan Coral 1 Medan Coral 71050, Teluk Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan.