Nouri Glass Villa, Hulu Langat | Rumah Kaca Dikelilingi Alam Semulajadi

Seringkali kita akan berasa letih dan tertekan dengan kehidupan seharian di bandar. Apabila ini terjadi, inilah masanya untuk berehat dan luangkan masa bersama orang-orang tersayang.

Nouri Glass Villa, Hulu Langat - Gambar Depan Villa Waktu Malam
Sumber: @nouriglassvilla

Di Hulu Langat, ada sebuah villa yang menawarkan anda sebuah percutian dalam rumah kaca dikelilingi alam semulajadi iaitu Nouri Glass Villa.

Nouri Glass Villa, Hulu Langat - Gambar Ruang Tamu
Sumber: @nouriglassvilla

Mari kami kongsikan beberapa details untuk anda. Tentu anda akan terus kemas pakaian dan book tempat ini untuk percutian seterusnya.

Lokasi

Nouri Glass Villa terletak di Kampung Padang, Hulu Langat. Terletak di kawasan berbukit dan dikelilingi dengan hutan, rumah kaca ini memang cukup tenang dan private. Banglo setingkat ini mempunyai 7 bilik kesemuanya dan boleh memuatkan sehingga 20 orang.

Nouri Glass Villa, Hulu Langat - Gambar Drone Villa Dari Atas
Sumber: @nouriglassvilla

Ia juga sangat mudah dan convenient untuk golongan warga emas, golongan yang memerlukan wheelchair atau golongan yang mempunyai masalah bergerak.

Baca: 9 Villa Di Langkawi Dengan Kolam Renang Peribadi

Penginapan

Rumah kaca ini memang kelihatan seperti sebuah rumah mansion di Hollywood. Bukan sahaja private dan terpencil, ia juga besar, luas dan dihias dengan penuh bergaya. Terdapat 7 bilik di Nouri Glass Villa ini. Setiap satu memuatkan pax yang berbeza.

Nouri Glass Villa, Hulu Langat - Gambar Bilik
Sumber: @nouriglassvilla

Rumah kaca ini boleh disewa sepenuhnya untuk anda dan keluarga. Jadi, jika anda ingin mengadakan family day atau meraikan apa-apa sambutan dan majlis private, ia sangat sesuai. Terdapat 8 bilik air kesemuanya. Jadi setiap bilik mempunyai bilik mandi persendirian dan 1 bilik air perkongsian.

Tarikan

Hiasan dalaman

Antara faktor unik yang ada pada Nouri Glass Villa ini ialah hiasan dalamannya yang functional, simple dan sofistikated. Memang nampak seperti rumah golongan atasan atau selebriti.

Nouri Glass Villa, Hulu Langat - Gambar Meja Makan
Sumber: @nouriglassvilla

Penggunaan perabot yang modern dan sleek, dikelilingi pula dinding-dinding kaca yang berlatar belakangkan kehijauan alam semulajadi, memang tampak mewah dan elegan.

Nouri Glass Villa, Hulu Langat - Gambar Tempat Tengok TV
Sumber: Le。樂

Kolam renang persendirian

Villa ini dilengkapi dengan sebuah kolam renang persendirian. Kolam Renang ini besar dan tentunya akan digemari oleh kanak-kanak.

Nouri Glass Villa, Hulu Langat - Kolam Renang Besar
Sumber: @nouriglassvilla

Kolam Renang ini terbahagi kepada 2 bahagian. Satu bahagian dalam yang lebih sesuai untuk anak-anak yang lebih besar dan orang dewasa, satu lagi yang lebih cetek yang boleh dinikmati oleh kanak-kanak kecil. 

Kemudahan memasak & Ruang makan

Anda akan cukup teruja dengan kemudahan yang disediakan di sini. Antaranya ialah dapur yang serba lengkap. Dapur yang lengkap dengan peralatan memasak, peti sejuk dan microwave ini membenarkan anda masak dengan selesa tanpa perlu membawa apa-apa peralatan. Malah, pinggan mangkuk untuk menjamu selera turut disediakan.

Nouri Glass Villa, Hulu Langat - Kitchen Island
Sumber: @nouriglassvilla

Ruang makan yang selesa dan besar juga memudahkan anda sekeluarga. Malah, ruang makan mereka terbahagi kepada 2 bahagian. 1 ruang makan indoor dan 1 lagi ruang makan dan tempat duduk di luar.

Nouri Glass Villa, Hulu Langat - Tepi rumah tempat makan
Sumber: @nouriglassvilla

Pintu kaca boleh dibuka luas untuk anda mendapatkan feel outdoor ketika makan bersama. Anda juga boleh menggunakan kemudahan dan peralatan BBQ yang disediakan di sini untuk mengadakan makan malam yang istimewa bersama keluarga.

Lain-lain

Kelengkapan di ruang tamu modern ini juga sangat menarik. Sebuah TV flat screen tersedia dengan Netflix untuk hiburan anda sekeluarga. Dengan perkhidmatan WiFi di seluruh premis, anda dan keluarga boleh terus kekal connected dengan media sosial dan hiburan secara online.

Baca: 77 Tempat Percutian Terbaik Di Malaysia

Mesin cuci baju juga tersedia di sini. Jadi, bolehlah anda terus mencuci baju, terutama sekali baju mandi apabila menginap di sini. Sebelum pulang ke rumah, tentu mudah untuk anda nanti.

Bagaimana? Dah sedia untuk membuat tempahan? Jika anda masih ragu-ragu atau perlukan dorongan lebih kuat, jangan lupa ikuti laman Facebook dan Instagram mereka untuk melihat sendiri apa yang mereka tawarkan. Bagi kami, tidak perlu berfikir panjang lagi. Selamat bercuti!

Media Sosial: Facebook | Instagram | Laman Web

Alamat: Lot 3488, Jalan Sungai Congkak, Kampung Padang, 43100 Hulu Langat, Selangor

5/5 - (1 vote)