Nusakuya Resort | Villa Terapung Indah Di Semporna Sabah

Ramai di antara orang Semenanjung Malaysia akan memilih untuk ke Kepulauan Borneo, Sabah dan Sarawak apabila bercuti.

Nusakuya Resort - Gambar Resort Dari Atas
Sumber: @nusakuyaresort

Sebelum merantau ke luar negara, mestilah nak menjelajah tanah air sendiri, kan? Jika anda akan ke Sabah di masa terdekat atau akan datang, mari kami kongsikan sebuah pusat penginapan yang cukup unik dan cantik di Semporna, Sabah.

Pengenalan

Semporna sebenarnya merupakan sekumpulan pulau yang memang cantik di Sabah. Dengan airnya yang jernih dan biru kehijauan, pantai yang bersih dan putih, ia memang sebuah tempat yang cukup sempurna, sesuai dengan namanya.

Nusakuya Resort - Gambar Restoran Terapung
Sumber: @nusakuyaresort

Ramai yang sangkakan keindahan pantai seperti ini hanya ada di Maldives. Namun, anda perlu tahu, sebagai rakyat Malaysia, kita memang cukup bertuah kerana, ia sebenarnya ada di negara kita, di Sabah.

Nusakuya Resort - Gambar Pelanggan Bergembira
Sumber: @nusakuyaresort

Untuk sampai ke Semporna, anda boleh menaiki kapal terbang dari Kuala Lumpur ke Tawau.

Baca: 13 Hotel Terapung Di Malaysia Yang Menarik

Dari Tawau, ia akan mengambil masa dalam 1 jam untuk sampai ke jetty Semporna. Nusakuya Resort ada menyediakan perkhidmatan boat transfer dari jetty Semporna ke resort dan sebaliknya.

Nusakuya Resort - Gambar Balkoni Luar
Sumber: @nusakuyaresort

Nusakuya Resort adalah sebuah pusat penginapan berkonsep villa terapung. Cukup unik, menarik dan cantik, resort ini adalah lebih private kerana lokasinya yang agak terpencil. Bermula operasi sejak tahun 2019, mereka terpaksa tutup buat sementara ketika PKP. Kini, mereka kembali beraksi dan siap sedia memberikan anda pengalaman yang luarbiasa.

Penginapan

Terdapat 2 jenis villa di sini iaitu double room dan family room dan anda boleh memilih jenis villa yang sesuai dengan saiz keluarga dan keselesaan anda.

Nusakuya Resort - Gambar Katil Bilik Double
Sumber: @nusakuyaresort

Buat pengetahuan anda, setiap harga bilik adalah pakej all-in yang termasuk dengan boat transfer, 3 Kali makan, island hopping dan sewaan peralatan snorkeling. Ini kerana, mereka agak terpencil jadi, ia lebih mudah buat anda jika mereka sediakan semuanya.

Nusakuya Resort - Gambar Bilik Double
Sumber: @nusakuyaresort

Villa-villa mereka dilengkapi dengan kemudahan asas seperti bilik mandi tersendiri, penghawa dingin, kipas angin, toiletries, tuala, TV, kelengkapan membuat kopi/teh dan yang paling istimewa, tangga yang membawa anda terus ke laut.

Nusakuya Resort - Gambar Jeti Peribadi
Sumber: @nusakuyaresort

Villa yang cukup selesa ini juga dilengkapi dengan dek yang selesa dan ceria untuk anda menikmati suasana laut sambil bersantai dan beristirehat.

Fasiliti

Seperti yang dikatakan tadi, mereka menyediakan pakej all-in apabila anda menginap di sini. Ini termasuk, boat transfer, 3 kali makan (sarapan,tengahari & malam), sewaan peralatan snorkeling dan island hopping. Terdapat 3 jenis pakej island hopping di sini dan anda boleh memilih antara:

  • Pakej A  – Hiking Di Bohey Dulang, Sibuan, Matabuan Island
  • Pakej B – Kapalai Island & Mabul
  • Pakej C – Pom Pom, Timba Timba Island, Mataking

Merek juga ada menyediakan aktiviti kayak lutsinar (transparent kayak) yang membolehkan anda melihat keadaan dalam laut, dari kayak itu sendiri.

Nusakuya Resort - Gambar Perempuan Di Jeti
Sumber: @nusakuyaresort

Bagi anda yang memilih Nusakuya Resort sebagai destinasi bulan madu, anda tidak salah memilih kerana mereka turut menyediakan pakej honeymoon yang termasuk candlelight dinner dan breakfast in bed yang disediakan khas untuk anda dan pasangan. Anda juga boleh mendapatkan perkhidmatan Jalan-Jalan Tawau di mana anda akan di bawa ke Tawau untuk meneroka bandar itu.

Nusakuya Resort - Gambar Jeti
Sumber: @nusakuyaresort

Sememangnya Semporna Sabah adalah antara destinasi yang perlu anda kunjungi, walau sekali seumur hidup. Nikmati keindahan pantai dan alam semulajadi yang dikurniakan kepada negara kita.

Baca: 22 Pulau Di Sabah Yang Luarbiasa

Jangan lupa, Nusakuya Resort adalah pilihan tepat untuk percutian sempurna. Tak percaya, saksikan sendiri di laman media sosial mereka dan dapatkan maklumat terkini.

Media Sosial: Facebook | Instagram

Alamat: Kg Tundun Bum-Bum Lot no 20-031204014 Peti surat 852, 91308 Semporna, Sabah, Malaysia